bab 15

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...

"Cik Fariz,boleh la saya nak ikut.Saya nak jumpa Syahmi.Boleh la.."

"Tak boleh,aku nak pergi fisioterapi lah,bukan makan makan,jalan jalan.Lagipun korang kalau dah berjumpa mula lah nak mangata hal orang."

"Isshh Cik Fariz ni! Mana ada.Saya tak suka lah mengumpat hal orang.Nanti dekat akhirat merangkak nak cari orang tu nak minta ampun.Takut lah saya.Dosa dengan Allah kita boleh minta ampun,tapi kalau dosa sesama manusia belum tentu orang tu nak ampun.Lagi lagi dosa dengan artis.Boleh ke kita nak pergi jumpa diaorang minta ampun.Lebih baik kita jangan busy body hal orang...

Kecil besar kecil besar ja aku tengok muka Iman ni.Pagi pagi lagi dia dah ceramahkan aku.Konon tak mengata orang.Bukan kah dekat hospital dulu dia lah MAMI JARUM penyampai cerita cepat dari berita.

"Cik Fariz,boleh lah...saya nak ikut.Saya bosan lah duduk kat rumah.Saya nak keluar pergi rumah jiran Cik Fariz tak bagi.Saya nak pergi rumah Puan Zaitun buat kerja part time Cik Fariz tak bagi juga.Saya ni bukan kera sumbang tak reti nak berkawan dengan orang.Kalau asyik berkurung ja dalam rumah ni nanti otak saya beku tau! langsung tak tahu perkembangan dunia luar."

Dah habis dia ceramahkan aku dia mebebel pula sambil ke hulu ke hilir berjalan.Aku nak sarapan pun tak senang tengok Iman ni dah macam cacing kepanasan.Konon bosan duduk kat rumah.

Aku bukan tak suka Iman nak bergaul dengan jiran tapi aku dah serik.Baru sehari aku bagi green light dia keluar rumah bergaul dengan jiran,habis 3 ekor ayam dia kendurikan.Itu tak apa lagi aku tak kisah aku halalkan ja.Tapi lepas tu dia buat lagi habis buah buahan,biskut dia sedekahkan dekat budak budak kawasan perumahan aku.Sekali dengan mat bangla guard kat bawah tu dia bagi.

"Iman.. Iman kau ni kan cakap bab agama mengalahkan ustazah tapi tak kan kau tak tahu tanggungjawab seorang isteri tu jaga harta suami."

Sedas aku bebelkan Iman.Geram betul aku hari tu.Licin buah buahan dalam peti ais rumah aku.Tapi perempuan lurus bendul ni memang pandai menjawab.

"Saya minta maaf lah Cik Fariz.Niat saya nak bersedekah ja,nak eratkan siraturahim dengan jiran jiran kat sini.Ustaz cakap kita kena berbaik baik dengan jiran.Nanti kalau apa apa hal jiran dulu yang akan tolong kita."

Lagi lagi ustaz cakap,lagi lagi ustaz cakap,asal apa ustaz cakap semuanya dia ikut.Ceramah ustaz mana lah yang dia dengar,aku pun hairanlah.

"Hei Iman,nak berbaik dengan jiran tu tak salah tapi boleh tak apa apa yang kau nak buat,tanya aku dulu.Aku ni suami kau! dan aku ni tuan rumah ni tau."

Dengar ja ayat macam tu laju ja Iman toleh tengok muka aku.Siap senyum senyum lagi.

"Aa aa lah Cik Fariz kan suami saya.Lupa pula! Kalau macam tu boleh tak saya panggil Cik Fariz Abang!.Kan lebih mesra.Abang nak makan tak,abang nak minum tak,abang jom solat sama sama.Hmm romantiknya."

Seketika aku tengok Iman tersengeh sorang sorang sambil tongkat dagu.Cis! berangan lah tu.

"Ha sudah jangan nak berangan! kau tak boleh panggil aku abang."

Laju ja Iman toleh tengok aku.

"Kenapa pula tak boleh.Saya kan isteri cik Fariz."

"Ya,betul kau isteri aku.Tapi kau isteri atas kertas ja! Hakikat sebenarnya aku bos kau pekerja.Kau jangan lupa perjanjian kita,50 ribu tau aku bayar hutang kau.So kau jangan nak mengada ngada nak aku ikut cakap kau."

Lepas ja aku cakap macam tu riak wajah Iman bertukar sayu.

"Ya Cik Fariz,saya ingat semua tu.Saya tahu saya ni isteri sementara Cik Fariz ja.Saya minta maaf la atas semua salah silap saya.Saya janji mulai hari ni saya tak akan buat apa apa tanpa izin Cik Fariz.Saya tak akan keluar rumah bergaul dengan jiran.Saya akan jaga harta benda Cik Fariz."

Ini yang aku suka tentang diri Iman.Sedar diri dan mudah minta maaf.Lagi satu Iman ni kalau dah berjanji mesti dia tepati.Sejak hari tu dia dah tak bergaul dengan jiran.

Aku tahu apa yang Iman buat tu betul.Bersedekah,eratkan siraturahim sesama jiran semua tu perbuatan yang dituntut dalam agama islam.Aku sendiri pun sebelum ni jiran sebelah rumah pun aku tak kenal.Tapi disebabkan Iman semua jiran dah tahu nama aku.Tapi tu lah oleh kerana Iman dah tak bergaul dengan jiran,jiran pula sibuk cari Iman.Asal nampak muka aku tanya Iman.

"Cik Fariz,Iman mana lama tak nampak."

"Cik Fariz terima kasih ya,hari tu bagi Nasi Tomato."

"Cik Fariz,terima kasih bagi anak saya buah."

"Cik Fariz,Iman sihat.Lama tak jumpa"

"Cik Fariz,kirim salam Iman ya."

Sebagai jiran yang baik aku layankan saja pertanyaan dia orang dengan berhemah.Macam Iman cakap kita kena berbaik dengan jiran.Apa apa yang terjadi jiran dulu yang akan tolong kita.Okey bab ni aku setuju!.

Bab kedua pula.Iman merungut aku tak izinkan dia kerja part time dekat rumah opah.Memang tak lah aku nak izinkan dia kerja di rumah orang tua mulut PUAKA tu! Aku kenal sangat lah dengan Wan Zaitun Binti Wan Zaki tu! kaki buli,kaki maki,kaki bebel,kaki mengarah,kaki ambil kesempatan... Aku memang lah tak sayang dan tak ada perasaan pada Iman,tapi aku tak suka cara opah layan dia.Kejam! Bab ni aku memang tak akan setuju sampai bila bila.

"Cik Fariz!"

Aku tunduk tengok Iman yang masih duduk dilantai lepas dia pakaikan aku stokin dan kasut.Aku tenung setiap inci raut wajah Iman.

"Boleh tak saya nak ikut.Tolong lah hari ni ja.Saya janji saya tak akan ganggu Mimi.Saya cuma nak ambil angin pagi ja kat taman tu.Panas pagi kan baik untuk kulit.Cik Fariz tengok kulit saya ni dah kusam.Dah lama tau kulit saya ni tak terdedah dengan cahaya pagi.Kita ni Cik Fariz tak perlu pun pakai skinscare mahal mahal.cukup lah kita cuci muka setiap hari.Makan makanan berkhasiat untuk kulit macam tomato,timun,salad,epal hijau.Lepas tu seminggu sekali kita keluar pagi pagi dedahkan kulit kita dengan cahaya pagi."

Aku diam dan dengar ja celoteh Iman.Dia tarbiahkan aku bab kesihatan kulit pula.Tapi betul la apa yang Iman cakap tu.Kulit muka Iman memang bersih,gebu tanpa sebarang parut jerawat atau jelagat.Yang ada cuma tahi lalat manis tepi bibir mugil dia ja.Geram! aku rasa macam nak cium ja bibir merah tu.

"Cik Fariz! boleh tak saya nak ikut!"

Sekali lagi Iman bersuara sambil goyangkan lutut aku.

Seketika aku tenung lagi raut muka Iman.Comel!.

Sebab dia comel sangat aku jadi lemah,jadi aku pun...

"Dah pergi siap,pakai tudung! Tapi ingat kau jangan nak buat hal.Kalau kau malukan aku,ini kali pertama dan kali terakhir aku bawa kau keluar.Faham!"

"Okey! Faham!"

Tu ja jawapan Iman.Lepas tu laju ja Iman bangun dan berlari anak masuk dalam bilik.

Aku,aku tunggu kat luar lah.Ikut hati ni rasa macam nak ikut ja Iman masuk bilik.Muka manja Iman tadi buat aku cair.Haishh.. ingatkan Iman tak pakai seksi keimanan aku dah tak diuji.Tapi tengok muka comel Iman pun aku dah lemah.Hampeh! Takkan lah aku nak suruh Iman tu berpudah pula kot.Gila!."Riz,Riz nampaknya kau ni dah sangap sangat ni! Kau jangan nak buat hal.Kalau bunting si Iman tu conform mama kau mengamuk lagi."bisik hati aku.

Dari jauh mata aku ni asyik asyik nak toleh tengok Iman.Suka aku tengok Iman layan karenah budak budak dekat taman tu.Aku gelengkan kepala sambil senyum nipis bila tengok budak budak tu buaikan Iman.Iman pula apa lagi gelak besar lah mengalahkan budak budak.Seronok kena buai.Ini pertama kali aku tengok Iman ceria macam ni.Tapi dalam hati aku ni risaunya yang lebih.Aku risau kalau Iman buat hal pula kat taman ni.Malu aku!

"Cik Fariz! Cik Fariz"

"Hah! ya Syahmi."

Aduh,Aku ni asyik sangat tengok Iman sampai Syahmi panggil pun aku tak perasan.

"Cik Fariz,maaf ya.Boleh tak Cik Fariz bagi perhatian.Kalau Cik Fariz asyik tengok sana sini saya risau Cik Fariz jatuh.Kalau Cik Fariz jatuh kemungkinan lutut Cik Fariz luka bahagian dalam.Lepas tu kena stop fisio sampai lutut baik.Dah buang masa.Cik Fariz nak ke duduk atas kerusi roda tu lagi."

Sedas Syahmi bebelkan aku."Marah nampak! Sarapan tebuan ke pagi tadi."bisik hati aku.Tapi kata kata Syahmi aku tak jawab.Aku diam dan aku ikut ja arahan Syahmi satu persatu.Kali ni aku dah tak toleh tengok Iman.Aku tengok muka Syahmi je biar dia puas hati.

Alhamdulillah berkat doa mama,usaha Syahmi,usaha Iman dan usaha aku sendiri aku dah boleh berdiri dalam tempoh lama,aku dah boleh bangun dan duduk dengan sendiri,aku dah boleh melangkah setapak demi setapak dengan menggunakan tongkat.Kerusi Roda? aku masih perlukan lagi bila aku nak berjalan jauh.Dan aku rasa asbab utama aku kuat dan bersemangat untuk sembuh adalah Iman.Perangai Iman adalah Booster untuk aku berusaha untuk sembuh.Terima kasih Iman,walaupun perangai kau menyebalkan aku tapi kau kekuatan aku,aku bersemangat nak sembuh sebab aku dah tak sabar nak katakan hai hai bye bye pada kau.

"Okey,Alhamdulillah! selesai sesi Fisio untuk hari ni.Alhamdulillah lutut Cik Fariz dah semakin kuat.Cuma Cik Fariz tolong lah hati hati supaya tak jatuh dan jangan banyak bangun,duduk ya."

Pesan Syahmi sambil aku dan Iman perhatikan gerak bibir Syahmi.Aku relaks ja bila dengar khabar gembira dari Syahmi tapi Iman...

"Iya! Alhamduillah.Terima kasih Mimi.Kau memang hebat lah.Hah,dengar Cik Fariz,jaga diri tu jangan sampai jatuh.Jangan banyak bergerak.Tak lama je lagi Cik Fariz dah boleh berjalan,lepas tu berlari..Nantikan Cik Fariz dah boleh berjalan boleh la kita pergi jalan jalan,panjat bukit,tak pun panjat gunung! gunung Kinabalu.Seronok... Saya kan memang teringin sangat nak pergi Sabah.Orang cakap pantai dekat Sabah cantik.Saya suka pantai,tenang!.Kita jalan sama sama dekat tepi pantai sambil pegang tangan.Hmm romantiknya...

"Oi! sudah sudah la tu berangan.Aku memang nak sangat sembuh,sebab aku dah tak sabar nak lepaskan kau balik ke tempat asal kau.Dah jom balik.. Amir dah sampai."

"Alah Cik Fariz ni,cakap sikit pun nak marah.Nih tak kan nak balik dah! mana Syahmi tak sempat nak borak."

"Dia dah blah masa kau tengah berangan tadi.Kau ni cita cita tinggi tapi habuk pun tak ada.Ada hati nak pergi Sabah dengan aku.Panjat gunung! jalan jalan tepi pantai.Eh beranganlah sampai ke tua! tak ingin aku nak pergi Sabah dengan kau.Sedar lah diri tu Iman.Kau tu temporary wife aku ja! bukan cinta hati aku untuk aku bawa kehulu kehilir.Cukup masa kita cerai!"

Selamba aku cakap macam tu pada Iman sambil
aku berjalan tinggalkan dia dibelakang.Entah kenapa tiba tiba buat muka lepas jalan macam siput.

"Oi cepat lah.Lembab!Aku penat ni!"

Aku jerit panggil Iman bila aku dah sampai depan pintu kereta tapi Iman masih lagi berjalan lambat lambat.Aku pun tak tahulah tiba tiba aku rasa menyampah pula tengok Iman.Aku tak suka bila Iman bercakap seolah dia suka aku.Lebih lebih lagi bila dia cakap nak pergi Sabah.Aku tak suka Iman harapkan apa apa dari aku.Sebab sekecil
zarah pun aku tak ada perasaan sayang atau cinta pada Iman.Bila tiba masanya aku akan ceraikan Iman.Aku nak bina hidup aku sendiri.

Share this novel

ayuni
2024-02-20 23:10:36 

makin menjadi-jadi iman… sekarang fariz bulehlah tahan…. nanti dah sihat walafiat… buleh ke bertahan hanya tengok aje… tak caya la… hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience