bab 13

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...
Kerana dia... Aku mengenali dia...

Niat hati aku hari ni nak rehat ja kat rumah,tapi sebab Iman ni beriya nak keluar beli barang barang rumah terpaksalah aku ikut.Iman tak paksa tapi takkan lah aku nak biarkan Iman keluar berdua dengan Amir,dah jatuh DAYUS tu!

"Iman,kau ambil troli ni,kau ambil kad ni.Kau pergi lah beli barang barang rumah dan barang basah yang kau nak.Aku dengan Amir nak minum jap.Dah habis kau beli barang kau call aku ya."

Aku hulurkan kad pada Iman,tapi Iman tak ambil pun.Dia berdiri tegak tengok aku buat muka pelik.

"Saya sorang sorang ja! Alah cik Fariz teman lah saya,tak pun Amir lah temankan saya.Saya tak biasa lah masuk tempat tempat macam ni.Nanti sesat macam mana?"

"Sesat!"

Berkerut muka aku tenung Iman.Amir pula apa lagi,kembung pipi dia tahan gelak.

"Kau ingat dalam tu hutan nak sesat sesat.Iman,Iman kau ni kan baru keluar dari zoo ke? super market macam ni pun tak pernah masuk!sini ikut aku."

Sedas aku bebelkan Iman sambil aku gerakkan kerusi roda.

"Cik Fariz ni,sampai hati cakap kat saya macam tu.Bukan saya tak pernah masuk super market,tapi super market ni besar sangat.Saya biasa pergi super market yang kecil kecil tu ja.Cik Fariz tengok lah,kaunter bayar pun dah berapa biji.Lorong kat dalam tu entah berapa banyak lah.Dah macam pagar sesat saya tengok."

Haish, panjang lebar pula Iman menjawab sambil berjalan ikut aku.Dasar mulut Murai ada ja jawapan.

"Dah,kau tak payah bagi banyak alasan.Mulai hari ni kau kena ambil tahu selok belok lorong dalam ni,sebab kau akan kerap datang sini untuk beli barang.Sini aku bagi petua supaya kau tak sesat."

Aku tarik tangan Iman berdiri sebelah aku.

"Kau nampak tak anak panah kuning tu"

"Aa aa nampak."

Jawab Iman mengangguk.

"Kau ikut je anak panah kuning tu sambil sambil tu kau tengoklah barang barang yang kau nak beli lepas tu kau ambil letak dalam troli ni,dah habis kau ambil barang kering kawasan depan ni,kau pergi pula bahagian belakang untuk ambil barang basah.Bahagian belakang tu semua jenis barang basah yang kau nak ada.Ayam,daging,ikan,sayur,buah semuanya ada! Dah habis semua kau ambil barang yang kau nak,kau pergi ja mana mana kaunter dan kau bayar pakai kad ni.Nanti nombor pin aku whatssap kat kau.Faham!"

Panjang lebar aku terangkan pada Iman.Aku harap dia faham lah sebab aku tengok riak muka dia macam blurr ja.

"Iman! Faham ke tak ni?"

Sekali lagi aku tanya Iman,entah apa yang dia tengok dan fikir sampai berkerut dahi.

"Err faham.. tapi..

"Dah tak ada tapi tapi.Sekarang kau tolak troli ni masuk cepat.Kau takkan sesat lah kalau kau ikut semua arahan aku.Tapi kalau kau sesat juga,pandai pandai kau lah cari jalan keluar.Nah,ambil kad ni! Ni satu lagi aku nak pesan,kau beli barang barang yang perlu ja tau! Kau jangan suka hati nak habiskan duit aku ya!"

Amaran keras aku katakan pada Iman sambil aku hulurkan kad.Perempuan mata duitan ni bukan boleh harap sangat.Kalau tak pesan nanti yang bukan bukan dia beli.

Iman mengangguk lemah tanpa menjawab sambil
kad ditangan aku dia ambil.Riak muka Iman masam.Nampak sangat muka dia tak puas hati."Peduli apa aku kau nak tayang muka masam ke pahit ke,aku tak kesian lah." bisik hati aku sambil aku perhatikan kad aku Iman tak simpan pun dia pegang ja.

"Eh,kad tu simpan elok elok,letak dalam wallet.Nanti hilang tak pasal pasal aku kena turun naik pergi bank."

"Ye lah.Tahu!"

Jawab Iman sambil dia masukkan kad berwarna merah tu dalam beg silang Adidas dia,kemudian Iman terus tolak troli berjalan masuk dalam super market.Muka hensem aku pun dia dah tak pandang.Bebal la tu aku tak nak teman.Lantak kau lah,tak ada masa aku nak layan perangai manja kau tu.

"Eh,Riz.Boleh harap ke Iman tu.Buatnya sesat betul betul naya kita."

Soal Amir masih merenung Iman dari jauh.

"Lantak dia lah.Pandai pandailah nak hidup.Kalau dia sesat esok kita datang cari dia.Sekarang ni jom kita minum dulu."

Jawab aku bersahaja sambil aku gerakkan kerusi roda maju kedepan.

"Kau ni,cakap macam tak sayang bini."

"Huh! bini lah sangat."

jawab aku seakan mengejek.

"Hai,bunyi macam mengeluh ja.Apahal? Iman ada buat hal ke."

Soal Amir sambil tolong tolak kerusi roda aku.

"Tak lah!"

Nak tak nak ja aku jawab.Aku tak dak mood nak cakap pasal Iman.Sekarang ni aku nak tenangkan otak aku sekejap.Baru sehari aku serumah dengan perempuan lurus bendul tu dah serabut otak aku nak menjawab soalan soalan dari mulut murai dia.

"Cik Fariz umur berapa?"

"Cik Fariz kerja apa?"

"Cik Fariz berapa beradik?"

"Dah lama ke Cik Fariz tinggal kat sini"

"Berapa ya harga rumah ni,mesti mahal kan?"

"Cik Fariz memang suka tinggal tempat tinggi macam ni ke?"

"Cik Fariz tak risau ke,kalau gempa bumi macam
mana nak lari."

"Cik Fariz...

Macam macam soalan Iman tanya aku.Bukan setakat hal diri aku dan rumah aku ja dia tanya.Siapa jiran aku pun dia nak tahu,hal Fikri dengan Amir pun dia tanya aku.Kenapa Fikri tak kawin lagi,berapa orang anak Amir,Umur berapa,tinggal kat mana.Iman,Iman..Dah macam wartawan dia tanya aku.

Aku,aku jawab soalan yang perlu ja.Selebihnya aku diam.Tapi yang bagusnya,Iman langsung tak tanya aku macam mana aku boleh kemalangan dan koma.Dan Iman tak tanya pun hal Sofia sedangkan Iman tahu ja yang aku ni Duda Muda.Mungkin dia nak jaga hati aku,tak nak aku sedih.Bagus,perangai macam ni aku suka.

"Eh Amir,kita nak lepak mana ni."

Aku tanya Amir sebab aku rasa dah satu mall ni kami pusing tapi Amir tak berhenti henti lagi.

"Foodcort je lah,boleh!" jawab Amir.

"Boleh! No problem."

Aku ikut ja,aku tak kisah walaupun kedai tepi jalan.Aku ni jenis manusia Low Profile walaupun aku anak Dato,cucu Puan Seri.sebab yang kaya raya dan berduit tu papa dan Opah aku.Aku ni biasa biasa ja.Pelukis je pun.

Seronok pula aku rasa hari ni,aku luaskan pandangan merenung setiap kedai yang aku lintas.Kedai kasut,kedai pakaian,kedai jam,kedai gajet,kedai mainan dan macam macam kedai lagi lah ada dalam mall ni.

Aku tenung pula manusia manusia yang berjalan melalui aku.Ada pasangan kekasih yang romantik sangat,sambil berjalan pun masih nak bergurau senda.Bergurau je tau,nak lebih lebih nikah dulu.

Aku alihkan pula pandangan tengok pasangan suami isteri yang jalannya dah tak pegang tangan,sorang belakang sorang depan sebab sibuk nak kejar anak yang lari laju mengalah ahli sukan.

Tergelak kecil aku tengok telatah dia orang ni.Macam macam ragam.Hati aku terhibur.Dah lama rasanya aku tak keluar jalan jalan habiskan masa dalam mall.Ya lah aku kan koma,lepas sedar aku sibuk buat Fisioterapi,lagi pun masa tu aku tak ada kekuatan nak keluar rumah berhadapan orang ramai,sebab aku rasa malu,rasa down,lagi lagi mulut puaka Opah tu selalu hina aku.Sakit betul hati ni bila fikir perangai orang tua tu.

"Fariz!"

"Oi Fariz!"

Tersentak bahu aku,punyalah kusyuk berkhayal sampai tak perasan berkali Amir panggil aku.

"Hah,Ya Mir!"

"Kau nak minum apa?" soal Amir.

"Ais Lemon Tea,kurang manis"

"Makan?"

"Ada apa ya!"

"Macam macam ada!"

Aku diam jap sambil aku perhatikan kedai kedai kecil kat Foodcort tu.

"Nak kek lah,carrot kek kalau ada.Kalau tak ada kek coklat ja lah."

"Okey beres"

Jawab Amir.Laju ja dia berjalan tinggalkan aku sorang sorang kat meja Foodcort ni.

Sementara Amir pergi beli air dan makanan aku pun terus luaskan pandangan aku usha manusia manusia yang sibuk menikmati keenakkan makanan kat Foodcort ni,dan tiba tiba handphone aku berbunyi.

MURAI calling...

"Hello."

Panggilan Iman aku jawab.

"Hello,Cik Fariz!"

"Ya kenapa call.Kau sesat ke?"

Soal aku menyindir Iman.

"Tak lah! tak sesat pun.Okey ja kat dalam ni."

"Habis tu kenapa call aku ni?"

"Saya nak tanya ni,berapa ekor ayam nak beli,daging berapa kilo.Ikan,udang,sotong nak tak.Sotong ni nampak segar lah.Saya nak beli sikit.Udang pun sama,segar! besar pula tu.Kalau buat sambal sedap ni.Hah,sayur! sayur apa cik Fariz suka? sawi,kang kung,terung,bendi.Eh tapi semua sayur tu cik Fariz tak boleh makan.Beli sawi ja lah.Lepas tu makanan frozen nak ambil tak?Fries ke,nuget ke,fingger chips ke..Hmm Saya ambil ya,senang malam malam kalau Cik Fariz lapar cepat saya masak.Hah buah! buah apa ya nak beli.Kat sini macam macam jenis buah ada.Buah rambutan pun ada.Cik Fariz nak tak! epal merah,epal hijau,oren saya dah ambil...

Inilah Nurul Iman isteri sementara aku.Kalau dah bercakap tak sempat aku nak mencelah.Lepas tu dia yang tanya dia yang jawab.Buang masa ja aku ja jawab call dia.

"Eh.. Ehhh.. Dah dah tak payah tanya aku.Kau beli ja banyak mana kau nak dan apa yang kau nak.Aku makan ja semua jenis sayur,buah."

"Ohh... Baik lah kalau macam tu.Tapi betul ke ni! cik Fariz conform tak ada alergik dengan makanan.Saya tak nak nanti saya dipersalahkan kalau jadi apa apa pada Cik Fariz.Sebab tu saya tanya."

"Betul lah,aku tak ada alergik.Eh dah la,kau pergi beli barang cepat."

Lepas cakap macam tu aku terus tamatkan panggilan Iman.Lagi lama aku dengar suara dia boleh serabut balik kepala otak aku yang baru nak tenang ni.

"Okey,Ais Lemon Tea dengan carrot cake untuk kau dah sampai."

Lepas ja aku tamatkan pangilan Iman,Amir pun sampai sambil dia letakkan depan aku Ais Lemon tea dan Carrot cake yang aku pesan tadi.

"Terima kasih."

"Hai.. tiba tiba masam ni apahal?"

Soal Amir sambil labuhkan punggung duduk depan aku.

"Iman call aku tadi."

Jawab aku bersahaja sambil aku sedut air Ais Lemon Tea.Nikmatnya aku rasa hilang terus serabut kat otak aku ni tadi.Tapi Amir pula tiba tiba ja gelabah.

"Eh Apahal Iman call.Dia betul betul sesat ka? Kesian dia! Riz,kau tunggu sini jap.Biar aku pergi cari dia."

Berkerut dahi aku tengok Amir dah angkat punggung.

"Oi Amir! duduklah.Aku tak habis cakap lagi.Iman tak sesatlah,dia okey.Dia tengah bersuka ria kat dalam tu beli belah.Yang kau kat sini nak gelabah apahal."

"Ohh.. Habis tu kenapa di call."

Soal Amir lagi sambil duduk.

Aku tenung muka Amir.Aku sebenarnya malas nak ulang balik perbualan dengan Iman tadi.Tapi dah Amir ni nak tahu sangat maka aku pun ceritalah.Lepas tu apa lagi,kuat lah Amir gelak sampai terkejut beruk orang kat sebelah meja kita orang.

"Iman,Iman.. Macam macam hal.Tak sangka aku wujud manusia macam dia kat Malaysia ni.Kau sabar ja la Riz hadap perangai dia.Dah dia yang kau pilih.So! Macam mana Firts Night kau dengan Iman semalam!"

"Firts Night! Sorry secret!" ringkas aku jawab.

"Secret! ya la tu.Ke tak ada apa apa yang jadi.Aku tengok elok ja cara Iman tu berjalan."

Selamba ja Amir cakap macam tu,siap senyum sinis dekat aku.Sejak bila dia usha Si Iman berjalan dan apa kena mengena malam pertama dengan cara Iman berjalan.Aduhh blurr sekejap otak aku dengar ayat ayat pelik dari mulut Amir.Aku ingatkan Iman dengan Syahmi tu ja yang pelik,rupanya Amir pun sama.Pemikiran pelik.

"Tukar topik!"

Aku cakap dekat Amir.Suara aku tegas,raut muka aku pun Serius tenung Amir.Malas aku nak melayan otak biru si Amir ni.Dia bukan tak tahu tujuan aku kawin dengan Iman tapi saja nak cari pasal.Dia ingat aku macam dia asal halal ja ON!.

"Alah,relaks der.. Takkan marah kot.Sory lah! Aku bergurau je lah.Aku tahu lah Iman tu bukan selera kau.Perempuan selekeh macam tu tak kan lah kau nak kan... Eh,tapi kau perasan tak Iman lain lah hari ni"

"Apa yang lainnya!"

"Kau takkan tak perasan kot."

"Entah" jawab aku ringkas sambil angkat bahu.

"Selalunya dia pakai Cap,tapi hari ni dia pakai selendang kut! Takkan tu pun kau tak perasan."

"Oohh pasal Cap je pun.Aku yang suruh dia pakai selendang tu.Rimaslah aku tengok dia pakai Cap buruk tu atas kepala.Malu lah!"

"Malu! kalau malu beli la yang baru hadiahkan kat Iman tu.Kau mana boleh paksa dia ubah style dia"

"Style apa macam tu! tak tahu lelaki ke perempuan!.Lagi pun aku tak nak lah biasakan Iman bagi itu ini.Nanti lama lama melampau! Dia ada duit,beli lah sendiri.Dah banyak tau aku habiskan duit aku untuk dia sampai aku kena pinjam dengan mama sebab nak setelkan hutang Iman."

"Kau biar betul Riz,sampai berhutang sebab nak kawin dengan Iman."

"Nak buat macam mana dah terpaksa.Ni ja cara aku nak keluar dari rumah tu! sebab tu lah aku ingat aku nak mula melukis balik.Lukisan lukisan dekat galery tu aku nak jual.Aku nak bayar balik duit mama.Eh Amir nanti kau tolong aku ya."

Amir toleh tengok aku."Boleh no problem"

Lama juga lah aku dan Amir duduk melepak dekat Foodcort sambil minum dan makan.Masa yang ada,kita orang borak borak lah bincangkan hal kerja sampailah aku dapat panggilan dari Iman.

"Hallo cik Fariz,saya dah habis beli barang.Saya tunggu tempat tadi ya."

"Okey baik,Aku datang sekarang.Kau jangan nak merayau pula."

"Tak lah.Saya tunggu sini."

Lepas tamatkan panggilan,aku dan Amir terus pergi dekat Iman.

Setibanya aku dan Amir dekat situ.Kita orang tercengang sekejap.Aku tengok Amir,Amir pula tengok aku.Lepas tu aku dan Amir tengok Iman.

"Astagfirullah hal Azimmmmmm.....

Panjang aku beristigfar.Macam nak luruh jantung aku tengok troli yang tadinya kosong tu dah penuh dengan barang barang.Aku lagi terkejut,troli tu tadi satu ja,tapi lepas keluar dari super market dah jadi dua.Dah lah dua,penuh dengan barang barang pula tu.

"Imannnnnnnn...apa yang kau beli ni! kita berdua ja dalam rumah tu."

"Barang barang rumah lah.Semuanya makanan,Sumpah saya tak beli pun barang barang lain." jawab Iman dengan jujurnya.

"Sabar,sabar Riz sabar..." Amir cuba mencelah tenangkan aku.

"Banyak lah kau punya sabar! sampai 5 ekor ayam dia beli,daging berkilo kilo,ikan,udang,sotong entah berapa kilo.Beras sampai 3 kampet,nak buat apa!.Nak buat kenduri! Telur 2 papan! Tu buah,punya la banyak.Kau ingat aku ni monyet ke nak makan buah hari hari.. Iman! aku suruh kau beli stok barang untuk seminggu ja.Ni bukan stok untuk seminggu tapi berbulan bulan pun belum tentu nak habis...Allah hu akbar."

Panjang lebar aku bebelkan Iman sepanjang perjalanan kami nak balik kerumah.Otak aku baru ja nak tenang dah berserabut balik.Iman,Iman...

Share this novel

ayuni
2024-02-19 00:22:23 

hahaha.. iman habis barang nak borong…tq update lagi..


NovelPlus Premium

The best ads free experience