bab 49

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...

Satu keluhan aku lepaskan sambil labuhkan duduk diatas kerusi luar rumah menikmati kesunyian malam.Tenang rasa hati ni tatkala halwa telinga aku disajikan bunyi desiran ombak pantai yang jaraknya tak jauh dari rumah aku.Seketika aku pejamkan mata dan bersandar pada belakang kerusi cuba tenangkan fikiran aku yang serabut melayan karenah Farah tadi.

"Oi,termenung jauh nampak.Teringat Tuan Fariz ke?"

Aduh,kacau betul la minah ni.Aku baru nak ambil angin malam,nak tenangkan otak dia dah datang menyibuk.

Aku buka mata sepintas lalu menoleh kearah Fatihah tercegat di muka pintu.

"Tihah,kau ni kan kalau tak merepek bukan Tihah lah nama kau.Kau boleh tak jangan sebut nama dia.Serabut terus otak aku nih."

Fatihah tersengeh sengeh,langkahnya laju ja duduk menempel sebelah aku.Nak menyibuk hal aku lah tu.

"Eleh.. serius la pula.Bergurau je pun,tu pun nak marah."

Balas Fatihah menyindir aku dan aku pula ukir senyum nipis.

"Tak marah,tapi tak suka."

"Err.. Sory lah kalau kau terasa.Eh,adik mana? dah tidur?"

"Dah" ringkas aku jawab sambil aku rebahkan semula belakang aku bersandar pada belakang kerusi.Fatihah juga bertindak buat perkara yang sama.

"Hurmmm.. Awal pula adik tidur malam ni.Kalau tak masa ni masih bulat biji mata dia,sibuk melukis.Eh,tapi tadi aku dengar kau marah adik ya.Kenapa hah? Tiba tiba kau naik angin.Apa yang dia dah buat.Kesian tau kat dia.Menangis sampai tersedu sedu."

Aku mengeluh kesal.

"Hurmmh.. ye aku marah tadi.Aku tahu aku salah.Aku tak patut marah adik.Tapi aku serabut lah Tihah,serabut dengan permintaan adik yang bukan bukan.Tak habis habis nak ayah,nak ayah.Apa? kasih sayang aku ni tak cukup ke yang adik nak sangat jumpa ayah dia tu.Ayah dia? tanya tentang dia pun tak.Yang ayah dia tahu nak kawal hidup aku.Itu tak boleh,ini tak boleh! Dia sendiri yang letakkan aku di bahagian dapur,lantik aku jadi ketua Chef,lepas tu dia pula yang naik angin bila aku buat kerja sama sama dengan Iqbal.Aku rapat sikit dengan Iqbal,dia marah,aku berbual dengan Iqbal dia marah.Konon nak aku jaga etika kerja.Habis dia tu 24 jam kat dapur,patuh sangat lah etika kerja.Aku nak buat kerja pun tak senang,Cik Fariz tu sibuk nak tolong aku buat itu,ini.Stres lah! Kalau macam ni hari hari,lebih baik aku jadi cleaner je.aman hidup aku."

Aku dah bebal,suara pun dah lantang merungut luahkan rasa hati ini pada Fatihah.Fatihah pula sampai terlopong mulut tahan telinga je dengar cerita aku lepas tu berkerut muka,garu kepala.

"Errr.. Pelik betul lah perangai Fariz tu.Sampai macam tu dia kawal kau.Habis tu Iqbal macam mana.Mesti dia hairan kan."

Sepintas lalu aku tengok muka Fatihah.

"Mestilah! bukan setakat Iqbal je hairan.Habis semua staf kat dapur tu usha pelik je kat aku.Mana tidaknya!Bos besar turun dapur lepas tu sibuk tolong aku.Nak gaul makanan lah,nak tolong masukkan sayur lah,nak tolong suap aku rasa makanan lah..Eee rimas aku!"

"Hahaha"

Fatihah dah gelak besar sambil gosok belakang aku.

"Sabar,sabar lah Iman.Aku faham apa yang kau rasa.Tak sangka aku,makin menjadi jadi pula perangai Fariz tu.Hmmm.. tapi kau tak rasa ke,Fariz buat semua tu sebab dia nak pikat kau.Dia kawal kau sebab dia cemburu."

Bekerut dahi aku tenung muka Fatihah,hairan.Fariz nak pikat aku? Fariz cemburu? Untuk apa?

"Untuk apa Tihah,atas alasan apa Fariz nak buat semua tu."

Aku tanya Fatihah.Tak percayalah aku dengan ramalan Fatihah tentang persaan Fariz.Tapi Fatihah ni ada saja jawapannya.

"Hmm.. Mungkin sebab Fariz nak kau! Sebab dia masih sayang dan cintakan kau.Atau mungkin dia nak berbaik dengan kau,nak tebus semua salah dia pada kau.Lagipun aku tengok Fariz tu dah banyak berubah.Dia mungkin lah tegas sikit dengan kau.Tapi dia dah tak berkasar dengan kau kan."

Seketika aku terkedu,bola mata aku menatap tajam setiap inci muka Fatihah.Susah aku nak percaya apa yang Fatihah cakap.Ya betul,aku akui ada perubahan pada diri Fariz.Tutur bahasa dia dengan aku pun dah lain.Dulu dia bahasakan dirinya 'aku' ' kau' bila bercakap dengan aku.Tapi sekarang 'saya' 'awak' dan Fariz juga tak pernah tengking aku.Tapi itu tak bermakna dia buat semua tu sebab rasa sayang dan cintakan aku.

"Ah,lantak dia lah! Aku tak percaya.Aku tak rasa lah Cik Fariz buat baik sebab nakkan aku.Dia tu saja je nak buli aku.Bagi aku apa yang Fariz buat tu hanya sekadar permainan licik dia.Sengaja dia dekat dengan aku sebab Dania dah balik Kuala Lumpur.Tapi nanti bila Dania dah balik sini,conform dia tak pedulikan aku! Ehhh.. dah la tukar topik.Malas la aku nak cakap hal ni.Bertambah serabut otak aku."

Fatihah geleng kepala tayang muka tak puas hati.

"Hmm.. Suka hati kau lah Iman nak percaya ke tak apa yang aku cakap ni.Aku just cakap apa yang aku nampak.Tapi kalau itu yang kau fikir,terserahlah.Hah! nih satu lagi aku nak tegur kau.Pasal adik!"

Hah sudah! Pasal Farah pula.

"Hurmm.. apa Tihah.Apa pula yang tak kena dengan adik."

Soal aku malas malas.Fatihah pula dah tayang muka garang.

"Aku nak tegur kau pasal tadi lah,pasal kau marah adik.Eh Iman,tak baik lah kau marah adik macam tu.Adik tu budak budak lagi.Apa yang dia tahu,apa yang dia faham.Adik tu cuma minta haknya.Hak sebagai seorang anak.Tak salah kan! kau tu tiba tiba nak naik angin apahal? Cemburu! Eh Iman kasih sayang kau memang cukup untuk adik,tapi adik tetap perlukan kasih sayang seorang ayah.Macam ni lah Iman.Apa kata kau bawa ja adik tu jumpa Fariz.Dah kebetulan Fariz tu ada depan mata.Kau temukan je diaorang.Adik mesti happy bila Fariz datang tengok persembahan tu nanti."

Aku geleng kepala dengar teguran,nasihat dan pendapat ikhlas Fatihah.Nama Fariz lagi dia sebut.Sakit pula hati ni!

"Kau ni kan Tihah! kau dah hilang ingatan ke? Kau gila nak aku bawa adik jumpa Cik Fariz.Dia sendiri pun tak ambil tahu soal anak dia.Tiba tiba kau nak aku bawa adik jumpa dia.Kau nak tengok adik tu kena hina ke? Eh,Tihah! dari adik dalam perut tau,Cik Fariz tu tak mengaku adik tu anak dia.Dari adik dalam perut dia dah hina adik.Dari adik dalam perut dia nak bunuh adik.Kau rasa kalau dia jumpa adik,apa tindakkan dia."

Lantang aku persoalkan hal ni pada Fatihah.Bab ni aku panas! Jauh disudut hati aku ni,aku dah tak nak ingat kembali semua peristiwa lalu.Tapi bila Fatihah beriya nak aku bawa Farah jumpa Fariz aku terus rasa marah.Aku mungkin mampu hadap dan berbaik dengan Fariz.Tapi ingatan aku ni tak mampu nak padamkan perbuatan kejam dan kata kata hinaan Fariz pada aku sewaktu aku mengandungkan benih nafsunya.

Imbas kembali..

"Oi perempuan sundal! Aku nak kau gugurkan anak tu.Aku tak nak dia lahir ber bin atau ber bintikan nama aku.Aku tak nak kau gunakan nama aku pada anak haram tu."

"Cik Fariz,tolong lah! tolong jangan cakap macam ni.Sumpah! Ini anak Cik Fariz.Saya berani bersumpah atas nama Allah.Anak ni anak Cik Fariz.Saya tak pernah curang Cik Fariz.Tolong lah Cik Fariz,saya sayang Cik Fariz.Tolong lah terima saya semula.Kita bina hidup baru."

Masa ni,aku merayu,melutut di kaki Fariz.Entah kenapa hati aku tak mampu nak lepaskan Fariz.Aku terlalu sayang dia.Aku sanggup ajak walid,ummi pergi rumah Fariz untuk berjumpa dia.Aku harap sangat belas ihsan dan simpati Fariz.Tapi Fariz,hati dia keras.Sikit pun dia tak percayakan aku.Dia merah,dia tolak kasar tubuh aku didepan walid dan ummi.Lidah,mulutnya juga tak berhenti menafikan kandungan aku.

"Hei Iman,kau jangan nak tipu aku! Jangan sampai aku cakap benda yang tak elok depan walid dengan ummi.Aku sedar apa yang aku buat! kau pun tahu kan aku tak pernah letakkan benda tu dalam rahim kau.Macam mana kau boleh mengandung?"

Lantang suara Fariz persoalkan kuasa tuhan menyemai benihnya yang tersisa dirahim aku.

"Astagfirullah.. Cik Fariz.Ini semua kuasa Allah,benda dah nak jadi.Apa kuasa kita nak menghalang"

"Arrgghh.. aku tak percaya.Kau tipu! kau curang! kau ada hubungan sulit dengan Fik,bila dah mengandung kau nak aku mengaku.Memang tak lah.Eh Iman! Kau balik,kau berambus sekarang.Ehh.. aku jijiklah tengok muka kau.aku jijik! Berambus!"

"Sakit Tihah.Sakit sangat.. Dituduh,dihina,dihalau! sakit,sakit.Aku rasa macam nak mati je masa tu.Aku sayang dia Tihah,terlalu sayang.Aku sanggup korbankan apa sahaja untuk dia.Tapi dia.."

Aku menangis,menangis lagi.Setiap kali peristiwa pahit tu aku terlintas di kotak fikiran ni,air mata pasti berjurai jatuh.

"Sudah la Tihah.Aku tak nak lagi cakap bab ni.Kau mungkin boleh maafkan dia bila kau tengok perubahan dia ambil berat soal aku.Tapi aku tak,aku belum mampu lagi lupakan semua tu.Kau tak rasa apa yang aku rasa.Jadi kau tolong jangan cakap lagi hal ni."

Amaran keras aku beri pada Fatihah lalu aku terus bangun berjalan masuk dalam rumah tinggalkan Fatihah.Manakala Fatihah hanya terdiam kaku merenung aku dengan tatapan penuh makna.Aku tak tahu perasaan Fatihah masa ni.Mungkin dia marah,mungkin dia rasa bersalah atau mungkin Fatihah rasa tak puas hati sebab aku berkeras tak nak bawa Farah jumpa Fariz.

Maaf bab ni pendek sikit.Insya Allah kalau sempat malam nanti saya update satu episod lagi.Buat sahabat sahabat yang dah baca jom komen bagi semangat pada MM untuk terus mengarang bab seterusnya.Agak agak korang lah Iman akan terima Fariz tak.Ya lah luka dihati Iman masih terasa kan.Sakit tu!. Kalau korang lah ditempat Iman.korang nak ke terima Fariz?

Share this novel

ramlah
2024-05-15 07:24:10 

xsabarnya nk tau kesudahan dia

Zainabzety
2024-05-13 17:50:12 

jangan maafkan dia iman biar dia rasa..dia hina kau perempuan sundal lah mcm2 iman dia kata kau


NovelPlus Premium

The best ads free experience