bab 46

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI..

Awal awal pagi lagi aku dah kena mengadap muka Fariz yang sibuk mengadap skrin komputer.Entah apa lah tugas hari ni dia nak aku buat.Sepatutnya waktu macam ni aku sibuk mop lantai dikawasan lobby tapi dik kerana arahannya aku terpaksa tukar tugas dengan Kak Rina.Kak Rina janda anak 5,staf lama resort ni,apa lagi,tak puas hati lah.Macam macam dia sindir aku.Tapi kerana ini arahan bos besar terpaksalah dia akur.

Didalam bilik pejabat yang berhawa dingin ni aku duduk bersahaja disofa.Sesekali aku jeling tengok Fariz yang leka mentelaah skrin komputer.

"Alahai hensemnya dia.Tak berubah langsung muka tu.Masih sama macam dulu.Tapi tu lah,perangai pun sama.Masih tak berubah.Kaki buli." Aku mengomel sorang sorang seakan berbisik.Tapi tiba tiba Fariz menoleh kearah aku.

"Puan Nurul Iman,apa yang awak membebel sorang sorang tu."

Hah sudah,dia dengar lah.Aku dah gelabah.

"Err.. tak lah.Mana ada saya cakap apa apa."

"Iya ke.Tapi tadi saya dengar ada suara orang bercakap.Suara siapa ya? Takkan lah suara kerusi meja ni kot.Pelik!"

Perangai! tak habis habis nak menyindir.Malas aku nak layan.Diam lagi bagus.

"Iman,mari duduk sini."

Fariz panggil aku sambil melambai dan telunjuknya dihalakan kearah kerusi yang berada tepat didepannya.

Aku tenung kerusi tu.

"Tak nak lah.Saya nak duduk sini." Tegas aku menolak.

"Mari duduk sini,patuh pada arahan boleh tak."

Arahan lagi.Menyampah! Nak tak nak terpaksalah aku bangun dan duduk tepat depan mata Fariz.

"Hmm kan bagus macam ni.Patuh arahan."

Fariz senyum nipis.Seronoklah semua arahannya aku akur je.

"Lukisan saya dah siap." soal Fariz sambil menatap skrin komputer.

"Belum." jawap aku ringkas.

"Bila nak siap." Dia tanya lagi.

"Entah!"

Spontan aku jawab sambil angkat bahu.

"Entah? Tinggal dua hari je.Kalau lukisan tu awak tak serahkan pada saya tepat pada masanya.Awak akan didenda lagi tau."

"Denda" barkerut muka aku tak puas hati.

"Ye denda.Awak akan didenda dengan hukuman yang lagi berat."

"Apa?"

"Kenapa? takut? Kalau takut kena hukuman berat,awak kenalah tepati janji awak.Siapkan lukisan tu dan serahkan pada saya tepat pada waktunya."

Inilah perangai Fariz.

mengarah!

mengugut!

menyindir!

Argghh lantak lah malas aku nak menjawab.Aku diam ja.Dia ingat aku heran sangat dengan hukuman tu.

Tapi sepintas lalu Fariz menoleh kearah aku tayang muka tak puas hati.Ada lah tu dia nak mengata aku.

"Itulah lain kali jangan suka hati rosakkan barang peribadi orang.Awak tahu tak saya sayang lukisan tu,sama seperti saya sayang orang yang melukisnya.Lukisan tu sangat bermakna tau pada saya.4 tahun saya simpan lukisan tu.Hanya lukisan tu je saya ada,hadiah dari isteri saya."

Seketika aku terkedu mendengar kata kata yang keluar dari mulut Fariz.Kata kata awalnya buat aku sakit hati,tapi kata kata akhirnya pula buat hati aku bertambah sakit.

Sayang? Fariz cakap dia sayang lukisan tu,sayang pelukis tu? Makna dia sayang aku lah? kalau sayang kenapa buang?Dasar penipu! Kau ingat aku tak tahu permainan licik kau.

"Tuan Fariz, lain kali kalau sayang simpan elok elok,letak dalam frame gantung kat dinding.Bukannya conteng,keronyokan dan buang macam sampah!"

Sedas aku sindir Fariz.Puas hati aku,dapat juga aku lepaskan apa yang terbuku dihati ni.Tapi lepas Fariz dengar sindiran aku,riak mukanya berubah terkejut.Terkejut lah sebab aku dah tahu hal
yang sebenar.

Puas aku fikir dan menilai siapa yang rosakkan lukisan tu,berkali aku tanya Fatihah tapi dia tetap tak nak mengaku.Jadi aku fikir mungkin Fariz sendiri sengaja rosakkan lukisan tu sebab nak cari salah aku.Almaklumlah dia kan tak suka aku.Lepas tu senang lah dia nak buli aku.Arah aku untuk buat itu ini macam dulu.Tak Fariz,tak.Aku bukan Nurul Iman yang dulu.Perempuan yang kau panggil bendul.

"Iman,tunggu! awak nak pergi mana?"

Aku dah berdiri mula mengatur langkah kearah pintu pejabat.

"Saya nak keluar dari bilik ni.Saya nak pergi buat kerja saya."

"Tak boleh,saya belum habis cakap dengan awak."

"Nak cakap apa lagi.Sudah sudah lah menipu Tuan Fariz.Tak puas lagi ke dulu Tuan buli saya,hina saya.Tuan Fariz nak apa lagi."

"Iman,apa awak cakap ni.Saya menipu? apa maksud awak."

"Masih tak nak mengaku.Cik Fariz kalau tak suka saya kerja kat sini.Cik Fariz pecat je saya.Tak payah lah susah payah rosakkan lukisan sendiri lepas tu tuduh saya.Kenapa Cik Fariz tak habis habis nak menyusahkan hidup saya.Apa lagi yang Cik Fariz tak puas hati hah!"

Bertaut dahi Fariz mendengar luahan isi hati aku.Aku tak tahu dia marah atau tercengang melihat tindakkan berani aku.

"Jap! apa yang awak merepek ni.Awak tuduh saya buat semua tu! Awak dengar sini Iman.Awak kalau tak boleh tepati janji jangan buat helah.Dah buat salah nak tuduh saya pula.Nampak sangat awak masih tak puas hati dengan saya kan.Masih nak bersangka buruk,masih nak campurkan urusan perbadi dengan urusan kerja."

Hah! aku pula yang kena.Aku tak puas hati? Aku mengungkit? Aku campur aduk urusan peribadi dengan urusan kerja? ya lah semuanya salah aku walaupun dia yang mulakan dulu.Dari dulu dia sorang je yang betul.

"Argghhh.." aku menjerit dalam hati sekuat kuatnya.Sakit hati ini bila teringat kata kata Fariz di akhir pertengkaran kami siang tadi.

"Awak dengar sini Iman.Awak kena tepati janji.Siapa yang rosakkan lukisan tu saya tak peduli.Saya tak nak tahu pun.Yang saya nak tahu tepat pada masanya lukisan tu awak mesti serahkan pada saya.Kalau awak tak tunaikan janji,tahu lah nasib awak."

"Tak guna! berani dia ugut aku! Sayang konon.Kalau sayang kenapa buat aku macam ni.Ugut aku,menyusahkan hidup aku.4 tahun kau abaikan aku.Kau tak pedulikan aku dengan Farah.Tiba tiba nak cakap soal sayang.Bila aku tak percaya kau nak bebal.Maaf lah Cik Fariz,simpanlah sayang kau tu.Hati aku ni dah tak mampu nak terima sayang kau tu."

Seketika aku bermonolog sendirian diruang tamu memikirkan luahan hati Fariz sambil aku merenung sehelai kertas kosong diriba aku.

Jam didinding sudah pun menunjukkan pukul 11.45 malam.Waktu ni sepatutnya aku dah terbaring atas katil berpelukkan tidur bersama buah hati aku Farah.Tapi disebabkan aku nekad nak siapkan lukisan Fariz maka terpaksalah aku berjaga.

Huaarrgghh.. Mulut aku terbuka lagi.Cepat cepat aku tekup.Rasanya ni dah keenam kali aku menguap.

"Ya Allah.. mengantuknya.Dah lewat ni,esok nak bangun awal.Kena masuk kerja awal,kena hadap muka Cik Fariz lagi.Entah apalah kerja yang dia nak aku buat esok.Aduhh serabutnya..."

Aku merungut lagi memikirkan soal esok pula.Ikutkan hati nak ja aku berhenti kerja.Malas nak mengadap muka Fariz.Setiap kali berjumpa ada ja hal yang kami akan berbalah.Tapi kerana kontrak kerja aku terpaksa bertahan.

"Arrggghh susahnya aku nak lukis muka Cik Fariz.Aduh dah berapa kali aku lukis,tapi masih tak jadi jadi.Kenapa susah sangat nii.."

Keluhan bebal aku lepaskan.Entah kenapa aku tak mampu nak bayangkan muka Fariz dan melukisnya.Aku stres,kertas kosong tu aku keronyok gumpalkan dan baling kedinding lagi.

Aku tak tahu lah terasa jari jemari aku ni keras tak mampu nak melakar muka Fariz walaupun sepasang matanya.Otak aku pula langsung tak boleh nak bayangkan raut muka Fariz.Setiap kali aku cuba bayangkan muka Fariz,aku akan teringat semua perbuatannya pada aku.

"Astagfirullah hal Azim.. Ya Allah.. Iman bersepahnya! Apa kau buat ni?"

Nyaring suara Fatihah bebelkan aku apabila keluar dari bilik,beristigfar panjang memecahkan kesunyian ruang tamu dikeheningan malam.

Aku pula angkat kepala tengok Fatihah sambil ukir senyum kelat.

"Kenapa dengan kau ni Iman.Dah lewat malam tak tidur lagi.Nih kertas kertas ni,kertas apa?"

Fatihah sambung membebel lagi sambil mengutip gumpalan kertas yang bersepah atas lantai.

Satu keluhan aku lepaskan.

"Huh! kertas apa lagi,kertas muka muka Cik Fariz yang aku lukis tak jadi.Aduhh penatlah Tihah.Dah banyak kali aku cuba nak lukis muka dia.Tapi jari jari aku ni macam keras ja.Lansung tak menjadi."

Fatihah geleng kepala dengar aku merungut.

"Hmm macam nak jadi kalau dah Si Fariz tu tak ada depan mata kau.Yang kau pun kenapa tak minta je gambar dia,kan senang nak lukis."

Berkerut muka aku tengok Fatihah.

"Kau nak aku minta gambar dia?"

"Lah apahal kau tengok aku macam ni? terkejut? Betul lah apa aku cakap ni.Ada gambar kan senang nak lukis."

"Ha ah! ya la tu senang.Kau cakap senang lah.Yang nak minta gambar dan lukis tu aku.Memang tak lah aku nak minta gambar kat dia.Nanti perasan pula Cik Fariz tu,konon aku suka dia.Tapi kan Tihah,agak agak kau lah sapa ya yang conteng lukisan Cik Fariz.Aku tak buat,kau pun tak,Fariz pun tak.Takkan Dania kot."

"Hmmm... Imann.."

Persoalan aku Fatihah tak jawab tapi tiba tiba Fatihah panggil aku dengan nada suara lemah lembut sambil duduk menempel tepi aku.

"Eh,kau ni kenapa Tihah." aku dah hairan dengan perangai pelik Fatihah.

"Iman.. kalau aku cakap kau jangan marah ya."

Hah ini lagi pelik! Apa pula Fatihah nak cakap ni.Aku dah suspen.

"Kau ni kenapa Tihah.Cakap je lah.Marah atau tak aku tak janji.Aku nak tahu dulu lah apa benda yang kau nak cakap ni!"

"Err Iman.. sebenarnya kan.. A.. aku..

Fatihah tayang muka seposen cakap pun tersekat sekat. "Hah sudah! Kau jangan nak cakap yang kau lah perosak lukisan Fariz."

"Ye betul Iman.Sebenarnya aku yang buat semua tu.Aku minta maaf sangat sangat.Aku tak tahu lukisan tu kau yang lukis.Aku buat semua tu sebab aku geram dengan Fariz.Aku ambil lukisan tu dalam beg galas dia,aku conteng,aku keronyokkan lepas tu aku baling atas almari.Tapi aku tak sangka pula lukisan tu jatuh lepas kita keluar bilik.Aku minta maaf sangat sangat Iman.Tapi tak apa,aku sanggup jumpa Fariz dan mengaku salah aku."

Terlopong mulut aku mendengar satu persatu pengakuan jujur Fatihah.Aku tak tahu nak cakap apa,aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang.Nak marah pun dah tak guna.Benda dah jadi.Tapi aku malu sangat sangat.Malu sebab dah tuduh Fariz yang bukan bukan.Aduhh.. Tihah Tihah.Kenapa sekarang baru nak cakap????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience