BERTEMU KEMBALI....
Kerana Dia... aku mengenali dia.
Sedar ja dari koma aku terus meronta,melolong,menjerit jerit panggil Sofia.
"Sofia! Sofia!... Sofiaaa.. Aku nak jumpa Sofia.. Aku nak jumpa Sofia!"
Keadaan aku memang tak terkawal lah masa tu.Habis aku cabut wayar yang barsirat kat tubuh aku.Darah dari lengan aku memancut keluar.Doktor dan beberapa orang jururawat yang cuba nak pegang aku,aku tepis,aku tolak tangan dia orang.Diaorang pun tak mampu nak tenangkan aku.Aku rasa kekuatan aku masa tu dah macam HULK pula.Dengan muka bengis aku tayangkan kat dia orang.
"Lepaskan aku lepas! aku nak balik rumah aku! aku nak jumpa Sofia... Lepaslahh...
"Tenang Fariz! tenang! kawal diri kau! Isteri kau dah tak ada!"
"Kau tipu kan!Kau tipu! Tipuuu...."Aku terus jerit pada Fikri.Fikri salah seorang Doktor kat situ juga sahabat baik aku.Kata kata Fikri buat aku lebih aktif meronta dan aku cuba nak turun dari katil.Tapi....
"Kaki aku! kenapa aku tak boleh bergerak! Fikri kaki aku!" aku cekak lengan baju Fikri.Tajam mata aku tenung Fikri.Seketika tubuh aku kaku.Tubuh aku kaku bukan sebab aku bertenang tapi sebab kesan ubat yang Fikri cucuk pada lengan aku tadi.
"Sabar Fariz! sabar. Tenang.. aku akan terangkan semuanya.Sekarang kau tidur dan berehat dulu."
Itulah kata kata akhir yang aku dengar dari mulut Fikri.Lepas tu aku terus rebah dan mata aku perlahan tertutup rapat.
Inilah percaturan hidup aku yang pertama selepas aku sedar dari koma.Berat hati aku untuk terima hakikat "Hidup aku kini kosong tanpa Sofia" Ya! aku rindu Sofia.Aku sayang Sofia! terlalu sayang.Aku tak kuat! aku lemah tanpa Sofia.Bukan semudah petik jari untuk aku lupakan dia.Bukan mudah!.3 tahun kami berkawan 2 tahun kami bercinta dan baru setahun kami bina rumahtangga tapi hanya beberapa minit kejadian tu berlaku! aku kehilangan dia seumur hidup aku."Huh! Allah hu Akbar!" air mata aku jatuh lagi.Ini lah sakit yang terpaksa aku tanggung.Sakit merindui seorang wanita yang amat aku sayang."Sofi! abang rindu Sofi.Abang nak jumpa Sofi! Sofi.. kenapa tinggalkan abang."
"Abang!"
"Abangg....
"Sofi!" Aku dengar suara Sofi.
"Abang..."
"Sofi! sayang kat mana sayang."
"Abang.. Sofi kat sini la..Belakang abang!"
Terkedu! terkejut! terkesima! itu lah situasi yang aku tengah hadap bila susuk tubuh Sofia berada betul di belakang aku.Aku pusingkan tubuh aku mengadap Sofia.Wajah Sofia cantik sangat dalam pakaian serba putih.
"Abang... tak baik tau abang menangis macam ni.Sofi tak tenang tau kat sana! Abang kena redha dengan ujian Allah.Abang kena teruskan hidup untuk doakan kesejahteraan Sofi dengan anak kita."
"Tak tak Sofi tak! abang tak mampu nak hadap semua ni.Kenapa Allah uji abang macam ni.Kenapa Allah tak ambil ja nyawa abang sekali.Hidup pun menyusahkan orang ja.Abang tak boleh berjalan Sofi.Abang cacat!"
"Ya Allah... Tak baik abang cakap macam ni.Allah uji sebab Allah sayang abang.Sebab Allah nak naikkan darjat abang.Allah tahu abang mampu! abang kuat! sebab tu lah Allah pilih abang untuk beri ujian ni.Allah takkan uji seorang hamba lebih dari kemampuannya.Insya Allah abang akan sembuh!yang penting abang kena kuat!."
Kata kata Sofia aku tak mampu nak jawab.Aku hanya tenung wajah Sofia.
"Abang... abang sayang Sofi kan?."
"Sayang sangat! terlalu sayang."
"Kalau abang sayang Sofi,abang janji dengan Sofi yang abang tak akan sedih lagi.Takkan menangis lagi, boleh! abang teruskan hidup dan terus berdoa untuk Sofi dan anak kita ya."
Sayu aku tenung setiap inci wajah Sofia yang duduk disebelah aku.Permintaan Sofia aku jawab."Ya sayang! abang janji! abang takkan sedih lagi.Abang akan teruskan hidup dan hadiahkan doa untuk sayang dan anak kita.Abang janji sayang..."
"Terima kasih abang, Terima kasih.Abang,Sofi pergi dulu ya!.Ampunkan segala dosa Sofi dengan abang dan halalkan makan minum Sofi."
"Ya sayang." itu ja yang mampu jawab.Airmata aku mengalir lagi.Aku sedih,Aku tahu Sofia takkan hadir lagi dalam mimpi aku.Dia akan pergi terus kenegeri abadi bersama anak kami.
Percaturan hidup aku yang pertama aku terima dengan redha demi Sofia Adriana.
Ini pula percaturan hidup aku yang kedua.Aku dah tak boleh berjalan! Hidup aku terpaksa bergantung harap kepada orang sekeliling iaitu mama.Buat masa sekarang hanya mama saja yang boleh terima diri aku.Mama saja yang selalu datang melawat aku sepanjang aku di hospital.Hanya Mama.Terima kasih mama.
Dari tadi aku perhatikan mama! mulutnya tak berhenti membebel marahkan Amir.Lama pula tu.Entah apa yang mama bebelkan aku tak tahu,tapi apa yang aku tahu mama mesti marahkan Amir sebab dia tak uruskan aku dengan betul sepanjang aku terbaring koma.Amir ni juga sahabat aku dan pekerja mama aku.
"Huh! stress mama dengan perangai Amir ni.Mama bayar dia suruh jaga Riz! tapi dia tak buat semua tu!boleh pula dia pergi mengulat kacau anak anak dara kat hospital tu.Ni Riz keluar hospital pun dia tak tahu."
Aku senyum nipis tengok muka stress mama yang dah duduk terjelepuk atas sofa sambil jari jemarinya memicit kepala.Aku gerakkan kerusi roda aku menghampiri mama.Bahu mama aku gengam."Dah la tu mama,tak payah stress la.Amir bukannya abaikan Riz.Cuma sekali sekala ja dia tak datang jengok Riz.Ni macam mana mama boleh tahu yang Amir tu tak jaga Riz lepas tu pergi mengacau pula jururawat dekat sini."soalan tu aku tanya sebab aku hairan macam mana mama boleh tahu apa yang Amir tu buat dibelakang mama.Sedangkan mama sekali sekala ja datang melawat aku.
"Ada sorang budak cleaner ni bagitahu mama.Dia lah yang cerita dekat mama perangai Amir.Hah baru ni dia ada upah orang potongkan rambut Riz dan buang jambang Riz.Dia minta mama seratus lima puluh sebagai ganti.Melampau betul Amir ni.Sepatutnya semua tu kerja dia.Mama bukan berkira nak bayar duit tu! tapi ini kan tanggungjawab Amir uruskan Riz.Lagipun mama bayar duit asing upah dia jaga Riz."
Berkerut dahi aku dengar cerita mama."Budak cleaner! ni mesti Murai tu.Kaki report rupanya dia ni.Siap kau pau mama aku seratus lima puluh! potong rambut,cukur jambang ja pun.Cekik darah harga dia ni.Jaga kau Murai! kalau aku jumpa kau aku cekik cekik kau." Aku rungut dalam hati sambil aku perhatikan ja bibir mama yang tak berhenti bergerak berbual dengan aku.Tapi aku tak fokus berbual dengan mama sebab otak aku ni lebih pada memikirkan si Murai tu.
Aku tak kenal siapa dia,Tapi aku tahu nama dia! macam mana aku tahu? adalah... aku tak boleh bayangkan rupa dia,aku tak tahu pun dia ni muda atau tua.Tapi mama cakap 'Budak Cleaner' mungkin dia muda lagi la kot.Apa yang aku tahu dia perempuan! mulut bising macam Murai! Suara sumbang! kaki report! cekik darah!.
Lepas aku sedar dari koma dan dah kembali normal macam manusia biasa, aku masih kena stay lagi dekat hospital sebab aku masih lagi dalam pemantauan Doktor.Aku tunggu ja kemunculan si Murai tu tapi...
Kriukk.. Daun pintu bilik dibuka.Pantas bola mata aku tengok arah pintu.Jantung aku dah mula berdegup laju.Entah kenapa lah tak sabar pula aku nak kenal dengan si Murai ni.Walhal masa aku koma tak ingin pun aku nak tahu macam mana rupa dia.
"Err Assalammualaikum cik..Maaf gangu! akak nak cuci bilik."
Kata wanita yang tiba tiba muncul dimuka pintu.
"Waalaikummusalam." salam wanita tu aku sambut tanpa senyuman "Dia bukan Murai!" detik hati aku.Ya! Dia bukan Murai! suara dan cara dia bercakap pun lain.Kalau si Murai tu nyaring ja suara dia,meremang bulu roma aku.
Hari tu aku tak dapat jumpa dengan si Murai.Mungkin dia cuti.Tak apa aku tunggu esok!
Esoknya jantung aku berdebar lagi bila daun pintu dibuka.
"Assalammualaikum cik,maaf ganggu! akak nak cuci bilik."
Dia bukan si Murai.Tak apa aku tunggu lagi.Tapi...
Si Murai tu tak muncul juga.Hari demi aku tunggu dia,tapi dia tak muncul juga sampai lah hari ni, hari terakhir aku dekat hospital.
Aku pun tak tahu mana dia pergi.Las aku dengar suara nyaring dia tiga hari sebelum aku sedar dari koma.Dia luahkan perasaan...
"Awak tahu tak saya ni tengah sedih tau!"
"Entah tak tahu!" aku jawab dalam hati.
"Mesti lah awak tak tahu! awak tahu tidur ja! entah bila nak bangun! tak boring ka asyik tidur ja!.Saya ni ada masalah! Masalah besar!"
"Kurang ajar betul Murai ni.Sedap mulut kau ja kan mengata aku.Mujur aku ni tak boleh bergerak,kalau tak! tahu lah nasib kau! Tapi apasal kau menangis."
Aku dengar esakan tangisan dia.Dan ini pertama kali dia menangis.Aku dapat rasa dia tengah menangis menongkat dahi disisi katil aku.
"Hik..Hik.. Saya ni anak yatim piatu.Saya membesar di rumah perlindungan.Lepas umur saya 18 tahun saya dah tak boleh tinggal dekat situ.Tapi saya suka tinggal kat situ.Tempat tu saya dah anggap macam rumah saya sendiri.Orang orang kat semua dah macam saudara saya.Saya ada ibu,saya ada ummi,saya ada mama.Saya ada ayah,saya ada nenek.Saya ada ramai adik beradik kat situ.Baru baru ni saya dapat call dari ibu.Ibu cakap...
"Iman! kau buat apa tu! kau keluar sekarang."
"Iman! nama Murai ni Iman."
Belum sempat Murai tu habis ceritakan masalahnya tiba tiba ada orang panggil.Aku dengar suara dia tersekat sekat nak menjawab.
"Err tak buat apa apa.Saja datang melawat."
"Melawat! Awak ingat awak tu siapa suka suka hati nak melawat Cik Fariz.Awak ingat saya tak tahu awak selalu kan ganggu pesakit ni.Awak ikut saya sekarang.."
Tegas suara wanita bercakap dengan Si Murai.Makin lama sayup aku dengar Murai kena marah.Tapi aku tak dengar dia menjawab.
Itulah kali terakhir aku dengar suara dia yang aku gelar Murai.Dan hari tu juga aku dapat tahu nama si Murai tu Iman.Iman! sedap juga nama kau ya.
"Fariz! Fariz!"
Tersentak bahu aku bila Mama panggil."Hah ya Mama."
"Dah sampai!"kata mama.
"Dah sampai!" balas aku dengan nada sedikit terkejut.
"Ya! Dah sampai.Kenapa ni? Takut? Dah jangan risau.Pedulikan diaorang.Mama kan ada."
Mama cuba tenangkan aku bila mama tengok riak wajah aku resah.Ya,aku resah.Aku takut nak berhadapan dengan Opah dan papa.Aku tahu diaorang masih marahkan aku.Apakah kematian Sofia tak cukup lagi pada diaorang untuk benci dia dan menghukum aku.Adakah hina sangat aku menikahi seorang anak luar nikah.Sofia tak minta dilahirkan sebagai anak tidak sah taraf.Dia tak minta.Kita juga sebagai manusia biasa tiada hak untuk menghukum siapa siapa.
Share this novel