Bab 8

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...

"Iman! kau tak dengar ka aku tanya kau ni. Kenapa kau pinjam duit Ah long? Eh,kau tahu tak diaorang tu lintah darat! Kau ambil duit dari diaorang tu ibarat kau tukar nyawa kau! kau tahu tak? Dia orang tu manusia kejam! tak berhati perut.Ni lagi satu,takkan lah kau tak tahu haram hukumnya kita pinjam duit dengan ceti haram ni,Riba!"

Geram betul aku dengan Iman ni dah berkali aku tanya dia,dah panjang lebar aku bebelkan dia,tapi boleh pula dia diam seribu bahasa.kalau tak bukan main bising lagi mulut dia.Nampaknya sekarang ni aku pula yang dah jadi Murai.

"Betul cakap Riz tu Iman! Dia orang ni kejam.Hati kering! aku rasa motor kau dia orang yang ambil kan.Betul tak?"

Amir pula mencelah bebelkan Iman.Tapi Iman tetap membisu.Soalan Amir pun dia tak jawab.Wajah wajah hensem kami bertiga pun dia tak pandang.

"Iman... boleh tak kau buka mulut kau tu, atau kau nak aku seret kau sekarang ni pergi balai,buat report."

Saja aku cakap macam tu nak takutkan Iman.Sebab dari tadi lagi kita orang ajak dia pergi balai polis untuk buat report dia berkeras tak nak.Tapi lepas kena ugut macam tu barulah Iman angkat kepalanya tengok aku.

"Cik Fariz pun tak boleh berjalan,macam mana Cik Fariz nak seret saya."

Tercengang aku sekejap bila si Murai ni mula berbicara.Selamba ja dia sindir aku macam tu.Kecil ja aku tenung si Murai ni rasa macam nak cubit cubit pipi gebu dia.Amir dengan Fikri apa lagi mengekek lah ketawakan aku.

"Hah ada pun suara! dah boleh bercakap tu suka hati nak mengata orang.Sekarang cepat bagitahu aku kenapa kau pinjam duit Ah long? Kau tau kan akibatnya kalau kau tak bayar duit lintah darat tu!"

"Ye,saya tahu lah! Tapi saya terpaksa! Saya tak ada pilihan."jawab Iman bersahaja tanpa memandang wajah aku,Fikri atau Amir.Iman lebih memilih untuk tenung ja air kosong yang ada didepan dia.

"Terpaksa? kau guna duit tu untuk apa?"soal aku lagi.

"Adalah.. alah tak payah la cakap pasal ni lagi.Nanti pelan pelan saya bayar lah.Sekarang saya nak balik.Saya tak selesa lah."

Iman tak nak bagitahu pun alasan dia pinjam Ah long .Masih nak berahsia.Suka hati kau lah Iman,malas aku nak ambil tahu.Tapi tu lah kesian pula aku tengok keadaan Iman,dari tadi lagi tergaru garu,garu kepala,garu muka,garu tangan,garu leher dan adakalanya dia merintih sakit bila jari dia tersentuh pipinya yang dah mula membengkak tu.Dah berkali aku ajak pergi klinik tapi tak nak,degil.

"Doktor Fikri.... Jom lah hantar saya balik."

Diajaknya pula Fikri.Manja pula suara Iman ni.Fikri apa lagi,lemah!

"Eh,boleh! boleh! jom lah."

"Jap! boleh balik,tapi kau kena pergi klinik dulu." Tegas suara aku mencelah.

Tak sampai hati aku nak biarkan Iman balik dalam keadaan kesan luka dan lebam dimuka.Lagipun aku nak perut Iman diperiksa.Aku tahu perut Iman mesti ditumbuk sebab dari tadi dia asyik pegang perut ja.Tapi Iman masih menolak ajakan aku.

"Tak nak,saya nak balik.Lagipun saya tak ada duit lah.Duit saya dah habis dia orang ambil."

"Tak apa Iman.Nanti saya bayarkan untuk awak ya! Sekarang ni jom kita pergi klinik dulu.Berapa pun jumlahnya saya bayar."

Kata Fikri sambil merenung wajah Iman.

Dengar ja tawaran Fikri riak wajah Iman terus berubah ceria. "Betul ka ni doktor!"

"Ya betul!" jawab Fikri sambil ukir senyuman nipis.

"Ya Allah.. Terima kasih banyak banyak doktor.Budi baik doktor saya akan kenang sampai bila bila.Tak sangka saya doktor sudi nak tolong saya.Err.. Tapi duit tu doktor pinjamkan atau doktor nak belanja saya."

"Saya belanja awak!"

"Iya! Terima kasih banyak banyak doktor.Semoga Allah limpahkan berganda ganda rezeki untuk doktor."

Aku perhatikan ja Iman dengan Fikri berbual mesra.Teruja la sangat Fikri nak belanja,Over!.Tapi yang si Fikri ni aku tengok lain macam pula dia tenung Iman.Macam berkenan ja! Kalau kau tahu la si Iman ni macam macam dia gosip kau,hmmm aku conform kau takkan sudi nak tolong si Murai Shoppee ni.

Iman pun dah setuju,jadi malam tu lepas habis minum dan makan kami bawa lah Iman pergi klinik untuk buat pemeriksaan.Lega hati aku bila doktor cakap luka dan lebam ditubuh Iman hanya bahagian luaran sahaja,dalaman semua okey.

Alhamdulillah selesai sudah aku,Fikri dan Amir tolong uruskan Iman.Dari kutip tepi jalan,lepas tu soal siasat sambil belanja makan minum,bawa pergi klinik lagi dan akhirnya kami hantar Iman balik rumah.Kemudian kami juga balik kerumah masing masing.

"Huh! leganya dah mandi." satu keluhan kecil aku lepaskan sambil aku angkat tubuh aku duduk dibirai katil.

Aku duduk termenung sekejap sambil aku merenung ruang dinding kosong,otak aku mula terfikirkan Iman.

"Entah macam mana lah kehidupan Iman.Tinggal dekat rumah setinggan sama macam Sofia dulu.Pasti sulit kan kehidupan Iman hari hari,kongsi rumah,kongsi bilik,kongsi tandas.Bayangkan sebuah rumah setinggan 3 bilik tapi penghuninya 10 orang.Lagi sulit hidup Iman nak kena hadap LINTAH DARAT setiap minggu tagih hutang. Iman.. Iman.. kesian kau,aku ingat manusia ceria macam kau tak ada masalah.Rupanya masalah kau lagi dasyat dari aku.Hidup sebatang kara! tak ada keluarga.Sabarlah Iman! dah ini percaturan hidup kau! Hadap je lah."

Aku bermonolog sendirian bersimpati dengan nasib seorang gadis kecil molek dan comel wajahnya.

"Huarggh.. Penatnya.. Tidurlah!"

Tubuh aku yang mula terasa lenguh aku regangkan uratnya,perlahan aku angkat kedua belah kaki yang masih kaku dan aku letakkan diatas katil.

Hari dah lewat malam.Badan aku pun dah terasa letih.Esok aku kena bangun awal.Syahmi cakap esok aku akan mula training untuk berdiri dan cuba melangkah.Alhamdulillah kaki aku pun dah banyak perubahan.Dari tak terasa apa apa sekarang aku dah mula boleh gerakkan jari jari kaki.Tapi untuk sembuh sepenuhnya aku pun tak tahu bila.

"Cik Fariz.. Cik Farizz"

Sayup sayup aku dengar suara Iman panggil aku."Iman? Aku mimpi ke? Takkan dia datang kerja kot!"

Tok,tok,tok... "Cik Fariz! cepat bangun."

"Aa aa.. kejap.Saya dah bangun." aku sahut panggilan Iman sambil aku bangun duduk bersandar di kepala katil.

"Ha okey!Cik Fariz bangun ya jangan tidur pula.Mimi dah lama tunggu tu nak buat Fisio."

"Ya,ya.. saya bangun."

Lepas ja aku balas pangilan Iman,aku dah tak dengar suara Iman.Mungkin Iman dah pergi mulakan tugas tugas seharian.Al maklumlah sekarang ni dia kan maid sambilan Wan Zaitun.Sibuk lah!

"Iman.. Iman.. Kenapa lah kau datang kerja Iman.Semalam kan aku dah cakap tak payah datang.Rehat ja kat rumah sampai luka dan lebam kau surut.Ni tak! nak juga kerja.Degil betul la perempuan ni."

Aku bermonolog sekejap bebelkan Iman sambil aku angkat dan jatuhkan kaki aku kelantai.Lepas tu aku sedaya upaya angkat tubuh aku yang dah semakin berat duduk di kerusi roda,kemudian aku capai tuala pergi mandi untuk kali kedua.Tadi sebelum subuh aku dah mandi tapi lepas solat subuh aku tidur lagi.Rasa tak selesa pula kalau tak mandi.

Oh ya, sekarang ni Iman yang lebih kerap kejutkan aku waktu pagi.Syahmi dah tak sempat,sibuk katanya buat persiapan untuk aku Fisioterapi,jadi dah lama la aku tak dengar suara diaorang ni bertikam lidah depan pintu bilik aku.Kadang aku rindu juga suara suara sumbang Sotong dan Murai ni bergaduh.. "Ha ha ha ha."

Usai mandi dan siap aku terus keluar bilik.Buka ja pintu bilik aku nampak Syahmi dah bediri tegak depan pintu.

"Dah siap setup tempat?" aku tanya Syahmi dengan riak wajah ketat tanpa senyum.

Syahmi pun jawablah dengan nada suara kepit dia"Ya,cik Fariz,semua dah siap.Hari ni kita akan mulakan step baru ya.Cik Fariz dah....

"Eh,diam jap."

Belum sempat Syahmi habiskan penerangannya aku terus mencelah suruh dia diam,sebab telinga aku dengar suara opah marahkan seseorang.

"Apahal dengan kau ni hah! tangan tu dah kenapa? tak ada tulang ka,lembik! Kau tahu tak pasu aku ni mahal! pasu Antik!"

"Minta maaf puan,minta maaf sangat sangat! Saya tak sengaja!"

Aku dengar suara Iman pula.

"Hah sudah! apahal pula ni" aku bisik sendiri lalu pantas aku gerakkan kerusi roda ke arah anak tangga.Aku perlu tahu apa yang berlaku.Syahmi pun apa lagi kelam kabut dia tolong tolakan aku.

"Senang ja kau menjawab kan, minta maaf! kau ingat dengan maaf kau tu pasu aku ni boleh bercantum ke."

"Tak,tak boleh.Tapi apa yang perlu saya buat.Saya betul betul tak sengaja.Saya minta maaf.Saya ganti ja lah."

"Apa? nak ganti! kau ada duit ke? Orang miskin macam kau ni mampu ke? Pakaian sendiri pun tak mampu nak beli,ada hati nak ganti.Kau ingat pasu aku tu murah.Setahun kau kerja dengan aku pun belum tentu kau boleh bayar tau...

"Habis tu Puan nak saya buat apa?"

"Haa bagus! soalan tu aku nak dengar.Apa yang perlu kau buat sebagai ganti.Dengar sini Iman,Aku nak mulai hari ni,kau kerja dengan aku sepenuh masa tanpa gaji.Kau bagitahu Puan Ainun kau dah tak nak kerja dengan dia.Aku nak kau tinggal dekat sini dan kerja dengan aku.Faham!"

"Tapi.. Puan!

"Hah,tak ada tapi tapi.. Ini arahan!"

Berkerut dahi aku dari tingkat atas aku dengar kata kata Opah "Opah nak Iman berkerja dengan dia,percuma pula tu! Dah gila ka orang tua ni suka hati buat orang macam ni.. ini dah melampau! tak boleh jadi.Aku tak boleh diam.. Syahmi tolong aku."

Aku bebel sendirian,sakit betul hati aku masa ni.Geram! Geram dengan perangai orang tua tak sedar diri tu.Rumah dah kata pergi,Kubur dah kata mari, tapi Wan Zaitun ni tak insaf insaf lagi.Mulut tu suka sangat menghina orang.Dalam keadaan kelam kabut aku minta tolong Syahmi untuk bawa aku naik ke tingkat atas,aku perlu berhadapan dengan Opah.Tapi belum pun sempat Syahmi pimpin aku Iman dah pun menapak turun.

Dari atas aku tenung muka Iman.Aku tahu Iman menangis bila tangannya silih berganti kesat air mata.

"Iman, sini." aku panggil Iman yang dah semakin dekat dengan aku.

"Ya,Cik Fariz" jawab Iman sambil dia tayang muka tenang pada aku.Aku tahu dia cuba tahan air mata,nak sembunyikan rasa sedih.

Aku geleng kepala tengok Iman.Dah tak macam orang normal,tapi macam ZOMBI!

Muka tu lebam sana sini.Di tepi mata,tepi pipi,tepi bibir.Pakaian! usah dikata lah.Warna lusuh siap dengan pakej koyak lagi dibahu.Entah baju siapa lah kau rembat.Seluar pun sama,warna lusuh ada kesan koyak.Tapi aku tak tahu lah seluar jeans macam Iman pakai ni mungkin fashion zaman sekarang.

"Iman,kau ikut aku jap"

Aku raih lengan Iman sambil sebelah tangan aku gerakkan kerusi roda.

"Syahmi,kau tunggu ja kat sini."kata aku pada Syahmi bila Syahmi cuba nak tolong tolak kerusi roda.

Iman macam terkedu ja tengok aku.Tapi dia biarkan ja aku pegang lengan kecil dia sambil dia ikut ja mana aku nak pergi.

Aku bawa Iman duduk dibawah pondok gazebo luar rumah Opah.Aku tenung Iman dari atas sampai bawah.

"Kenapa Cik Fariz bawa saya dekat sini.Saya sibuk lah! banyak kerja nak kena siapkan."

"Tak apa,kau duduk ja.Aku ada,kalau dia orang cari kau,aku jawab.Aku ada benda nak cakap dengan kau."

"Suka hati cik Fariz lah." jawab Iman bersahaja sambil dia labuhkan duduknya diatas pondok gazebo.

"Kau kenapa degil sangat.Aku dah cakap kan semalam jangan datang kerja! Kat atas tadi,apasal Opah marah kau."

Iman angkat kepala dia dan tenung aku.Bibirnya yang masih ada kesan merah mula begerak.

"Saya bosanlah kat rumah.Lagipun saya kena kerja,kalau tak kerja mana nak datangnya duit.Tapi tu lah niat nak cari duit lebih masalah pula yang dapat.Salah saya tadi tu,saya tak sengaja pecahkan pasu Puan Zaitun.Dah la mahal!.Entah lah Cik Fariz.Kenapa lah Allah uji saya macam ni.Satu masalah belum selesai dah datang lagi satu masalah.Allah hu akbar.."

Satu keluhan kecil Iman lepaskan sambil Iman menongkat dagu.

Tabahnya hati Iman masa ni,aku tengok tak ada setitis air mata pun jatuh dari bola matanya.Apa yang aku nampak wajah tenang Iman sedang memikirkan sesuatu.

"Apa yang Opah marahkan kau tadi." aku tanya Iman lagi.

"Tak ada apa pun,Opah cuma nak saya ganti pasu tu.Tapi tu lah sebagai ganti,Opah nak saya berhenti kerja dengan Puan Ainun.Dia tak nak saya uruskan Cik Fariz.Bab tu saya okey ja.Saya ni kerja dirumah yang sama,saya boleh ja curi curi masa tolong Cik Fariz.Masalahnya sekarang Puan Zaitun tak nak bayar saya.Saya tak kisah bab makan minum saya sebab Puan Zaitun nak saya tinggal kat sini.Tapi saya perlukan duit nak bayar hutang.Saya tak risau pun kalau Ah long tu nak bunuh saya lepas tu hutang selesai.Tapi saya tahu kalau saya dah mati sekali pun dia orang mesti akan cari penjaga saya dan buat kacau dekat rumah perlindungan tu.Itu saya tak sanggup.. Mana dia orang nak pergi kalau rumah tak ada.."

Tenang ja Iman luahkan semua yang terjadi tadi,tapi pada penghujung ceritanya,suara Iman mula bergetar.Aku tahu Iman sedih,sedaya upaya cuba tahan dirinya dari menangis.

Ya Allah.. Besarnya ujian yang perlu Iman hadap.Hidup dia asyik fikir orang ja.Soal diri dia langsung dia tak pedulikan.Kalau gadis gadis lain yang seusia dengannya sibuk cari duit untuk cantikkan diri beli itu ini.Tapi Iman! diri sendiri dah macam Zombi pun dia tak peduli.

Seketika aku kagum dengan Si Murai ni.Baik hati orangnya.Aku agaklah mungkin Iman guna duit pinjaman Ah long tu untuk bantu rumah perlindungan,mungkin lah!

Aku tenung Iman lagi.Sekarang aku rasa masa yang sesuai untuk aku lamar Iman untuk aku jadikan "Temporary Wife".Aku rasa mungkin hidup dia lebih baik jika tinggal dengan aku.Memanglah aku tak ada hati pun pada dia,tapi Iman ni dah macam kawan aku.Tak salah aku tolong dia dan dia tolong aku.

"Iman!" tegas aku panggil Iman,bola matanya kusyuk termenung memandang pokok pokok hijau.Aku tahu Iman pasti susah hati memikirkan soal hidupnya.

"Iman" sekali lagi aku panggil Iman,pantas Iman toleh tengok aku.

"Ya,Cik Fariz"

"Kawin dengan aku!"

Spontan ja aku keluarkan ayat tu.Iman apa lagi,Tercengang,tekejut,terdiam..Mata terjegil,mulut terlopong.

"Iman!" aku panggil Iman lagi.

"Hah,ya Cik Fariz,Cik Fariz cakap apa tadi."

"Kawin dengan aku."

"Kawin?... Cik Fariz nak saya jadi isteri cik Fariz! Biar betul cik Fariz ni.. Cik Fariz jangan main main.Kalau kesiankan saya pun tak perlu lah sampai nak kawin.Saya sedar diri saya ni.Saya ni tak cantik,tak bergaya,selekeh.. Tak mungkin lah cik Fariz suka saya." jawab Iman seakan tidak percaya.

"Ya,memang aku tak ada hati pada kau pun.Tapi Iman! aku serius nak kawin dengan kau.Sekarang ni kau dengar dulu penjelasan aku.Pertama,aku nak kau tahu perkahwinan ni bukanlah sebab cinta atau aku kesiankan kau.Tapi sebab...

Maka panjang lebarlah aku terangkan pada Iman tujuan dan sebab kenapa aku nak jadikan dia isteri
sementara aku.Aku tak lupa juga tanya jumlah duit yang Iman pinjam dengan Lintah Darat tu.Sebab aku nak tolongkan setelkan semua hutang Iman sebagai ganjaran kalau Iman setuju kawin dengan aku.

"Berapa jumlah hutang kau dengan lintah darat tu?"

"Banyak lagi,dalam 25 ribu kot.Saya pinjam 30 ribu,saya dah bayar dalam 10 ribu.Tapi cik Fariz tahu lah dia orang cas bunga tinggi.Sepatutnya baki dalam separuh ja lagi.. tup tup dia orang cakap hutang saya lagi 25 ribu! Melampau betul lah orang ni."

"Dah tak payah nak salahkan orang.Kau sendiri yang cari pasal.Sekarang ni aku akan bayar semua hutang ceti haram yang kau pinjam dan aku juga akan setelkan duit ganti pasu opah yang kau pecahkan.Itupun kalau kau setuju kawin dengan aku!.Kalau kau tak setuju,pandai pandai kau lah nak setelkan masalah kau.Dan kalau kau setuju untuk jadi temperory wife aku tugas kau tak susah pun.Kau hanya perlu jaga aku,uruskan makan pakai aku,uruskan rumah aku sampai lah aku sembuh.Itu ja!"

"Itu ja! habis tu kalau cik Fariz tak sembuh,takkanlah saya kena jadi isteri cik Fariz sampai ke tua... Rugilah! cik Fariz bukannya mampu pun nak buat apa apa.Tak nak lah saya jadi anak dara sampai ke tua."

Bertaut kening aku geram tenung Si Iman ni.Apa lah yang ada dalam kotak fikiran dia,bab tu juga yang dia fikirkan! Iman.. Iman.... jangan kau uji keimanan aku.Aku ni kaki ja tak berfungsi,yang lain elok ja lagi.Masih teguh berdiri kalau kau cuba nak menguji.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience