bab 42

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI.

"Oi Iman! Sudah sudah la tu gelak.Makan lah cepat.Adik dah lama tu tunggu kau nak buat homework."

Kata Fatihah geleng kepala tengok aku.Aku pula tengok Fatihah dengan tawa yang berbaki.

"Okey,okey..Aku stop."

Seketika aku diam tekan perut.Ya lah,aku gelak lama sangat sampai sakit urat perut.

Tapi tak lama lepas tu aku gelak lagi,gelak aku semakin kuat sampai terangkat bahu Fatihah terkejut.Anak aku Farah pula dah tayang muka tak puas hati sambil cekak pinggang.

"Mama!"

"Oi Iman.Apa ni? gelak mengalahkan hantu langsuir."

Sedas Fatihah sound aku.

"Mama! tak baik lah gelak macam tu.Buka mulut besar besar,Cikgu cakap nanti setan masuk dalam mulut."

Ujar Farah pula bebelkan aku.

Aku,aku pun terus tutup mulut cuba tahan gelak sampai bergoyang bahu.

Sekali lagi Fatihah geleng kepala perhatikan telatah aku.

"Iman.. dah la tu! Makan cepat.Kesian adik tunggu kau tu." Tegas Fatihah.

"Ya,ya.. aku nak makan lah ni." jawab aku bersahaja mula menyuap nasi putih.

Tapi bila aku tengok ja nasi putih yang dah aku cubit tu,aku tergelak lagi.Geli hati aku,aku betul betul tak boleh lupa kan kejadian yang berlaku di warung kak Zura tengah hari tadi.

Aku tak tahan geli hati la bila teringat riak muka Cik Fariz masa makan tengah hari kat warung kak Zura tadi.Kulit mukanya merah menyala,tercungap cungap tahan pedas.Menggigil satu badan.Itu lah,dah tak tahan pedas ada hati nak cuba makan masakkan kampung,nak makan masak lemak dengan sambal belacan.Konon nak tunjuk macho depan perempuan.Hampeh! baru sesuap nasi masuk mulut dah menggelupur cari air.Aku apa lagi,terbahak bahak la gelak besar perhatikan gelagat Cik Fariz.

"Iman!"

"Mama!"

Serentak Fatihah dan Farah jerit panggil aku.Bertaut kening diaorang perhatikan aku.Marah la tu.

Aku apa lagi,mulut ni auto diam bila Fatihah dan Farah dah tayang muka 'HULK'.Kelam kabut aku terus suap nasi kemulut.

"Mamaaa...

Lembut suara Farah panggil aku,tubuh kecilnya sudah pun berdiri disebelah aku.

"Ya sayang.Kenapa?"

Soal aku pada Farah,aku merenung raut wajah manjanya sambil memeluk bahu anak kesayangan aku.

"Esok adik tak nak pergi school boleh tak.Adik rasa tak sihat lah."

"Tak sihat?"

Aku tekapkan belakang telapak tangan di dahi Farah.

"Hmmm.. adik tak demam pun.Kenapa pula tak nak pergi school?"

Farah muncungkan bibir tak jawab pertanyaan aku.Raut mukanya tampak sedih.Entah apalah yang sedang dia fikirkan.

"Adik... sini duduk kat mama."

Tubuh Farah aku riba.

"Kenapa ni sayang tiba tiba tak nak pergi school.Adik kan dah sihat.Kena lah pergi school."

"Adik bosan!"

Bosan! spontan Farah menjawab.

"Adik bosan,Nadia tu suka tanya adik,mana ayah adik,kenapa adik tak ada ayah.Ayah adik dah mati ke.Lepas tu Nadia selalu cerita kat adik tentang ayah dia.Nadia cakap ayah dia baik.Selalu bawa dia pergi jalan jalan,belikan dia toys.Main dengan dia,ajar Nadia buat homework.Adik bosan lah,adik tak tahu nak jawab apa.Adik tak suka dengar cerita Nadia,bosan!.Mama.. mana ayah adik.Ayah adik dah mati ke.Kalau dah mati,boleh tak adik nak tengok gambar ayah."

Aku tersentak,terkedu! dengar satu persatu alasan yang keluar dari mulut Farah.Luluh hati ini,tak tahu nak menjawab pertanyaan Farah apatah lagi nak tunaikan permintaan Farah.Nak tengok gambar ayahnya.Tapi persoalan Farah aku perlu jawab.

"Adik... ayah adik ada lagi,tapi ayah adik kerja jauhhhh sangat."

"Ya mama! betul ke?"

Farah dah mula teruja dengar pembohongan aku.Aku pula rasa bersalah,tapi aku terpaksa menipu.

"Ya sayang."

"Yeee.."

Farah seronok sangat.Bibir muncung tadi dah berubah senyum lebar.

"Mama,bila ayah nak balik sini jumpa adik.Adik tak sabar nak tunjuk ayah adik pada kawan kawan.Adik nak diaorang tahu adik pun ada ayah."

Satu keluhan kecil aku lepaskan,merenung raut muka Farah yang begitu teruja.

"Entahlah sayang,mama pun tak tahu.Tempat kerja ayah tu jauh sangat.Kena naik kapal terbang untuk balik sini jumpa kita.Lagipun ayah tak dapat cuti lagi sayang."

Sekali lagi kata kata dusta aku ujarkan pada Farah.

"Alaaa.. kalau macam ni bila adik boleh jumpa ayah."

Farah dah bebal,bibirnya kembali muncung.Aku faham perasaan Farah.Aku harus cari helah,tenangkan jiwa Farah yang sedang memberontak.

"Sayang dengar sini mama nak cakap.InsyaAllah suatu hari nanti kita jumpa ayah ya.Sekarang ni adik kena lah sabar.Adik kena rajin pergi sekolah,belajar pandai pandai supaya ayah bangga dengan adik."

Farah mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Baik lah mama.Adik janji! adik nak pergi school
hari hari.Adik nak jadi budak pandai.Pandai macam
ayah."

Kata Farah ceria sungguh wajahnya.Tenang jiwa aku melihat Farah.Farah anak yang baik,tak pernah sekali pun dia buat perangai.Tubuh Farah aku peluk erat.

"Maafkan mama sayang.Mama terpaksa tipu adik.Macam mana mama nak temukan adik dengan ayah.Sedangkan ayah adik sendiri tak mengaku adik ni darah dagingnya.Mama tak nak adik dihina,dicaci macam mama dulu.Mama tak sanggup sayang.Adik tak bersalah,adik lahir kerana bukti cinta mama pada ayah.Tapi ayah.."

Detik hati aku.Sakitnya hati ini,tak sanggup aku kenang peristiwa empat tahun lepas.Pedihnya hati ni setiap kali teringat butir butir perkataan yang keluar dari mulut Fariz menghina aku.

Perempuan murahan!

Perempuan sundal!

Palacur!

Dimata dia,aku ni jijik! Berkahwin dengan aku,mengenali aku,suka aku,menyintai aku,layan aku dengan baik adalah perkara yang paling bodoh dia pernah buat.Dia menyesal! Begitu hinanya aku pada Fariz.Kebaikan aku dibuang jauh dik kerana akal ceteknya menilai aku.

"Oi! termenung jauh nampak,fikir apa lagi? Nah air."

"Thank's..

Orang dah tolong buatkan air kenalah ucap terima kasih.Mug berwarna biru ditangan Fatihah aku ambil.

"Ada masalah ke? serabut je muka kau aku tengok dari tadi.Fikirkan masalah adik ya?"

Soal Fatihah sambil labuhkan punggung duduk diatas kusyen berhadapan aku.Sekilas pandang aku tengok muka Tihah.Satu keluhan kecil aku lepaskan.

"Huh! Biasalah Tihah.Masalah apa lagi yang aku ada."

Balas aku bersahaja,air teh o yang masih berasap aku hirup perlahan kemudian aku alihkan pandangan merenung muka sahabat setia aku.

"Aku hairan lah dengan perangai adik,sejak masuk sekolah nih! tak habis habis cakap pasal ayah.Stress aku! serabut! tak tahu dah aku nak menjawab.Ikutkan hati aku,nak je aku cakap yang ayah dia dah mati,puas hati!"

"Hah! dah tu,kenapa tak cakap je macam tu.Memang patut pun kau bagitahu adik yang bapak dia dah mati.Anak sendiri tak nak mengaku.Sedap sedap dengan kau,dah tinggalkan benih tak nak mengaku.Suka hati pula tuduh kau mengandung anak haram.Alasan! Dasar jantan sial,tak guna.Tak mahu bertanggung jawab.Hei, laki macam Fariz tu memang tak layak pun jadi bapak adik.Kau tahu tak Iman,aku rasa nak lempang ja muka si Fariz tu tiap kali aku berhadapan dengan dia.Walaupun dia kenal aku,jumpa aku tiap tiap hari,dia tak pernah pun nak tanya hal korang anak beranak.Tak pernah! sekali pun"

"Alah Tihah,biar lah dia.Lagipun aku taknak jumpa dia.Aku tak nak Fariz tu tahu tentang Farah."

"Biar lah? Tapi sampai bila kau mampu sorokkan diri kau dengan anak kau.Fariz tu lama tau kat sini,bukan sebulan dua! Dia tu pemilik resort,entah entah selamanya dia kat sini.Hah! mampu ke kau nak mengelak dari dia.Macam ni lah Iman,aku rasa kau hidup je dengan cara kau macam selalu.Kau tak payah la nak main sembunyi sembunyi dengan jantan tak guna tu.Biar dia tahu kewujudan kau kat resort tu.Hah,Aku pun teringin juga nak tengok reaksi si Fariz tu bila bertembung dengan kau!..

Aku tenung je muka bengang Fatihah bila bercakap soal Fariz.Malas aku nak menjawab.Tapi ada betulnya juga kata kata Fatihah tu.Kadang kadang aku pun hairan,Fariz langsung tak pernah tanya Fatihah soal aku.Walhal dia tahu aku tinggalkan rumah kasih walid bersama Fatihah.Aku tak mengharap tapi pelik.Fariz ni lupa ingatan ke,atau dia memang tak ingin ambil tahu soal aku.Mungkin dia benci aku dan dia dah buang diri aku jauh dari hidup dia.Mungkin!

"Arrgghh lantak dia lah malas nak fikir.Tidur lagi bagus.Esok nak bangun awal,nak pergi kerja."

Detik hati aku yang masih termenung seorang diri di ruang tamu.

Fatihah pula dah lama masuk bilik lepas panjang lebar bebelkan aku sambil minum teh o panas.Aku pula tak menjawab dengar je,bosan lah dia.

Hari ini adalah hari kedua aku bekerja dibawah naungan Cik Fariz.Penyamaran aku masih sama,nasihat Fatihah aku abaikan.Seperti pagi kemarin aku masuk bilik pekerja siapkan diri pakai face mask pakai topi.Debaran hati aku juga masih sama.Sentiasa berdegup kencang saat aku ternampak kelibat Cik Fariz nun jauh disana bersama seorang perempuan cantik rupa parasnya.

"Hmm.. siapa ya perempuan tu? apa hubungan diaorang? Ke hulu ke hilir sama sama? Kalau ye pun rakan kongsi takkan lah sampai berkongsi makanan dalam pinggan yang sama.Mesra pula tu.Kemarin tolong tepuk belakang Cik Fariz.Hari ni cik Fariz pula tolong ambilkan itu ini.Siap makan bersuap lagi."

Seketika aku bermonolog sendiri.Berdirinya aku disebalik dinding,mengintai dari jauh perhatikan Fariz bersama seorang perempuan yang sama sedang menikmati sarapan pagi didalam cafe.

PAP! "Oi Iman!"

"Allah hu akbar!"

Terjongket bahu aku terkejut,tiba tiba ada orang tepuk belakang aku.Pantas la aku toleh.

Cis! janda muda ni ke.

"Hah,Kau Lia! Aduhh sakitnya! Boleh tahan juga tamparan kau ni."

Liana tersengeh sengeh sambil garu kepala."Err sakit ka? Sorry lah! terkuat pulak tampaq hang."

"Sakit lah,pedih kot."

Balas aku sambil gosok belakang.Liana pula masih tersengeh.

"Nih Iman,hang dok buat apa kat sini? daqi tadi lagi aku tengok hang dok terhendap hendap! Hang tengok sapa?"

Soal Liana dengan loghat utara.bola matanya turut perhatikan ke arah cafe.

"Tak tengok apalah,saja rehat kat sini.Ambik angin."

Aku pun jawab lah,aku pun faham dan tahu juga cakap orang utara.Al maklumlah dah 4 tahun aku menetap di Kedah.

"Hang ni biaq betui! ambik angin tepi toilet ni? Hang ni gila ka apa? Takdak pot lain ka hang nak rehat."

Soal Liana berkerut dahi.

Aduh! macam mana aku boleh tak perasan aku kat tepi tandas.

"Err.. aku tadi baru habis cuci tandas.Lepas tu aku lepak la kat sini sat.Aku..

"Aku,aku! aku apa?Haaaa...

Tiba tiba Liana tersenyum sinis kat aku.Atas bawah atas bawah si janda muda ni tengok aku.

"Hang pasaipa usha aku lagu tu?"

"Aku tau hang dok buat apa tang ni.Hang dok usha Tuan Fariz kan.Awat hang pun bekenan jugak ka kat dia? Aku ingat aku soqang ja dok usha dia."

Ujar Liana selamba sambil berpeluk tubuh tenung aku.Aku pula dah mula tak tentu arah.

"Ishh.. mana ada! Tak teringin lah aku kat laki lagu tu.Belagak!"

"Ya ka? aku tengok Tuan Fariz tu baik ja.Mana ada belagak.Dia selalu tau teguq aku.Sembang dengan aku.Tak pernah lah dia marah aku.Dan kalau hang nak tau,Tuan Fariz tu ambik berat tau pasai semua staff dia.Tapi tu lah,tuan Fariz ni lebih kerap tanya aku pasai hang,pasai Fatihah.Tu yang aku pelik sikit!"

Apa?Berkerut muka aku hairan.

"Tuan Fariz kerap ambil tahu hal aku! hal Fatihah,hal apa yang dia nak tahu."

Aku terus tanya Liana.Tapi tak sempat Liana nak jawab abang Zul manager resort ni,tiba tiba muncul.

"Hah Lia,Iman hampa dok buat apa kat sini.Mengulat!"

Tegas suara Abang Zul tegur aku dan Liana.Kasar betul bahasa Cik abang bujang terlajak ni.

"Eh,dak aih.Mana ada mengulat.Kami baru ja jumpa.Saya caqi Iman tadi.Nak bagitau kat dia la tugasan yang Cik Zul suruh tadi."

Jawab Liana terkulat kulat.Aku pula terbuntang mata tengok Liana.

Tugasan?

"Tugasan apa? hang tak bagitau pun."

"Eh,aku nak bagitau la ni.Cik Zul suruh hang pi cleaning servis bilik duluxe room 1006 la ni!"

"Bilik Duluxe room 1006? Tak salah aku bilik tu,bilik..

"Bilik Tuan Fariz!"

Pantas abang Zul mencelah.

"So sekarang ni saya nak awak pi kemas bilik tu ya.Sekarang!"

Apa? aku kena pergi kemas bilik Fariz??? hah,sudah!!... Aku dah gelabah.Jantung ni dah berdegup kencang.

Terima kasih sahabat sahabat yang setia membaca Bertemu Kembali.Maaf lambat publish.Al maklumlah raya raya raya.. Selamat Hari Raya.

Share this novel

Bungabiru
2024-04-23 17:59:04 

nak lagiiiii.....hehehehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience