Bab 1

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...

Kerana DIA! Aku mengenali dia!

Kisah ini mengenai diri aku sendiri yang bernama Wan Fariz Adlan.Ayah aku Mansor! Dato Wan Mansor.Ibu aku pula mestilah Datin! Datin Faridah Ainun.Aku anak kedua dari dua orang adik beradik.Abang aku Wan Faizal Adlin.Umur aku! biarlah rahsia.Kerja aku! Nanti lah ya aku cerita.Sekarang aku nak cerita tentang bagaimana aku mengenali dia! dan kerana dia aku mengenali dia.

AKU salah seorang manusia yang Allah pilih dimuka bumi ini untuk diberi ujian berat."Berat mata memandang berat lagi bahu aku yang memikul"

Ujian aku!... Hmmm pertama! Aku diuji terlibat dalam kemalangan jalan raya dan aku koma! Ujian kedua pula adalah ujian yang paling berat aku diuji,dan aku rasa aku tak mampu untuk hadap ujian ni apabila aku kehilangan dua orang insan yang aku sangat sayang iaitu isteri dan anak aku yang masih beradu di rahim SOFIA ADRIANA.

"Allah hu akbar.Kenapa sebaknya hati ini.Ya Allah rindunya aku pada Sofia."

Air mata aku dah mula jatuh bila nama Sofia Adriana aku sebut.Hati aku bagai direntap bila aku kenang dia Sofia Adriana dan Putera pertama aku dah tak ada lagi dimuka bumi Allah ini.Semua impian yang bakal aku bina terkubur bersama Sofia.Aku pasrah! Aku redha dengan ujian Allah ini.Aku lepaskan Sofia Adriana pergi dari hidup aku dengan hati yang ikhlas."Jaga lah anak kita sayang! tenang lah sayang disana.Suatu hari abang akan susuli."

TAPI! ada sesuatu perkara yang aku nak ceritakan sepanjang aku KOMA!.. Sesuatu yang telah mengusik jiwa aku selama tubuh aku kaku terbaring diatas katil.

Sepanjang aku Koma,aku sering diganggu dua hal.Hal yang 'Indah' dan hal yang 'Buruk' Hal yang indah adalah banyangan Sofia Adriana selalu muncul didalam mimpi aku dan aku gembira.Dan hal yang buruk pula apabila ada suara seorang gadis yang kerap kali mengganggu halwa telinga aku.Aku tak tahu siapa dia.Tapi suara dia nyaring,setiap hari dia akan masuk kebilik aku!

KRIUkkkk... Daun pintu dibuka."Assalamualaikum.."

"Hah! dia dah datang! muncul dah MURAI ni! Dua hari aku tak dengar suara dia aman damai! Jap gi mula lah tu dia nak bercakap! Sabar ja la Fariz! sabar sabar... sabar tu kan separuh dari Iman." Masa ni aku hanya mampu mengeluh dalam hati sebab aku masih koma.Aku panggil dia Murai kerana aku rasa gelaran tu layak sangat untuk dia.

"Good Morning... Hai hensem! How are you today? Do you miss me?... Apa tak dengar lah! cakap kuat sikit! apa? Rindu! ooo so sweet.Saya pun rindu awak! Dua hari tak jumpa awak,saya rasa bagaikan setahun! Makan tak lalu,tidur tak lena,mandi tak basah.. Awak pun sama! ala kesiannya."

Nyaring sungguh suara gadis Murai itu bercakap sendirian seolah aku sedang menjawab semua pertayaan dia.Sakit telinga aku dengar.

"Oi Murai! Perasan! aku tak rindu kau lah! menyampah lagi adalah! Kalau boleh aku tak ingin pun nak jumpa kau! kalau kau tak datang terus lagi bagus lah.aman hidup aku." kata kata gadis aku jawab.Tapi aku hanya mampu jawab dalam hati ja.

"Awak dah mandi,hmmm mesti belum lagi kan.Kesian awak,penjaga awak tu makan gaji buta ja kan.Bukan nak jaga awak betul betul.Kalau lah saya boleh sentuh awak dah lama saya lap badan awak ni.Dari atas kepala sampai hujung kaki.Tu! jambang kat muka tu! kenapa tak cukur lagi! dah tak nampak bibir awak yang seksi tu."

"Apa? dia cakap bibir aku seksi! ni mesti spesis perempuan gatal!"Bicara hati aku geram.

Suara dia semakin jelas! aku tahu gadis Murai ni mesti berdiri dekat dengan aku dan aku pasti bola matanya sangat dekat dengan aku sebab aku boleh dengar hembusan nafas gadis Murai itu.Aroma bau wangian dari pakaian dia pula menusuk ke liang rongga hidung aku.Entah minyak wangi apalah yang dia pakai sakit rongga hidung aku menahan bau.Tapi betul juga apa yang dia cakap tu.Penjaga aku tu tak jaga aku pun.Dari semalam tubuh aku tak dibersihkan dengan kain basah.Aku tak selesa aku rimas tapi apa yang aku mampu buat.Marah! tengking! semuanya aku lepaskan dalam hati.Aku tak tahulah entah macam mana rupa aku sekarang mungkin dah macam Tarzan kot!

"Awak dah minum susu? Apa? dah! good boy.Macam tu lah kalau nak cepat sihat kenalah minum susu..Saya! saya dah sarapan tadi.Hari ni saya makan nasi goreng! saya masak sendiri tau."

Dia cakap lagi! "Haishh... Mulut murai dia memang tak pernah letih kan berbicara dengan manusia "Mayat Hidup" macam aku ni."

Aku mula dengar bunyi percikan air dan derapan tapak kaki.Aku tahu gadis Murai tu dah mula buat kerja hariannya mengemop lantai di setiap ruang bilik khas untuk pesakit seperti aku.Tapi suara nyaring gadis itu masih tak berhenti bercakap.

"Awak tahu tak! hari ni kan hari yang malang untuk saya.Saya terlewat bangun pagi tadi.Lepas tu tertinggal bas.Dah sampai hospital Kak Rani pula marah saya sebab lewat.. Tapi saya tak kisah kena marah yang saya kisahkan Kak Rani tu marah saya depan orang ramai,malu lah! semua orang tengok!"

"Hah dah tahu nak kerja apasal tidur lambat.Lepas tu sempat lagi kau goreng nasi.Padan muka kau kena marah.Kau sendiri yang cari pasal." kata kata gadis tu aku balas.Suara dia yang ceria tadi dan bertukar sedih.Tapi aku tak simpati pun.Aku suka lagi ada lah.Masa ni aku ketawa dalam hati.Tapi kenapa si Murai ni pun ketawa juga.Hah sudah! tak kan gila kot.

Aku dah mula hairan sebab makin lama makin kuat pula tawanya.Aku cuba nak tahu apa yang kelakar sangat sampai dia ketawa macam tu sekali.Tapi apa yang aku dengar...

"Huhh! lega... hilang semua masalah!"

Itu ja.Ketawa bagai nak rak lepas tu hilang semua masalah.Pelik betul la si Murai ni.

Lepas ja dia ketawa macam hantu langsuir aku dah tak dengar suara dia.Mungkin dia dah habis kerja dan dia keluar dari bilik.Tapi aku tak dengar pun daun pintu bilik dia buka! Aku pasti Murai tu mesti kat dalam bilik ni lagi.

"Aku punya teman... Teman sepermainan...Dimana ada dia selalu ada aku... Dia amat manis... Dan juga baik hati... Dia selalu ada waktu untuk diri ku...

"Hah sudah! Dia menyanyi pula! Aahhhhhhhh...

Hati aku menjerit geram! Ikutkan hati aku mahu saja aku bangun dan jerit pada gadis Murai itu "Diaammmmm kau keluar sekarang!"Tapi aku tak berdaya.Tubuh aku kaku.Aku tak mampu gerakkan walaupun satu jari.Perangai dia buatkan hidup aku dalam dilema.Aku nak bangun dari koma ni sebab aku dah tak tahan hari hari kena dengar suara nyaring dia.Tapi dalam masa yang sama aku tak nak bangun dari koma ni sebab aku nak terus hidup dengan Sofia Adriana di alam MIMPI.

Ya! baru tadi aku bermimpi berjumpa dengan dia yang bernama Sofia Adriana! isteri aku! Sofia Adriana datang pada aku sambil memangku anak kami.Aku baru nak menatap wajah anak aku tapi Sofia pergi tinggalkan aku lepas suara nyaring gadis Murai ini muncul memecahkan ruang sepi bilik ICU yang dah dua bulan menjadi tempat tinggal aku.

Geram! Aku betul betul geram dengan Murai ni.

Murai tu dah pun belah dari bilik aku.Suasana bilik aku kembali sunyi.Aku cuba hadirkan wajah Sofia Adriana muncul dalam kotak minda aku! Tapi...

Sakit dan pedihnya hati aku bila tiba tiba aku kenang kembali kemalangan ngeri malam itu dimana aku dan Sofia ketika itu baru habis makan malam menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama disebuah rastoran.Kemalangan itu berlaku kerana kedegilan Sofia....

"Abang please! sekali ja Sofi nak drive balik.Sofi teringin lah.Lama sangat tak drive! please sayang...."

"Tak boleh sayang... Dah lewat malam ni! Esok ya!"

"Tak nak! nak malam ni juga.Pelase abang.... Sofi janji Sofi drive perlahan ja."

Nipis bukaan mata aku merenung raut wajah manis isteri aku.Rayuan Sofia buat aku jadi serba salah.Aku risau! Sofia ni kalau memandu memang takkan perlahan.

"Abanggg pleasee...." Lembut lengan Sofia merangkul lengan aku manakala redup matanya merenung wajah aku.

Satu keluhan kecil aku lepaskan sambil aku juga tenung wajah Sofia."Baiklah! tapi drive perlahan tau!"

"yeee.. thank you sayang! Muaahh."

Ceria betul wajah Sofia masa ni memberi ciuman terakhir dipipi aku.

Aku merenung sisi wajah Sofia sepanjang kami bersama didalam perut kereta.Wajah Sofia nampak gembira sangat.Bibir Sofia tak lekang ukir senyum sambil tangannya mengawal stering kereta.Aku lega Sofia memandu dengan perlahan,rasanya mungkin dalam 50 ke 60 km perjam.Tapi....

Takdir Allah mengatasi segalanya.Sofia dah berhati hati tapi ada insan lain yang lalai dan akibat kelalaiannya aku dan Sofia terlibat dalam kemalangan ngeri yang telah menggemparkan seluruh Malaysia.Sebuah kereta BMW z4 bertembung dengan sebuah Trailer.

Sofia meninggal dunia ditempat kejadian bersama benih cinta kami yang ada dikandungannya.Dan aku pula tak sedarkan selama dua bulan lebih.

Namun setelah sekian lama aku koma aku akhirnya tersedar dari tidur aku yang lama.Akan tetapi berita tengtang kematian Sofia Adriana dan anak aku membuatkan jiwa dan raga aku hampir gila.Sudahlah aku terpaksa menerima kematian isteri dan anak aku.Aku juga terpaksa menanggung derita selepas doktor mengatakan kedua belah kaki aku tidak dapat bergerak kerana ada masalah pada saraf.Doktor cakap aku akan sembuh tapi entah bila
doktor sendiri tiada jawapan.Paling cepat sebulan! mungkin 3 bulan! mungkin 6 bulan! mungkin setahun! 2 tahun! 3 tahun! atau bertahun tahun.Entah bila aku pun tak tahu.Yang aku tahu aku tak boleh berjalan."Allah hu Akbar! macam mana aku nak teruskan hidup ini.Aku dah hilang separuh jiwa raga aku yang aku berikan pada Sofia!"

Kini hidup aku perlu bergantung harap pada kerusi roda dan orang orang sekeliling aku.Tapi mahukah Papa,mama,abang dan Opah pedulikan aku.Diaorang marah besar dengan aku kerana perkahwinan aku dan Sofia tidak direstui mereka.

Tersedar dari koma bukanlah satu hal yang menggembirakan aku.Sebaliknya aku ingin terus tidur dan bermimpi bersama dengan Sofia Adriana.Tapi kalau aku terus koma pun aku pasti mimpi indah aku bersama Sofia akan diganggu suara gadis misteri yang nyaring seperti MURAI tercabut ekor!.

Begitu berat ujian yang harus aku lalui.Namun takdir Allah aku harus terima.Mungkin ada percaturan hidup yang lebih baik Allah sedang aturkan untuk aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience