bab 20

Romance Series 235030

BERTEMU KEMBALI...
Kerana Dia... Aku mengenali Dia...

Dari tadi lagi aku perasan Iman ni asyik ushar aku semacam je lepas tu gigit jari.Bila aku toleh tengok dia,kelam kabut dia alihkan pandangan tengok TV.Konon aku tak perasan yang dia tengah ushar aku.Masakan aku tak perasan kalau jarak antara aku dan Iman sebelah menyebelah je.

"Kau ni apahal Iman dari tadi lagi tengok tengok aku,kau kalau ada apa apa hal nak cakap,cakap je lah."

Kata aku bersahaja tanpa memandang Iman,sebab Iman ni,kalau ada sesuatu yang penting dia nak cakap macam ni lah gayanya,macam cacing kepanasan.Tak reti nak duduk diam.

"Eh! mana ada saya tengok cik Fariz.Kan saya tengah tengok TV ni."

Jawab Iman masih nak berdalih.

"Nurul Iman,aku ni bukan sehari dua tau kenal kau,sekali pandang pun aku dah tahu kau marah ke,kau sedih ke,kau lapar ke,kau takut ke,kalau kau nak menipu pun aku tahu lah."

Iman tersengeh sambil garu kepala.

"Err... Tapi tak apa ke kalau saya nak cakap sekarang.Tak ganggu Cik Fariz ke nak tengok TV.Ye lah nanti Cik Fariz tak tahu hujung pangkal cerita ni pula.Dah lah movie ni tak ada ulangan.Saya okey ja kalau Cik Fariz nak tengok cerita ni sampai habis.Saya boleh tunggu.Saya...

Haish dia ni banyak pula cakap.Senang cerita aku ambil remote TV tekan butang of sambil aku pusing badan mengadap Iman.

"Okey,sekarang cakap lah."

Aku tenung muka Iman sambil tongkat dagu.Biar dia tahu aku ni sedia mendengar.

"Err..

Hah terkulat kulat pula nak bercerita,tadi sibuk sangat tanya aku macam macam dah aku tutup TV berat pula nak buka mulut.

"Nurul Iman,kau nak cerita ke tak ni,ke kau nak aku tutup semua lampu ni baru kau nak cakap."

"Nak lah! Cik Fariz ni,kalau dah tutup semua lampu,
lain pula ceritanya."

"Hah,tahu tak apa.Apa lagi cakap lah cepat."

"Ye,ye saya nak cakap lah ni."

Jawab Iman sambil pusing badan mengadap aku.

"Sa... saya nak pinjam duit."

"Apa? pinjam duit."

Patutlah lah macam cacing kepanasan,nak pinjam duit lagi.Iman,Iman bulan lepas kau dah pinjam bulan ni nak pinjam lagi.Kau ingat aku ni kerja cop duit.

"Eh,Iman! bulan lepas kau dah pinjam,bulan ni nak pinjam lagi.Takkan dah habis kot."

"Dah habis!"

"Dah habis,kau guna buat apa Iman."

"Adalah!"

"Tu lah jawapan kau.Mudah dan senang Adalah.Hah,berapa pula kau nak kali ni?" soal aku tegas.

"Errr tak banyak pun,seribu!"

"Seribu??"

"Eh,tak tak seribu dua ratus!"

Pulak!

"Eh,Iman kau nak buat apa dengan duit banyak tu! bulan lepas kau dah pinjam seribu dua ratus,bulan ni nak pinjam lagi.Jumlah yang sama pula tu.Kau pinjam Ah long lagi ke? kau jangan nak buat hal Iman.Kali ni aku tak nak tolong kau dah."

"Eh tak lah.Sumpah! saya tak pinjam Ah long."

Jawab Iman menggelabah sambil angkat tangan bersumpah.

"Kalau kau tak pinjam Ah long.Kau buat apa dengan duit tu.Kau beli ada beli kereta ke atau motor."

"Tak lah,lagi pun saya mana ada lesen nak beli motor ke,kereta ke."

"Apa kau tak ada lesen? habis tu dulu kau bawa motor tak ada lesen lah."

Iman mengangguk sambil ukir senyum kelat.

"Bertuah betul! Eh Iman kau tahu tak bahaya memandu tanpa lesen.Kalau excident kau tak dapat apa apa tau.Kalau kau mati pula,mati katak la atas jalan raya tu.Kau nak ke?"

"Eh,Tak nak!"

"Habis tu!"

"Three...

Aku kerutkan dahi tengok Iman.Aku tengah serius nasihatkan dia bab undang undang jalan raya boleh pula dia buat loyar buruk.

Iman tersengeh macam kerang busuk,aku pula tayang muka bebal.

"Alah.. Cik Fariz jangan lah marah,saya bergurau je.Sampai hati Cik Fariz doakan saya mati cepat,mati excident pula tu."

Aku geleng kepala tengok Iman.

"Iman,aku bukan doakan kau,aku cuma nak ingatkan kau.Kau tu semua benda ambil mudah je."

"Baik lah lepas ni saya akan ingat pesan Cik Fariz sampai bila bila.Saya tak akan memandu selagi tak ada lesen."

Jawab Iman tersengeh lagi.Geram pula aku tengok bibir mugil Iman.Rasa macam nak cium je.

"So,boleh tak saya nak pinjam duit seribu dua ratus eh seribu tiga ratus."

Aik tadi seribu dua ratus sekarang dah jadi seribu tiga ratus.

"Kau ni Iman,seribu tiga ke atau seribu dua.Main main pula.Aku nak tranfers ni."

Soal aku yang dah pegang handphone,tunggu masa ja nak sentuh skrin.Aku pun tak tahulah senang pula aku pinjamkan Iman duit.Pelik!

Iman tersengeh lagi makin lebar pula tu.Seronok lah tu loan dah lulus.

"Seribu dua ratus jerrr..Tapi kalau Cik Fariz nak bagi lebih pun saya terima jerr,kira duit nafkah lebih la bulan ni."

Amboi kalau bab duit kau terima,ciuman aku taknak pula kau terima.

"Banyak lah kau punya jerr.. Duit nafkah nak tapi bila aku minta nafkah batin liat kau nak bagi."

"Errr...

Terkulat kulat nak menjawab.Dengar ja aku sebut nafkah batin laju Iman tunduk tengok lantai.Takut nak bertentang mata dengan aku.

Bab ni aku dah menang,Misi aku dah berjaya.Kini Iman milik aku sepenuhnya.Tubuh montok Iman yang aku idamkan tu dah pun aku nikmati.Ternyata Iman ni masih dara,huh sedap gila... tapi tu lah bukan senang nak jinakkan MERPATI walaupun dia dah tak lari.Aku hampir jatuh katil kot kena tolak dengan Iman.Si Murai ni nampak ja BRUTAL tapi tak tahan sakit.Aku baru nak masuk dia dah menjerit,Bising!.Macam lah sakit sangat,pecah dara je pun.Aku dulu kena sunat relaks je,lagi sakit!

Apapun Baby Boy aku puas sangat malam tu walaupun terpaksa berperang dunia dengan Iman.Berkali juga lah dia muntah atas perut perempuan bendul tu.Ikutkan hawa nafsu ni nak je aku lepaskan benih ke rahim Iman tapi pesan mama aku ingat. "Mama tak nak Iman mengandung anak Riz,kita tak kenal siapa Iman" Hati mama kena lah jaga.Aku pun tak nak Iman mengandung nanti panjang cerita.Nak bercerai pun susah.Jadi 'Biar buang di perut,jangan dalam perut kalau nak selamat.'Tapi kaum adam macam aku ni lepas luar ke dalam ke puas je.Yang penting bil air setel!

Tapi yang aku tak puas hati sekarang ni sekali tu je aku dapat.Iman jual mahal lagi.Asal aku minta macam macam alasan dia bagi.Bila aku sentuh dan belai belai manja,laju Iman buka langkah masuk bilik.Serabut otak aku dengan perangai Iman ni,Benda seronok kot mana cukup sekali mesti la nak berkali kali.Selalunya pengantin baru pantang bersentuh terus jadi ni tak bila sentuh terus lari.. THIS IS NOT REAL MARRIAGE!

Jadi malam ni agak agak boleh ke aku nak jinakkan MERPATI depan aku ni.Rm2400 kot Iman hutang.Dia bukan mampu pun bayar.Hmmmm????

"Cik Fariz dah siap jom lah!"

Bersemangat betul Iman hari ni.Senyum lebar sampai telinga.Seronok la tu aku setuju ikut dia pergi berkelah tepi tasik.Tapi aku hairan apahal lah banyak sangat makanan yang Iman bawa.Nak buat kenduri ke apa.Bila aku tanya,Iman jawab "Adalah" tu lah jawapan dia.Suka hati kau lah Iman,tapi kalau tak habis siap kau!.

"Mana Amir ni Iman.Dah 10 minit kita tunggu,kau betul ke dah call dia tadi."

"Dah! saya dah call tadi.Hah! tudia dah sampai."

Seketika aku toleh dan mula mengatur langkah.

Berhenti je kereta Toyota Velfire depan kita orang Iman terus buka pintu.

"Hai Kak Iman"

Gulp! aku telan air liur.Terkejut! "Ni betul ke kereta mama,apahal ramai sangat."bisik hati aku sambil aku perhatikan Iman senyum lebar siap lambai tangan pada isteri dan anak anak Amir.

"Sory der lambat sikit.Eh,Riz kau duduk depan."

Kata Amir bersahaja arahkan aku.

Otak aku blurr sekejap.Tak faham apa yang tengah berlaku sekarang ni.

"Eh,Iman! jap.Kau ajak diaorang ke?"

Iman mengangguk."Aa aa.Lagi ramai lagi seronok.Sekarang Cik Fariz dah tahu lah kenapa saya masak banyak.Eh,cepatlah masuk,Cik Fariz duduk depan ya.Saya nak letak makanan dalam bonet jap."

Kata Iman terus berjalan kebelakang kereta.

Aku pula nak tak nak terpaksalah aku angkat kaki masuk kereta.Dalam hati aku dah mula bebelkan Iman."Suka hati dia je ajak diaorang tak bagitahu aku.Patutlah beriya sangat masak banyak banyak,rupanya dah ada rancangan.Ishh rimas aku macam ni.Dah la anak anak Amir ni memekak ja dari tadi."

"Kak Iman,kak Iman tengok rambut Mira cantik tak."

"Woww.. cantiknya! siapa yang buat ni."

"Mama"

"Hmmm pandainya mama Mira,nanti Kak Iman nak suruh mama Mira ikat rambut macam ni juga lah,boleh!"

"Boleh! Mama boleh kan mama ikat rambut Kak Iman macam rambut Mira."

"Boleh sayang...

"Kak Iman,Kak Iman..

"Ya Ashraf!"

"Saya ada kereta polis,tengok ni bila saya tekan ni ada bunyi."

"Aa aa lah.Wow hebatlah! Sini Ashraf duduk atas Kak Iman.Kamu suka kereta polis ya.Nanti dah besar,belajar rajin rajin jadi polis ye.Hmm.. Comel la anak anak kak Mariam.Geram sangat..Sorang macam muka akak ,sorang macam muka Amir.Hensem!"

Aku toleh tengok Amir atas bawah.Kembang semangkuk lah tu Iman puji hensem.Hensem lah sangat.

"Apasal tengok aku! jelous la tu Iman puji aku hensem."

"Eiuu tolong sikit nak jelous! Yang hensem tu anak kau,bukan kau! Kau tu perasan je lebih."

Sedas aku sound Amir.Perasan!

Aku tengah tak ada mood jangan nak buat main.Silap cakap paku buah keras aku bagi.Geram betul aku dengan Iman ni.Kalau aku tahu family Amir ikut sekali,conform aku tak setuju,lepak galeri lagi bagus.Dah la aku minta semalam dia tak nak bagi.Alasan mengantuk lah,penat lah,nak bangun awal lah nanti Allah tanya kau jawab lah macam tu aku tak tahu.Bab tu satu hal aku boleh sabar lagi,tapi aku lagi panas bila aku sampai kat taman semua orang ada.Fikri,Syahmi,Salina pun ada.Dan yang paling mengejutkan,tak lama lepas tu Datin Faridah Ainun pun sampai.Terjegil bola mata aku.

"Eh mama,mama buat apa kat sini!"

Soal aku hairan bila mama dah berdiri terpacak depan aku.

"La tanya pula! takkanlah mama tak datang untuk sambut birthday anak sendiri."

Berkerut dahi aku tengok mama.

"Hah! Birthday Fariz?"

Mama mengangguk sambil ukir senyum dan lepas tu...

"Selamat hari lahir,selamat hari lahir,selamat hari lahir Fariz, Selemat hari lahir..."

Serentak semua orang menyanyikan lagu hari lahir untuk aku dan bertepuk tangan.

"Selamat hari lahir Cik Fariz yang ke..Ah Tak tahulah cepatlah potong kek ni suap Puan Ainun.Eh,Amir bagi pisau tu."

Kata Iman sambil ukir senyum.Aku masa ni kelu lidah.Terkejut! aku sendiri pun dah tak ingat hari lahir sendiri.Dengan riak wajah yang masih blurr aku ambil Pisau kek ditangan Amir kemudian aku potong lah kek yang masih Iman pegang.

Serentak semua orang bertepuk tangan lagi.

"Happy Birhtday my son Wan Fariz Adlan.Mama sayang Fariz.Sayang sangat.Mama doakan Riz panjang umur,murah rezeki,sihat selalu dan sentiasa bahagia.Fariz anak mama yang baik.Mama rasa macam mimpi pula,anak mama yang dulu rendah dari mama belari sana sini,sekarang dah tinggi dari mama.Sampai nak tengok muka anak sendiri kena dongak."

Mama tergelak kecil.Tapi bola mata mama berkaca.

Aku ukir senyum pada mama.Tubuh mama aku peluk
erat. "Fariz sayang mama,terlalu sayang.Terima kasih mama dah besarkan Fariz dengan penuh kasih sayang.Fariz tak akan lupa semua jasa mama pada Fariz.I love you mama."

Seketika aku dan mama menangis.Mama kesat air mata aku,dan aku kesat air mata mama.Malu,memanglah tapi kata kata mama sangat menyentuh perasaan aku.Aku bahagia,gembira dengan kejutan yang Iman aturkan untuk aku.Suprise Iman menjadi.Awalnya aku marah sebab aku tak selesa lepak ramai ramai,Bising!.Tapi kejutan hari ni buat aku tefikir sesuatu.Walaupun darah daging sendiri tak ambil berat tentang diri aku,tapi aku masih ada kawan kawan yang selalu ada dengan aku diwaktu aku susah dan senang.Terima kasih semua sahabat sahabatku.Aku terkilan pula tengok diaorang semua turut kesat air mata masing masing.

Habis babak drama airmata aku dan mama berbual sekejap dekat tepi tasik.Iman pula sibuk potong kek dan hulurkan pada semua orang,termaksuklah orang yang lalu lalang kat situ.

Iman ni memang baik hati orangnya.Hidup Iman suka berkawan,mencari keluarga sedangkan aku sangat berbeza,menghidari diri dari keluarga.

"Riz,nanti ada masa lapang balik lah rumah melawat opah.Opah tak sihat.Papa pun sama,kerap sakit kepala.Stress,kerja banyak dekat ofis.Nak harapkan abang Izal.Dia pun tak menang tangan.Syarikat papa dia nak urus,syarikat Dato Hakim lagi.Sekarang ni Tasya pun dah sarat.Kesian dia Riz."

Satu keluhan kecil aku lepaskan.

"Tengoklah dulu,nanti ada masa Riz balik lah."

Aku kesian dengar rungutan mama.Tapi untuk jejak kaki kat rumah opah,aku belum bersedia.

Tak lama lepas kita orang borak hal keluarga mama dapat call dari papa.Ada hal katanya.Mama terus minta diri,Makan pun tak sempat.

"Mama balik dulu ye,ada hal.Nanti hadiah untuk Riz mama tranfers.Mama tak tahu lah nak beli hadiah apa.So mama bagi duit je,Riz guna lah nak beli apa pun.Tapi!

Kata kata mama terhenti dan mama toleh tengok Iman.

"Jangan nak habiskan untuk Iman pula.Mama tengok lain sangat cara Iman layan Riz,Over! Riz jangan mudah terpedaya dengan layanan baik orang macam Iman tu.Dia orang ni baik depan kita je,belakang kita ada niat jahat.Nak ambil kesempatan.Mama kenal sangat lah dengan orang macam ni,dah banyak mama jumpa.Okey ya Riz,mama gerak dulu.Ingat pesan mama! Bye."

"Bye mama."

Aku angkat tangan lambai mama sambil aku perhatikan gerak geri mama berjalan kearah kereta.Otak aku pula mula teringat kata kata mama tadi.

"Iman ada niat jahat! Iman nak ambil kesempatan! Tak kot.Tapi ada kemungkinan! sebab Iman sekarang ni dah mula berani pinjam duit aku.Aku pula macam orang bodoh,bagi je.Sedangkan aku tahu Iman tak mungkin mampu bayar.Sebab Iman tak berkerja.Seharian masa dia uruskan aku,uruskan makan pakai aku,uruskan rumah aku.Nafkah,ada lah aku bagi tapi Rm400 sebulan.Tapi pada Iman tetap tak cukup.Semalam pun dia minta lagi,aku bagi juga walaupun tak puas hati.Apasal dengan aku ni hah! Tak kan aku dah kena pukau dengan Iman??"

Seketika aku bemonolog sendirian sambil aku perhatikan Iman yang sibuk melayan anak anak Amir.

Seronok betul diaorang bila Iman layan diaorang main bola.Gelak tak berhenti henti.Tapi yang aku geram dengan si Fikri,dekat mana Iman dekat situ lah dia.Sibuk nak main bola juga."Fikri,Fikri kau ni dah tersuka ke pada Iman.Kau sabar jap.Lepas aku ceraikan Iman kau ambilah ya.Buat masa sekarang biar aku guna dia dulu."bisik hati aku sambil aku alihkan pandangan perhatikan pula mak bapak si Mira dan Ashraf. "Amboiii.. Berdating sakan.Kau suap aku,aku suap kau.Yang bini aku sibuk melayan anak anak kau! Habis makanan untuk aku siapa yang nak ambilkan." keluh hati aku gerutu tengok gelagat pasangan dua sejoli ni.

"Nah abang!"

Aik sapa yang hulurkan makanan,suara perempuan.Aku dongak "Eh,Ina susah susah je.Tak apa abang boleh ambil sendiri lah."

Tercengang aku tengok Salina adik Fikri dah berdiri terpacak tepi aku sambil hulur makanan.Mujur ada Salina sudi nak melayan.Kalau nak harapkan Iman kebulur aku kat sini.Sibuk nak main bola.

"Tak susah pun,semuanya dah siap masak.Tinggal cedok letak dalam pinggan lepas tu bawa sini bagi abang.Abang makanlah dari tadi lagi Ina tengok abang tak makan."

Jawab Salina sambil labuhkan punggung duduk di depan aku.

Aku,aku perhatikan je lah Salina duduk.

"Terima kasih.Jemput makan sekali."

Salina mengangguk."Sama sama.Abang makanlah,Ina dah makan tadi."

Orang dah tolong kan kena lah ucap terima kasih.Dah ucap terima kasih makan lah,aku pun dah lapar! sambil makan aku dan Salina borak borak lah hal hal perbadi.Sesekali aku jeling tengok Iman yang masih sibuk main bola.Iman pun jeling tengok aku dan Salina.Riak muka Iman jelas tak puas hati.Cemburu la tu,padan muka!. Lelaki muka K.Pop macam aku ni mesti lah ada perempuan yang nak temankan.Tu belum aku petik jari lagi.Kalau aku petik jari tawarkan diri,conform semua anak dara kat taman ni datang beratur.

Hidup Iman mencipta kebahagian yang Fariz tak nampak.Suatu hari Iman akan pergi jauh membawa diri disaat Fariz dah tak perlukannya lagi kerana wujudnya Fatihah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience