DI DALAM bilik mandi, terdapat satu tab mandi yang agak besar dengan pancutan air hujan di atasnya. Di hujung tab mandi pula, ada paip air tersedia di situ.
Cermin besar pula terlekat elok di dinding dengan table top marmarnya yang berwarna cream. Corak berbintik kecil menghiasi marmar tersebut. Di atas table top tersebut, ada kabinet kecil yang menempatkan beberapa botol syampu dan shower serta berus gigi dan ubat gigi.
Sinki kecil kelihatan agak comel di sisi tab mandi itu. Paipnya pula direka dengan ciri boleh tarik iaitu pull out atau pull down. Dan membolehkan kepala paip ditarik keluar dari badannya untuk memudahkan kerja-kerja mencuci di sinki. Nissa baru perasan semua sinki dan paip di rumah tersebut menggunakan kaedah itu.
Azhar duduk di atas kerusi dengan kepala mendongak ke atas dan disandarkan di atas sinki kecil. Nissa pula berdiri di sisi, sudah bersedia dengan tugasnya memotong jambang si suami.
Paip ditarik keluar dari badannya. Nissa mulakan dengan mencuci wajah dan jambang suaminya terlebih dahulu dengan krim pencukur. Kemudian, eletric shaver yang terletak di atas table top digapai. Perlahan-lahan, dia mula mencukur dari arah rahang, leher barulah ke pipi.
Penuh teliti dan berhati-hati Nissa melakukan itu. Risau pula sekiranya alat pencukur yang tajam itu melukakan wajah suaminya.
Kesempatan itu digunakan oleh Azhar untuk mengusik isterinya. Tatkala Nissa menunduk sedikit untuk melakukan kerjanya, dia mengucup buah dada Nissa.
"Abang!!" Nissa terjerit kecil dengan perlakuan suaminya itu.
Azhar tergelak. Mana dia nak lepas peluang? Nissa dah beri ruang, apalagi dia kebas sajalah! Lebih-lebih lagi setelah baju pendek yang digunakan oleh Nissa itu menampakkan lurahnya. Jiwanya memberontak.
"Abang..janganlah kacau Nissa!" Nissa sedikit membentak setelah tangan Azhar mulai hinggap pada pahanya.
"Okey! Tak buat dah" omel Azhar seraya melepaskan paha gebu itu.
Nissa hampir selesai. Setelah mencukur, dia bilas pula wajah Azhar dengan air bersih. Tuala yang tergantung di tepi dicapai dan dilapkan ke wajah supaya kering.
"Siap dah!" ujar Nissa. 'Beard oil' yang terletak elok di atas table top dituang ke telapak tangan lalu disapu ke tempat yang dicukur tadi.
"Dah selesai!" ujar Nissa lagi.
Azhar menarik tangan Nissa agar duduk di ribanya. "Hensem tak?"
"Hensem pada mata Nissa!" sahut Nissa. Cermin kecil diambil lalu diserahkan pada suaminya.
Hmm, not bad!! Tutur Azhar dalam hati. Dia tak menyangka Nissa sepandai itu. Wajahnya tampak kemas dan bersih saja. Namun aura bengis itu tetap ada.
"Abang dah cukur jambang pun masih nampak aura bengis tu!" omel Nissa.
"Alaa abang bengis, serius, garang dengan orang lain je. Dengan Nissa, mana berani!" Kepalanya dibenamkan ke leher jinjang Nissa.
"Yelah tu!" gerutu Nissa. Bukan dia tak percaya tetapi kadangkala perasaan curiga dan cemburu itu tak mampu dia nak kawal.
"Yelah! Betullah! Tak percaya ke? Jiwa dan raga ni semua untuk Nissa sorang. Abang kerja keras selama ni untuk Nissa. Abang kumpul harta, kumpul duit. Beli rumah, beli kereta, semua tu untuk Nissa. Mana ada untuk orang lain" Wajah Azhar serius tatkala mengungkapkan itu. Dia ingin Nissa tahu yang dia tak main-main. Segala kerja kerasnya selama ini hanyalah untuk membahagiakan Nissa. Tiga tahun ini dia tak pernah minta cuti kerana dia tak mampu berhenti memikirkan Nissa. Jika punya masa terluang, pasti wajah dan suara Nissa yang mengisi benaknya. Dan itu membuatkan dia hampir gila, sementelah ketika itu Nissa tak ditemui.
"Okey, Nissa percaya. Tapi jangan sia-siakan kepercayaan Nissa" Pipi Azhar dia kucup. Jelas terpancar keikhlasan Azhar tatkala dia mengucapkan itu.
"Janji!" Azhar angkat tangan, seolah-olah berikrar. "Nak pergi honeymoon tak?"
"Honeymoon mana?" Dalam hati, Nissa dah bersorak gembira. Mana tidaknya, selama 26 tahun dia hidup, tak pernah sekalipun dia bercuti ke mana-mana.
"Sukanya dia!" Pipi gebu Nissa dicubit. Eihh geram!! Rasa nak makan je pipi tu eishh!
"Mestilah suka!" Nissa pamer sengihan.
"Sayang nak pergi mana?"
"Hmmm..." gumam Nissa. Dia masih berfikir tempat yang seronok untuk dijelajahi bersama suaminya.
"Dalam Malaysia ke?"
''Luar Malaysia sayang! Dalam Malaysia, bila-bila je boleh pergi"
"Nissa tak tahulah! Nissa tak pernah pergi mana-mana sebelum ni"
Baru Azhar teringat,sepanjang perkahwinan Nissa dan Iqbal dulu, tak pernah pula dia nampak Iqbal membawa Nissa bercuti. Asyik terperuk di dalam rumah, menunggu si suami yang rupa-rupanya menghabiskan masa bersama kekasih lama. Kasihannya Nissa!
"Kita pergi Korea nak?"
Mata Nissa bersinar-sinar menatang mata suaminya. "Boleh jumpa Lee Min Ho ke? Atau Cha Eun Woo?"
"Amboii!!" Azhar pamer wajah seriusnya. Muncungnya sudah sedepa.
"Ohh tak boleh erk?!" Polos Nissa bertanya. Wajahnya tampak naif.
"Betul-betul ke nak jumpa Lee Min Ho tu?" Azhar mengira kalau Nissa bergurau. Rupa-rupanya tidak! Apalah disyok sangat dengan artis Korea tu?
Nissa mengangguk dengan wajah separuh merayu. Buat kerja gilalah dia nak bawak isteri dia jumpa lelaki lain!
"No! Lee Min Ho tak ada! Tapi Azhar Min Ho ada!" tukasnya seraya menggeletek pinggang isterinya.
Menggeliat kegelian Nissa dengan perlakuan suaminya itu. Azhar capai paip tarik tadi lalu disiram ke arah isterinya.
"Abanggg!!" Nissa terjerit kecil. Serentak itu, tubuhnya digendong oleh Azhar ke tab mandi.
"Jom mandi!!" Azhar sudah tersenyum nakal.
KERETA Range Rover berhenti tepat di hadapan rumah banglo besar itu. Dia berkira-kira hendak menunggu terlebih dahulu. Mahu memastikan gerangan penghuni di banglo itu.
"Papa, kita buat apa kat sini?" tanya Sofi dengan Ipad di tangan.
Amran senyum. Kepala Sofi diusap. Wajah comel ala-ala minah salleh itu ditatap. Sofi memang cantik! Mewarisi kecantikan Mimi.
"Kita nak jumpa seseorang"
"Seseorang tu siapa? Mama ke?"
Amran diam. Kasihan betul dia dengan nasib Sofi itu. Asyik mencari dan menyebut nama Mimi sahaja. Maka sebab itulah dia membawa Sofi ke situ. Manalah tahu, Mimi sebenarnya ada di rumahnya.
"Tak. Kita nak jumpa nenek Sofi"
Wajah Sofi bersinar-sinar. Sebelum ini, dia selalu mendengar kisah neneknya melalui Mimi. Menurut mama, nenek seorang yang baik dan penyayang. Dia juga seorang yang pemaaf, sebab itulah jiwanya besar.
"Mama cakap, nenek baik dan penyayang. Pastu nenek cantik macam mama"
Amran tersenyum. Besarlah harapannya jika apa yang dikatakan Sofi itu adalah benar belaka. Dia benar-benar risau sekiranya ahli keluarga Mimi tak mahu menerima Sofi.
"Jom, kita turun! Jumpa nenek!"
Sofi menurut.
Mereka tiba di hadapan pintu. Cepat-cepat Sofi mengetuk pintu. Tak sabar hatinya nak bertemu dengan insan yang bergelar nenek itu.
Saat pintu terbuka luas, muncul wajah bengis Tan Sri Aziz di situ. Dia memandang Amran dengan pandangan tak berkelip. Dia kenal lelaki itu. Lelaki sama yang sering menghabiskan masa bersama Mimi enam tahun lalu. Untuk apa dia kemari?
Pandangannya jatuh pada wajah comel Sofi pula. Melihat wajah itu, dia seakan-akan melihat bayangan Mimi. Hati yang tadi terasa panas berubah sejuk.
"Assalamualaikum Tan Sri!" ucap Amran lalu tunduk menyalami tangan itu.
"Waalaikummusalam" sahut Tan Sri Aziz. Huluran tangan Amran disambut.
"Salam" Amran bisik pada Sofi. Sofi pula akur. Ketika tangan itu menggapai tangan Tan Sri Aziz, ada satu perasaan halus yang tak mampu dia ungkapkan dengan kata-kata.
"Amran kan?" Tan Sri Aziz ingat-ingat lupa. "Anak Datuk Aznah?
"Ya saya Tan Sri!"
"Masuklah!" pelawa Tan Sri Aziz dengan ceria. Ketika itu, Lili baru saja turun dari biliknya. Saat bertentang mata berdua, Lili kaku seketika. Dia kenal lelaki itu. Dia tahu siapa dia. Dan kenangan silamnya bersama Mimi.
"Lili, suruh Bik Tam buatkan air. Ada tetamu" arah Tan Sri Aziz dengan suara diktatornya.
Lili tak bergerak. Matanya masih tajam mencerlung ke wajah itu. Dia masih berdendam dengan Amran atas apa yang pernah berlaku di antara dia dan Mimi. Mana mungkin dia lupa, lelaki itulah yang menghancurkan hidup dan maruah Mimi!
Matanya tertancap pula pada wajah seorang kanak-kanak perempuan di sebelah Amran. Persis bak wajah Mimi sewaktu kecil dulu! Itukah anak saudaranya yang sering Mimi ceritakan sebelum ini?
"Lili!!" pekik Tan Sri Aziz dengan sedikit keras.
Cepat-cepat Lili bergerak ke dapur tanpa sepatah kata pun. Dalam otaknya ligat berfikir. Apa yang dia mahukan?
TAN SRI AZIZ menahan amarahnya. Setelah diceritakan oleh Amran segala yang telah berlaku dan kehadiran Sofi, hatinya tiba-tiba panas. Mimi sudah menconteng arang ke mukanya untuk kali kedua! Dan untuk kali ini, dia tak rasa dia mampu maafkan anaknya yang satu itu!
Puan Sri Linda dan Lili juga berada di situ. Jelas terpampang riak kecewa pada wajah Puan Sri Linda. Dia tak habis fikir, kenapa Mimi seteganya memperlakukan mereka seperti itu? Mereka keluarga terhormat. Apa yang akan berlaku sekiranya perkara tersebut dapat dihidu oleh masyarakat setempat?
"Kalau Tan Sri dan Puan Sri marahkan Mimi, itu saya tak boleh nak ubah. Tapi tolonglah jangan marah pada Sofi. Dia masih kecik. Dia tak tahu apa-apa" luah Amran seraya memerhatikan gelagat Sofi yang bermain di luar bersama Bik Tam. Bik Tam diarah oleh Tan Sri Aziz tadi untuk menemani Sofi ketika mereka berbincang. Risau jika perbincangan mereka didengari oleh Sofi.
"Kami memang marah pada dia! Sampai hati dia buat kami macam ni. Kami jaga dan didik dia dengan baik" luah Puan Sri Linda. Untuk memarahi Sofi, dia tidak tega. Anak itu terlalu kecil untuk memahami segala yang berlaku.
"Dulu dia tipu kami. Katanya kawen dengan orang bujang tapi lelaki tu dah berkahwin! Kami redha. Kami maafkan dia. Kerana cinta, dia jadi buta. Takpe! Kami doakan yang baik-baik saja untuk dia. Tapi yang ni..." Puan Sri Linda tak mampu menahan sebaknya. Lili di sisi memaut bahu mamanya. Dia menenangkan mamanya sebaik mungkin. Dia juga bersalah di dalam perkara ini kerana dia telah merahsiakannya daripada pengetahuan orang tuanya.
Namun dia kasihankan Mimi. Itu saja satu-satunya adik yang dia miliki. Dek kerana itu, dia menuruti saja permintaan sang adik untuk merahsiakan perkara ini dahulu. Ya Allah Mimi! Di mana kau dik?
"Tan Sri..." Bahu Tan Sri Aziz dipaut.
"Kenapa kamu sanggup aniaya anak saya?! Kamu tahu tak, dia jugak antara harapan kami. Kamu tahu tak, Mimi nak hidup bahagia. Bukannya hidup hancur gara-gara kepentingan dan kepuasan kamu sendiri!" Tan Sri Aziz menghambur kemarahan lantas melayangkan sebuah penumbuk ke wajah itu.
Pantas sajalah mereka selalu menghabiskan masa bersama. Rupa-rupanya Amran mempunyai niat yang tak baik pada anak perempuannya. Siapa saja yang tak kecewa mendengar berita itu? Anak yang disanjung da ditatang bagai minyak yang penuh tak habis-habis mengecewakannya.
"Saya jugak menyesal dengan apa yang berlaku. Saya sedar, saya salah. Saya bertindak mengikut nafsu. Maafkan saya Tan Sri! Kalau Tan Sri tak mampu nak terima saya, sekurang-kurangnya terimalah Sofi! Dia cucu kandung Tan Sri dan Puan Sri" Suara Amran separuh merayu. Dia tahu, dia tak mampu nak memiliki Mimi lagi tetapi setidak-tidaknya hak Sofi terjaga.
Tan Sri Aziz membatu. Melihat wajah ceria Sofi di luar sana, hatinya tidak setega itu. Mungkin Mimi tersalah arah, tapi siapalah dia nak meletakkan kesalahan itu pada bahu Sofi?
"Kamu bawaklah dia dengan Sofi ke mari. Biar kami sendiri yang berbincang dengan dia" Suara Tan Sri Aziz kembali mengendur.
Amran mengerut dahi. "Mimi bukan duduk sini ke?"
Lili mengetap bibir. "Maksudnya? Bukan ke Mimi duduk dengan suami dia?"
"Saya kurang pasti. Saya banyak kali call dia tapi tak bersambung!"
Puan Sri Linda dan Lili saling berpandangan. Selama ini mereka juga melakukan perkara yang sama. Dan hasilnya juga sama seperti Amran.
"Mana dia pergi? Apa berlaku pada Mimi?" Lili berteka-teki. Kini jalan yang ada hanyalah ke rumah Iqbal dan mengetahui segala-galanya di sana. Dia yakin, ada yang sedang disembunyikan oleh Mimi!
done ;) esok ye kiki sambung lagi.. ;) happy reading..
Share this novel