ASAP rokok berkepul-kepul berterbangan di udara. Sejak dari semalam dia tak melelapkan mata. Ditahan saja matanya daripada lena. Dia tahu, semalam sudah terlerai akad di antara Nissa dan Azhar.
Semalam juga dia mendengar Mak Uda membebel dan menyumpah mereka berdua. Dia malas nak ikut campur. Dia sudah ada rancangannya sendiri.
Dia biarkan saja Nissa dan Azhar bahagia dulu. Sampai satu saat, dia akan melaksanakan rancangannya itu. Yang pasti, biar hatinya puas!
Tak dapat Nissa pun takpe. Yang pasti, Nissa juga tak boleh dimiliki oleh Azhar!
"Korang bahagialah dulu! Nanti dah terlanjur bahagia, barulah aku datang! Masa tu baru best kacau korang!" Iqbal pamer senyum sinis.
Yang pasti, dia takkan kalah pada Azhar lagi!
PAGI itu, jam baru menunjukkan pukul 5. Nissa bangun dengan kepala yang terasa sedikit pening. Dia meraba-raba posisi di sebelah. Matanya dicelikkan, mencari-cari kelibat sang suami. Namun tidak bertemu. Di mana dia?
Nissa bangkit dari tidurnya. Sempat juga dia menguap. Dia benar-benar keletihan. Rasa nak tercabut segala anggota badannya. Teringat akan peristiwa semalam, pipinya merona. Sentuhan dan belaian Azhar sangat memukau.
Nissa menggeleng kepala. 'Nissa, dah! Jangan nak fikir benda tu lagi!' Aishh!!
"Eh sayang dah bangun!" Azhar yang baru keluar dari bilik air tersenyum. Dia hanya mengenakan tuala separas lutut. Berbaju pun tidak. Eihh! Awal pagi dah tunjuk seksi!
"Kenapa pandang semacam?" Tanpa sedar, Azhar sudah duduk di atas katil, berhadapan Nissa.
"Takde apa-apa" Nissa tersengih.
"Lena tidur semalam?" Sengaja Azhar bertanya. Dia siap pamer senyuman nakal lagi!
"Tak!" Laju Nissa menjawab.
"Kenapa?"
"Entahlah! Ada vampire gigit semalam..."
Pecah juga tawa Azhar dibuatnya. Dia menyudahkan tawa seraya memandang wajah Nissa yang cemberut itu.
"Hmm abang ni..."
"Abang tak buat apa pun. Semalam lepas tu kan kita tidur" Azhar mengingati kembali peristiwa semalam. Geli hati melihat tubuh Nissa yang membeku seusai mereka bersama. Dia peluk erat tubuh tersebut.
"Tahulah.. abang tu..."
"Apa abang buat? Abang buat apa yang sepatutnya pengantin buat. Kan?"
Nissa diam. Malaslah nak bertekak dengan Azhar! Alih-alih dia jugak yang terkena.
"Nissa nak mandi" rengek Nissa, cuba melepaskan diri dari pelukan sang suami.
"Ye sayang. Pergi mandi, pastu siap-siap solat Subuh. Abang imamkan" Sebuah kucupan melayang tepat ke pipi dan dahi itu.
Nissa mengangguk. Pelukan dileraikan. Baru saja Nissa nak angkat, tak sengaja dia terlanggar Azhar yang juga sama bangun dari katil. Gara-gara itu, keduanya jatuh semula di atas katil dengan posisi Nissa di bawah dan Azhar menindihnya.
Wajah kedua mereka dekat. Masing-masing membahang.
"Nak goda abang lagi ke?" usik Azhar lantas mengucup bibir Nissa.
"Abang...." Nissa menolak tubuh Azhar. Terkekek-kekek Azhar dibuatnya.
"Nak mandilah!" rungut Nissa sambil menahan malu. Ishh, suaminya itu pantang nampak peluang, laju betul menyambar!
Azhar mengekek. Dia lepaskan Nissa setelah puas mencium seluruh wajah itu.
"Sayang..."
Nissa yang baru hendak menapak ke bilik air menoleh semula.
"Mandi wajib tau?!" Azhar mengenyitkan mata. Gelak tawanya masih bersisa.
Cepat-cepat Nissa meluru masuk ke dalam bilik air. Aihh! Malunya!!
USAI solat Subuh, Nissa tunduk menyalami tangan Azhar penuh hormat. Pertama kali rasanya diimamkan suami, hatinya rasa tersentuh. Sebelum ini dia selalu solat seorang kerana Iqbal susah bangun seawal itu.
Dahi Nissa dikucup penuh sayang. Jatuh kasihnya pada wanita itu. Terlalu istimewa Nissa di dalam hatinya.
"Terima kasih imamkan Nissa" Pipi Azhar dikucup mesra.
Azhar tersengih. "Hari-hari abang imamkan Nissa selepas ni!" Dibalas kucupan itu pula.
Nissa mengangguk. Dia lipat sejadah dan telekung. Kemudian disimpan di tempat asal.
"Nanti lepas breakfast, kita gerak tau? Check-out" Azhar memberitahu.
"Ohh ingatkan lama lagi kat sini" tukas Nissa. Sejadah dan telekung tadi dia simpan kembali ke dalam luggage.
"Kenapa? Sayang nak stay sini lagi ke?" Tubuh Nissa dia peluk dari arah belakang. Leher itu dikucup berkali-kali.
"Ehh, taklah bang! Kita balik rumah je"
"Rumah kita. Bukan rumah kak Raudhah tau?" Azhar mengingatkan, kot-kot Nissa lupa soal itu. Dia duduk di birai katil, bersebelahan dengan Nissa yang memindahkan barang ke dalam luggage.
"Kalau nak balik rumah kak Raudhah jugak macam mana?" Nissa sengaja menduga.
Kening Azhar bertaut. Wajah Nissa dipandang dalam-dalam. Kemudian, tubuh itu ditarik berhadapannya lantas pinggangnya dipeluk erat.
"Jangan..nak..macam...macam.." bidas Azhar satu-persatu. Hidung Nissa dicuit. Geram!
Nissa mengekek. Dia tahu itu. Saja nak menguji si suami.
"Tahu.. Nissa gurau jelah! Abang kan tak boleh jauh dari Nissa" Dagu Azhar dimain-mainnya.
"Mengada erk?! Gigit karang" ugut Azhar dengan wajah cemberutnya. Nissa gelak.
"Panjanglah jambang abang ni. Tak nak potong ke? Trim ke?" tanya Nissa. Khusyuk pula dia bermain dengan jambang suaminya itu.
"Nantilah abang pergi barber"
"Tak payah! Nissa boleh potongkan"
Kening Azhar naik. Biar betul?
"Yeke ni? Macam tak percaya je?"
"Iye! Nissa boleh buatlah! Ya bang ya?"
"Okey!" Dia meletakkan wajahnya ke perut Nissa. Mengekek ketawa Nissa kerana merasa geli.
"Buat jadi handsome ye?" pinta Azhar, sekadar mengusik.
"Tak naklah! Hensem-hensem nak tunjuk kat siapa?" Nissa muncungkan bibir.
"Aikk!! Takkan tak boleh?"
Tajam renungan Nissa menusuk ke anak mata Azhar.
"Jangan...nak...macam..macam.." Nissa ulang ayat Azhar tadi.
Azhar gelak bahagia. "Abang gurau jelah!"
KOTAK rokok dicampakkan di atas meja makan. Sebelah kaki naik di atas kerusi. Wajah mendung Mak Uda ditatap. Pelik benar dia lihat wanita tua itu. Biasanya seawal jam enam pagi lagi dia sudah menjadi tetamu di rumah mereka.
"Kenapa ni Mak Uda?" Alih-alih, dia pula yang melawat Mak Uda di situ. Bukan apa, dia hairan melihat angin Mak Uda pagi itu.
"Kamu datang sini nak apa?"
"Aikk Iqbal tak boleh datang sini ke? Biasanya kan Mak Uda ke rumah. Pagi ni tak nampak pun Mak Uda kat rumah. Dah jadi isteri mithali ke Mak Uda?" tempelak Iqbal dengan tawa kecilnya.
Mata Mak Uda mengecil memandang wajah anak saudaranya. Kalau bukan dia anak Salmah, pasti sudah diusirnya dari situ.
"Aku takde mood nak berjalanlah! Nanti kena marah dengan Pak Man lagi" sahut Mak Uda dengan suara hampir terjerit.
"Mak Uda ni, aku nak pesan. Kalau asyik menghilang je dari rumah, nanti suami bosan. Bila bosan, cari orang lain. Nanti senyap-senyap Mak Uda dapat madu!" Sinis sindiran Iqbal itu.
Mak Uda menjeling. "Kamu jangan nak buat aku naik darah! Dahlah sakit hati semalam masih bersisa!"
Dahi Iqbal mengerut. Ada sesuatu ke yang berlaku di majlis Nissa dan Azhar semalam? Hatinya kuat ingin tahu.
"Apa jadi semalam sampai Mak Uda sakit hati tu?" tanya Iqbal sambil menuangkan teh panas di dalam cawannya. Kemudian dicicipi perlahan.
"Pak Man tu, habis aku ni dimalunya. Mana tak meradangnya aku ni! Dia bela sangat si anak gampang dua orang tu! Sakit tau hati aku ni?!"
Kening Iqbal bertaut. Anak gampang? Siapa? Nissa atau Azhar?
"Siapa anak gampang?"
"Si Azhar dan Nissa tu lah!"
Iqbal tersentak. Bagaimana Mak Uda tahu?
"Hish, sebarang jelah Mak Uda ni! Tak baik cakap sembarangan tau? Nanti jatuh fitnah!!"
Mak Uda menjeling Iqbal. Kemudian matanya melilar memandang sekeliling. Dipanggil Iqbal agar mendekatinya.
"Kau tahu tak? Mak kandung Azhar tu dulu perempuan panggil"
Iqbal mengerut dahi. "Perempuan panggil? Apa tu?"
"Alaa orang putih cakap call girl!"
Cerita Mak Uda membuatkan Iqbal tersedak air tehnya. "Jangan nak buat ceritalah Mak Uda!"
"Nak buat cerita apanya? Dulu masa Azhar tu lahir, mama kamulah yang sambut. Azhar tu lahir takde bapak! Entah jantan mana yang hamilkan mak dia! Masa lahirkan Azhar, dia meninggal. Sebab tu mama kau jaga dia dan anggap dia macam anak sendiri. Tapi dulu duduk kat rumah kau tu, tak sedar diri. Menumpang!"
Perlahan-lahan Iqbal mengangguk kepala. Baru dia tahu perkara sebenar. "Habis tu Nissa tu? Anak gampang jugak ke?"
"Yang tu lebih kurang je. Yang aku dengar, arwah mak dia kena rogol. Tapi bukan kena rogol je, mak dia tu memang jenis merenyam. Laki orang disembatnya. Padanlah muka tu!"
Cerita itu pulak bikin Azhar kaget. Banyak rupanya sejarah silam yang tidak diketahuinya. Yang pasti, dia dapat sesuatu dari situ.
"Tu perangai mak dia tu, menurun ke Nissalah tu!"
"Mak Uda jangan nak menuduh sebarang! Saya tak benarkan!" Geram pula dia apabila nama Nissa diburuk-burukkan.
"Takdelah. Aku cakap je! Ni kau..nak bela perempuan tu kenapa? Kau jangan nak memandai nakkan dia balik! Mimi tu baik tau? Jangan kau nak menyesal pulak nanti"
Iqbal menjungkit bahu. No komen! Dia saja yang tahu baik buruk Mimi itu. Menyesal? Iya, dia sekarang menyesal mengahwini Mimi! Arghh!!
MEREKA tiba di perkarangan rumah setelah sejam lebih memandu. Keluar saja dari perut kereta, Azhar segera ke bonet untuk mengeluarkan barang mereka.
"Nissa tolong" ujar Nissa yang sudah berdiri di sisi suaminya.
"Takpe. Abang boleh angkat semua ni. Nissa bukak pintu je"
Akur akan perintah suaminya, laju saja Nissa menapak ke arah pintu. Kunci dimasukkan ke dalam tombol. Sekejap saja, pintu terbuka.
Damai hatinya melihat keadaan rumah tersebut. Hiasannya cukup sederhana. Tidak terlalu banyak perhiasan dan perabot. Seperti citarasanya. Azhar memang bijak mengambil hatinya.
"Suka?" tegur Azhar di sisi. Nissa mengangguk.
"Rumah ni taklah sebesar rumah Kak Raudhah. Tapi kita ada rumah sendiri. Itu yang lebih selesa" sambung Azhar lagi.
"Rumah kecik pun ada tempat berteduh" sahut Nissa pula.
Azhar berbisik ke telinga Nissa dengan senyuman nakalnya. "Dan lebih privasi!"
"Abang niiii..." Kan dah cakap? Itu aje yang difikirnya.
"Naik atas. Pergi tengok bilik kita" arah Azhar.
"Kan dah tengok hari tu?"
"Pergi je" gesa Azhar.
Mahu tak mahu, Nissa menurut juga. Sampai saja di hadapan bilik, dia bukak pintu. Menapak saja ke dalam bilik, matanya tertancap pada hiasan atas katil.
Ada kelopak bunga mawar yang berbentuk hati di atasnya. Perkataan I Love You turut terhias cantik di situ. Haruman bilik juga seakan membangkitkan suasana.
"Abang buat ni khas untuk sayang"
Bisik Azhar sambil mengunci Nissa di dalam pelukannya.
Nissa senyum. Patutlah Azhar menggesanya tadi. Rupa-rupanya ada kejutan di situ.
"Suka tak?" tanya Azhar lagi.
"Suka sangattt" sahut Nissa dengan riangnya. "Bila abang buat?"
Nissa memusing badan menghadap suaminya. Leher Azhar tempat dia berpaut.
"2 hari sebelum kita kawen" Kucupannya jatuh di dahi isterinya itu.
"Tak sangka kan, inspektor yang garang, muka bengis, yang ditakuti ni rupa-rupanya sangat romantis!" tempelak Nissa diiringi gelak tawanya.
"Ohh kutuk abang ye?" Perut Nissa tempat dia benamkan kepalanya.
"Abang, geli!! Abangg..." Nissa terjerit kecil.
Dua-dua tak mampu nak menyeimbangi badan lalu jatuh di atas katil.
"Okey, Nissa give up! Nissa kalah!!" ujar Nissa tatkala bibir Azhar kini hinggap di sekitar leher dan dadanya.
Azhar tergelak. Perlakuannya terhenti serta-merta. Wajah Nissa ditatapnya.
"Bila nak potong jambang abang?"
"Nak potong sekarang?" tanya Nissa pula.
"Jommm!!" Ditariknya Nissa agar mengikutinya.
BERKALI-KALI Amran menelefon nombor Mimi namun tiada respon. Yang kedengaran hanyalah suara operator di hujung sana. Hatinya mendongkol geram dengan percubaan yang beratus kali gamaknya.
Sofi yang nyenyak tidur di atas katil dikerling sekilas. Dari tadi, anaknya itu menangis nakkan mamanya.
Kasihan pulak! Nasib Sofi sungguh tak terbela. Kewujudannya langsung tak diketahui oleh keluarga Mimi. Haknya juga seakan dinafikan.
Nak keluar berduaan pun Mimi tak berani kadangkala. Risau jika mereka tertangkap dan dihidu oleh sesiapa. Entah sampai kapan dia dan Sofi harus menjadi orang terakhir di dalam hidup Mimi.
Amran mengeluh. Mana dia menghilang? Dari dulu lagi Amran bersedia untuk bertanggungjawab dan menafkahi mereka berdua. Namun Mimi menolak dengan alasan tiada cinta antara mereka. Padahal sudah jelas dia begitu tulus mencintai wanita itu. Dia berharta, dia bisa menyenangkan hidup mereka.
Tapi setidak-tidaknya Mimi tidak memisahkannya dari Sofi. Dapat tahu saja Sofi anaknya, Amranlah manusia paling bahagia. Dia memutuskan untuk mengahwini Mimi namun wanita itu tetap menolak. Jadi dia meminta belas dari Mimi untuk menjaga Sofi.
Mimi pula bersetuju tanpa banyak bicara. Namun gara-gara perkara itu, hak dan kewujudan Sofi dinafikan.
Dia harus mencari jalan untuk menemukan Sofi dan keluarga Mimi. Tapi bagaimana? Dan apakah penerimaan mereka nanti?
Share this novel