TALI leher ditarik kasar. Badannya berpeluh. Hatinya sedang terbakar hebat. Penipuan apa lagi yang harus dihadapinya selepas ini?
Punggung dihenyak dengan kasar di atas katil. Betapa sakit hatinya melihat kemesraan di antara Mimi dan lelaki asing tadi.
Siapa lelaki tersebut? Dan apa hubungan mereka berdua? Setahu dia, Mimi tidak mempunyai adik-beradik yang lain selain Lili.
Iqbal mengerut dahi. Fikirannya kacau-bilau. Dia paling benci ditipu! Dan siapa pulak budak perempuan tersebut?
"Arghhh!! Siallah! Semua nak tipu aku!!" cemuh Iqbal dengan penuh amarah. Dari Mak Uda, Salmah sehinggalah ke Mimi. Semua tak pernah fikirkan perasaan dia. Cuma Nissa yang sentiasa menghargai dia. Namun dia yang membuat onar! Dia letih! Perasaannya walang. Dia inginkan kehidupan seperti dulu, waktu mula-mula Nissa masih di sisi.
Iqbal pejam mata. Suara dan tangisan Nissa ketika diusir tiga tahun lalu mula menyinggah.
"Abang percayakan Nissa kan? Nissa hanya setia pada abang! Nissa tak pernah curang!!"
Iqbal menangis. Kedua cuping telinga ditutup dengan tangannya. Dia tak mahu mendengar suara sedih Nissa. Hatinya jadi merana.
"Ampunkan Nissa bang! Ampunkan Nissa!!"
Iqbal diserang ketakutan. Wajah dan tangisan Nissa datang silih berganti.
"Maafkan abang! Maafkan abang! Abang sayangkan Nissa. Abang cintakan Nissa. Abang dah sedar kesalahan abang!! Tolonglah kembali pada abang" rintih Iqbal, seperti sedang merayu di hadapan bayang-bayang Nissa.
"Maafkan abang..."
Tak henti-henti Iqbal mengungkapkan kata maaf. Dia mahu Nissa kembali ke sisinya. Walau apa cara sekalipun!!
BREK kereta ditarik lalu kereta diberhentikan di hadapan rumah. Ana yang duduk di bahagian belakang berkira-kira hendak keluar. Tetapi sebelum sempat keluar, Azhar memanggilnya.
"Nah, ambik kad ni! Kalau ada sesiapa yang buli Ana atau Ana nampak benda yang tak elok berlaku, Ana call je abang"
Kad tersebut bertukar tangan. Ana tersenyum riang. Dia angkat tangan, buat aksi tabik hormat.
"Aye aye cipp!!"
Nissa tergelak.
"Ana keluar dulu. Akak, jangan lama sangat dalam kereta ni. I'm watching your bebeh!" seloroh Ana sambil kecilkan matanya kepada Nissa.
"Ana..Ana..." tukas Nissa sambil menggeleng kepala.
"So kira jadilah ni kan?" tegur Azhar tidak sabar.
"Jadi apa?" tanya Nissa, pura-pura tidak tahu. Walhal dalam hati dah bergetar bagai nak pecah dah!
"Jadi kawenlah sayang!" sahut Azhar penuh semangat. Dia kalau boleh, petang itu jugak nak kawen! Tak menyaborr..
Wajah Nissa membahang. Pertama kali panggilan itu ditujukan kepada dirinya. Dia jadi segan.
"Kenapa?"
"Tak..takde.."
"Tak suka ke aku panggil sayang? Nanti kalau dah kawen, kena tukar panggilan tau? Tak boleh dah nak guna 'aku kau'. Tak romantik!"
Ahh sudah! Naik meremang bulu roma Nissa dibuatnya. Dia dahlah tak pernah bercinta. Kawen pulak dengan sahabat sendiri. Macam mana erk nak biasakan diri?
"Boleh tak, sayang?" Azhar tekankan perkataan sayang itu.
"Kau ni.. janganlah buat aku takut"
"Ehh takut apa pulak? Aku bukan nak makan kau pun. Kalau ya pun, tunggulah lepas kawen nanti!" getus Azhar dengan senyuman nakalnya.
Nissa merona. Haa! Dia mai dah perangai gatal dia!!
"Ee tak senonohlah kau ni!!" omel Nissa. Saja nak cover malu! Padahal dalam hati dah bertan-tan jambak bunga sedang berkembang!
Tawa Azhar meletus juga. Nissa memang penakut. Dia bukan nak buat apa-apa pun. Tapi itu yang buat dia makin sayang.
"Kenapa kau tak pernah cerita dengan aku pasal hal ni?" Nissa tukar topik perbualan. Sejak mengetahui duduk perkara sebenar, bebannya terasa hilang. Dia sudah bersetuju dengan lamaran Azhar dalam diam. Kini tak perlulah dia mengadap muka Mak Uda dan Iqbal jika mereka berkahwin nanti. Azhar juga sudah berjanji akan menyelesaikan perkara itu.
"Dah kau hilang dalam tiga tahun ni..." Azhar bernada kesal. Banyak masa sudah hilang dalam tempoh itu. Disebabkan itulah, dia tak mahu mensia-siakan waktu lagi.
Nissa mengetap bibir. Dia bukan hilang saja-saja. Dia kena usir! Dalam tempoh tiga tahun itu, banyak betul perkara telah berlaku. Bukan senang dia nak berdiri seperti sekarang. Bukan mudah juga baginya untuk move on!
Trauma yang disebabkan oleh tuduhan melampau Mak Uda menyebabkan dia serik untuk bertentang mata dengan wanita itu. Jujur, dia takut untuk menghadapi Mak Uda lagi. Ketika itu, tiada siapa di sisi. Azhar juga tiada. Dia takut, malu dan kecewa.
"Tapi aku janji, lepas ni kau takkan merana lagi. Kau kena percayakan aku. Aku takkan tinggalkan kau lagi!"
Nissa menyimpul senyum. Dia percayakan Azhar. Dia ingin memulakan kehidupan baru bersama lelaki itu.
"PERGI mana?" tegur Iqbal yang duduk bersantai di balkoni bilik. Bermacam persoalan sudah tersedia untuk isterinya itu. Berani betul Mimi keluar tanpa izinnya! Tak cukup dengan itu, dia berjumpa pulak dengan lelaki lain. Memang nak kena ajar cukup-cukup agaknya perempuan itu!
"I keluar kejap" jawab Mimi. Entah kenapa, hatinya rasa tak senang saja. Keadaan bilik pula gelap gelita. Aura di dalam bilik itu juga sangat menakutkan.
"Tak payah nak on suis tu. I suka gelap macam ni" Iqbal menegah tatkala tangan Mimi hampir saja mencapai suis lampu.
"Ohh.. err, tapi tak berapa nak nampak. I nak salin baju"
"Salin jelah! Macam tak biasa salin depan I? Ke you dah tak nak share body you dengan I? Suka nak share dengan orang lain?" Laju betul Iqbal menembak sehingga tak sempat Mimi mengelak!
"Apa maksud you?" Dada Mimi seakan hendak pecah saja. Apa lagi kesalahannya? Atau Iqbal sudah menghidu segalanya? Dia sudah berdiri di hadapan Iqbal. Terkejut melihat sikap Iqbal yang sudah pandai merokok itu. Setahu dia, Iqballah pandai benci dengan asap rokok.
Iqbal tertawa. Asap rokok yang berkepul-kepul itu ditiup ke arah isterinya. Terbatuk-batuk Mimi dibuatnya.
"Kenapa? Tak suka asap rokok?"
Mimi mengerut dahi. Dia menutup mulut dengan tangannya.
"Sejak bila you pandai merokok?"
"Sejak semua orang tipu I.." jawab Iqbal selamba namun penuh makna.
Mimi berdebar. Tingkah Iqbal dirasakannya sangat lain. Kali ini, dia benar-benar ketakutan.
"I nak mandi" Mimi mengelak.
"Salin jelah baju depan I! Kenapa nak degil sangat haa?!" Tangan Mimi sudah direntap. Baju Mimi dikoyak. Nampak bahagian dadanya yang tadi tertutup.
Mimi menolak kasar tubuh suaminya. Dia tak suka bau asap. Keseluruhan bilik tersebut sudah dipenuhi dengan bau asap.
"Kenapa you ni Iqbal? Dah gila ke?"
"I gila?? I gila??" Iqbal ulang dua kali soalan itu. Kemudian ketawanya meletus.
Mimi capai selimut di atas katil dan menutupi bahagian dadanya.
"Bukaklah baju you tu! Apasal nak malu pulak? I ni suami you tau tak? Kalau depan lelaki lain you boleh beri pegang sesuka hati, takkan depan I you malu?"
"Apa maksud you? I tak faham!"
"Tak payahlah nak berlakon depan aku! Dasar pelacur!!"
Pappp!! Satu tamparan melayang tepat ke wajah Iqbal. Serentak itu, air matanya turut membasahi pipi. Dia kecewa dan terluka dengan ayat Iqbal.
Iqbal tergelak. Sedikit pun dia tak rasa sakit di situ. Yang sakit sekarang adalah hatinya. Rasa kena toreh dalam-dalam!
"Siapa lelaki dan budak perempuan yang you jumpa belakang I? Yang peluk bahu you, yang macam keluarga bahagia sangat tu?! Tak malu bermesra depan umum. Tak sedar ke diri tu isteri orang? Haaa??"
Iqbal sudah mengeluarkan amarahnya. Dari tadi ditahan saja. Tubuh Mimi ditolak kasar sehingga tersungkur du atas katil.
"Cakaplah! Apasal diam? You sama je dengan orang kat rumah ni! Semua tipu I! Dasar penipu!!"
Tubuh Mimi ditindih tanpa rela. Teresak-esak isterinya minta dilepaskan. Rasa nyeri dan sakit bergabung dalam diri.
Mimi sudah ketakutan. Kebenarannya sudah terbongkar. Iqbal sudah mengetahui mengenai Sofi dan Amran. Kini dia tak mampu nak meneruskan pembohongannya.
"I mintak maaf. Sofi anak I dengan Amran. Tapi...I kena aniaya. Percayalah!"
Iqbal tersenyum sinis. Kenyataan itu cukup menampar hebat hatinya. Woww!! 'Sofi anak I dengan Amran!' Kena aniaya? Semudah itu Mimi nak memperbodohkan dia!
"Dah berapa lama you tipu I? You curang belakang I? You hamilkan anak lelaki lain belakang I?!" Iqbal sudah menggila. Seluruh wajah termasuklah leher dan dada Mimi menjadi sasaran bibirnya. Hatinya sakit dengan kenyataan itu. Selama ini, dia ingatkan Nissa yang mencuranginya. Sebaliknya, Mimi yang menghancurkan hatinya!
"You!!! Sakitt!!" rintihnya tatkala Iqbal menggigit buah dadanya.
"I lagi sakit tengok kecurangan you! Kenapa you tipu I? Kenapa buat I macam tak wujud??!"
Iqbal menghambur kemarahan yang bukan sedikit. Mengingat kembali kemesraan Mimi dan lelaki yang dipanggil Amran itu, hatinya jadi benci.
"You nak sangat anak? Fine!! I bagi you anak!"
"Iqbal, no!!"
Mimi terjerit namun Iqbal terlebih dahulu menutup mulutnya dengan tangan. Kekuatan Iqbal tak mampu ditandingi. Akhirnya, Mimi rebah dalam tawanan sang suami. Dan peristiwa pahit itu, mulai menghantui!
PAGI itu, Nissa bangun dengan penuh semangat dan ceria. Macam tak sabar nak tunggu hari-hari berlalu. Celik saja mata, mesej daripada Azhar dibaca.
'morning love. mulakan pagi ni dgn sebiji vitamin cinta. nah'
Nissa tersengih membaca mesej itu. Apatah lagi dengan emoji berbentuk hati yang Azhar kirimkan sekali.
'jgn nak menggatal ye? tak approve nanti'
Sekejap saja, mesejnya dibalas. Tersengih-sengih dibuatnya!
'okeylah! simpan gatal utk nanti. yuhuuuu'
Kali ini, Nissa gelak pula. Ada saja telatah si Azhar bikin dia gembira.
'sy tahulah awak sdg hangat bcinta. tapi x nak turun keja ke cik nissa?'
Alamak!! Mesej dari bos dah berbunyi. Nissa capai tuala di tepi tingkap lantas bergegas masuk ke dalam bilik air.
WAJAH ceria Azhar buat Rizal meremang. Dahlah tersengih, lepas tu ketawa! Agaknya kepala Azhar pagi itu dah tersalah masuk skru kot?! Biasanya Azhar akan muncul dengan wajah serius dan ketat semacam. Ibarat nak pergi berperang tapi musuh tak sampai-sampai!
"Kau okey ke ni?" tegur Rizal. Mewakili pegawai lain yang ingin bertanya. Almaklumlah, semua tahu betapa garang dan panas barannya Azhar itu. Tak boleh ada silap sikit, memang tahu kena sound!
"Kau ada nampak aku injured kat mana-mana ke?"
Rizal terkebil-kebil. Tapi laju pulak kepalanya menggeleng.
"So aku okey . Takde apa-apa"
"Tapi kau tersengih, lepas tu ketawa, lepas tu berangan..."
"Shhhh..." Azhar letak ibu jari di bibir Rizal. Memberi isyarat agar lelaki itu diam.
"Jangan banyak tanya. Hari ni mood aku baik"
Rizal menggeliat kegelian melihat temannya itu. Agaknya dunia nak kiamat kali ye?! Tiba-tiba dia teringat akan Yasmeen.
"Ehh lupa pulak! Semalam cik Yasmeen cari kau"
"Haaa? Kenapa?"
"Entahlah! Takde pulak dia cakap apa-apa. Tapi rasanya dia syok kat kau..."
Tak berani nak habiskan ayatnya, jelingan Azhar menyinggah terlebih dahulu. Rizal buat aksi kunci mulut. Laju saja tangannya buat-buat sibuk. Sebelum betul-betul perang dunia berlaku, baik aku tutup mulut!
MELIHAT gadis yang tampak moden itu berdiri membelakanginya, Nissa mengeut dahi. Menurut Ana, ada seorang perempuan yang mencarinya. Takkanlah Mimi? Mimi tak pakai seksi sangat macam ni.
"Ya cik? Cik cari saya?"
Gadis itu menoleh lalu membuka kaca mata hitamnya. Dipandangnya Nissa dari atas sampai ke bawah. Not bad! Tapi agak kekampungan.
"Nissa Ardini?"
"Ya saya" Nissa semakin tak keruan. Siapa gadis ini? Dia tak pernah berjumpa dengannya.
"Saya Yasmeen"
"Ohh.. Ada apa ye cari saya?"
Yasmeen melemparkan senyuman. Kalau inilah pilihan Azhar, memang bukan saingannya langsung!
Semalam seharian dia mengintip Azhar. Sehinggalah Azhar menghantar Nissa pulang ke rumah, idea jahatnya tiba-tiba muncul. Takpelah kalau dia tak dapat memiliki Azhar sekalipun, yang penting Azhar juga tidak semudah itu mendampingi Nissa.
Jika dia tak mampu nak buat Azhar tinggalkan Nissa, biarlah dia yang akan pastikan Nissa meninggalkan lelaki itu! Baru hati dia puas!
Nissa masih sedia terpacak di situ. Puas juga dia cuba mengingati gadis di hadapannya itu, namun memang tidak ada apa-apa memori berkaitan dengannya. Jadi atas urusan apa dia ke mari?
"Saya tunang Azhar!"
silalah beri komen yg murni lagi suci ye ;) hahah
Share this novel
kuang ajonya yasmeen ni ..urat malu dah putus agaknya.. harap nissa jangan cepat melatah .. yakin dengan azhar .. kol azhar kalau bole tanya sruh dia datang jumpa nissa .. biar yasmin padan muka