LENA Nissa tak nyenyak. Dia berusaha untuk memejam mata namun hatinya pula tak bagi kerjasama. Dia tak tenang dari tadi. Dia rindukan Azhar. Tapi hatinya masih ego. Dia merajuk dengan Azhar.
Hari itu saja, sudah berapa banyak mesej yang diterimanya daripada Azhar. Tapi satu pun dia tak balas. Azhar sentiasa mengkhabarkannya segala macam aktivitinya. Ke mana dia pergi, dengan siapa, buat apa, semuanya diberitahu kepadanya.
'miss you'
Itu mesej yang baru diterimanya daripada Azhar. Dia baca saja tapi tangan terasa berat nak membalas.
'aku tau kau merajuk pasal yasmeen. semua tu tak betul. apa yg dia cakap pd kau, semuanya bohong. takkan kau tak percaya aku?'
Nissa mengeluh berat. Bukannya dia tak nak percaya, tetapi cerita yang dibawa oleh Yasmeen memaksa hatinya untuk percaya.
'aku syg kau sorang tau? takde org lain. aku save duit selama ni utk kau sorang je. aku kerja keras selama ni pun utk bhgiakan kau. pls nissa. jgn buat aku mcm ni. we need to talk'
Nissa mengetap bibir. Sesungguhnya hatinya sudah mula cair dengan setiap rayuan dan pujukan Azhar. Tetapi teringat kembali cerita Yasmeen...
"TIGA tahun awak berdua terpisah. Dan tiga tahun tu jugak kami menyulam kasih bersama. Macam-macam yang Azhar janji pada saya. Dia cakap nak kawen dengan saya. Nak bahagiakan saya. Nak ada anak dengan saya. Tapi bila awak muncul, semuanya berubah!"
Yasmeen pura-pura sebak. Segala cerita itu dia tahu melalui Rizal. Mudah baginya untuk memperalatkan Rizal. Dan lelaki itu pula jenis cakap lepas.
"Saya tak percaya! Saya tahu Azhar tu macam mana. Saya kenal dia dari kecik lagi. Dia bukan lelaki macam tu"
Berkali-kali Nissa menidakkan kata-kata Yasmeen. Dia yakin, Yasmeen hanya menipunya. Azhar bukan seperti itu.
"Habis tu, dia ada cerita tak pada awak apa yang berlaku dalam masa tiga tahun ni?"
Riak mendung Nissa ditatap dengan senyuman penuh kemenangan. Dia yakin, Nissa sudah hampir mempercayai kata-katanya.
"Takde kan? Takkanlah dia nak cerita. Dia sayangkan saya. Dan awak, cuma sandaran saja. Jadi tolonglah jangan berharap banyak pada dia. Azhar dah banyak berubah. Dan semua yang dia dapat jugak kerana ihsan papa saya. Kalau awak tak nak digelar perampas, baik awak undur diri. Sebab kami berdua dah tersangat bahagia sekarang"
NISSA meruntun dalam hiba. Sedihnya hati apabila diperlakukan seperti itu. Dia tidak mahu mempercayai kata-kata Yasmeen tetapi selama ini Azhar juga tak pernah berkongsi dengannya tentang apa yang berlaku tiga tahun lepas.
'betul kau tak nak reply msj aku?'
Nissa mengeluh lagi. Untuk kali yang keberapa, dia juga tak tahu. Yang pasti, hati dan fikirannya bercelaru.
'fine! jgn tkejut tgok aku buat kerja gila lepasni'
Nissa menelan liur. Kerja gila apa yang dimaksudkan oleh Azhar? Dia sudah ketakutan. Azhar jenis lelaki tekad. Dan dia risau jika Azhar melakukan sesuatu di luar dugaannya.
Nissa belek telefon bimbitnya. Senyap. Tiada sebarang mesej dari lelaki itu. Nissa mulai bimbang. Apa yang ingin dilakukan oleh Azhar?
PAGI sudah menjelang. Namun lenanya tak seindah saja. Dia menguap dan menggeliat. Telefon bimbit di atas meja dicapai.
Mesej daripada Azhar diperiksa. Tiada! Nissa mengerut dahi. Biasanya pagi-pagi lagi Azhar sudah mengirimkan pesanan kepadanya. Kadangkala, lelaki itu akan mengingatkannya untuk solat Subuh.
"Kak Nissa!"
Suara Ana yang terpekik memanggilnya dari luar memaksa dia bergerak ke pintu.
"Haa ada apa Ana?" Suaranya serak dan malas.
"Akak tengok kat depan" Ana riang memberitahu.
"Tengok apa?"
"Abang Azhar!"
Mendengarkan nama Azhar, mata Nissa yang layu kembali segar. Terkebil-kebil dia memandang wajah tak sabar Ana itu.
"Jomlah!!" gesa Ana.
"Kejap! Akak nak pakai tudung"
Tudung sarung yang tergantung di sebalik pinti digapai saja. Malaslah dia nak dandan cantik-cantik. Biar dia pamer wajah cekodok masamnya pada Azhar.
"Cepat kak..."
"Ye! Kejaplah"
Ana dan Nissa sama-sama menuruni anak tangga. Pintu rumah pula memang terbuka luas. Raudhah sudah berdiri di situ, seakan menantinya saja.
Langkah Nissa terhenti. Dia tersentak. Ana sudah ke depan, laju saja langkahnya mendekati si mama.
Nissa seakan tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Halaman rumah penuh dengan bunga-bunga segar yang entah apa namanya. Yang pasti, mereka semua adalah bunga yang asli dan sebahagiannya memberikan haruman yang cukup wangi.
Tak cukup dengan itu, perkataan I Love You pula tergantung di sana sini. Dari hadapan sehinggalah ke hujung pagar. Balloon berbentuk hati juga tampak cantik menghiasi halaman rumah itu.
Nissa sungguh tak terkata dengan kejutan pagi itu. Itu ke yang Azhar maksudkan dengan 'kerja gila'?
"Azhar datang dari malam tadi. Dia buat semua ni dari semalam. Akak nak panggil Nissa. Tapi dia tak suruh. Katanya nak surprisekan Nissa"
Terkejut juga Raudhah menerima kedatangan Azhar semalam. Katanya, dia dan Nissa bergaduh besar. Jadi dia nak bagi kejutan pada Nissa supaya hatinya lembut. Pada mulanya, dia nak kejutkan Nissa dari tidurnya. Namun Azhar menegah. Dia tak mahu mengganggu waktu rehat Nissa.
Dan apabila dia sendiri bangun pagi tadi, dia terkejut melihat keadaan halaman rumahnya yang begitu penuh dengan bunga-bunga. Azhar tampak bengis tapi berjiwa romantis!
"Mana dia?" Nissa tercari-cari akan bayangan Azhar. Hanya kereta Jazz milik Azhar parkir elok di bawah pokok.
"Tu..." Ana menuding jari ke arah Azhar yang sedang berjalan mendekatinya.
"Kau marah lagi?" tanya Azhar apabila tiba di hadapan Nissa. Dia memang buat kerja gila. Sanggup pulak dia kerah si Rizal untuk temankan dia pergi kedai bunga. Diborongnya hampir kesemua bunga yang ada di situ.
Ana dan Raudhah cepat-cepat kabur dari situ. Mereka tak mahu mengganggu perbincangan keduanya.
"Sikit je..." sahut Nissa sambil buat tanda 'sedikit' menggunakan jarinya.
"Masih tak percaya aku lagi?"
Nissa mengangguk. Entah kenapa dia saja nak kenakan Azhar pagi itu.
"Hmm payah ni" omel Azhar sambil meletakkan jari di dagunya.
"Dahlah! Aku nak masuk dalam" rengek Nissa dengan ego yang masih meninggi.
"Ikut aku kejap!"
Tangan Nissa ditarik lantas dibawa bersamanya. "Eh eh!! Nak pergi mana?"
"Ikut je!" Tubuh Nissa ditolak ke dalam kereta. Mahu tak mahu, terpaksa juga dia beralah meski saat itu dia hanya mengenakan tudung sarung dan baju pijama bercorak kartun Doraemon! Haiihh!!
"NI rumah siapa?" Kening Nissa bertaut tatkala tiba di perkarangan rumah besar itu. Hatinya kurang senang dengan 'kejutan' demi 'kejutan' dari lelaki itu.
Sudahlah sepanjang perjalanan tadi dia dan Azhar tak bercakap sepatah pun. Macam ada benteng di antara mereka gamaknya! Wajah Azhar sentiasa serius. Segaris senyuman pun tak nampak!
"Jom, ikut aku!" Tanpa sedar, pintu kereta sudah dibuka dan Azhar sudah berdiri di sisi.
Nissa akur saja kerana wajah serius Azhar sungguh menakutkan.
Azhar memberi salam. Tak lama menunggu, keluar seorang lelaki tua bersama seorang wanita tua. Di antara mereka, ada seorang gadis cantik. Yasmeen! Ya, tidak silap lagi itu Yasmeen. Untuk apa Azhar membawanya ke situ? Dengan masih berpakaian tidur lagi. Aduhh!! Malunya..
"Tan Sri. Puan Sri. Dan Cik Yasmeen. Hari ni saya datang sebab nak beri dan tunjuk sesuatu"
Nissa lihat Azhar keluarkan tiga keping kad yang entah dari mana datangnya. Lantas diserahkan kepada mereka bertiga.
"Itu kad jemputan ke perkahwinan saya dan Nissa. And, this is Nissa. Bakal isteri saya"
Tanpa segan-silu, Azhar memperkenalkan mereka. Yasmeen memandang Nissa dari atas ke bawah. Kurang senang dengan penampilan Nissa yang tampak selekeh itu!
"Dan Tan Sri, Puan Sri. Saya tak main-main bila saya cakap yang saya nak kawen dengan pilihan hati saya. Saya harap Tan Sri dan Puan Sri boleh faham dengan alasan saya menolak Yasmeen"
Tan Sri Sagil dan isterinya terdiam. Mereka tahu semua salah berpunca daripada Yasmeen sendiri. Kelmarin, setelah Azhar memberitahu perkara sebenar, tak henti-henti dia dan isterinya memarahi dan mengomeli Yasmeen. Mereka geram dengan sikap penting diri Yasmeen itu.
"Kami nak mintak maaf atas apa yang berlaku sebelum ni. Kami tak pernah tahu yang Yasmeen merancang semua ni. Dan jangan risau, saya sendiri akan pastikan yang Yasmeen takkan ganggu kamu berdua. Dan untuk wedding kamu berdua, in Shaa Allah kami datang" ulas Tan Sri Sagil sekaligus rendah diri memohon ampun. Dia benar-benar malu dengan tingkah Yasmeen itu.
"Ya Tan Sri. Saya maafkan. Takpe. Dan untuk awak, Yasmeen" Azhar pandang wajah Yasmeen penuh serius. "Bakal isteri saya mungkin tak nampak cantik pada mata awak. Tapi dialah wanita paling sempurna bagi saya. Dia tak perlu tunjuk body dia atau kecantikan dia pada umum sebab dia simpan semua untuk saya. Dan kalau dia tak cantik sekalipun, saya akan cantikkan dia dunia akhirat"
Usai mengucapkan itu, Azhar pamit diri. Nissa ditarik mengikutinya.
SEKALI lagi, Nissa dikejutkan dengan kejutan yang sudah disediakan oleh Azhar. Sebenarnya, terlalu banyak persoalan yang ingin diutarakan kepada lelaki itu. Tetapi melihat kepada kesenyapan Azhar, diiringi wajah bengisnya, dia jadi tak terluah akan itu.
Pintu kereta terbuka untuknya. Wajah Azhar masih dingin. Dia buat salah lagi ke?
Masuk saja ke dalam butik itu, semua staf menyambut mereka dengan senyuman dan layanan baik meskipun ada beberapa syaf agak terkejut melihat penampilan Nissa itu. Hmm, jangankan orang lain, dia sendiri pun kaget! Dia langsung tak bersedia dengan sebarang perkara lagi.
Hatinya masih cuba bertenang dengan apa yang sedang berlaku. Terlalu banyak sedang berlegar di fikirannya. Sabar, sekejap lagi dia hamburkan semuanya kepada lelaki itu.
"Ini yang encik request hari tu" Seorang staf perempuan membawa baju kurung moden berwarna putih. Corak sulamannya sangat cantik dan tampak kemas. Ada juga beberapa manik untuk mencantikkannya lagi.
"Cuba ni" arah Azhar dengan tampang serius. Baju kurung itu diserahkan kepada Nissa.
"Err...." Nissa teragak-agak. Dia sudahlah belum mandi, dengan rupa yang belum cukup siap lagi!
"Ke nak aku pakaikan untuk kau?"
Sinis! Penuh kenakalan! Cepat-cepat Nissa menapak ke fittting room. Azhar kalau sudah tekad, memang tak boleh dibuat main!
USAI sudah dengan mencuba baju, kini mereka ke tempat lain pula. Sesungguhnya Nissa tidak tahu ke mana Azhar akan membawanya. Dia hanya pasrah saja. Seluruh kepercayaan diletakkan seratus peratus kepada Azhar.
Tadi, dia hanya mencuba baju kurung itu di dalam fitting room. Dia tak mahu menunjukkannya di hadapan Azhar. Saja nak buat suspense lelaki itu! Dengan muka cemberut, Azhar turutkan saja permintaannya. Tidak dinafikan, Azhar memang bijak memilih ukuran yang tepat dan sesuai dengannya.
Nissa ternganga saat tiba di hadapan kedai emas. Kedai tersebut tampak macam sudah lama. Tidak seperti keadaan kedai di dalam mall.
Sekali lagi, Azhar membukakan pintu kereta untuknya sebelum sempat dia berbuat demikian.
Nissa boleh mengagak tujuan mereka ke situ. Pasti untuk membeli cincin. Azhar terlebih dahulu memimpin, Nissa mengekor dari belakang.
Sekali lagi, dia terpaksa menahan malu apabila ada beberapa orang di situ memandangnya dengan pandangan aneh. Nissa hanya mampu mengeluh. Dia tidak bisa berbuat apa-apa.
Azhar mengarahkan Nissa untuk duduk di atas kerusi. Di hadapannya, terbentang begitu banyak rekaan dan jenis emas yang cantik dan yang pastinya mahal!
"Nak ni tauke" Azhar menuding jari ke arah sebuah gelang emas yang bercorak hati. Rekaan gelang tersebut sangat simple namun nampak elegan. Nissa terus jatuh hati melihatnya.
"Cantik tak?" tanya Azhar kepada Nissa. Gelang tersebut ditunjukkan kepada Nissa.
"Cantik" puji Nissa ikhlas. Memang cantik! Harga pun boleh tahan cantik.
"Suka tak?" tanya Azhar lagi.
Nissa mengangguk kepala.
"Tauke, saya mau bungkus ini gelang. Kasi angkat. Simpan elok-elok, tak mau calar aa"
Tegas dan serius suara Azhar. Tauke Cina tadi mengangguk kepala tanda faham. Lebar betul senyumannya. Mana tidaknya, umpama baru terkena jackpot! Harga gelang tersebut memang sangat 'cantik'!
Nissa menggaru kepalanya. Bukan kerana gatal tetapi tidak memahami gerak-geri Azhar itu. Takkan tak beli cincin?
"Aku dah beli cincin. Tapi yang tu biarlah surprise!" Seolah mengerti apa yang difikirkan oleh Nissa, laju saja Azhar menerangkan.
Nissa hanya mengangguk. Dia sudah buntu nak berbual apa dengan Azhar. Lelaki itu lebih bijak darinya. Selesai membuat pembayaran, mereka kembali ke kereta.
"Kita balik kan?" pinta Nissa, separuh merayu.
"No! One more surprise" tukas Azhar lantas menurunkan brek tangan.
Nissa sudah terkulai layu. Sudahlah dia rimas dengan keadaan diri yang belum mandi, Azhar pula tak habis-habis dengan surprisenya itu. Arghh!! Malunya.
"Last surprise ni mesti kau suka!" ujar Azhar dengan senyuman. Dia sudah menyiapkan segala-galanya untuk wanita tercintanya itu. Dia ingin semuanya sempurna dan berlaku dengan sangat baik.
"Kan aku dah cakap semalam. Jangan suruh aku buat kerja gila. Kau yang buat aku jadi senekad ni Nissa! Aku dah tak larat nak kehilangan kau lagi.." ulas Azhar dengan nada yang sangat serius.
Share this novel