SEMBILAN

Drama Series 6436

SEBULAN KEMUDIAN...

MENERIMA berita gembira tersebut, perasaannya tak mampu nak digambarkan dengan kata-kata. Sungguh, dia mensyukuri nikmat Allah yang satu itu. Akan dijaga dengan penuh tanggungjawab.

"Betul ni?" Salmah memandang wajah Mimi dan Iqbal silih berganti. Seakan tak percaya dengan berita yang satu itu.

"Betul ma.." kata Iqbal dengan perasaan gembira. Suaranya riang sahaja. Menerima khabar berita kehamilan Mimi, dia semakin tak sabar nak mengumumkan kepada ahli keluarganya. Syukur, akhirnya dia punya keturunan juga dari wanita yang amat dicintainya itu.

"Syukur alhamdulillah"

Tubuh Mimi dipeluk. Wajah itu dicium berkali-kali.

"Mama happy sangat. Mulai sekarang, Mimi tak boleh buat kerja berat. Kena banyak rehat. Makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Tak boleh stress. Kena lahirkan cucu mama dengan baik dan sihat" ujar Salmah sambil mengusap perut Mimi yang masih kempis itu.

"In Shaa Allah ma"

Mereka semua mengelilingi Mimi dan mengucapkan tahniah. Wajah Iqballah tampak paling bahagia kerana tak lama lagi dia bakal menjadi seorang ayah.

Di satu sudut, Nissa memerhati dengan linangan air mata. Puas ditahan daripada mengalir namun ianya tetap degil. Dia pandang wajah Iqbal yang tampak bahagia di sisi Mimi.

'Impian abang dah tercapai. Abang akan jadi ayah tak lama lagi'

"Kau tengok tu, tu tandanya wanita subur. Baru sebulan lebih kawen, dah dapat anak. Yang kau ni? Huh! Mandul!!" dengus Mak Uda yang sudah berdiri di sebelah Nissa. Puas hatinya tatkala dikhabarkan berita gembira itu.

Nissa mengesat air matanya senyap-senyap. Untung saja Mak Uda tak nampak. Kalau tidak, semakin galaklah dia kena dengan wanita tua itu!

"Nissa tumpang happy dengan Mimi dan abang Iqbal. Rezeki mereka nak dapat anak" ujar Nissa dengan tenang.

"Yeke happy?! Entah-entah kau dah rancang macam-macam dalam biji kepala kau tu! Bukan boleh percaya sangat dengan muka kau ni!" selar Mak Uda lagi.

Ketenangan pada wajah dan suara itu membuatkan hatinya sakit. Mana mungkin wajah itu bisa tenang tatkala madunya sendiri sudah hamil? Pasti dia berpura-pura!

"Takpelah Mak Uda! Nissa tak boleh nak buat Mak Uda percayakan Nissa. Terserahlah Mak Uda nak cakap apa. Nissa tak larat nak gaduh dengan Mak Uda"

Usai dengan omongannya, Nissa menapak ke arah bilik. Mengunci bilik dan menjauhkan diri dari semua orang adalah jalan penyelesaian yang terbaik buat masa sekarang.

Bunyi notifikasi mesej masuk. Nissa capai telefon bimbitnya. Mesej dari Azhar dibaca. Dia tersenyum. Sesungguhnya, pesanan dari Azhar saja yang mampu menenangkan hatinya saat ini.

'Sihat ke? lama dah tak mesej kau. Aku rindu'

"Aku pun rindu..." luah Nissa namun hanya dapat didengari oleh suaranya sendiri.

'sihat. kau sihat?' Nissa membalas mesej Azhar.

'alhamdulillah. aku sentiasa sihat. aku kena kuat. supaya dpt terus lindungi kau. kau tak rindu aku?'

Jari-jemari Nissa berhenti menaip. Dia melemparkan senyuman ketika membaca mesej tersebut.

'cepatlah balik' Nissa mendesak. Dia rindukan Azhar namun tak mahu terlalu tampak akan itu.

'i will. rindulah tu! tapi tak nak mengaku. apa cerita kat sana?'

Laju saja Nissa membalas. Semuanya baik-baik sahaja. Dia tak mahu berterus-terang kerana tak mahu terlalu merisaukan Azhar.

'are you sure Nissa? mcm tipu je kau bgtau ni?'

Bibir diketap. Azhar memang hebat! Dari jauh saja sudah mampu menghidu perasaannya.

'aku tahu, kau tak okey kat sana. sabar sikit je tau? tak lama lagi aku balik'

Mesej dari Azhar dibiarkan saja. Air matanya sudah menitis. Entah sampai kapan dia harus terus menjeruk rasa dengan keadaan begini. Dia ingin mengerti dan dimengerti oleh Iqbal. Dia juga seoranh isteri. Dia juga rindukan belaian dan kasih sayang dari seorang suami.

Namun Iqbal masih tetap dingin. Walaupun Iqbal tetap berlaku adil, namun dia masih rasa kekurangan kasih sayang dari lelaki itu.

"MALAM ni giliran Nissa kan?" tanya Nissa tatkala Iqbal sudah melangkah masuk ke dalam bilik.

Sudah seminggu Iqbal menghabiskan malam bersama Mimi. Dan seminggu juga dia diabaikan oleh suaminya itu.

"Sorry Nissa. Abang kena temankan Mimi malam ni. Dia kan tengah mengandung. Perlukan jagaan rapi. Nissa kan tak..."

Iqbal tak jadi nak meneruskan kata-katanya. Tanpa sedar, dia hampir tersasul dan menyakiti hati isterinya sendiri.

Nissa mengetap bibir. Bicara Iqbal mampu ditebak. Dan ya, dia terluka.

"Nissa tak mengandung kan?"

Iqbal mengeluh. Dia memusing badan menghadap Nissa. Sebolehnya dia ingin menghadapi hari ini dengan tenang.

"Abang mintak maaf. Abang takde niat pun. Abang hampir terlepas"

"Sebab yang hampir terlepas tu adalah apa yang ada dalam fikiran kita kan?" duga Nissa dalam nada menyindir.

"Nissa tetap isteri abang"

"Isteri hanya pada mata masyarakat! Tapi abang abaikan hak Nissa. Tahu tak kenapa Nissa tak mengandung sampai sekarang? Enam tahun kita kawen dan Nissa masih tak mengandung?"

Wajah serba salah Iqbal ditatap. Bahu Iqbal ditolak lembut. Hari itu, apa pun yang terjadi, dia harus menyelesaikan masalah di antara mereka berdua. Dia tak mahu hidup dalam berteka-teki seperti ini.

"Abang tak nak kita bincang pasal hal ni. Kita bincang hari lain" Iqbal berdalih. Pertanyaan Nissa dibiarkan tergantung. Dia tahu maksud Nissa. Dia sedar kemahuan Nissa. Namun dia belum berdaya untuk memberi dan memenuhi keperluan isterinya itu.

"Bincang bila? Jangan gantung Nissa tak bertali! Jangan layan Nissa macam orang bodoh! Nissa nakkan hak Nissa!" tekan Nissa. Suaranya agak meninggi.

Desakan dan paksaan Nissa bikin Iqbal rasa tercabar. Dia sebolehnya tidak mahu memanjangkan isu tersebut namun Nissa tetap tak mahu mengalah.

"Hak ni yang Nissa nakkan?"

Tubuh Nissa ditolak di atas katil. Tanpa segan-silu, tudung dan baju Nissa dirobek sehingga sebahagian dadanya yang cerah itu terdedah.

Tubuh Nissa kemudian ditindih. Kedua-dua tangan Nissa dikunci agar kekuatannya kurang. Rengekan dan tangisan Nissa tidak dipedulikan.

"Ini yang Nissa nak? Hahh??!" Bibirnya menyasarkan leher jinjang milik Nissa.

"Lepaskan Nissa!! Nissa bukan pelacur!!"

Serentak itu, Iqbal membatalkan niatnya. Nafasnya turun naik memandang sang isteri yang sudah teresak-esak.

Melihat keadaan Iqbal yang semakin surut, Nissa menolak tubuh itu lantas menyelimutkan tubuhnya yang terdedah itu dengan selimut. Tangisannya pula tak pernah padam. Dia tiba-tiba jadi benci pada kelakuan Iqbal yang melayannya tak ubah seperti seorang pelacur.

Nafas Iqbal turun naik. Punggung dilabuhkan di sisi katil. Betapa dia menyesali akan perbuatannya terhadap Nissa sebentar tadi. Dia sudah keterlaluan!

"Itu ke yang Nissa nak? Melayan abang tanpa rela? Atau menyerahkan diri Nissa kepada abang yang belum rela?"

Nissa membatukan diri. Hanya tangisannya saja yang kedengaran. Dia rasa sangat jijik dengan keadaannya saat itu. Meskipun Iqbal adalah suaminya, namun kenapa perasaan itu tetap menyinggah?

"Dalam hubungan yang melibatkan dua insan, dan dua hati, kena ada perasaan yang sama-sama suka. Dan sama-sama rela.."

"Tapi abang buat Nissa macam pelacur!!"

"Nissa desak abang!"

"Nissa cuma nakkan hak Nissa. Tak boleh ke Nissa nak hak Nissa? Nissa pun nak abang jaga Nissa, layan Nissa, sayang Nissa. Macam mana abang buat pada Mimi, macam tu jugak abang buat pada Nissa!" luah Nissa dalam tangisannya.

Iqbal diam. Dia sayangkan Nissa namun pada masa yang sama, dia juga cintakan Mimi. Dia mungkin bisa kehilangan Nissa tapi Mimi? Masalahnya, dia juga tak rela nak melepaskan Nissa. Ya Allah, aku buntu!

"Kalau abang tak bahagia dengan Nissa, kuasa talak ada pada abang!"

Serentak itu, Iqbal kaget. Dia jadi teringat akan kata-kata Mak Uda dan gambar yang pernah dikirimkan Mak Uda kepadanya. Adakah semua itu benar belaka?

Nissa sudah menapak ke bilik air. Hatinya hancur, sehancur-hancurnya.Jika perpisahan adalah jalan terbaik bagi mereka, dia sudah tak berdaya lagi untuk terus bertahan.

"HARI ni saya tak kerja tau? Saya cuti dulu seminggu dua. Morning sickness saya teruk sangat. Tak laratlah!" adu Mimi kepada Nissa yang sedang menggoreng ikan di hujung sana.

"Dengan masa yang ada ni, bolehlah kita spend masa sama-sama. Kita boleh jadi kawan baik, kan?"

Nissa kaget saat tubuhnya dipeluk oleh Mimi dari arah belakang. Ekoran itu, minyak masak tadi secara tak sengaja merencik ke arah Mimi.

"Aduhh!!" Mimi terjerit.

"Sorry Mimi. Saya tak sengaja. Sakit ke?" Nissa mulai cemas. Dia membawa Mimi jauh dari tempat memasak dan membantu Mimi duduk di atas sofa.

Nissa kembali dengan membawa Colgate. Disapu sedikit ke jari Mimi yang tadi.

"Colgate?" Mimi angkat kening.

"Aah! Colgate ni bagus untuk kurangkan sakit sebab kena minyak panas"

"Mana belajar?"

"Mr Google!"

Mimi tergelak.

"Awak fikir apa Nissa?"

Wajah Nissa ditatap. Dia hairan dengan sikap Iqbal dan Nissa. Pagi tadi saja, Nissa tidak menyalami Iqbal ketika suami mereka hendak berangkat ke tempat kerja.

Malam semalam pula, Iqbal tidak munculkan diri di kamar mereka. Dia fikir, Iqbal bermalam bersama Nissa. Namun telaahnya salah tatkala melihat sekujur tubuh Iqbal sedang tertidur di atas sofa di ruang tamu.

Dan mata Nissa yang bengkak juga menandakan madunya itu menangis semalaman. Tetapi kerana apa?

"Tak fikir apa. Saya pening kepala je semalam. Tapi sekarang dah okey" balas Nissa sambil tersenyum tipis.

Bagaimana bisa dia ceritakan tentang pergaduhan mereka semalam? Dia tak mahu membuka aib Iqbal sungguhpun Iqbal mungkin sudah membencinya.

"Nak ubat tak?" Wajah Mimi tampak cemas.

"Saya okey dah"

Bagaimana harus dia membenci atau tidak menyukai Mimi? Wanita itu kelihatan polos dan tampak penyayang.

"Awak sedih ke sebab saya mengandung?" Terpancul juga soalan itu dari bibir Mimi setelah agak lama menahan diri.

"Laaa apalah cakap macam tu!" Bahu Mimi dipukul lembut. Masakan dia harus sedih dengan keadaan itu?

"Saya happy untuk awak dan Iqbal! Iqbal pun dah lama sangat nak ada anak. Dan awak berjaya bagi keturunan pada dia. Saya happy, betul-betul happy"

Nissa menahan tangisnya. Dia tak mahu Mimi salah sangka akan niat baiknya.

"Thanks Nissa! Pertama kali saya jumpa orang tulus macam awak dalam hidup saya. Awak jangan risau tau, anak saya ni akan jadi anak awak jugak. Kita sama-sama akan sayang dia tau?"

Nissa mengangguk kepala. Menyetujui cadangan Mimi.

"Ehh ikan sayalah! Hanguss!!" tukas Nissa seraya mendapatkan ikan gorengnya.

SUDAH empat bulan berlalu. Meskipun sikap Iqbal masih dingin, namun Nissa tetap menjalankan tugas dan kawajipannya sebagai seorang isteri.

Dia juga sudah berkali-kali meminta maaf kepada Iqbal. Walaupun Iqbal tidak memberi respon, tetapi Nissa yakin Iqbal sudah memaafkannya.

Selama empat bulan itu, hampir setiap hari dia dijamah dengan cacian dan sindiran daripada Mak Uda. Hanya ketika Salmah atau Mimi ada di rumah, barulah Mak Uda diam. Jika tidak, mulalah mulutnya bekerja dan mengomel.

Jika gilirannya bersama Iqbal, lelaki itu tidak pernah lagi berbicara dengannya. Tidurnya pula sama ada di atas lantai, ataupun di atas sofa. Seolah Nissa itu tampak jijik sehinggakan tidur sekamar juga dia tak sudi.

Pernah satu malam Nissa mengejutkan Iqbal daripada tidur. Dia mengajak Iqbal tidur di atas katil. Namun Iqbal hanya menggeleng kepala dan kembali menyambung tidurnya di atas lantai.

Apa yang harus Nissa lakukan? Segala macam daya dan upaya namun hati Iqbal tetap beku. Seolah ada dinding di antara mereka. Dan selama empat bulan itu juga tidak ada sesiapa pun yang menghidu masalah di dalam hubungan mereka.

Seperti biasa, Nissa tetap berpura-pura dan berlakon tenang. Walhal dalam hati, bagaikan api yang sudah kian membara.

Azhar pula sering bertanyakan khabarnya melalui mesej. Dan jawapannya setiap hari adalah sama. Aku okey!

"Persiapan semua dah siap?" tanya Salmah kepada Kak Uteh yang sibuk meniup belon.

"80% siap! Ada sikit je lagi nak kena buat ni" sahut Kak Uteh.

Malam itu, mereka akan menyambut harijadi Mimi yang ke 27 tahun. Bukan lagi kejutan kerana Mimi sendiri yang menganjurnya. Dia ingin merasai sambutan itu sebelum bersalin dan berpantang nanti.

Nissa sibuk menghias meja dan kerusi serta menguruskan beberapa menu makanan di luar rumah. Beberapa meja dan kerusi diletakkan di tepi kolam bagi menghidupkan lagi suasana romantik.

Jika bukan kerana Mimi, masakan dia mahu campur tangan di dalam majlis itu. Lagipula, Iqbal masih dingin dengannya.

"Laa kenapa duduk sini? Duduklah kat dalam. Awak tu dah lima bulan. Tempat ni licin" bebel Nissa saat melihat Mimi menapak ke arahnya.

Nissa membantu Mimi untuk duduk di atas kerusi dengan perlahan-lahan.

"Bosanlah duduk kat dalam! Kat sini best sikit. Ada awak yang temankan!" adu Mimi. Dari tadi dia mencari-cari kelibat Nissa namun tak ketemu.

"Yelah! Tapi duduk sini elok-elok. Jangan bergerak ke mana-mana!" tegas Nissa memberi amaran.

"Baiklah mama" gurau Mimi sambil mengekek.

Sedang Nissa sibuk mengemas, Mimi tiba-tiba bangun dan secara tak sengaja Nissa pula terlanggar Mimi dari arah belakang.

Mimi menjerit. Satu rumah kaget.

"Mimi!!!"

Share this novel

NA77
2025-06-18 16:03:37 

kesian nisha.. ceraikan je dia iqbal .. spy tiada lagi hati yang terluka..


NovelPlus Premium

The best ads free experience