DENGAN tenaga yang hanya tersisa, Nissa gagahkan jua dirinya melangkah keluar dari hospital. Dia tidak mahu terhutang budi dengan lelaki yang bernama Nuh itu.
Lagipun, mereka tidak saling mengenali antara satu sama lain. Tidak mungkin dia bisa mempercayainya sebegitu saja.
Lagipula, dia bimbang sekiranya Azhar ada datang mencarinya. Teringatkan Azhar, hatinya galau tiba-tiba. Nissa melabuhkan punggung di stesen bas tersebut. Beg dibuka lalu telefon bimbit dicari. Tiada!
Nissa mengeluh. Barangkali ketinggalan di rumah Salmah. Hmm..tidak mungkin dia kembali hanya gara-gara sebuah telefon bimbit. Risau pula sekiranya dia dicaci oleh Mak Uda lagi. Dia sudah serik.
Nissa mengurut dada yang terasa sesak. Demamnya masih belum kebah. Kini, dia risau akan jalan hidupnya. Ke mana dia harus membawa diri? Dia tidak punya wang. Diusir dari rumah Salmah tanpa membawa apa-apa barang berharga.
Ya Allah, sulitnya hidup ini!
"Akak!!"
Nissa terkejut saat dia dipanggil oleh sesorang. Ketika itu, matanya bertembung dengan mata milik Nuh yang tersenyum kepadanya.
Ana dan Nuh sudah duduk di sebelahnya. Seperti biasa, Nissa hanya akan memeluk beg miliknya.
Nuh mengerut dahi melihat perlakuan Nissa. Sedikit kesal kerana Nissa masih menganggap mereka sebagai orang jahat.
"Kenapa akak tak tunggu kami? Kami kan dah janji nak hantar akak balik" Ana sudah mengadu.
Nissa diam. Dia tidak berani nak berkata apa-apa. Hidupnya saat ini sudah cukup serabut. Makanya dia tak mahu menyusahkan sesiapa.
"Saya hantarkan awak balik ye?" pelawa Nuh penuh lembut dan sopan.
Nissa menggeleng kepala. Dia tidak akan kembali ke rumah yang penuh dengan kesengsaraan itu.
"Kalau akak tak nak balik, akak nak pergi mana?" tanya Ana lagi. Suka pulak dia tengok wajah si Nissa itu.
"Kat sini je kot..." jawab Nissa perlahan namun suaranya masih dapat ditangkap oleh mereka berdua.
"Haaa akak nak duduk sini? Tidur sini?" Ana menelan liur. Sangat tak selamat untuk gadis secantik dan sepolos Nissa!
"Akak...akak takde tempat nak pergi..." Akhirnya Nissa jujur juga. Tak mungkin juga dia mahu berbohong. Apatah lagi dengan keadaannya yang sebatang kara itu.
Ana mengeluh perlahan. Wajah paksunya dipandang sebelum keduanya berbalas senyuman.
"Akak duduk dengan Ana dan mama nak? Ana dah cerita pasal akak pada mama" akui Ana. Semalam pulang saja dari hospital, Ana terus bercerita mengenai Nissa kepada mamanya. Setelah puas diyakinkan, mamanya bersetuju dengan rancangan Ana. Mana tidaknya, Ana selalu ditinggalkan mama sendirian apabila mama outstation. Jadi Ana rasa bosan dan sunyi. Sekurang-kurangnya, jika Nissa ada, tidaklah Ana begitu sunyi.
"Hah??" Nissa kaget. Tidak dipercaya secepat itu Allah mendatangkan pertolongan kepadanya.
"Akak...akak..."
"Akak ikut kita orang ea? Janganlah risau. Ana dan paksu bukan orang jahat. Kalau akak ada, bolehlah temankan Ana kat rumah. Mama selalu kerja luar. Kadang paksu yang temankan. Tapi..." Ana pandang wajah Nuh yang leka dengan telefon bimbitnya.
"Ana tak selesa. Paksu lelaki, Ana perempuan" bisik Ana dengan suara yang perlahan.
"Boleh ye?"
Wajah dan suara Ana separuh merayu. Kedua tangan dihimpun bersama.
"Ye?" Ana mencuba lagi.
Melihat akan keikhlasan Ana dan keadaan dirinya yang tiada tempat berteduh itu, dia terpaksa bersetuju. Nanti pandailah dia uruskan yang selebihnya. Semuanya dia serahkan kepada Allah SWT.
"MANA Nissa? I tak nampak dia dari tadi"
Mimi tercari-cari bayangan madunya itu. Dia hairan kerana sejak balik dari hospital tadi, dia tak mendengar atau melihat kelibat Nissa.
"Dia keluar" Itu sahaja jawapan Iqbal. Hatinya masih walang dengan ketiadaan Nissa di sisi. Entah kenapa jiwanya rasa sunyi. Kebiasaannya, setiap pagi Nissa akan menyediakan air panas untuk dia mandi. Kemudian , menyiapkan sarapan untuk dia jamah sebelum ke ofis. Kadangkala, Nissa membekalkannya makanan tengah hari ke ofis. Ya Allah, jiwa dan hidupnya mulai terasa sepi!
"Keluar?" Mimi mengerut dahi.
Iqbal mengangguk. Barang Mimi sudah dipindahkan ke almari semua. Hari itu, dia berpantang saja di rumah. Iqbal juga sudah mengupah CL untuk membantu Mimi sepanjang dia berpantang.
"Sendiri?" tanya Mimi lagi.
Sekali lagi, Iqbal mengangguk. Dia tak larat nak bercerita atau berbicara. Hampir saja dia menangis apabila terkenangkan Nissa. Namun mengingati pengkhianatan Nissa terhadapnya, hatinya ego semula.
"Tak mungkin!" bantah Mimi. Dia tahu Nissa tak mungkin keluar sendirian. Nissa tak berapa nak hafal atau tak berapa tahu jalan nak ke bandar. Dia pula jenis yang suka menghabiskan masa di rumah saja.
"You kan baru balik dari hospital. You should rest. Tak payah fikir pasal benda yang lain"
"Ada something ke yang I tak tahu?"
Tipis senyuman Iqbal lemparkan. Belum masanya untuk Mimi mengetahui perkara sebenar. Atau, Mimi tak perlu tahu pun!
"No sayang! I cuma nak you rehat je..I dah upah CL. Kejap lagi datanglah tu. You rehatlah. I nak rehat jugak. I penat" Dahi dan pipi Mimi dikucup.
Kemudian, dia keluar meninggalkan Mimi di kamar itu.
Gerak geri dan perlakuan Iqbal sangat mencurigakan. Dia yakin, ada sesuatu yang telah terjadi. Dia akan mencari tahu perkara itu.
"MASUKLAH kak! Ni rumah Ana. Selang tiga rumah dari rumah Ana ni, rumah paksu. Paksu tu duduk sorang. Maklumlah, single! Tak laku..." Ana sekadar bergurau.
"Aipp.." Nuh mencelah. Dia berdiri di antara Ana dan Nissa.
"Paksu dengar kau cakap apa. Kau kutuk paksu kan?"
"Ada ke kutuk?! Benda betullah paksu! Paksu single lagi kan?" Ana mengecilkan mata memandang Nuh.
"Jangan nak sibuk hal paksu!"
Rambut Ana ditarik. Ana cemberut. Nissa gelak.
"Pertama kali saya tengok awak gelak. Rupa-rupanya awak pandai jugak gelak ye?" tempelak Nuh, berbaur gurauan. Dari ketawa, dia sudah senyum melihat telatah Nissa.
Nissa tertawa kecil. Lama sudah dia tak ketawa rasanya. Entahlah, dia dah tak sebulu dengan gelak tawa agaknya!
"Ehh jomlah masuk! Panas kat luar ni" celah Ana pula.
"NAH, ni awak punya kan?" Nuh meletakkan sebentuk cincin di atas meja, tepat di hadapan Nissa yang sedang duduk di atas sofa.
Cincin emas itu hanya mampu ditatap dengan pandangan kosong. Cincin kawen itu pernah menjadi saksi akan detik bahagia dalam hidupnya suatu ketika dulu.
Kini ianya hanyalah sekadar kesan luka yang paling dalam di palung hati.
Melihat cincin tersebut tidak terusik dan Nissa yang tidak memberikan apa-apa respon, Nuh kembali bersuara. Dia kehairanan.
"Awak punya kan?"
"Ya" Suara Nissa mendatar. "Tapi dia dah jadi sejarah paling buruk dalam hidup saya. Saya tak perlukannya" sambung Nissa dalam nada perlahan.
Kini dia sudah tidak sedih. Dia sudah sepenuhnya redha dan menerima takdir hidupnya.
Dahi Nuh berkerut. Dia tidak memahami maksud Nissa tersebut.
"Saya tak faham maksud awak"
"Tak perlu faham Nuh. Cukuplah awak tolong saya dengan buang cincin tu. Saya tak nak tengok dia.." Suara Nissa sudah separuh merayu.
Nuh tidak berkatik. Dia masih termangu dan kaku. Kata-kata Nissa masih dicerna sedaya-upaya. Terlalu banyak teka-teki sedang kehilangan kepingannya dan tampak sukar untuk diselesaikan.
"Takpelah! Saya buang je cincin ni.."
Nissa sudah bangkit dan mencapai cincin tersebut. Namun belum sempat hendak dicampak keluar, Nuh terlebih dahulu mencegah. Tangan Nissa sudah ditarik.
Reaksi spontan Nuh bikin Nissa tersentak. Laju saja dia menepis tangan lelaki itu.
"Sorry" ucap Nuh, sedar akan keterlanjuran diri. "Bagi saya. Nanti saya buang..."
Cincin tersebut bertukar tangan. Nuh merenungnya sebelum digenggam lantas disimpan kembali di dalam kocek. Rasa-rasanya dia tahu apa yang hendak dibuat dengan cincin tersebut.
SETELAH mencuba berkali-kali, akhirnya panggilan Kak Uteh disambut. Azhar menarik nafas lega. Dia harus menanyakan soal Nissa terlebih dahulu.
"Kak, Nissa mana?" Tak sabar lagaknya bertanya akan soal wanita kesayangannya itu.
"Nissa, dia...dia..."
Suara Kak Uteh berbisik sahaja. Dia hendak membongkar kejahatan mereka di rumah tersebut kepada Azhar namun sebelum sempat itu berlaku, telefon bimbit tersebut sudah dirampas oleh Mak Uda. Kak Uteh mendengus kasar.
"Engkau ni takde kerja ke asyik call sini?" cemuh Mak Uda tanpa basa-basi.
Azhar menggigit bibir. Benci pulak dia mendengar suara itu! Arghh!
"Ni aku nak peringatkan kau! Jangan asyik nak cari isteri orang kalau tak nak rumah tangga dorang runtuh! Lagipun Nissa tu tak sibuklah pasal kau. Kau ni tak malu ke, asyik nak berkepit je dengan Nissa? Tak malu dengan abang sendiri?"
Sebelum sempat Azhar membidas, Mak Uda sudah mematikan panggilan. Wajah cemas Kak Uteh direnung tajam.
"Kau dengar sini Uteh. Kalau aku tahu kau mengadu apa-apa kat Azhar atau Mimi pasal si perempuan tu, siap kau! Lagi teruk aku kerjakan kau!"
Omel Mak Uda sambil tangannya laju memadam nombor telefon Azhar di dalam telefon bimbit Kak Uteh.
"Ingat tu!" bentak Mak Uda sekali lagi dengan wajah bengisnya. Telefon diserahkan kembali kepada Kak Uteh.
Sikap aneh Mak Uda dan Kak Uteh diintip oleh Mimi dari tadi. Dia sebenarnya masih tak bertemu jawapan akan kehilangan Nissa.
Sudah puas Iqbal disoal ,namun lelaki itu hanya senyap. Bahkan Iqbal juga sudah jauh berubah sekarang. Tiada lagi sikap romantis dan ayat-ayat cintanya.
Bukan itu saja, seluruh rumah seakan senyap dengan kehilangan dan kepermegian Nissa. Ada sesuatu yang disorokkan tetapi apakah itu? Dia harus menanya Iqbal akan soal itu lagi dan menceritakan kebenaran tentang tempoh hari.
RAHANG Iqbal bergerak-gerak setelah mendengar cerita yang dibawa oleh Mimi. Hatinya walang dan penyesalan tiba-tiba datang menghimpit. Dia sudah terlanjur menceraikan Nissa tanpa seusul periksa.
"Kenapa you tak bagitahu I?" Suara Iqbal serius. Tampangnya juga ikutan.
"Hari tu I nak bagitau, tapi you asyik takde kat rumah. You sekarang ni susah sangat nak dihubungi. I tanya pasal Nissa pun you tak nak bagitau. Dah tiga hari tau Nissa tak balik. Dia pergi mana? You tak cari dia ke? Entah berhujan, berpanas, entah mana dia tidur..." Mimi seakan kesal dengan sikap acuh tak acuh Iqbal itu. Nissa juga isterinya. Sepatutnya Nissa juga diambil berat, bukan sebaliknya!
Iqbal mengiyakan bicara Mimi dalam diam. Sebenarnya sejak Nissa diusir dari rumah, dia selalu berkelana ke serata tempat semata-mata untuk mencari keberadaan wanita itu.
Makanya dia selalu pulang sehingga lewat malam. Sudah serata tempat Nissa dicari namun tak bertemu jua.
Dan kini, perasaan bersalahnya semakin menghantui tatkala Mimi membongkar kisah sebenar. Nissa bukan penyebab akan keguguran Mimi. Semuanya gara-gara kecuaian dan kedegilan Mimi sendiri.
"You..." Mimi sudah menempel manja ke tubuh sasa Iqbal. Dia tahu dia masih belum bisa bersama Iqbal kerana masih berpantang. Namun dia hanya ingin dibelai dan dimanjai oleh suaminya itu.
"I nak keluar" Laju saja Iqbal menepis tangan Mimi yang sudah melinggar di sekitar pinggangnya.
"Tapi hari dah nak malam..."
"Belum lewat malam lagi"
"You nak pergi mana?"
Hampa mulai bertandang di lubuk hati Mimi. Kalau Iqbal sudah keluar, bererti lewat malamlah baru suaminya itu pulang. Hmmm...dia rindukan Iqbal!
Tak mempedulikan pertanyaan Mimi, Iqbal sudah keluar dari bilik dengan tergesa-gesa. Dan Mimi, ditinggalkan dalam perasaan penuh hampa dan kecewa. Bahkan perasaan itu terlalu sakit dan perit dirasakan.
Adakah dia juga bakal kehilangan Iqbal??
Share this novel