WAJAH manis dan polos Nissa dipandang tak berkedip. Sejak dari memasuki rumah tadi, dia terhidu bau wangian yang membuatkan perutnya menjerit minta diisi.
Lewat saja meja makan, dia terkejut melihat ada beberapa jenis makanan sudah terhidang di atas meja. Dahinya berkerut. Masakan Ana yang baru berusia 16 tahun itu sudah pintar mengendalikan dapur?
Persoalannya terjawab tatkala Ana memperkenalkan Nissa kepadanya. Dan saat itulah matanya tak berkedip memandang seraut wajah yang manis itu.
Laju saja bibirnya mengukir senyum.
"Maaf kak. Ana kata dia lapar sangat. Tu sebab saya masak. Saya harap akak tak marah saya gunakan dapur akak" tutur Nissa lembut.
"Ehh takpelah Nissa" ucap Raudhah, riang. Mana tidaknya, perutnya juga sudah lapar. Melihat makanan yang sedap itu, bertambah-tambah pulak kelaparannya itu.
"Jomlah makan! Ana dah laparlah" rengek Ana, merujuk kepada Raudhah dan Nissa. Dia sudah awal-awal tadi duduk menunggu di meja makan.
Raudhah tergelak. "Amboi anak dara mama ni! Tak menyempat ye? Lapar sungguh!"
"Ala laparlah ma!" omel Ana lagi. Wajahnya cemberut.
"Yelah yelah! Jom Nissa. Kita makan sekali"
"NISSA duduk sini tak lama kak. Kejap je. Nanti Nissa dah dapat kerja, Nissa cari rumah sewa. Buat masa ni, Nissa tumpang rumah kakak dulu. Nissa..." Nissa berjeda. Bagaimana dia hendak beritahu akan keadaannya yang diusir dari rumah dengan sehelai sepinggang?
Raudhah hanya membatukan diri. Penuh sabar dia menanti akan bicara Nissa itu. Sebenarnya dia sudah merencanakan sesuatu, tetapi dia ingin mendengar usulan Nissa dahulu.
"Nissa belum ada wang nak bayar akak. Tapi kalau Nissa dapat kerja nanti, Nissa janji Nissa tolong akak bayar..."
"Nissa nak bayar apa?" celah Raudhah. Keningnya terangkat.
"Nissa belum ada kerja?"
Nissa menggeleng kepala.
"Duit? Ada?"
Air liur terasa perit di tekak. Semenjak diusir tempoh hari, dia tak membawa apa-apa barang berharga. Bahkan Iqbal juga tak memberikan sebarang bantuan berbentuk wang kepadanya.
"Beginilah Nissa, memandangkan Nissa dah duduk kat sini, Ana pun dah selesa dengan Nissa, apa kata Nissa kerja dengan akak? Maksud akak, tolong apa-apa yang patut di rumah ni. Pastu temankan Ana. Akak ni selalu outstation. Ana selalu sorang-sorang. Nak harapkan Nuh, si Ana tu tak selesa sangat. Yelah, dia perempuan. Nuh pulak lelaki. Nissa nak?"
Bebola mata Nissa bercahaya. Laju saja kepalanya mengangguk. Daripada duduk percuma, nak juga dia bekerja. Sekurang-kurangnya, tidaklah dia rasa segan.
"Okey, good. Nanti akak bayar Nissa..."
"Ehh tak payah kak! Akak bagi duduk dan makan minum di sini pun dah lebih dari cukup. Nissa dah takde siapa-siapa. Tempat berteduh pun takde. Nissa syukur sangat dah akak nak bagi Nissa kesempatan ni"
Luahan tulus dari Nissa tiba-tiba saja bikin hati Raudhah tersentuh. Bahkan anak mata Nissa yang sudah berkaca itu menceritakan segala keperitannya.
"Takpe. Akak ikhlas. Jangan tolak pertolongan akak" Tangan Nissa digenggam erat.
Nissa mengangguk lagi. Dia panjatkan kesyukuran di atas peluang kedua yang telah Allah berikan kepadanya. Dan dia nekad akan melupakan segala kepahitan semalam dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik pada masa akan datang.
SEJAK bercakap dengan Kak Uteh dan Mak Uda melalui panggilan telefon tempoh hari, fikirannya mulai meracau-racau. Seringkali dia bermimpikan Nissa dan senyuman itu. Hatinya resah.
Beratus kali dia menelefon nombor Nissa namun tiada jawapan. Kali terakhir dia menelefon adalah pagi semalam. Selepas itu, telefon bimbitnya seakan dimatikan. Entah secara sengaja ataupun tidak!
"Hari ni intan payung tak mesej ke?" usik Rizal sambil ketawa. Wajah Azhar itu cemberut saja sejak dua tiga hari ini. Moodnya pula selalu ke laut. Panas baran, tak usah cakaplah! Pantang salah cakap sikit, mulalah dia ikut telunjuk panas baran tu!
"Aku takde mood nak berguraulah Zal!" rungut Azhar lantas menikam sebiji bantal kecil ke arah temannya itu.
"Hmm, kes patah hatilah ni!"
Rizal sudah bertenggek di birai katil milik Azhar. Paha Azhar ditepuk, memberi tanda untuk lelaki itu bangun dari baring.
"Kau ni, sentuh-sentuh ni apasal?!"
Radang Azhar hampir meletus. Pantang dia apabila mood tak baiknya dikacau begitu. Dia tengah berserabut, si Rizal pula buat hal! Kang ada yang berterabur gigi kat sini!!
"Okey okey! Relaks bro"
Cuak juga Rizal dengan wajah serius Azhar itu. Karang tak pasal-pasal dia menempah tiket ke bilik ICU. Fuuu, masak!!
"Kau ada masalah ke ni? Asyik monyok je aku tengok sejak dua tiga hari ni"
Azhar diam. Matanya terpejam. Terlalu banyak yang merunsingkan kepala. Sudahlah semalam dia dikenakan tindakan tatatertib kerana bergaduh dengan pelatih yang lain. Nissa pula menghilang tanpa jejak, tanpa khabar berita. Huhh!! Rasa nak terbang balik ke rumah!
"Ceritalah! Manalah tahu, aku dapat tolong..." Rizal masih dalam mood memujuk.
"Aku tak boleh lelaplah!"
Azhar sudah duduk di sisi Rizal. Wajah yang keruh tadi berubah mendung.
"Pasal Nissa ke?"
Segala-gala mengenai Nissa sudah diceritakan Azhar kepadanya. Jadi tiada rahsia lagi antara mereka.
Azhar mengangguk lemah. "Kena pulak tindakan tatatertib semalam! Stress aku!"
Rizal menyimpul senyum. Semalam memang havoc! Azhar mengamuk dan tanpa sesaat dia melayangkan beberapa tumbukan ke wajah dan badan Khairul. Itu semua gara-gara olah Khairul sendiri yang mengejek dan menghinanya. Untung sajalah Khairul tidak mengalami kecederaan yang serius. Kalau tidak, mahunya habis nasib Azhar di situ!
"Yang tu, kau tak berapa nak salah. Si Khai tu yang mula tu. Tapi kau pun salah jugak. Sebab kau tumbuk dia sampai lunyai. Nasiblah Khai tu masih bernafas. Kalau tak..." Rizal buat aksi kerat leher.
Azhar mendengus. Semua di situ sudah mengenalinya dengan sikap panas baran. Khairul itu pulak jenis tak serik. Selalu sangat menguji kesabarannya. Alang-alang dah terbakar, dia kasi meletup terus! Biar padan dek muka si Khairul tu!
"Tapi kan, aku puas hati pulaklah tengok kau kerjakan dia semalam! Itu barulah buku bertemu ruas. Cakap meninggi sangat. Kan dah kena"
Teringat kembali akan pergaduhan Azhar dan Khairul semalam, dia pulak yang berasa puas. Mana tidaknya, Khairul itu suka cakap besar. Sekarant tengoklah, berani atau tak dia nak buat hal lagi. He he he...
"Yang pasal Nissa tu kenapa?"
Azhar mengangkat bahu. Keluhannya termuntahkan jua.
"Entahlah! Dah berapa kali dah aku ni call dia, tapi takde respon. Bila aku call orang rumah, tak pulak dorang cakap apa-apa"
"Jangan-jangan, dorang sorokkan Nissa tak?"
"Dorang sorok dari siapa?" Suara Azhar sedikit meninggi.
"Laa manalah aku tahu! Dari engkau kot. Maybe tak nak bagi korang keep in touch. Yelah, dia kan kakak ipar kau. Kau tu pulak adik ipar dia. Macam tak manislah hubungan korang..."
Bicara Rizal terhenti saat anak mata Azhar tajam menjeling. Dia menggigit bibir sendiri. Alamak, naga dah bangun! Habislah aku. Aku salah cakap ke?!
"Kau tak tahu apa-apa pasal hubungan ni.. dan belum ada sesiapa pun yang tahu kalau..."
Azhar tak jadi nak meneruskan ayatnya. Tak! Belum masanya untuk dia mengungkap segala kebenaran. Dia masih menunggu masa yang sesuai. Meskipun segalanya sudah diceritakan kepada Rizal, namun ada suatu rahsia besar yang sampai kini masih disimpannya. Dan rahsia besar itu, dia percaya hanya mama sahaja yang tahu!
"Kalau apa?" tanya Rizal ingin tahu.
"Kalau takde siapa yang akan faham hubungan kami ni! Kita orang kawan dari kecik. Rapat dari kecik. Dahlah, cerita kat kau pun, kau takkan tahu!"
"Pulakkk"
Rizal lihat Azhar baring semula di atas katil. Besar benar rasa cintanya pada Nissa sehingga sikap dan perwatakannya berubah dalam sekelip mata.
Tetapi Nissa tu kakak ipar Azhar. Masakan mereka bisa bersatu. Tapi apapun, dia tetap mendoakan yang terbaik buat Azhar.
"HUH? Apa?"
Perkhabaran yang dibawa oleh Mak Uda itu sungguh tak masuk dek akal. Tak mungkin Nissa sejahil itu. Pada pandangan dia, Nissa adalah sosok wanita yang sempurna dan bertaqwa. Tak mungkin dia sanggup memperlakukan Iqbal seperti itu.
"Aku ni terkejut tau? Bila hubungan si Nissa tu terbongkar. Rupa-rupanya selama ni dia ada hubungan dengan adik ipar dia sendiri. Huhh! Muka je nampak suci, tapi hati kotor sekotor-kotornya!"
Mimi menggeleng kepala. Sukar dipercaya akan perkara itu. Dia tahu Nissa dan Azhar sangat rapat. Tapi tidak mungkin sampai menjalin hubungan cinta.
"Kau tak percaya kan? Aku ni lagilah tak percaya! Muka nampak polos. Tapi itulah, indah khabar dari rupa! Padanlah si Iqbal tu ceraikan dia dengan talak 3!"
"Talak 3?!" Sekali lagi, Mimi terpempan. Namun berita yang satu itu sangat memberi tamparan. Kenapa dia tidak mengetahui semua itu? Jika bukan kerana dia sendiri yang mendesak Mak Uda, mungkin sampai bila-bila pun dia takkan mengetahuinya.
"Aahlah! Dia dah tahu Nissa tu curang, takkan dia nak berdiam diri? Dah jatuh hukum dayus tau?!"
Mimi ketap bibir. Entah apa yang akan berlaku jika Iqbal tahu mengenai rahsia besarnya. Mungkin dia juga akan dibuang seperti itu. Atau mungkin lagi parah. Ya Allah! Aku tak sanggup nak kehilangan Iqbal. No!
"Yang kamu ni pucat semacam je kenapa?"
Wajah cemas Mimi ditilik. Macam ada sesuatu je...
Mimi telan liur. "Takde apa-apa Mak Uda! Err, apa jadi pada Nissa sekarang?"
"Ehh tak tahulah pulak aku! Merempat kot! Tapi yang pasti kamu kena tahu satu hal. Iqbal tu paling pantang kalau ada orang menipu dia. Lagi-lagi kalau orang tu orang yang dia sayang. Haa, baik-baik sikit kalau kamu nak buat sesuatu! Jangan sampai menipu dia"
"Ye Mak Uda. Mimi takkan tipu dia. Mak Uda jangan risau"
Senyuman di wajah Mimi tampak hambar. Kenyataan yang harus diterima dan ditelan tak mungkin akan mampu diterima oleh Iqbal. Kerana semua yang berlaku begitu pantas.
Mimi mulai ketakutan. Segala butir bicara Mak Uda sudah tidak kedengaran lagi. Yang difikirkannya saat ini hanyalah cara untuk menyimpan rahsia itu sampai kapan.
Namun dia sedar, sepandai-pandai tupai melompat, pastinya jatuh ke tanah jua!
double bab hari ni. 4 ari kiki cuti aritu. line takdak sgt laa masa kat kpg.. hehe happy reading guys. tq pd yg sentiasa mberi komen. korang the bestt!! <3
Share this novel
elok laa mini n iqbal.. si Iqbal nak sempurna.. anggap diri sempurna.. hidup laa dgn penipuan... hope terbongkar part Mimi menyesal X Ada kesudahann.. hope makuda kena karma nyaa... seksa org.. hidup penuh hasad dengkiiii