TIGA TAHUN BERLALU...
RIAK serius dengan jambang yang memenuhi seraut wajah itu tampak menegangkan. Sepucuk pistol sudah sedia diacukan ke arah suspek. Dengan harapan suspek akan melepaskan si mangsa dalam keadaan selamat. Namun jika sebaliknya, jangan bermimpilah si suspek akan terlepas dengan sempurna anggota badan! Si suspek main tahi, dia balas tahi!!
"Undur! Undur tiga tapak ke belakang! Kalau tak, pisau ni akan buat kerja untuk aku!"
Ugutan si suspek tampak gayanya tak bikin Azhar goyah. Dia sinis dengan senyuman.
Pisau yang dia gunakan perlahan-lahan mengundur dari tempat sasaran. Si suspek mulai senyum kemenangan.
"Kau tahu senjata apa yang aku pakai?"
Si suspek diam. Dia lihat pistol yang melekap pada tangan Azhar. Dahinya berkerut. Itu cuma pistol polis. Tak ada apa yang istimewa mengenainya.
"Dah agak kau memang tak tahu!" selar Azhar dengan raut sinis. Penyangak tapi tak cukup ilmu. Huhh!!
Pistol tersebut Azhar garukan di kepala. Saja nak melawak sebelum tatapannya kembali pada si suspek.
"Hari ni, aku nak ajar kau sikit pasal ilmu ni! Manalah tahu nanti kalau nak merompak, nak membunuh, kau dah ada skill dan ilmu!"
Si suspek mula hilang sabar. Permainan apa si polis ni nak buat?! Dia dah muak!
Gadis yang menjadi mangsa itu mulai menangis. Dia minta simpati dan mulai diserang ketakutan.
"Ni Ruger Super Redhawk 454 Casull" Azhar memulakan sesi 'pembelajaran'. Pistol tersebut mula dibelek dengan senyuman.
"Kat dunia ni, ada pelbagai jenis senjata api. Ada pelbagai fungsi dan kegunaan. Tapi yang ni..." Azhar berjeda. Bibirnya menyerot dengan senyuman sinis.
"Phuew phueww!" Azhar buat aksi menempak. Si suspek pula mulai kecut perut. Wajah tenang si polis bikin dia seriau..
"Pistol ni dipercayai boleh menyebabkan kematian sebab keupayaannya yang sangat kuat dan mematikan. Kekuatan dia pulak boleh sampai titik 1.900 kaki persaat"
Wajah keliru si suspek dipandang. Penerangannya sebentar tadi tampaknya bikin si suspek makin bercelaru.
"Atau dalam erti kata lain, mematikan!!"
Serentak dengan itu, laju saja Azhar menembak kaki suspek setelah puas 'dipelajari' jaraknya sebentar tadi.
Suspek tak sempat membalas. Dia rebah kerana sudah hilang kekuataan untuk berdiri. Mangsa tadi jatuh di atas lantai. Dengan tenaga yang ada, Azhar sambut si mangsa dan pisau yang ada dalam genggaman suspek juga dicampak ke tepi hanya menggunakan kaki.
Bunyi tembakan tadi menggamit perhatian pihak polis dari arah luar. Setelah arahan diterima, berpusu-pusu pihak polis masuk dengan lengkap bersenjata sebagai langkah berjaga-jaga.
Mangsa selamat, suspek berjaya diberkas. Dan sekali lagi, Azhar berjaya menumpaskan pihak lawan!
"HEBATLAH kau Har! Camtu jerr kau gula-gulakan dia" puji Rizal seraya berdiri di sebelah Azhar.
Segala isi percakapan Azhar dengan si suspek sebentar tadi dirakam bagi tujuan keselamatan.
"Gula-gulakan apa? Tu memang faktalah! Kau tidur dalam kelas ke masa kita kaji pasal senjata api?"
Riak tak bersalah Rizal ditantang dengan tajam. Dia masih ingat lagi akan kenakalan Rizal ketika mereka masih dalam latihan beberapa tahun yang lepas. Sikap tak serius dan acuh tak acuh Rizal itu sangat membimbangkannya. Untunglah nasib menyebelahinya. Jika tidak, merana si kawan!
"Alaa tahulah! Aku saja je...melawak!" tukas Rizal dengan sengihan di wajah.
Azhar hanya mampu menggeleng kepala. Ketika itu, datang seorang lelaki tua yang usianya dalam 60an. Di sisinya berdiri tegak si gadis yang merupakan mangsa tadi.
"Inspektor Azhar?"
Azhar berdiri tegak lalu mengangguk kepala. "Saya tuan!" Tabik hormat diberikan.
"Tak perlu nak tabik. Kita bukan dalam tugas" Lelaki tua itu menyapa penuh mesra. Senyuman tak lekang dari wajahnya.
"Saya Tan Sri Sagil. Yang ni, anak perempuan saya. The one and only daughter. Atikah Yasmeen" Tan Sri Sagil memperkenalkan Yasmeen kepada Azhar.
"Just Yasmeen" Yasmeen menghulur tangan untuk berjabat. Namun hulurannya tak bersambut.
"Dia tak salam perempuan ajnabi. Tapi saya, saya semua on.." Rizal pula yang menyambut tangan Yasmeen. Bukan selalu peluang datang bergolek. Dapat berkenalan, dapat pulak bersalaman. Alahai, duniaa!!
Yasmeen mengukir senyum. Hmm, interesting! Wajah biasa Azhar dipandang. So masculine! Komennya dalam hati.
"Saya nak ucapkan terima kasih di atas jasa Inspektor menyelamatkan anak saya. Saya tak pernah jangka yang anak saya akan menjadi target orang-orang di luar sana"
"Begitulah risikonya kalau jadi orang ternama Tan Sri! Kena hadap tu"
"Yaa, you're right! Saya dah cakap banyak kali pada anak saya untuk upah bodyguard but she just doesn't want it..."
"Pa, Meen tak jumpa yang sesuai lagi. But now I think I do" ucapnya seraya melirik ke arah Azhar.
"Cik Yasmeen maksudkan saya?"
Azhar seakan faham maksud pandangan Yasmeen. Dia boleh mengagak apa yang ada dalam fikiran gadis itu.
"Well, if you are open to it. Then I don't mind.."
Azhar berdecit. Dia sukakan kerjaya dia. Tak mungkin dia akan berpaling dari kerjayanya. Lagipula, tujuan dia menjadi polis adalah kerana Nissa.
"Thanks but no thanks Cik Yasmeen! Saya suka kerja saya"
Azhar menolak penuh hormat. Nada suaranya juga lembut.
"Okay! Not a big deal!" ucap Yasmeen dalam senyuman. Dia tolak aku?!
Setelah selesai berbual, Tan Sri Sagil dan Yasmeen berlalu meninggalkan Azhar dan Rizal di situ.
"Weii, apasal kau tolak?" tanya Rizal.
"Gila kau! Aku ni polis. Bukannya bodyguard!"
"Yelah.. tapi..."
"Kadang aku peliklah! Macam manalah kau ni boleh jadi polis? Kalau macam ni punya gaya, senang sangatlah kau kena gula-gula dengan penyangak!" tempelak Azhar sambil menekan perkataan 'gula-gula' itu.
Rizal hanya tersengih. Itu dia tak nafikan. Makanya kini posisi mereka tak sama. Azhar merupakan pegawai atasannya. Sedangkan dia cuma pegawai biasa tetapi di bawah arahan Azhar. Dia tak pernah kisah akan perkara itu. Asalkan dapat berjuang bersama Azhar, itu sudah cukup.
"Tapi seriuslah, apasal kau tolak? Kalaulah kau bukan pegawai polis, kau masih nak tolak ke offer dia?"
Azhar diam. Apabila terkenangkan kembali segala susah payah dan kerja kerasnya, dia seakan masih tak percaya dengan pencapaian dirinya. Kini orang yang tak berguna pada pandangan keluarga diangkat darjatnya oleh Yang Maha Esa.
Semuanya hanya kerana satu nama. Nissa Ardini! Dia sudah kembali dengan kejayaan namun gagal mendapatkan Nissa. Serata tempat Nissa dicari namun tak ketemu. Dan dia takkan berhenti mencari sehingga benar-benar bertemu dengannya.
"Aku masih tak jumpa dia...Hati aku...sakit..." luah Azhar. Dadanya seakan pecah mengenangkan keberadaan Nissa saat itu.
"Kenapa tak berputus asa je? Mungkin Nissa yang tak nak jumpa kau lagi"
"No! Nissa aku bukan macam tu. Dia dah janji untuk aku tuntut janji aku. Dan aku tahu, dia takkan mungkiri janji. Sebab tu aku akan cari dia sampai jumpa"
Titik! Tak kira apapun jadi, Nissa harus ditemui, mahu cepat atau lambat!
FOTO Nissa di dalam telefon bimbitnya ditenung lama. Senyuman itu sungguh menawan kalbu. Saat disapa angin kerinduan, foto itulah pengubat hati.
Gambar itu diambil semasa Nissa sibuk memasak di dapur. Dan diambil tanpa pengetahuannya. Jika Nissa tahu, pasti teruk dia diomeli!
Azhar tersenyum sinis. Rindunya dia pada sang pujaan hati. Sudah lama mereka tidak bersua. Kalau dikira-kira, agaknya sudah tiga tahun Nissa menghilang.
Dia teringat akan peristiwa dua tahun lepas. Ketika itu dia pulang untuk bercuti. Betapa gembira hatinya kerana bakal bertemu kembali dengan sang pujaan hati.
Namun kecewanya menyapa tatkala dia dikejutkan dengan berita bahawa Nissa melarikan diri dari rumah. Mama dan Iqbal pula sinis kepadanya. Entah salah apa, sehingga kini mereka masih bermasam muka dengannya.
Puas juga dia bertanya kepada Kak Uteh dan Mak Kiah. Namun tiada jawapan yang ditemui. Kamar yang ditinggalkan Nissa juga kosong. Namun harumannya masih melekat.
Telefon bimbit milik Nissa juga masih di dalam kamarnya. Dia tidak pasti sama ada Nissa sengaja meninggalkannya atau Nissa terlupa. Tapi yang pasti, dia sudah punya jawapan di sebalik kesenyapan Nissa selama ini. Pantas saja setiap mesejnya tidak terbalas.
Azhar mengeluh. Rumitnya hidup dia sekarang. Kini setiap kali kembali ke rumah, jiwa raganya seakan mati. Makanya dia lebih rela menyewa. Meskipun tidak semewah rumah mama, namun dia tenang kerana tak perlu berhadapan dengan wajah cemberut mereka semua.
Tubuhnya dibaringkan di atas katil. Foto Nissa masih melekap pada pandangannya.
"Nissa, mana kau pergi? Aku rindu kau sangat-sangat"
TEKAK MELAYU kelihatan sibuk hari itu. Banyak pelanggan datang bertandang. Dari luar restoran sehinggalah ke bahagian dalam, puluhan manusia membanjirinya.
"Zack, order meja 13 dah hantar ke?" tanya Nuh, agak lantang. Suara bising dari pelanggan mengganggu bicara mereka.
"On the way!" sahut Zack dari arah dapur.
"Shamila, ambik order meja 28!" arah Nuh lagi.
"Siap boss!!" jerit Shamila pula.
"Nissa, order meja..."
"Kat sini!" celah Nissa dengan pesanan yang dibawa.
Nuh tergelak dengan telatah Nissa. Dia perhatikan saja gerak-geri gadis itu. Sehingga kini, segalanya mengenai Nissa masih menjadi rahsia. Kecuali ketika Nissa menghadiri proses penceraian dengan suaminya tiga tahun yang lepas.
Selain dari itu, Nissa tak bercakap apa-apa lagi mengenainya. Dia pun tidak mahu bertanya kerana dia hormatkan privasi Nissa.
"Ramaikan orang datang hari ni" ujar Nissa yang sudah berdiri di sisi Nuh.
"Haah. Rezeki. Masakan awak kot yang bagi sedap" puji Nuh ikhlas. Itu dia tidak nafikan. Pertama kali merasa air tangan Nissa dulu, dia terus jatuh cinta pada masakannya. Disebabkan itulah restoran miliknya semakin dikenali ramai. Dan jumlah pelanggan yang datang setiap hari sungguh di luar sangkaan.
"Ehh mana ada! Tu semua rezekilah. Kalau masakan sedap pun, tapi Allah kata tak, maka taklah.. ibarat..."
"Kun faya kun.. kan?" cantas Isma pula dari arah belakang.
"Haa betul!" sahut Nissa dengan senyuman di wajah.
"Ehh tu kak Raudhahlah!" kata Nuh yang terlihat kelibat Raudhah dan beberapa orang rakannya. Mereka duduk di suatu sudut di bahagian luar. Di dalam pula sudah terlalu penuh dengan pelanggan.
"Saya pergi ambik order dorang" ujar Nissa lalu berjalan ke arah meja Raudhah.
"Bos tengok je. Ada cuba nasib ke?" tegur Isma yang sudah berdiri di sebelah Nuh. Dia perasan sejak Nissa kerja di situ, Nuh selalu curi-curi pandang ke arah Nissa.
"Nasib apa kau merepek ni?" Nuh cuba berdalih. Ketara sangat ke?
"Jangan nak buat tak tahu ye bos?! Kita orang satu kedai ni tahu bos syok kat Nissa. Tak tahulah Nissa tu perasan ke tak"
"Memandai je korang ni!" Nuh masih menafikan. Padahal dalam hati sudah bergetar segala macam perasaan.
"Alaa nanti kalau Nissa dah jumpa orang lain, jangan pulak bos gigit jari!"
"Si..buk.." tukas Nuh satu-persatu.
"Nah, order kak Raudhah dan yang lain. Dorang mintak tapau jugak" Nissa muncul membawa pesanan Raudhah. Ipad yang digunakan untuk mencatat pesanan diserahkan kepada Isma yang bertugas di bahagian dapur.
"Okay. Terima kasih!" ucap Isma dalam nada gembira. "Bos , jangan lupa!" pesannya lagi seraya menapak ke bahagian dapur.
"Ishh budak ni!!" getus Nuh, geram.
"Isma cakap apa? Jangan lupa apa?" tanya Nissa ingin tahu.
Nuh diam. Bagaimana dia hendak menjelaskan atau mencipta alasan?
"Isma suruh saya beli kipas siling lagi. Letak kat dapur. Dia cakap panas. Haa camtu lah"
"Ohh" Nissa membulatkan mulut.
"ERRR Nissa..." Nuh mendapatkan Nissa yang sedang sibuk berkemas. Restoran sudah tutup. Kesemua mereka penat kerana hari itu mereka 'diserang' dengan ramai pelanggan.
Jam juga sudah menunjukkan pukul 9.48 malam. Masanya untuk pulang dan berehat. Esok hari mereka harus kembali bekerja dengan tenaga dan semangat yang baru.
"Ye?" sahut Nissa setelah memunggah kotak ke dalam bonet kereta.
"Awak free tak hujung minggu ni?"
"Hujung minggu? Bukan kita bukak ke?"
"Tak! Saya ingat nak bagi cuti dua hari. Sabtu dan Ahad. Kesian tengok dorang, berhempas-pulas dah minggu ni"
"Ohh hmm..free kot. Mana je saya nak pergi? Kenapa?"
"Bos nak ajak keluarlah tu!" usik Isma pula yang tiba-tiba mencelah di antara mereka.
"Date kot!" sampuk Malik yang sudah menutup pintu restoran.
Nissa tergelak. Nuh merona.
"Eishhh sibuk je lah anak-anak riang ni!"
"Ha ha. Awak ajak saya keluar ke?" tanya Nissa pula.
"Aah! Tu pun kalau awak tak keberatan. Kalau tak sudi pun takpe" Nuh tersengih.
"Baik kau setuju Nissa. Bolehlah kita orang cuti dua hari" tukas Zack pula.
Gelagat mereka mengundang tawa di bibir Nissa. "Yelah"
"Yelah?" Nuh angkat kening. "Maksudnya?"
"Maksudnya yelah! Saya keluar dengan awak"
"Yes! Yes!!" Nuh bersorak riang. Senang hatinya melihat kesudian Nissa itu.
Nissa ketawa dengan gelagat Nuh. Hari yang penat tetapi menyenangkan.
Share this novel