TUJUH BELAS

Drama Series 6864

KEHADIRAN Azhar tampak gayanya disambut dengan dingin. Dari Mak Uda sehinggalah ke Salmah, mereka langsung tidak mahu menegurnya. Entah apa silapnya, dia sendiri juga tidak tahu. Bahkan ketika berpampasan dengan Iqbal, lelaki itu sempat menjelingnya tanpa berbicara.

Azhar berlagak tenang. Meskipun hatinya terluka dengan sikap keluarganya namun dia sudah biasa menghadapnya. Yang penting, dia pulang kerana mesej yang dihantar oleh Kak Uteh. Jika bukan kerana Kak Uteh, pasti dia tidak mahu menjejak kaki ke situ.

Mimi sempat berselisih dengan Azhar. Wajahnya penuh saja dengan senyuman. Seolah-olah riang hatinya menyambut kehadiran adik iparnya. Lama agaknya Azhar tidak ke situ.

"Baru datang Har?" sapa Mimi mesra.

"Aah. Kak Uteh suruh datang. Katanya ada hal yang dia cakap. Tapi tak tahu apa"

Azhar lihat mata Mimi kembang. Seakan semalaman menangis. Adakah sesuatu sedang menimpanya? Wajah itu juga tampak cengkung. Bibirnya pucat. Tidak seperti Mimi yang dikenalinya tiga tahun lepas yang sentiasa menjaga penampilan diri. Kini Mimi tak ubah seperti orang sakit!

"Are you okay?" tanya Azhar, lembut. Hatinya jadi kasihan pula dengan nasib kakak iparnya itu.

Mimi senyum. Dalam hati, dia memuji keprihatinan adik iparnya itu. Namun nampak ketara ke wajahnya yang sembam itu? Dia baru lepas menangis dek kerana pertelingkahan dengan Iqbal semalam. Bahkan hampir tiap malam mereka bergaduh. Dari sekecil-kecil perkara sehingga ke perkara besar. Entah di mana silapnya, semua serba tak kena di mata Iqbal. Adakah dia sedang menerima kifarah?

"I okey" sahut Mimi perlahan.

"Tapi mata nampak kembang. Ada something happened?" Azhar korek rahsia lagi.

"I'm fine. Really. Thanks. You nak jumpa Kak Uteh kan? I rasa dia kat belakang. Tengah berkebun. Pergilah jumpa dia"

Cepat-cepat Mimi menghalau Azhar. Dia tak mahu didesak oleh Azhar dengan soalan yang tak mampu dijawabnya.

Azhar hanya mengangguk. Mungkin Mimi tidak selesa dengannya. Dia juga tidak akan memaksa. Langkah kakinya laju saja mendekati Kak Uteh yang sibuk dengan pokok serainya.

"Busy nampak?" tegurnya perlahan.

"Laa Azhar!! Terkejut akak. Kau ni pun satu!" gerutu Kak Uteh sambil mengurut dada.

Wajah kacak Azhar dipandang. Memang banyak betul perubahan pada lelaki itu. Tampak semakin macho dan lebih dewasa. Jambangnya yang tumbuh di wajah itu menampakkan kedewsaannya.

"Sorry kak!" Azhar tersengih. Tubuh disandarkan di sebalik pintu dapur itu. Tangan pula diletakkan di dalam kocek seluar.

"Ada apa akak nak jumpa Har? Nampak penting sangat"

Serta-merta tangan Kak Uteh berhenti dari menanam lebihan serai itu.Dia menuju ke paip dan mencuci tangannya.

"Akak ada benda nak tunjuk pada kau. Tapi akak risau kau akan mengamuk"

Riak serius Kak Uteh ditatap. Perkara ini memang serius tampak gayanya. Kak Uteh jarang beriak seperti itu.

"Ada apa kak? Cakap je. In Shaa Allah Har tak mengamuk"

Betul ke itu? Kak Uteh ragu-ragu. Dia bukannya apa, dia masak sangat dengan perangai Azhar yang panas baran itu. Risau pulak rumah itu terbalik dikerjakannya nanti.

"Ni.. akak nak tunjuk satu video pada kau. Video ni akak rakam tiga tahun lepas. Akak rakam senyap-senyap. Lepas ni, kau boleh tahu dah kenapa Nissa lari dari rumah. Dan kenapa dorang semua termasuk mama kau marah sangat pada kau"

Kening Azhar bertaut. Dadanya berdebar.

"PAKSU ni kan, selalu sangat datang sini. Macam takde rumah sendiri je" bebel Ana dengan bibir muncung sedepa.

Padahal sebelum ini, tak ada pulak paksunya itu rajin diri ke situ. Hmm ada sesuatu...

"Kau ni membebel je! Dah macam mak nenek. Umur baru 19, tapi bebelan dah macam nenek!" usik Nuh. Matanya melilar memandang sekeliling. Mencari kelibat yang dirindui. Dari tadi tak nampak bayangnya di mana-mana.

"Mamaaaaaa!!! Tengok paksu ni!!" Ana menjerit sekaligus mengadu. Dia tak sukalah dilabel sebegitu.

"Sikit-sikit mengadu! Sikit-sikit mengadu! Macam budak-budak" rungut Nuh lagi. Rambut Ana yang panjang ditarik.

"Mamaaaa!!!" Ana panggil mama lagi.

"Apa ni Nuh? Tak habis-habis usik si Ana tu!" Raudhah dari dapur menjenguk wajah. Lengkap berapron dengan membawa semangkuk besar bubur ayam yang baru dimasaknya.

"Ala bukannya selalu nak sakat dia. Kau kak, jangan selalu sangat nak manjakan dia! Karang tak kawenlah si Ana ni asyik berkepit bawah ketiak mama dia je!" Hidung Ana dicuit.

"Mamaaaaa!!!" rengek Ana lagi.

"Nuhh!!" Raudhah menjegil mata. Nuh ketawa. Budak besar mengadu! Werkk! Dia jelir lidah pada Ana.

Nissa menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Dia kaget menerima kehadiran Nuh di situ. Nasib baiklah dia memang sudah siap-siap bertudung. Sekarang dia tak boleh dah nak bebas free hair dalam rumah. Nuh suka datang tanpa diduga.

"Kenapa nampak terkejut?" tegur Nuh dengan sisi tawanya. Rindunya terlerai!

"Awaklah! Terkejut saya. Tiba-tiba datang sini. Tak bagitau pun nak datang"

Nissa ke dapur dan membantu Raudhah. Setelah selesai, dia kembali semula ke ruang tamu dan menyertai mereka. Raudhah juga ada di situ.

"Ya lah kak! Sejak akhir-akhir ni, paksu suka buat surprise. Kalau surprise bawak makanan ke bawak duit ke, takpelah jugak! Ni surprise bawak diri. Hampehh!!" omel Ana pula. Dia sudah bertukar tempat duduk. Di sisi Nissa tempatnya.

"Ngada kau erk?!" gerutu Nuh pula. Mulalah nak manja dengan kakak kesayangan dia tu!

Nissa tergelak.

"Saya datang ni ada hajat" ujar Nuh seraya mengeluarkan satu sampul besar dari dalam begnya.

"Hajat apa?" sampuk Raudhah pula. Sampul besar tadi diletakkan di hadapan Nissa.

"Ada RM1,350 dalam sampul tu. Milik awak" Nuh pandang wajah Nissa yang ternyata terkejut dengan bicaranya.

"Haaa? Bila masa awak berhutang dengan saya? Rasa-rasanya gaji saya pun awak memang bayar on time" Nissa pelik. Duit apa itu?

"Ehh betullah paksu bawak duit!" Ana riang melihat sampul itu tampak tebal.

"Duit apa Nuh?" tanya Raudhah pula.

"Ni duit hasil dari cincin emas awak haritu. Awak cakap awak tak nak cincin tu kan? Sayang tau kalau dibuang. Berharga tu! Lagipun cincin tu memang hak awak walaupun awak dah berpisah dengan bekas suami awak. So saya juallah. Harga tinggi jugak. Berat jugak cincin tu"

Nissa diam. Dia sudah lupa mengenai cincin kawennya itu. Dulu sewaktu berpisah dengan Iqbal pun, dia sudah lama membuang cincin tersebut. Tak diduga Nuh akan menjualnya.

"So duit ni hak awak. Saya atau sesiapa pun tak boleh ambik. Berdosa" Sampul tadi diserahkan kepada Nissa.

"Betul apa Nuh cakap tu Nissa. Tu hak Nissa. Ambiklah. Sekurang-kurangnya, hak Nissa kembali pada Nissa" ujar Raudhah pula.

"Tapi kalau akak tak nak, bagi Ana! Boleh Ana enjoyyy!!" sorak Ana berbaur gurauan.

"Mengadalah kau nak enjoy bagai! Bukan hak kau ni" Nuh mengingatkan.

"Tahulah! Orang gurau je. Akak tak marah kan?"

Wajah Nissa ditatap.

"Taklah! Takkan nak marah?" sahut Nissa diiringi gelak tawanya.

"So awak nak buat apa dengan duit tu?" soal Nuh.

"Nak simpan je kot. Nak belanja pun saya rasa macam semua benda saya dah ada. Tak naklah membazir"

Tersenyum Nuh mendengar jawapan tersebut. Nissa memang bijak. Untungnya siapa dapat dia.. ehh?

"Keluar jom! Akak belanja" sampuk Raudhah pula. Hujung minggu begini kalau tak dihabiskan bersama keluarga, rasa macam sayang pulak. Lagipun, esok hari dia harus kembali bekerja.

"Yeaayy!! Keluar mana mama?" tanya Ana riang.

"Hmmm kita pergi pantai nak?" cadang Nuh pula.

"Pantai? Good idea. Mama? Akak?"

Raudhah dan Nissa mengangguk kepala. Ana bersorak lagi. Nuh senyum. Haruskah dia meneruskan rancangannya?

SETELAH melihat video tersebut, hati dan jiwa Azhar terbakar. Dia tidak bisa membayangkan kesengsaraan yang harus dihadapi oleh Nissa atas ulah keluarganya sendiri.

Nissa dituduh punca Mimi keguguran. Dan lebih teruk lagi, dia juga dituduh menjalinkan hubungan sulit dengannya. Ya Allah? Kenapalah kelurganya kejam terhadap Nissa? Pantaslah Nissa hilang selama tiga tahun. Dia diusir oleh keluarga yang sudah menjadi tempatnya berteduh.

"Har!!" Kak Uteh memanggil. Dia gerun melihat wajah bengis Azhar tersebut. Sudah diagak akan reaksi lelaki itu.

"Kenapa? Kenapa dorang buat Nissa macam ni? Apa salah Nissa?"

"Mak Uda tu benci sangat dengan Nissa! Dia kalau boleh, bayang Nissa pun tak boleh nak jejak rumah ni"

"Tapi kenapa? Apa yang Nissa dah buat pada dia? Nissa tak usik dia pun" Suara keras Azhar kembali mengendur. Kasihan dengan nasib yang menimpa diri Nissa. Entah bagaimana dia menghadapinya sendirian. Pasti dia ketakutan.

"Yang tu akak tak pasti. Tapi agaknya ada kaitan dengan harta arwah maklong kau"

Azhar mengerut dahi. Wajah Kak Uteh dipandang. "Maksud kak?"

"Akak tak berani nak cakap lebih. Tapi masa arwah maklong kau sakit dulu, Mak Uda yang ada dengan dia. Tak tahulah apa yang dorang bualkan. Dan sejak dari hari tu, memang ketara sangat perasaan benci dia tu pada Nissa"

Sudah! Satu lagi teka-teki yang belum selesai. Bagaimana dia harus mencari segala kepingan itu? Tetapi sebelum itu, ada urusan yang harus dia selesaikan.

"Har!!" panggil Kak Uteh tatkala Azhar sudah hilang dari situ. Dia mulai risau. Aduh!

SEBUAH tumbukan dilayangkan tepat ke wajah Iqbal. Tak cukup itu, dia layangkan sebuah lagi tumbukan ke arah perutnya.

"Azhar!! Kenapa ni? Haa? Tiba-tiba naik angin ni dah kenapa?" Salmah kaget dengan sikap Azhar itu. Iqbal tak melawan. Rebahnya seperti pasrah saja.

Mimi segera membantu suaminya bangun. Namun ditepis oleh Iqbal.

"Ni apa?" Video yang dirakam tiga tahun lepas dicampakkan tepat di hadapan Iqbal. Suaranya sengaja dibesarkan.

Semua yang mendengar mulai kecut perut. Mimi mengambil telefon bimbit tersebut lantas menonton video itu. Dia sendiri terkejut kerana baru pertama kali melihatnya.

"You...you buat apa pada Nissa?" tanya Mimi. Tubuh Iqbal digoncang kuat.

"Diamlah! Ni semua kau punya pasal!!" bentak Iqbal lantas menolak tubuh Mimi menjauh. Kak Uteh menyambut tubuh itu.

"Kau tak jawab lagi soalan aku!" Kerasa suaranya dengan pandangan dendam terhadap Iqbal.

"Dan kau!!!" Azhar berpaling ke arah Mak Uda yang berlagak tenang padahal dalam hatinya sudah menahan takut.

"Nissa buat apa pada kau? Kau kejam sangat pada dia? Haaa? Nissa usik keluarga kau ke? Nissa kacau suami kau ke Mak Uda?"

Hilang sudah hormatnya pada wanita itu. Dia sudah terlalu lama menahan sabar dengan sikap sombong Mak Uda itu. Jika bukan kerana Salmah, pasti sudah lama Mak Uda dikerjakan. Namun sekarang, tiada apa yang akan menahannya. Mak Uda harus diajar!

"Cakaplah!! Apa Nissa dah buat? Kenapa kau cakap aku ada hubungan dengan dia?"

"Ma..mana ada! Aku tak buat apa-apalah! Dah Tuhan nak tunjuk perangai dia masa tu.." dalih Mak Uda.Masakan dia mahu mengalah sewenangnya.

Azhar meraup wajah. Mak Uda didekati. Leher wanita itu dicekik dengan wajahnya yang bengis.

"Harr!!" Semua serentak menjerit namanya. Risau jika Mak Uda sudah tak bernafas.

"Cakap!! Cakap hal sebenar! Kalau tak, kau mati sia-sia. Sebelum aku yang cakap, baik kau berterus-terang!"

Azhar seperti kena rasuk saja. Emosi dan fikirannya sudah tak mampu dikawal lagi. Mereka yang ada di situ juga tak berani nak membantah apatah lagi setelah Azhar memberi jelingan tajam.

"Le...lepas..lepas..a..aku.." pinta Mak Uda. Tangan Azhar dipukul agar bisa melepaskan diri.

"Cakap!! Surat apa yang dikirimkan pada Nissa? Cakap!! Sebelum aku jadi gila!" ugut Azhar lagi.

"A..aku ca..ca..kap" Mak Uda mengalah setelah tidak mampu bertahan.

Azhar melepaskan Mak Uda. Terbatuk-batuk Mak Uda dibuatnya. Lehernya disentuh. Nasib baik tak ada apa-apa berlaku. Azhar memang gila! Anak gampang!

"Cakap! Jangan buat aku jadi gila" ugut Azhar lagi. Wajahnya bengis.

Mak Uda menelan liur. Wajah Salmah juga dipandang. Apa agaknya tanggapan Salmah terhadapnya selepas ini?

"Nis...Nissa tak pernah curang dengan Iqbal! Surat tu aku suruh Shima yang tulis!" akui Mak Uda akhirnya. Wajahnya menunduk. Shima adalah anak pertamanya.

Pengakuan Mak Uda bikin semua kaget. Masing-masing tak puas hati dengan sikap Mak Uda. Seakan tak percaya dengan apa yang didengari.

Salmah terlopong. Dia mendekati Mak Uda. Lantas sebuah tamparan dilayangkan ke situ.

"Mah, dengar dulu. Aku...aku.."

"Apa yang Nissa dah buat pada kau? Kenapa kau kejam sangat? Aku betul-betul percaya yang Nissa dan Azhar dah khianati aku. Dah conteng arang ke muka aku! Tapi yang jahat sebenarnya kau!!"

Salmah menangis. Terkenang kembali peristiwa tiga tahun lepas, hatinya dihimpit penuh rasa sesalan. Mutiara seperti Nissa dibuang bak sampah! Ya Allah, berdosanya dia!

"Mak Uda memang kejam!" Giliran Iqbal pula melampiaskan perasaannya. Dia sudah bangkit lalu berdiri di hadapan wanita itu. Kedua-dua bahu Mak Uda dicengkam.

"Sebab fitnah Mak Uda, Iqbal buang isteri Iqbal sendiri! Sebab fitnah Mak Uda, Iqbal kejam pada isteri sendiri! Mak Uda memang kejam! Mak Uda bukan manusia!!"

Mak Uda terkesima. Dia terperangkap! Semuanya sudah terbongkar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience