"KENAPA Mak Uda? Kenapa?? Apa salah Nissa? Apa salah Iqbal? Kenapa nak halang Iqbal bahagia? Mana pergi sifat manusia Mak Uda? Sanggup ye Mak Uda musnahkan kebahagiaan anak saudara Mak Uda sendiri?"
Iqbal sudah menangis. Dia merintih dalam pilu. Perasaannya bagaikan disiat-siat saja. Sakitnya tak terperi. Teringatkan kembali betapa kejamnya dia pada Nissa, hatinya sakit sendiri.
"Mak Uda tak suka dia!"
"Tapi kenapa?! Nissa buat apa?" Azhar sudah terjerit. Hilang sabar betul dia menghadap manusia seperti Mak Uda itu.
"Jangan-jangan, Mak Uda jugak buat fitnah pasal Nissa yang tidur dengan banyak lelaki kat kampung ni?!" tebak Iqbal tatkala teringat kembali akan perkara itu.
Dulu setelah lafaz akad selesai, dia menerima kejutan daripada Mak Uda. Kata Mak Uda, Nissa sudah banyak bergaul dengan lelaki dan banyak kali ditiduri oleh mereka. Gara-gara itulah dia tak pernah menyentuh Nissa kerana dia jijik. Ya Allah!!
Berita itu ternyata mengejutkan Azhar. Dia pandang wajah serius Iqbal lantas menyoalnya kembali.
"Kau cakap apa??" Kolar baju Iqbal dipulas. Wajahnya menyeringai. Kenapa dia tak tahu mengenai perkara itu?
"Jangan tanya aku sebab aku pun nak tahu cerita sebenar!" tukas Iqbal seraya memandang wajah Mak Uda yang dalam ketakutan itu.
Serentak itu, Azhar melepaskan Iqbal. Dia bergerak ke arah Mak Uda yang sudah berundur ketika didekati Azhar.
"Tak payah takutkan dia! Dia akan bagitahu kita perkara sebenar. Sebab sekarang ni takde siapa akan bela dia" ujar Iqbal. Bahu Azhar disentuh.
Langkah Azhar terhenti. Kata-kata Iqbal dituruti. Sekali lagi, wajah mendung Mak Uda ditatap.
"Mak Uda...Mak Uda yang buat semua cerita tu.. Nissa tak pernah pun..."
Papp!! Sebuah tamparan mengena tepat ke wajahnya. Tampang Salmah keruh dengan air mata mengiringi. Kecewanya dia pada sang kakak, Allah saja yang tahu. Gara-gara fitnah, Nissa disisih!
"Aku mintak maaf Mah! Aku tahu aku salah.."
"Kau dah kecewakan aku! Kau dah kecewakan arwah Ros! Dia suruh kita jaga Nissa dengan baik tapi kita sia-siakan dia! Semuanya gara-gara fitnah dari kau!"
Mak Uda sudah berlutut di hadapan Salmah. Dia tahu dia salah tetapi Nissa lebih bersalah. Ya, Nissa lebih bersalah sebenarnya!
"Dan kau Iqbal!!" Azhar pandang Iqbal. Mereka saling berdepan.
"Kau sepatutnya tahu isteri kau macam mana. Kalau pun dia ada buat salah, itu masa lalu dia. Kau tak berhak nak ungkit atau menghakimi dia. Sebagai seorang suami, kau sepatutnya lebih peka dan menerima setiap kekurangan dia" Suara Azhar sudah mengendur. Memang sudah terbukti bahawa Iqbal tidak layak untuk Nissa.
"Tapi sekarang terbukti, kau tak layak jadi suami dia. Bahkan tak layak untuk mana-mana perempuan. Kau cari kesempurnaan dalam setiap isteri, tapi kau lupa kau jugak tak sempurna! Lelaki macam kau, tak layak bergelar suami! Sekarang aku yakin, kalau Nissa memang ditakdirkan menjadi milik aku"
Iqbal mengerut dahi. Matanya bertembung dengan mata Azhar. Mencari kejujuran dalam setiap kata-kata itu. Dia tak nampak sebarang penipuan di situ. Adakah Azhar benar-benar memaksudkannya?
"Apa maksud kau?" tanya Iqbal dengan suara yang serius.
"Aku akan kawen dengan dia. Dan aku akan pastikan dia bahagia, tak macam kau layan dia!"
"Kau tak boleh kawen dengan dia!" bentak Iqbal. Dia takkan semudahnya mengalah.
"Kenapa? Kenapa aku nak kena dengar cakap kau? Kau pun tak pernah nak terima sebarang nasihat aku!"
"Aku abang kau! Nissa tu bekas kakak ipar kau!!"
"Tapi kau tak pernah sentuh dia!" sinis Azhar menyimpul senyum.
Iqbal terdiam.
"Kalau ikutkan, Nissa boleh tuntut kau tapi perkara tu dah lama berlalu kan? Dan aku tak rasa pun yang Nissa nak susahkan diri dia dalam hal ni. Dia pun dah move on. Dan kalau ikut dalam Islam, aku memang boleh kawen dengan dia"
"Apa maksud kau?"
Tajam renungan Iqbal menatap wajah sinis itu.
Azhar menghela nafas. Setiap wajah di situ dipandang satu-persatu. Sudah tiba masanya untuk dia mendedahkan kebenaran yang dijumpainya tiga tahun lalu.
"Sebab aku bukan anak kandung keluarga ni!"
"NISSA, boleh tanya sesuatu tak?" Nuh memberanikan diri, cuba-cuba merisik.
"Tanyalah! Apa dia?" Nissa lihat Raudhah dan Ana sedang bermain di gigi air. Tampak gembira saja wajah keduanya.
"Bang, nak air kelapa bang?" Seorang budak lelaki dalam usia 12 tahun datang ke arah mereka dan menawarkan air kelapa.
"Berapa?"
"RM5 bang"
"Bagi 4" kata Nuh lantas menyerahkan not RM20 kepada budak lelaki itu.
"Terima kasih bang" ucapnya seraya berlalu pergi.
"Air kelapa ni sedap tau? Fresh dari pokok! Takde campuran apa-apa. Rasalah!"
Sebiji buah kelapa yang sudah dikopek diberikan kepada Nissa. Ada straw juga tersedia di atasnya.
Nissa akur. Dicicip air kelapa tersebut. Memang sedap. Segar saja rasanya.
"Kan? Sedap tak?"
Nissa mengangguk laju.
"Dah cakap, nak lagi? Ambik yang saya punya" Nuh beri sisanya kepada Nissa. Lembut Nissa menolak.
"Oh ya! Tadi awak nak cakap apa?"
"Ohh pasal tu.." Nuh betulkan suaranya. Walaupun segan namun dia harus menanya juga. Senang sikit hatinya.
"Err awak...awak ada boyfriend ke?"
Nissa tergelak. Soalan Nuh tu semacam tiba-tiba saja. Datang tanpa diundang, pulang tanpa dijemput! Haa macam tu lah!
"Kenapa tiba-tiba tanya?"
"Saja...tak nak jawab ke?"
"Hmm boyfriend tu tak ada" jawab Nissa. Senyumannya lebar tatkala teringatkan Azhar. Perasaannya terhadap lelaki itu semakin hari semakin kuat. Entah kenapa ya? Adakah dia sudah jatuh cinta?
Nuh bersorak riang dalam hati. Itu bererti dia punya kesempatan dan peluang untuk memikat Nissa. Dia single, Nissa juga sama. Woww!! Seronoknya!
"Tapi, saya ada simpan seseorang dalam doa dan hati. Dan harapan saya, saya dapat terus tengok dia hari-hari kalau pun kita orang tak bersatu" sambung Nissa lagi. Itulah doanya hari-hari untuk Azhar. Tak mampu memiliki, cukuplah sekadar berteman saja.
Senyuman di wajah Nuh mati. Kecewanya bertandang. Bukan satu tetapi beribu-ribu. Harapan dan impian yang sempat singgah tadi hancur dalam sekelip mata.
"Haishh, apalah saya ni! Tak naklah sedih-sedih. Kita datang sini nak happy, bukan nak sedih" ungkap Nissa. Matanya berkaca. Dia belum siap kehilangan Azhar. Tak mampu dibayangkan jika perkara itu berlaku.
"Dia mesti beruntung kan? Sebab awak selalu sebut dia dalam doa" Nuh bernada cemburu.
"Justeru, saya yang beruntung! Dia selalu ada untuk saya. Kalau saya sedih, saya gembira, saya sakit, saya sihat, semua dia ada!" Wajah Nissa tampak bersinar tatkala bercerita akan hal itu.
Nuh jadi pendengar setia. Sudahlah bermimpi! Kau takkan mampu menandingi lelaki itu. Dia yang terlebih dahulu bertakhta di hatinya. Kau hanya penemannya. Ikhlaskanlah dia!
"Awak akan bahagia dengan dia"
Mata Nissa bercahaya saat Nuh ungkapkan ayat itu.
"Betul?"
Nuh mengangguk laju. "Sebab awak baik. Percayalah, awak akan bahagia dengan dia!"
Senyuman Nuh ikhlas meski dalam terpaksa. Jika Nissa bahagia, maka dia juga ikut bahagia.
LAMA Azhar menenangkan diri dalam kereta. Dia sengaja parking keretanya jauh sedikit dari rumah Nissa.
Seharian itu, dia dan Nissa tidak berhubung. Fikirannya bercelaru. Kata-kata Kak Uteh dan peristiwa di kampung masih berlegar-legar di fikirannya.
"Harta apa yang Kak Uteh maksudkan?"
Puas juga dia gali segala macam memori dan kenangan namun tak ada satu pun bersangkut-paut dengannya. Di dalam hal itu, orang yang harus dirujuknya adalah Mak Uda. Tetapi setelah pertengkaran berlaku antara mereka tadi, tak mungkin Mak Uda mahu jujur dan mengakui semuanya.
Dia juga tak mahu berlaku kasar lagi pada wanita itu. Sia-sia saja usahanya selama ini jika diakhiri dengan pembunuhan. Cukup sudah pengajaran yang diberikan kepada Mak Uda tadi.
Dia harus mencari tahu tetapi melalui siapa? Iqbal? Salmah? Atau Kak Uteh sendiri? Tetapi menurut Kak Uteh, dia tak mengetahui banyak hal.
Azhar menyandarkan badan ke dada kerusi. Matanya terpejam rapat. Bagaimana ya, dia mahu memujuk Nissa mengahwininya? Persoalannya, mahukah Nissa menerima lamarannya?
'aku nak jmpa kau. aku tggu tak jauh dr rumah kau'
Mesej tersebut dihantar kepada Nissa.
Azhar mengeluh. Sudah terbukti dia dan Iqbal bukan adik-beradik kandung. Dia hanyalah anak angkat kepada Salmah. Setelah segalanya terbongkar, Salmah akhirnya mahu buka mulut. Menurut Salmah, dia dan Nissa sama-sama membesar di rumah anak yatim. Nissa diangkat oleh arwah Rosiah, dan dia pula diangkat oleh Salmah. Rahsia tersebut disimpan begitu rapi. Tak ada sesiapa yang tahu akan statusnya sebagai anak angkat. Nissa pula memang sudah diberitahu dari kecil kalau dia hanya anak angkat. Arwah Rosiah tak pernah berkahwin. Jadi agak pelik jika Nissa membesar tanpa sosok seorang ayah. Makanya Nissa sudah diberitahu awal-awal lagi.
Pantaslah selama ini Mak Uda membencinya. Rupa-rupanya kerana statusnya yang tidak jelas itu. Mak Uda pula kata, dia lahir dari rahim seorang perempuan yang tiada maruah. Disebabkan itulah dia jadi anak terbuang! Sedihnya dituduh sebegitu.
Cermin kereta diketuk. Azhar celikkan mata. Senyumannya lebar tatkala wajah manis Nissa terpancul di situ.
"KITA nak pergi mana?"
Dari tadi, Azhar memandu seakan tidak jelas saja. Dia naik pening dengan sikap Azhar itu.
"Jumpa tok kadi!"
Jawapan selamba Azhar bikin Nissa membahang.
"Main-mainlah!" gerutu Nissa dengan wajah cemberutnya.
Azhar gelak. "Seronok ke pergi pantai tadi?"
"Mana kau tahu? Aku tak cakap apa-apa pun" Setahu dia, mereka berdua tidak ada bermesej seharian. Bagaimana Azhar boleh tahu?
"Kan aku cakap, aku boleh trace mana kau berada!"
Nissa hampir lupa akan perkara itu! Perubahan itu sebenarnya buat Nissa jadi lebih senang. Entah kenapa dia jadi lebih selamat meskipun jarak mereka jauh.
"Kau pergi dengan siapa?"
"Dengan Kak Raudhah, Ana dan Nuh"
"Nuh?" Kening Azhar bertaut.
"Adik kak Raudhah"
"Ohh. Hensem?"
"Hmm, bolehlah" Kalau dibandingkan, Nuh memiliki wajah yang tampan. Tapi wajah dan aura Azhar lebih masculine.
"Ohh..." Azhar sedikit cemburu. Kereta dia berhentikan di tepi taman. "Kita jalan sini nak?"
Tak sempat Nissa nak berkata-kata, Azhar terlebih dahulu menapak keluar dari kereta. Dibontoti langkah Azhar dari arah belakang.
Dia lihat Azhar seperti berfikir. Jalan pun macam tak tentu saja. Apa agaknya yang Azhar fikirkan?
"Nissa, sini"
Dia melambai ke arah Nissa yang jauh di hadapan.
"Duduk sini"
Nissa menurut saja. Dia pandang sekeliling. Ada beberapa orang masih berkeliaran di situ. Ada yang sama pasangan, ada juga yang bersendirian.
Jam di pergelangan tangan dikerling. Sudah pukul 7 malam. Namun dada langit seakan masih cerah. Dan malam seolah-olah malu hendak munculkan diri.
"Nissa, aku nak tanya sesuatu"
"Ya apa dia?"
"Pasal arwah maklong"
"Ohh.. kenapa?"
"Sebelum dia meninggal, dia ada cakap apa-apa ke pada kau? Pasal apa-apa je?"
Nissa diam seketika. Dia masih teringat lagi akan pesan arwah Mama Ros untuk menjaga dan memanfaatkan hartanya sebaik mungkin. Namun sehingga kini harta itu hilang tanpa sempat bertuan.
"Arwah mama cuma pesan supaya aku jaga dan guna harta dia dengan baik. Tu je"
Azhar mengangkat wajah. Riak mendung Nissa ditatap. Bicara Nissa memberinya petunjuk.
"Mana harta tu? Kenapa aku tak pernah nampak mana-mana lawyer datang rumah bincang pasal hal ni? Mesti ada lawyer kan?"
Pertanyaan Azhar mengunci mulut Nissa. Sukar untuk dia berterus-terang. Perkara itu ada kaitannya dengan Mak Uda dan Salmah.
"Kenapa diam? Cakaplah Nissa. Aku perlu tahu"
Nissa menghela nafas. Wajah serius Azhar ditatap. Erkk, dia jadi berdebar pulak!
MEREKA sudah tiba di hadapan rumah. Nissa keluar dari perut kereta. Azhar ikut dari belakang.
Semenjak dari habis bercerita tadi, Azhar hanya mendiamkan diri. Tak bercakap langsung dengannya. Dia ada salah cakap? Atau buat salah?
"Errr rumah aku dah sampai. Kau baliklah!"
Azhar diam. Terlalu banyak yang bermain di benaknya saat itu. Cerita Nissa belum bertemu penghujungnya. Nissa harus mendapatkan hak-haknya kembali. Tapi bagaimana? Wasiat itu juga tak pernah Nissa lihat.
"Har..." seru Nissa perlahan.
Azhar pandang wajah Nissa.
"Kau fikir apa? Diam je dari dalam kereta tadi"
"Takde apa. Ehhh! Dah sampai depan rumah kau rupanya!"
Bagaikan dihipnotis, Azhar baru tersedar. Nissa garu kepala. Terhantuk kat mana-mana ke kepala dia ni?
"Kau sakit ke? Dari tadi tak fokus!"
Azhar ketawa. "Aku okey jelah!"
Sebenarnya dari tadi juga Azhar berkira-kira hendak meluahkan itu. Namun dia berdebar. Dia bukan segan atau malu. Dia takut kalau-kalau Nissa menolaknya. Sesungguhnya dia tak rela ditolak oleh Nissa.
"Dahlah! Aku masuk dulu tau?"
Nissa sudah memusingkan badan dan bersedia untuk melangkah masuk. Tiba-tiba saja, suara Azhar memecah kesunyian malam. Sekaligus menggetarkan hatinya yang sekian lama bergoyah.
"Nissa, kawen dengan aku?"
nah, harum semerbak tak bab kali ni? :) happy reading guys *,*
Share this novel
wah tak sabar rasanya azhar dan nissa bersatu.. yang paling best nissa cepat je daoat anak .. tak mandul