"NISSA, kawen dengan aku!"
Berkali-kali ayat tersebut bermain di benaknya. Seakan terasa seperti bermimpi atau berangan-angan, Nissa cubit lengan sendiri. Dia mengaduh kesakitan.
"Tak mimpi!"
Semalam, selepas sahaja Azhar buat sesi lamaran tak rasminya, dia terus berlari masuk ke dalam rumah. Azhar ditinggalkan sendirian di luar sana. Laju saja degup jantungnya berdetak. Macam bermimpi pun ada.
Nissa mengeluh. Sejujurnya dia gembira dengan lamaran Azhar itu. Tetapi Azhar adalah adik ipar Iqbal. Berkahwin dengan Azhar, umpama berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya.
Mahukah dia berhadapan semula dengan Iqbal dan Mak Uda? Dan Salmah, masihkah wanita itu menyimpan rasa benci terhadapnya?
Ya Allah, dia buntu! Benar-benar buntu.
"Nissa.. " Pintu biliknya diketuk.
"Masuklah kak! Pintu tak berkunci"
Muncul wajah Raudhah di situ. Dia senyum lantas duduk di birai katil.
"Kenapa nampak muram je ni?"
Tampang Nissa ditilik.
"Takde apa. Akak nak turun kerja dah ke?"
"Aah! Malam sikit baru balik kot. Hari ni akak nak ke Shah Alam. Ada meeting dengan client kat sana. Nanti Nissa ambik Ana kat kampus boleh?"
"Aah ye kak. Nanti Nissa ambik dia"
Raudhah lihat Nissa tak banyak bunyi. Dia hairan. Biasanya Nissa rajin berbual. Dan kebiasaannya juga, awal-awal lagi dia sudah menyiapkan sarapan pagi. Tapi pagi itu Nissa tak menyediakan apa-apa. Adakah kerana lelaki semalam?
Dia, Ana dan Nuh sempat mengintai Nissa dan lelaki semalam di sebalik tingkap. Selepas kereta Honda Jazz tersebut hilang dari pandangan, barulah mereka bertiga masuk semula ke dalam rumah.
"Ni kenapa monyok je ni? Ada apa-apa ke yang akak tak tahu?"
Nissa pandang wajah Raudhah. Kemudian, dia pamer wajah cemberut.
"Akak, Nissa kena lamar semalam!"
"Haaa??" Raudhah tersentak.
YASMEEN mengeluh berat. Wajah yang dicari tiada di situ. Menurut Rizal, Azhar mungkin lewat sikit masuk kerja. Ada hal yang harus diuruskannya.
Apabila ditanya berkenaan perkara itu, Rizal hanya mampu angkat bahu. Katanya, hal mustahak dan ada kaitan dengan Nissa.
"Siapa Nissa?"
Tubir mata Rizal tak berkelip memandangnya. Macam sesuatu saja cik cantik ni!
"Inilah Nissa!"
Rizal tunjuk gambar Azhar dan Nissa di dalam bingkai gambar. Lama dia merenung gambar tersebut sebelum pandangannya jatuh pada riak terkejut Yasmeen.
"He has found his lost love! Lama tunggu nak bersatu kembali"
Yasmeen mengangkat kening.
"Pardon me?"
"Ala cik Meen ni tak faham pulak!"
"Masalahnya saya memang tak faham!" getus Yasmeen.
Rizal diam. Suara keras Yasmeen menyentakkannya.
"Sorry, saya tak bermaksud apa-apa. Saya cuma terkejut" ucap Yasmeen yang menyedari keterlanjuran diri.
"Macam ni jelah cik Meen. Saya pun sebenarnya tak tahu apa yang Azhar nak buat. Atau urusan yang dia nak selesaikan. Tapi apa yang saya boleh cakap, ada baiknya kalau cik Meen undur diri. Azhar tu, cinta dia cuma pada Nissa. Dia tu dah obses sangat dengan Nissa. Jadi daripada cik Meen kecewa, lebih baik berundur terus!"
KELUHAN hampa terluah jua. Bagaimana mahu berundur jika setapak pun belum maju? Dia tak mengenali gadis bernama Nissa itu tetapi dia yakin, cinta Azhar masih mampu diraih.
"Jual mahal betullah inspektor Azhar ni! Orang dah nak kat dia. Dia boleh pulak main tarik tali dengan kita!"
Yasmeen menggigit bibir. Dia harus mengatur rancangan agar bisa menundukkan Azhar. Dia tahu melalui perwatakan Azhar, lelaki itu tampak sukar untuk digoyahkan. Namun tak salah jika tak mencuba!
Yasmeen mendail nombor papanya. Sekejap saja, panggilannya dijawab.
"Yes sweetheart!"
"Pa, Meen nak kawen!"
"LAA tu je ke? Jadi Nissa takut nak terima dia sebab takut terserempak dengan family dia?"
Laju Nissa mengangguk. Dia tak takut dan takkan menolak pun lamaran daripada Azhar. Cuma itu sajalah masalahnya. Dia tak mahu berdepan dengan Iqbal atau Mak Uda! Segala masa silamnya sudah lama diketahui oleh Raudhah sejak dari dulu lagi. Dia sendiri yang memberitahu. Hanya Nuh dan Ana yang tidak tahu.
"Kalau dalam hal ni, akak rasa baik Nissa bincang dengan Azhar. Kalau akak boleh cadangkan, baik korang duduk asing. Tak payah nak bermasam muka masing-masing.. but still, Nissa kena discuss dengan dia"
Nissa terdiam. Mahukah Azhar menerima cadangannya? Dia bukannya tak suka dengan keluarga Azhar, dia cuma tak mahu menimbulkan masalah lagi.
"Nissa sayangkan Azhar?"
Wajah Raudhah ditatap. Penuh yakin dia mengangguk. Perasaan itu memang ada sejak dari dulu.
"Cinta?"
Kali ini, Nissa hanya membatukan diri. Dia memang cintakan Azhar tetapi kerana statusnya dulu sebagai kakak ipar, perasaan itu dia buang jauh-jauh. Setelah lama berjauhan dari Azhar, baru dia faham erti perasaannya. Dan dia juga baru sedar, kalau dia tak pernah cintakan Iqbal.
"Sangat-sangat kak!" akui Nissa penuh tulus.
"Kalau macam tu, Nissa kena hadap dan terima semuanya. Kalau cinta, takpe kan kalau sekali-sekala berkorban?"
Perlahan-lahan Nissa mengangguk. Mesej dari Azhar diterima. Namun dia malas nak baca pulak. Dibiarkan saja mesej itu.
Hujan pula sudah renyai-renyai di luar sana. Raudhah sempat mengerling di sebalik tingkap bilik. Hmm, hujan!
"Okeylah! Akak nak turun kerja ni. Fikir baik-baik tau apa yang akak cakapkan tadi"
Raudhah cepat-cepat menuruni anak tangga. Nissa kembali berbaring di atas katil. Selimut ditarik sampai ke kepala.
Kata-kata Raudhah masih dihadam sepenuhnya. Dia memang ikhlas tetapi jika berkaitan Mak Uda, dia benar-benar serik.
Mesej masuk. Dia tahu itu daripada Azhar. Entah kenapa dia malas pulak nak baca.
Pintu bilik dibuka.
"Nissa, tengok kat luar tu siapa datang" Raudhah kembali mengkhabarkan hal itu.
Nissa bangkit dan berjalan menuju ke tingkap. Malasnya!! Nak kerja pun malas. Nuh kata, hari ni kedai tutup. Aik, tiba-tiba pulak! Untunglah...dia boleh sambung lena lagi.
Terjegil mata Nissa tatkala figura Azhar sedang berdiri sambil memayungi diri melihat ke arah tingkapnya. Dia berbaju lengan pendek dan berseluar jeans. Nampak santai saja.
Laju saja Nissa sembunyikan diri. Alamak!! Dahlah tak bertudung. Dengan rambut kembang sana sini. Baju pulak terdedah sedikit! Eihhlah Nissa!!
"Akakkkk!!!" Nissa mengadu.
Raudhah tergelak. "Apa?"
"Kenapa tak bagitau Azhar tunggu depan tu?"
"Kalau akak cakap, kau nak bangun jumpa dia ke?"
"Akak niiii..."
"Dah, pergi mandi! Kemaskan diri. Kalau tak, akak suruh dia tunggu kau kat dalam ni"
"Eihhh tak payah!!"
Tak mahu dia. Simpang malaikat 44! Tak pasal-pasal kena tangkap basah!!
"KITA jumpa sekejap boleh?" Azhar pandang wajah Nissa. Tadi bukan main comot muka. Sekarang comel pulak. Haishh, geram pulak dia!!
"Pergi mana?"
"Mana-mana je! Kat dalam rumah pun boleh" usik Azhar dengan senyuman nakalnya.
Nissa menjegilkan mata. "Kau jangan nak macam-macam eaa?!"
Azhar tergelak. Dia bergurau saja. Takkan dia sanggup nak ambik kesempatan terhadap Nissa. Lainlah kalau sudah sah! Ha ha ha...
"Aku tak boleh lama-lama. Nanti nak kena ambik Ana kat kampus dia"
"Nanti aku temankan kau. Kita ambik dia sama-sama"
Amboii!! Rajin pulak dia tawarkan diri.
"Kau tak kerja ke? Awal-awal lagi dah terjenguk kat sini" bebel Nissa. Dia sudah meloloskan diri di dalam perut kereta dengan dipayungi oleh Azhar.
"Kerja tak banyak kat balai. Lagipun ada Rizal yang coverkan untuk aku" jawab Azhar setelah masuk ke dalam kereta.
"Mesej aku tak baca pun!" adu Azhar dengan mimik serius.
"Aku malaslah!"
"Aikk?? Kau jangan nak malas-malas Nissa. Karang macam orang gila aku cari kau. Dahlah buat kita terseksa cari dia tiga tahun ni.."
Nissa diam. Kata-kata Azhar sedikit sebanyak melegakan hatinya. Kenapalah lelaki yang satu ini suka bikin dia lemas dan rimas? Haihhh!!
MENGHIRUP segarnya udara membuat hatinya sedikit lapang. Bunyi kicauan burung turut menambahkan indahnya hari itu. Dada langit tampak cerah namun masih belum mengeluarkan panasnya.
Ada beberapa orang juga sudah awal pagi melakukan aktiviti di situ. Ada yang bersenam, ada juga yang duduk ambil angin saja.
Hujan juga sudah berhenti. Atau mungkinkah hanya tempatnya saja tadi yang disirami hujan? Entahlah! Dia bukan peramal kaji cuaca.
"Elok kan cuaca pagi ni. Tadi kat tempat kau hujan"
Baru Nissa tersedar ada Azhar di sebelah. Asyik sangat di alam sendiri sampai dia lupa kewujudan Azhar di situ.
"Nissa..."
Laju saja Nissa menoleh tatkala namanya meniti di bibir lelaki itu.
"Hmmmm?" Nissa menggumam.
"Pasal lamaran aku semalam..."
"Kenapa kau nak kawen dengan aku? Bukan ke dalam perkahwinan perlukan cinta? Baru bahagia?"
Nissa menggesa dalam pertanyaannya.
"Kalau dalam perkahwinan perlukan cinta dan bahagia, kenapa kau tak bahagia dengan Iqbal dulu?"
Pertanyaan sinis Azhar menyentapkan Nissa. Mulutnya terkunci.
"Tak semestinya dalam sesuatu hubungan tu perlukan cinta. Kadang yang tak bercinta pun boleh bahagia. Tapi untuk menjawab pertanyaan kau, aku sayangkan kau. Kalau kau masih tak faham, aku nak bagitahu dengan jelas. Aku cintakan kau. Sebab tu aku nak kawen dengan kau. Aku nak bahagiakan kau. Aku kerja keras selama ni semata-mata untuk kau. Aku dah ada rumah sendiri, kereta sendiri dan pekerjaan tetap. Kau takkan rasa kurang apa-apa lagi dalam hidup kau lepas ni"
Melihat keikhlasan itu, jiwa Nissa terasa bahagia. Betapa indahnya dicintai oleh orang yang kita cintai. Lantas, untuk apa dia menolak Azhar?
"Tapi kau adik Iqbal. Aku takkan boleh berhadapan dengan dia. Dengan Mak Uda..."
"Yang tu kau tak payah risau..ada sesuatu yang kau perlu tahu"
"AKU akan kawen dengan Nissa!"
Kata-kata Azhar terngiang-ngiang di cuping telinganya. Dia mengeluh lantas meraup wajah. Jika perkara itu berlaku, bersediakah dia untuk menerima hakikatnya?
Dia sedar, dia sudah melakukan kesalahan. Dia benar-benar sudah menyesal. Tidak bisakah dua diberi peluang kedua? Jika Nissa memberikannya peluang kedua, dia pasti akan membetulkan keadaan semula.
Tiba-tiba Iqbal terfikir akan sesuatu. Nissa dan Azhar sudah bertemukah? Mereka terpisah selama tiga tahun. Dan dalam tempoh itu, tidak pernah pula dia mendengar Azhar menyebut nama Nissa.
Bagaimana pertemuan mereka bisa terjadi? Atau sememangnya tuduhan Mak Uda selama ini memang benar? Dan Azhar saja sengaja menafikan itu dan berpura-pura. Dia harus mencari tahu.
Selesai membayar pesanannya, dia menapak ke kereta. Masuk saja ke dalam kereta, matanya tak berkedip memandang figura itu.
Diamati dengan teliti wajah yang sedang tertawa itu. Hatinya mendongkol geram.
Mimi dan seorang budak perempuan sedang duduk di hadapan seorang lelaki di restoran. Apa hubungan mereka? Kenapa mereka tampak mesra?
Adakah Mimi sedang menipunya? Laju saja dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menangkap beberapa gambar mereka.
Bergetar tangannya saat melihat tangan lelaki itu hinggap pada bahu Mimi. Dia menahan amarah yang bukan sedikit.
Tahulah Mimi nasibnya nanti! Jika Mimi menipunya, dia takkan sesekali melepaskan isterinya itu!!
apa rahsia mimi tu? blh teka tak? ;)
Share this novel