"SHE'S OKAY! Nothing serious" kata doktor Bani kepada Azhar. Mendengarkan itu, hatinya berasa lega. Dia bukannya apa, dia risau melihat Nissa yang tiba-tiba pengsan tadi.
"Tapi dia pengsan tadi"
"Pengsan?" Kening Doktor Bani bertaut. "Ohh you might be wrong! Dia tak pengsan"
Azhar kaget. Hampir nak ternganga mulutnya. Kalau Nissa tidak pengsan, yang tadi itu apa? Atau dia kena main?
"Tapi dia pengsan tadi. Mata dia tutup.."
Doktor Bani ketawa. "Saya tahu macam mana rupa orang pengsan inspektor! Saya dah rawat lebih puluhan ribu pesakit. So I know. Pasal tu, saya tak berapa pasti. Awak boleh tanya dia. Maybe she got the answer"
Berkali-kali Azhar mengangguk kepala. Syukurlah, yang penting Nissa tidak apa-apa.
"Bila dia boleh discaj?"
"Since dia tak pengsan, dia boleh discaj malam ni jugak" Doktor Bani tekankan perkataan 'pengsan' itu. Gelak tawanya masih bersisa.
Azhar merona. Dia malu diejek sebegitu. Hishlah Nissa ni!
Doktor Bani pamit. Azhar keluarkan telefon bimbitnya. Mesej dari Rizal dibaca.
'dia okey ke? cik meen tanya kau dr tdi. weyy aku seganlah! ramai gile tetamu kaya2 dtg. tahu mcm ni, baik aku ikut kau je tdi!'
Azhar senyum. Laju saja derap kakinya masuk ke dalam bilik yang menempatkan Nissa. Dahinya berkerut tatkala katil di situ kosong.
Kakinya menapak ke arah tandas. Diketuk berkali-kali. "Nissa, kau kat dalam ke?"
Namun tiada sahutan. Pintu tandas dibuka. Tiada sesiapa di situ. Azhar mengeluh. Nissa sudah melarikan diri. Tapi bagaimana dan bila?
DENGAN langkah yang perlahan, Nissa menapak keluar dari lif. Sebelum itu, sempat juga dia menjenguk ke luar. Bimbang sekiranya ketemu Azhar di situ.
Setelah memastikan semuanya clear, dia menghela nafas lega. Dia harus segera mendapatkan teksi. Tadi setelah dia, Nuh dan Ana selesai makan di hotel, dia minta izin untuk ke tandas.
Setelah kembali ke meja, dia lihat tiada Ana dan Nuh di situ. Nuh menghantar mesej, mengatakan dia harus menjemput Raudhah di airport kerana keretanya rosak.
Nuh suruh dia tunggu di situ. Dia akan kembali menjemputnya. Namun dia bosan pula menunggu di situ. Hari juga sudah malam. Dia tak berani nak keseorangan.
Dia menunggu teksi di perhentian teksi. Ketika itu, dia terserempak dengan dua orang lelaki yang tampak mencurigakan. Takut dengan keadaan mereka, dia melarikan diri sehingga tak sedar ada kereta datang dari arahnya.
Dan terjadilah pertemuan dia dan Azhar. Segan dan takut dengan tampang Azhar yang banyak berubah itu, dia berpura-pura pengsan. Tidak disangkanya Azhar akan membawa dia ke hospital.
Sekarang penipuannya terbongkar. Azhar sudah tahu dia hanya berpura-pura. Maka kerana itulah dia melarikan diri ketika Azhar sibuk dengan telefon bimbitnya tadi.
"Fuhh lega! Nasib tak terserempak dengan dia"
Nissa juga keliru dengan hatinya. Sebelum ini, dia bersungguh-sungguh untuk bertemu kembali dengan Azhar. Tetapi setelah bertemu, kenapa dia melarikan diri pula?
"Nak pergi mana?"
Suara garau itu mematikan langkahnya. Nissa telan liur. Wajah serius Azhar sedang merenungnya tajam.
"Alamak"
TAK berkedip mata Azhar memandang wajah yang dirinduinya itu. Sudah tiga tahun tidak bersua, terlalu banyak perubahan yang berlaku. Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsi.
Azhar perasan tubuh itu semakin mengecil. Sudahlah dia memang kurus, kini bertambah kurus. Apa dia baik-baik sahaja? Tetapi tatapan manja itu sentiasa diratapi. Kini dia tidak akan melepaskan Nissa lagi sampai kapan pun!
"Satu keliling dunia aku cari kau. Tapi kat depan mata je rupanya. Tiga tahun tau? Tiga tahun aku tunggu kau, mana kau pergi?" rintih Azhar.
Suaranya tenggelam timbul menahan sebak yang berbuku di dada. Kalau Nissa itu memang halal untuknya, pasti sudah lama dipeluknya wanita itu.
Nissa diam. Hanya pandangan mata yang bertamu dalam seraut wajah itu. Terlalu banyak perubahan di dalam diri lelaki itu. Jika sebelum ini, tubuhnya kurus dan tinggi. Wajahnya juga agak remaja. Namun kini dia tampak lebih dewasa dan matang. Badannya lebih sasa dan tegap. Tiga tahun memang cukup merubahnya.
"Aku rindu kau. Kau tak rindu aku?" luah Azhar jujur. Kini tiada apa yang bisa memisahkan mereka lagi. Dan tidak ada syarat pun yang akan menghalangnya daripada mengahwini wanita itu.
"Har...."
"Kau suka kan seksa hati aku?"
Nissa hanya membatu. Sesungguhnya dia ingin menjawab setiap pertanyaan Azhar namun lidahnya kelu.
'Ya, aku rindu kau! Sangat-sangat rindu!'
"Kau sihat?"
Pertanyaan Azhar dijawab dengan anggukan. Air mata yang jatuh diseka.
"Tapi kau makin kurus. Tak makan ke?" Naif sangat bunyi pertanyaan tersebut.
Nissa tertawa. "Aku sihat dan ya, aku kurus bukan sebab tak makan. Tapi dah memang badan aku macam ni"
"Baguslah. Suka aku dengar. Banyak kan yang dah berubah dalam tiga tahun ni"
"Aah, kau nampak lebih..."
"Lebih??" Azhar ulang kata-kata Nissa. Serentak itu, derap kakinya perlahan-lahan mendekati Nissa. Jarak mereka hampir dekat sehingga helaan nafas mereka jelas kedengaran.
"Lebih matang dan dewasa!" sambung Nissa lagi. Dia berundur dua tapak ke belakang. Dia rasa tak kuat jika jarak mereka terlalu dekat seperti itu.
Azhar gelak. "Jom, aku hantar kau balik! Kejap lagi, aku nak kena ambik kawan aku kat satu event ni"
"Kau nak hantar aku balik?"
Tidak! Nissa tidak mahu sekiranya Azhar mengetahui tempat tinggalnya.
"Aah, jom!" Beg tangan Nissa ditarik agar langkahnya diikuti. Nissa akur saja. Sebenarnya dia sedang berfikir alasan yang logik untuk mengelak.
Mereka sudah tiba di depan kereta Honda Jazz milik Azhar. Pintu kereta bahagian penumpang dibuka untuk Nissa.
"Kau jangan nak bagi macam-macam alasan erk? Aku takkan lepaskan kau balik sorang malam-malam ni. Kau kena kejar kan tadi dengan dua orang lelaki?"
Tadi setelah Nissa pengsan, dia nampak ada dua orang lelaki melarikan diri. Jadi dia beranggapan bahawa Nissa sedang dikejar oleh mereka.
"Macam mana kau tahu?"
"Tiga tahun aku dalam bidang ni, rupa segala mak bapak penyamun pun aku dah hafal!" seloroh Azhar.
Haahlah! Azhar kan pegawai polis, macam mana dia boleh lupa?
"Masuklah. Aku hantar kau betul-betul depan rumah" Tubuh Nissa ditolak di dalam kereta. Tak sempat nak buat apa-apa pun si Nissa tu! Sekelip mata saja dia dah berada dalam kereta.
"KAU duduk sini ke?" Dari tadi, Azhar perhatikan saja rumah teres dua tingkat itu. Tampak gah dan mewah. Dikerling ke kiri dan ke kanan untuk tujuan keselamatan.
"Aa.. ye" Ragu-ragu Nissa menjawab. Sebenarnya itu bukan rumah Raudhah. Nissa menipu. Rumah Raudhah terletak di lorong paling hujung sekali. Rumah siapa itu pun dia tak tahu! Dia main cakap saja.
"Yeke ni?"
Riak Nissa ditatap lama. Dia macam boleh rasa je si Nissa ni menipu.
"Yelah! Kau tak percayakan aku ke?" Penuh yakin Nissa menjawab. Depan Azhar, dia tak boleh sebarang serkap jarang. Lelaki itu tampak lebih bijak darinya.
"Okay, aku tunggu kau kat sini. Sampailah kau masuk ke dalam rumah. Lepas tu barulah aku blah!"
"Ehh tak payahlah! Tadi kau cakap kau nak ambik kawan kau kan? Tak payah tunggu aku"
Nissa sudah gelabah. Aduh mak eh! Dia nak tunggu pulak! Karang tak memasal dia dituduh menceroboh rumah orang pulak! Aduh, macam mana ni?!
Senyuman sinis Azhar menghiasi wajahnya. Dia sudah mengagak taktik Nissa itu. Namun kali ini, dia tidak mahu termakan umpan lagi.
"Yelah! Yelah! Ni bukan rumah aku. Rumah aku hujung sana tu.." Nissa muncungkan bibir, merujuk ke arah rumahnya.
"Cakaplah awal-awal. Kan senang. Ni kerja nak menipu je!" bebel Azhar. Stereng kereta dipusing. Laju saja keretanya bergerak ke arah rumah Nissa.
"Sampai dah. Yakin ni rumah kau?"
"Ye. Ni bukan rumah aku sebenarnya. Ni rumah kak Raudhah. Dia bagi aku tumpang sini. Nantilah aku cerita lagi"
"Bila?" Tak menyempat si mulut Azhar bertanya. Nissa gelak.
"Minggu depan ke.."
"Lambatnya! Esok ea?"
"Esok hari cuti aku! Aku nak rest"
"Kau kerja mana? Dengan siapa? Pergi balik naik apa?"
Tak tahan dengan soalan Azhar yang bagai peluru berpandu itu, dia capai buah pisang yang ada di atas dashboard kereta lalu dimasukkan ke dalam mulut lelaki itu.
Fuhh!! Settle masalah! Azhar senyap.
"Amboi! Ganas nauu!!" gerutu Azhar. Pisang tadi diletakkan semula di atas dashboard.
"Banyak sangat soalan kau"
"Dah tu, kau tak jawab"
"Kan aku cakap, nantilah aku cerita"
Azhar keluarkan telefon bimbitnya lantas diserahkan kepada Nissa.
Nissa pulak punya tak faham tahap gaban! Dahinya mengerut.
"Nombor phone kau. Aku nak"
"Buat apa?"
"Aihh akulah budak ni!! Bagi jelah. Kau ni banyak tanya. Nombor lama tak aktif kan?"
"Yelah!" Laju saja Nissa taip nombornya lalu diserahkan kembali telefon kepada Azhar.
"Aku tak nak tertipu lagi!" adu Azhar seraya mendail nombor tersebut.
Telefon bimbit Nissa berbunyi. Nissa keluarkan dari dalam beg. Azhar ambil dan matikan panggilan. Dia save 'MySuperman'! Senyuman memekar di bibir.
"Kau buat apa?" tanya Nissa setelah Azhar dilihatnya ralit saja dengan kedua-dua telefon bimbit itu.
"Ni, handphone kau dah ada dalam trace aku. Jadi kau pergi mana pun aku dapat jejak"
Nissa ternganga. "Haaa??" Perlu ke sampai ke tahap itu? Itu dah macam melanggar privasi dia pulak. Tapi apasal dia macam suka? Eishh!
"Kau kan suka larikan diri. Aku tak nak kau lari lagi. Tiga tahun adalah tempoh yang cukup terseksa buat aku. So kau jangan fikir nak buat yang bukan-bukan. Sampai lubang cacing aku cari kau"
"Mana aku nak lari?"
Iya, mana dia nak lari? Azhar sudah pun mencuri indahnya lelap dan harinya. Haihh!!
"Tak tahu! Saja..dah, keluar. Karang orang ingat kita buat benda tak elok pulak"
"Amboi, laju je halau kita!" Nissa sudah keluar dari kereta. Azhar turut sama.
"Masuk dalam rumah. Aku tunggu sampai bayang-bayang kau tak nampak lagi"
Haihhlah Azhar! Naik pening dia dengan gelagat lelaki itu. Kenapa dia merasakan Azhar sudah jauh berubah? Lebih matang, lebih dewasa, dan lebih romantik?
Nissa tutup pintu rumah. Barulah dia lihat kereta Azhar beransur-ansur hilang dari pandangan mata. Yang pasti, hatinya mula berdetak hebat. Perasaan apakah ini? Hehh!
PAGI itu merupakan pagi yang cukup indah. Hari yang dilewati bakal berseri dan bersinar daripada hari-hari sebelumnya.
Penguat hidupnya kini sudah kembali. Jantung hatinya sudah pulang ke sisi.
'Kekasih yang dulu hilang
Kini dia telah kembali pulang
Betapa senang ku rasakan
Dan takkan ku lepaskan'
Lagu Kembali Pulang itu berkali-kali dinyanyikan. Tanda isyarat hatinya sedang berbahagia. Dia memang sedang bersenang-senang. Dan ya, dia takkan melepaskan Nissa!
Telefon bimbit dicapai. Orang pertama yang dia mesej adalah Nissa. Dia letak nama Nissa sebagai 'jantunghati' dengan emoji berbentuk hati di hujung.
'morning. sleep well?'
Dihantar! Dia letak kembali handphone. Selesai bancuh kopi panas, dia gapai kembali handphonenya.
Tiada balasan. Azhar mengerut. Kenapa dia tak balas? Grey tick je?
'kat mana?'
Dihantar!
Azhar check keberadaan Nissa. Masih di rumah. Tidur ke? Tapi Nissa tak pernah bangun selewat ini. Pukul 8 pagi!
'knp tak balas? :( '
Dihantar! Siap bagi emoji sedih kat hujung.
Ketiga-tiga mesejnya tadi belum dibaca. Azhar anggap Nissa mungkin sibuk atau tak dengar bunyi mesej masuk.
NISSA menepuk dahi. Aduh, Azhar ni! Tak menyabar betullah! Omel Nissa namun dalam senyuman. Entah kenapa dia suka dilayan seperti itu.
'kau ni, mcm bdk2 lah! Nak bernafas pun tak sempat tau?'
Dihantar!
Tak lama kemudian, Azhar membalas mesejnya.
'org tgah rindu. lagi nak seksa!'
Nissa tersengih. Haish!
'ngada! nyampahlah! aku tengah berak ni. nk tahu tahi aku kaler apa ke? atau nak aku snap gmbr bagi kau?'
Azhar tergelak. Hampir nak tersembur air kopi dan sandwich telurnya itu. Geli hati dengan mesej yang dihantar oleh Nissa. Kalau dah sayang, bau tahi pun rasa coklat! Ha ha ha
'eeh tak senonoh!'
Dihantar!
Pada masa yang sama, Azhar menerima mesej daripada Kak Uteh. Dahinya berkerut membaca mesej itu.
'har busy tak? akak nak jumpa. atau har dtg jumpa akak kat rumah. ada benda akak nak bagitau. akak tak boleh nak simpan lama2'
"Benda apa yang Kak Uteh nak cakap?"
'aku nak balik rumah mama sekejap. ada hal'
Nissa mengerut dahi menerima mesej itu. Untuk apa Azhar kembali ke sana? Perjalanannya bukanlah dekat. Lebih kurang tiga jam juga jika memandu.
'hal apa?'
'cant talk now. tc dear!'
Nafas dihela. Adakah hal tersebut berkaitan dengan Nissa? Kak Uteh tak bagitahu apa-apa. Tapi kenapa dia pulak yang berdebar?
Mesej terakhir dari Azhar dibaca. Apakah hal yang penting sehingga menyebabkan Azhar terpaksa pulang ke rumah?
Ada apa-apakah yang sedang berlaku di sana? Nissa mula khuatir!
done 3 bab satu ari..fuhh, pening jgak kepala haha..bab ni suka tak? nak lagi ke? tggu tau..happy reading korang <3
Share this novel