TAK senang duduk dibuatnya. Pekerjaan yang dilakukan juga serba tak kena saja. Dia pegang kuali, kuali pulak tergolek di atas lantai. Dia nak ambik gelas, gelas terjatuh. Untung saja ada Nuh sempat menyambut gelas tersebut. Jika tidak, pecah berderailah gelas tersebut.
"Kenapa ni? Dari dalam kereta tadi monyok. Awak ada masalah ke Nissa?"
Gelas tadi Nuh simpan ke tempat asal. Wajah mendung Nissa ditatap. Baru beberapa hari ini dia lihat wajah itu bersinar. Kini kembali suram. Apa sudah jadi?
"Takde apa. Saya okey je!" luah Nissa dalam nada lemah. Kalau diikutkan, dia dah hilang semangat nak meneruskan hari itu. Semuanya berpunca daripada gadis bernama Yasmeen itu. Namun takkanlah dia nak mogok dengan skip kerja? Apa pula kata Nuh nanti? Sudahlah bosnya itu cukup baik.
"Gaduh dengan Azhar erk?" usik Nuh. Dia baru tahu siapa Azhar. Itu pun melalui cerita Ana.
Nissa bertafakur. Macam mana nak gaduh dengan Azhar? Telefon bimbitnya awal-awal lagi dia dah matikan. Dia tak nak Azhar mencarinya di situ. Buat masa sekarang, dia tak nak bertemu dengan Azhar. Dia perlukan ruang dan waktu. Cerita Yasmeen cukup menghancurkan hatinya.
"Taklah..." ringkas saja jawapan Nissa. Dia mengorak langkah ke dapur. Semangkuk daging rebus di atas meja dibawa bersama. Garpu juga diambil. Dicucuk-cucuknya daging tersebut sambil membayangkan wajah macho Azhar.
Haaa, baru puas hati aku!!
"Woo woo!! Hancurlah daging tu nanti.." tegur Nuh dalam nada yang membimbangkan. Parah sangat dah si Nissa ni! Sahlah tengah gaduh!
"Cuba cakap dengan saya. Ada masalah apa ni?" Mangkuk daging tadi dibawa ke tepi. Risau pulak dia dengan tingkah Nissa itu.
"Saya tengah geram je.." sahut Nissa dalam nada terkawal. Kini hatinya sedikit tenang.
"Geram dengan Azhar ke?"
Serta-merta, Nissa menoleh ke arah Nuh. Wajahnya serius. Matanya sengaja dibesarkan. Nuh telan liur. Kecut perut pula bertatapan dengan riak Nissa itu.. Menyeramkan tapi nampak cute.. Haishh !!
"Awak sebut nama dia lagi, dengan awak sekali saya cucuk guna garpu ni!" tukas Nissa lantas berlalu dari situ.
Nuh dan Azhar sama-sama menyakitkan hati!
AZHAR sempat mengerling ke arah telefon bimbitnya melalui bawah meja. Dari tadi mesejnya tak terbalas. Bahkan statusnya masih pending.
Mana dia pergi? Azhar berteka-teki dalam hati. Dia cuba memeriksa keberadaan Nissa namun tidak berhasil. Jejak Nissa gagal dikesan! Hatinya semakin tidak menentu saja.
Pagi itu juga, dia terkejut menerima panggilan telefon daripada Tan Sri Sagil yang menjemputnya datang ke rumah. Katanya, ada urusan penting yang harus mereka selesaikan.
Yang bikin dia kaget, ahli keluarga Tan Sri Sagil juga ada di situ.
"There you are my sweetheart!"
Yasmeen tiba-tiba muncul dengan senyuman mekar di wajah. Lantas, dia mendekati Azhar dan duduk di sisi lelaki itu.
Tingkah laku Yasmeen bikin Azhar tak selesa. Dia menjarakkan dirinya sedikit. Dia tahu apa mahu Yasmeen. Namun dia tidak bisa memberinya.
"Maaf ye Tan Sri. Untuk apa ye pertemuan ni? Saya confused!"
Tan Sri Sagil senyum. Puan Sri Jamilah pula ketawa.
"Bakal menantu ni buat-buat tak faham pulak!" seru Puan Sri Jamilah.
Laju saja anak mata Azhar menoleh ke arah Yasmeen. Dikerling tajam wajah selamba itu.
"Bakal menantu?" Azhar sebetulnya tidak faham.
"Ye! Kamulah bakal menantu kami. Tak sangka ye, secepat ni kamu berdua bercinta. Saya terkejut bila Yasmeen cakap dia nak kawen dengan kamu. Saya ni apalagi, teruslah setuju. Secocok sangat kamu berdua ni" terang Tan Sri Sagil dengan senyuman yang memenuhi wajah.
Mana tidaknya, satu-satunya anak perempuannya bakal berkahwin. Berkahwin pula dengan lelaki yang baik dan bagus kedudukannya. Namanya di maya dunia akan semakin gah.
"Ni semua adik-beradik saya. Keluarga saya. Dorang ni ada yang datang dari Singapore, Brunei, dari Taiwan pun ada. Ada bisnes kat sana. Bila dengar je hal ni, terus book tiket fly sini!" sambung Tan Sri Sagil lagi. Rajin pula dia memperkenalkan ahli keluarga dan adik-beradiknya kepada Azhar. Penuh bangga pula tu!
"Yasmeen ni satu-satunya anak saudara kami yang masih bujang. Jadi bila dapat tahu yang dia nak kawen, kami semua terujalah. Dengan inspektor pulak tu! Sebab tu dari jauh pun kami sanggup datang" sampuk Hajah Sarina pula, kakak kepada Tan Sari Sagil.
"Kami plan nak buat majlis besar-besaran. Nak jemput banyak orang. Nampak gah dan mewah sikit" usul Puan Kartika pula.
Melihat keriuhan semua yang berbincang akan majlis perkahwinan, Azhar mula 'panas'. Maruahnya seakan dilupakan saja. Begitu mudah ya Yasmeen menipu mereka semua.
"Maaf ye? Tapi saya rasa semua ni salah faham! Saya tak pernah merancang nak berkahwin dengan cik Yasmeen. Dan saya tak tahu dari mana datangnya idea berkahwin ni semua" Azhar menjeling Yasmeen. Dia belum habis berurusan lagi dengan gadis itu. Biar dia selesaikan hal dengan keluarga Tan Sri Sagil dulu.
Semua terperanjat dengan kata-kata Azhar itu. Mereka saling berpandangan dan mulai bersoal jawab antara satu sama lain.
Yasmeen mulai pucat. Dia fikirkan rancangannya berjaya kerana Azhar diam dari tadi.
"Meen, apa semua ni?" soal Puan Sri Jamilah pula. Pandangannya jatuh pada wajah anak perempuannya itu.
"Ma, Azhar cuma bergurau..."
"Saya tak bergurau! Saya serius! Lagipun saya dah ada pilihan hati sendiri. Dan saya akan berkahwin dengan pilihan hati saya. Yang pasti, pilihan hati saya bukan cik Yasmeen!"
"Dan perkahwinan ini takkan berlaku sama sekali. Sekali lagi, saya mintak maaf!"
Usai mengungkap itu, Azhar bergegas melangkah keluar dari vila itu. Dia harus segera menemui Nissa.
Keadaan mulai riuh-rendah di dalam sana. Arghh! Bukan urusan dia. Yasmeen yang mencari angkara, maka dialah yang harus menyelesaikan segala-galanya.
"AZHAR!! AZHAR!!" panggil Yasmeen dengan kuat. Pintu kereta Azhar ditahan membuatkan lelaki itu tak jadi masuk ke dalam keretanya.
"Apa lagi cik Yasmeen? Tolonglah jangan susahkan hidup saya lagi"
"Kenapa awak cakap macam tu depan family saya? Malu mama papa saya!"
Wajah Yasmeen cemberut. Dia sudah memeluk tubuh. Keluhannya termuntah jua.
"Aikk, salah saya ke?! Cik Yasmeen yang buat cerita. Bukannya saya. Dan saya tak pernah pun cakap apa-apa pasal hal kawen dengan cik Yasmeen! Cik Yasmeen sendiri yang bermimpi!" tempelak Azhar. Dia tak kisah pun jika perasaan Yasmeen terluka. Dia sendiri yang bermimpi di siang hari!
"Sampai hati awak kan? Nissa tu bukannya cantik mana pun! Macam orang kampung!!" kutuk Yasmeen dengan perasaan penuh geram. Walhal dalam hatinya, dia tak nafikan kecantikan Nissa itu sangat natural.
"Jangan nak kutuk Nissa saya!!" gertak Azhar dengan wajah ketat. Pantang dia apabila Nissa diburuk-burukkan sebegitu. Kaget juga dia dengan bicara Yasmeen itu. Jika dia berani mengutuk Nissa sebegitu, bererti mereka pernah ketemu. Tapi bila dan bagaimana? Adakah ini puncanya Nissa mendiamkan diri?
Yasmeen terdiam. Dia tersentak apabila digertak oleh Azhar sebegitu. Dia jadi takut dengan renungan tajam lelaki itu.
"Kenapa Nissa berharga sangat dalam hidup awak?"
"Tak perlu untuk saya jawab soalan itu! Yang penting cik Yasmeen kena tahu, sesiapa je yang ganggu Nissa, akan berhadapan dengan saya! Kalau tak nak sebarang masalah, jangan ganggu saya atau Nissa!"
Yasmeen tercengang melihat respon Azhar. Dia tak menyangka begitu dalam cinta Azhar pada Nissa. Bayangan Azhar bersama keretanya hilang dari pandangan secepat itu.
Yasmeen menggigit bibir. Rancangannya gagal. Rupa-rupanya, sukar untuknya merebut hati lelaki itu. Arghh!!!
SETELAH hampir tiga jam menunggu Nissa di situ, hatinya bernafas lega melihat Nissa yang baru menapak keluar dari Hilux hitam itu.
Ada seorang lelaki menemaninya di situ. Barangkali itulah Nuh. Azhar keluar dari kereta dan terus mendapatkan Nissa.
"Nissa!"
Mendengar namanya dipanggil, laju saja Nissa berlari ke dalam rumah. Dia belum bersedia berhadapan dengan Azhar buat masa sekarang.
Azhar mengeluh. Nissa suka melarikan diri apabila ada masalah. Macam budak-budak! Tak boleh ke duduk berbincang dari hati ke hati? Melarikan diri bukannya dapat menyelesaikan masalah!
"Nuh..." Nuh menghulur tangan untuk berjabat. Dia pasti itulah Azhar. Tampang lelaki itu ditatap. Azhar tampak masculine. Sesuai dengan tubuh badannya yang kekar dan sasa itu.
"Azhar..." Huluran tangan Nuh, Azhar sambut. Wajahnya tampak cemberut.
"Boleh kita bercakap sekejap? Kat sini pun takpe" pinta Nuh.
"Kita cakap kat sana" pinta Azhar pula seraya menunjuk ke arah stall burger tidak jauh dari simpang jalan.
Nuh menurut saja.
SETELAH memesan burger kambing dan dua cawan teh panas, Nuh dan Azhar mengambil tempat duduk di hadapan stall burger itu.
Ramai juga orang beratur untuk membeli burger itu. Mana tidaknya, stall burger diberi nama Burger Abang Kacak! Rupanya pun boleh tahan juga.
Hanya beberapa orang saja yang duduk minum di situ juga
"Aku selalu lepak sini" ujar Nuh, memulakan perbualan.
"Dengan Nissa ke?" Entah kenapa, pertanyaan itu pula yang keluar. Dia tahu Nuh tidam berniat jahat. Namun perasaan cemburu tidak mampu dia bendung.
"Ehh taklah! Dengan Ana, anak saudara aku. Nissa tu susah nak ajak keluar berdua. Kecuali kalau ada Ana atau kak Raudhah. Dia tak selesa kalau keluar berdua dengan aku" jelas Nuh. Dia teringat lagi akan temu janji mereka dulu. Tak disangka, Nissa mengajak Ana sekali.
Senyuman pada wajah Azhar memekar. Senang hatinya mendengar cerita Nuh itu. Ternyata, Nissa memang pandai menjaga diri.
"Macam mana kau boleh berjumpa dengan Nissa?" Teringin pulak dia nak tahu mengenai itu. Dulu tak sempat nak bertanya.
"Aku dan Ana jumpa dia pengsan kat tepi jalan" Nuh memulakan cerita. Masih terbayang di benaknya akan wajah dan keadaan Nissa ketika. Sungguh belas hatinya!
Azhar mengerut dahi. Cerita yang tak pernah Nissa luahkan padanya.
"Kita orang bawak dia pergi hospital. Dan janji nak hantar dia balik. Tapi bila pagi tu, dia dah awal-awal larikan diri dari aku. Bila dah jumpa dia balik dan aku tanya dia, dia asyik sebut nama kau. Katanya risau nanti kalau kau cari dia tak jumpa-jumpa"
Cerita Nuh mengharukan hati Azhar. Rupa-rupanya selama ini Nissa begitu mengharapkan kepulangannya. Kasihan Nissa!
"Aku tak pernah tahu apa yang jadi dalam hidup dia dan ex husband dia dulu. Sebab dia tak pernah cerita. Tapi aku pernah temankan dia pergi mahkamah. Uruskan hal penceraian dia"
"Selepas selesai je hal tu, aku dah mula nampak dia sihat dan boleh move on. Dia mula ceria dan jadi periang. Kalau tak dulu asyik tengok dia termenung je. Bercakap pun tak nak"
Nuh terimbau akan kenangan tersebut. Pelbagai cara dia dan Ana lakukan untuk membuat Nissa kembali senyum namun semuanya tak berhasil. Dan tak diduga pula, dia bisa sembuh dengan sendiri. Bagi dia, Nissa adalah wanita hebat yang bisa mandiri!
"Masa kau jumpa dia tu, kenapa dia boleh pengsan?"
Nuh mengerut dahi. "Ohh pasal tu! Masa tu tengah hujan lebat. Kita orang nampak dia jalan terhuyung-hayang. Lepas tu terus pengsan. Kesian betul tengok dia masa tu. Dia cuma bawak beg dia je. Takde barang lain"
Azhar menggumam. Rahangnya bergerak-gerak. Kejamnya keluarga Salmah pada Nissa. Takkan tak ada sedikit simpati pada wanita itu?
Entah kenapa, dia jadi meradang mendengar cerita Nuh. Dia rasa nak balas kelakuan mereka satu-persatu. Namun dia sedar, dendam takkan membawa apa-apa. Tidak apalah! Dia yakin, Allah itu Maha Melihat. Pasti ada balasan di atas setiap perbuatan jahat.
"Boleh aku tanya sesuatu?"
Tampang Azhar yang serius ditatap. Kemudian, barulah dua mengangguk.
"Kau...pernah sukakan Nissa tak?"
Hati Nuh tersentak. Dadanya berombak kencang. Soalan yang ingin dia elakkan. Bagaimana harus dia berterus-terang? Nafas dihela panjang. Kemudian perlahan-lahan dia mengangguk.
"Tapi aku tak pernah bermimpi nak memiliki dia. Sebab aku tahu, dia simpan kau dalam hati dan doa dia. Cukuplah aku jadi kawan dia saja. Aku tak nak apa-apa dah. Aku tahu, wanita sebaik Nissa berhak bahagia. Dan orang yang mampu membahagiakan dia cuma engkau. Dan aku harap, suatu saat nanti, aku jugak dapat rasa bahagia tu"
Mendengar jawapan tulus Nuh, hati Azhar tersentuh. Dia tahu Nuh tidak bermain-main. Dia boleh nampak dari dua pasang anak mata itu.
Belakang Nuh ditepuk perlahan. Doanya agar Nuh dipertemukan jodoh yang sekufu dengannya. Dan untuk masa sekarang, dia harus memikirkan cara memujuk Nissa kembali. Kerana rajuk Nissa menyeksa hatinya!
Share this novel