LIMA BELAS

Drama Series 6436

SUDAH tiga tahun berlalu. Namun tidak sedikit pun wajah dan nama itu pudar dalam hatinya. Tiga tahun yang lepas juga menyaksikan kesengsaraan hatinya melepas Nissa di hadapan mahkamah. Walaupun tanpa rela, dia harus terpaksa melepaskan kerana lafaz yang diucapkan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main.

Iqbal masih terbayang akan peristiwa setelah selesai perbicaraan mereka. Tiada ruang untuk rujuk semula kerana mereka tidak boleh berkahwin. Ternyata dia baru sedar kalau lafaz 3 bukanlah lafaz yang mudah!

"Terima kasih di atas segala budi, jasa dan ihsan awak pada saya selama ni. Percayalah Iqbal, saya takkan berdendam pada awak dan keluarga awak. Dan saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan awak semua" ucap Nissa penuh sopan. Wajahnya tampak tenang, hatinya sudah redha.

Berbeza dengan Iqbal. Wajahnya mendung dan gelisah semacam. Seperti ada beribu beban yang sedang digalas di bahunya. Ucapan Nissa didengar dan dihadam sebaik mungkin.

Mimi yang setia menemani di sisi pantas memeluk erat tubuh Nissa. Dia tiba-tiba rasa bersalah dengan apa yang telah berlaku.

"Saya okey" ucap Nissa setelah pelukan dileraikan. Wajahnya bertembung dengan wajah Mimi.

"Jaga Iqbal baik-baik. Dan jadi isteri yang taat pada dia" pesan Nissa lagi dalam senyuman.

"I will. Nissa, saya nak mintak maaf" Mimi ikhlas menuturkan ayatnya.

"Takde apalah! Awak tak salah. Ingat tau, awak tak pernah jadi punca kepada benda ni. Semuanya dah tertulis. Saya dah redha. Awak dan Iqbal pun sama"

Mimi tak mampu menahan sebak. Gugur juga air matanya. Keikhlasan dan kebaikan hati Nissa mengharukannya. Entah bisa atau tidak dia menjadi seperti Nissa.

"Laa kenapa sedih ni?" Belakang Mimi diusap perlahan. Dia kehairanan. Umpama Mimi pulak yang diceraikan sedangkan dia yang bercerai.

Mimi menggeleng kepala. Tubuh Nissa diraih kembali. Pasti dia akan merindui wanita baik itu.

"Boleh ke kalau kita masih berhubung?" soal Mimi. Pelukan dilepaskan. Dia sudah bersiap-sedia hendak mengeluarkan telefon bimbitnya.

"No" Nissa menegah. Tangan Mimi ditahan. "Kalau kita masih ada jodoh, Allah akan temukan kita. Tapi kalau tak, anggap saja ni pertemuan terakhir. Tapi awak takkan pernah saya lupakan. Awak madu yang baik Mimi. Saya dah anggap awak macam kakak"

"Walaupun saya isteri kedua kan?" Mimi menyeka air matanya. Usia mereka bezanya cuma tiga tahun.

Nissa mengangguk. Dari kejauhan, Nuh setia menunggu di sisi kereta. Nissa tersenyum. Tiba masanya untuk melangkah keluar dari masa silam dan memulakan hidup baru. Dia tidak akan membiarkan dirinya terperuk dalam kenangan lama.

Melihat Nuh melambai nun jauh di sana, Nissa tahu sudah masanya untuk dia meneruskan perjalanan. Kasihan pula melihat Nuh menunggu lama di situ.

Wajah Iqbal di sisi masih beku. Dia sedaya upaya menahan air matanya daripada gugur. Sungguh, dia tak sanggup nak berhadapan dengan perpisahan ini. Baru kini dia sedar cintanya hanya buat Nissa.

Benar kata orang, sudah tiada baru dikenang. Iqbal menyesal! Benar-benar menyesal!!

IQBAL terkejut saat tubuhnya dirangkul oleh Mimi dari arah belakang. Pipi dan lehernya dikucup dengan mesra oleh isterinya.

Iqbal menolak sentuhan Mimi. Wajahnya cemberut.

"You, I rindu..." Cuping telinga Iqbal dikucup. Rasanya sudah lama mereka tidak bersama. Dia inginkan anak dari hubungan mereka.

"I penatlah!" ulas Iqbal seraya bangkit dari duduknya.

Mimi mengeluh hampa. Sudah ratusan kali dia ditolak oleh suami sendiri. Dia tertekan.

"You selalu je bagi alasan yang sama! Penatlah, mengantuklah! Takde moodlah!" Mimi sudah mengadu. Dia penat harus terus diladeni sebegitu oleh Iqbal. Bukan dia tidak pernah berusaha namun semuanya hanya sia-sia.

"Kan I cakap I penat! You tak faham ke?" Iqbal sudah baring di atas katil. Matanya dipejam rapat. Dia tiada mood untuk bermanja. Bahkan seri itu sudah hilang sejak tiga tahun lalu.

"You, janganlah macam ni! Bangunlah, layanlah I! I kan isteri you"

Tubuh Iqbal digoyang. Iqbal tak memberi respon. Tak berputusa asa, dia panjat atas tubuh Iqbal dan menggoda suaminya dengan sentuhan dan ciuman manja.

Iqbal mencelik mata. Tangan Mimi yang sudah hinggap di bahagian sulitnya ditarik kembali.

"Kan I dah cakap I penat?!! Apa ni?!" Iqbal sudah meradang. Pantang betullah orang tak faham ni!!

"Tapi I nak anak! I nak anak dari you!! You yang tak faham! You tak nak mengerti kehendak I"

"I tak nak anak! Faham?!" Tubuh Mimi ditolak kasar ke tepi. Wajah diraup berkali-kali.

Mimi sudah teresak-esak di sebelah. Pilu rasa hatinya tatkala ditolak oleh suami sendiri. Dia bak pengemis yang meminta-minta kasih sayang dan layanan dari suami sendiri.

"You nak anak dari siapa kalau bukan dari I?!"

Iqbal diam. Dia malas hendak memanjangkan pergaduhan itu. Jiwanya sudah lama mati. Entah berapa lama lagi dia mampu bertahan.

"Jawablah! You nak anak dari siapa? Sedangkan I isteri you!!" desak Mimi.

"Mimi, enough! I tak nak gaduh. I am sorry"

"No! I cuma nak tahu, kenapa you tak nak anak dari I? Jijik sangat ke I ni? Hina sangat ke tubuh badan I ni?"

Kesenyapan Iqbal bikin bara di hati Mimi semakin berapi. Tunggu masa hendak meletus saja lagi. Apabila Iqbal diam, Mimi semakin galak mendesak. Selagi Iqbal tak memberi respon, dia akan terus-terusan memaksa.

"Jawablah! You nak anak dari siapa?"

"Dari Nissa!!" bentak Iqbal dalam amarah yang tidak mampu dibendung lagi. Jika Mimi sudah memaksa, apakan dayanya untuk terus bersabar.

Mendengar nama Nissa, serta merta air mata Mimi jatuh. Rupa-rupanya suaminya masih terkenangkan bekas isteri pertamanya. Ya Allah, sakitnya rasa hati!

"I menyesal ceraikan dia! Walaupun semua orang kata dia curang dengan I, tapi hati I berkali-kali menidakkan tu. I percaya dia isteri yang baik. I yang jahat. Sampai sekarang, I percaya Nissa tak pernah curang. I yang buta hati, buta mata!"

Mengungkapkan itu, hatinya jadi bengkak. Jiwanya merana. Itulah penyesalan yang akan dia tanggung buat seumur hidupnya. Jika dia mampu undurkan masa, pasti Nissa akan dilayan layaknya seorang isteri.

"Habis tu, kenapa I masih kat sini?" Laju Mimi menyeka air matanya. Tetapi semakin diseka, semakin laju pula mutiara itu mengalir. Hatinya benar-benar sakit mendengar pengakuan Iqbal.

Tampak dengan jelas kalau cinta Iqbal pada Nissa begitu memekar. Sudah tiga tahun berlalu tetapi aura Nissa masih kuat melekat dalam hati Iqbal.

"I tak tahu Mimi! I tak tahu..." luah Iqbal lantas membaringkan tubuhnya semula di atas katil.

Mimi terkesima. Sakitnya bertimpa-timpa. Dia sudah tidak ada kepentingan lagi dalam hidup suaminya. Bisakah dia bertahan? Dan mampukah dia kehilangan Iqbal?

WAJAH Nuh cemberut saja. Dia angankan keluar berduaan dengan Nissa. Tetapi Nissa malah mengajak Ana pula. Hancur segala rancangannya.

Ana pun satu hal! Kenapa terus bersetuju saat diajak oleh Nissa? Tak bolehkah dia memberi ruang dan kesempatan kepada mereka?

Sudahlah Nissa pula duduk di bahagian belakang dengan Ana. Ingatkan Nissa akan duduk di sampingnya. Hmmmm...

"Okay tak tudung Ana?"

Nissa menoleh. Dibetulkan sedikit awningnya. Kemudian dia tersenyum. Anak dara yang satu itu baru berjinak-jinak nak bertudung. Katanya, dia lihat Nissa nampak anggun bertudung. Jadi dia pun nak jugak!

Nissa mengiyakan saja. Tak salah menyokongnya ke arah kebaikan. Semoga Allah bukakan hati Ana untuk terus istiqamah.

"Cantik dah" puji Nissa. Mana tak cantiknya, Ana berkulit cerah. Sebijik macam minah salleh.

"Cantik macam akak tak?" tanya Ana lagi.

"Nak cantik, tak perlu tiru sesiapa. Jadi diri sendiri. Itu baru cantik. Aura tu keluar secara semulajadi"

Nissa memberi nasihat. Tudung Ana agak singkat sehingga menampakkan bahagian dadanya. Nissa labuhkan sedikit. Biar tertutup bahagian itu.

"Ni kena labuh tau? Kita ni kalau betul-betul nak tutup aurat, kena buat dengan ikhlas. Jangan bagi menonjol" pesan Nissa lagi. Hidung Ana yang tercuit itu dipicit sekejap.

Tersenyum Nuh di hadapan saat mendengar nasihat Nissa. Sejuk hatinya. Nissa bukan saja cantik, malah berpewatakan mulia dan penuh agama.

"Ohh macam tu.. nanti akak ajarlah Ana lagi ye? Ana nak tutup aurat macam akak"

"Boleh sayang. Tapi make sure, tutup aurat sebab nak Allah sayang. Bukan sebab orang puja atau puji"

Ana mengangguk. "Terima kasih akak. Sayang akak!" Sebuah kucupan mendarat ke pipi.

Nissa tergelak. Dia juga sayangkan Ana dan kak Raudhah. Mereka sudah seperti keluarganya sendiri selain Azhar.

Mengenangkan Azhar, setiap detik Nissa tak pernah lupa berdoa untuknya. Dia rindukan Azhar hampir setiap hari. Dan dia selalu berharap agar mereka bisa dipertemukan suatu hari nanti.

"Paksu, kita nak pergi mana?"

Ana mencelah setelah keadaan senyap.

"Tengok wayang, jalan-jalan, makan...apa lagi erk?" sahut Nuh seraya bertanya. Dia punya banyak rancangan namun setelah Ana mengikuti, dia batalkan saja rancangan tersebut.

"Pergi mana lagi kak?" Ana pandang wajah Nissa.

"Ana rasa, kita kena pergi mana?"

"Hmmm Ana tahu. Pergi mandi kolam!!"

Sorak Ana dengan riang. Dia tampak gembira menghabiskan hujung minggu seperti itu.

"Okay!" Nissa bersetuju.

"EHEM!" Rizal sengaja berdehem ke arah Azhar. Temannya itu kelihatan sibuk sahaja di hadapan komputer ribanya.

"Nak apa? Cakap je. Tak payah nak berdehem bagai" Azhar melirik ke arah Rizal.

Laju saja jari-jemarinya menari-nari di atas keyboard komputer itu.

"Ada orang nak jumpa" ujar Rizal tanpa berlengah.

"Siapa?" soal Azhar tanpa memandang ke arah temannya itu.

"Saya!" Yasmeen muncul di antara Rizal dan Azhar. Wajahnya memekar dengan senyuman.

Melirik ke arah Yasmeen, Azhar hanya mengangguk. Tak nampak gembira menyambut kedatangan tetamu itu.

"Err cik Yasmeen duduklah dulu. Tuan inspektor kita tengah busy. Ambik masa sikit" bisik Rizal perlahan.

"It's okay. I'll be waiting"

Yasmeen melabuhkan punggung di atas kerusi. Beberapa naskhah majalah tersusun rapi di atas meja kaca. Haruman lavender memenuhi segenap ruang itu.

Tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah bingkai gambar di atas meja kerja Azhar. Azhar sedang berdiri dengan senyuman lebar. Di sisinya, seorang gadis manis yang juga tersenyum lebar. Mereka berpakaian seragam sekolah.

Senyuman Yasmeen mati. Siapa gadis itu? Hatinya nampak meronta-ronta hendak tahu. Mereka tampak mesra meskipun jarak masih terjaga.

"Cik Yasmeen nak jumpa saya ke?"

Suara garau Azhar mematahkan angan Yasmeen. Azhar sudah duduk di hadapannya. Laju saja dia beri senyuman.

"Ohh ya.. This is for you" Sekeping kad berwarna merah diserahkan kepada Azhar.

"Kad apa ni?" tanya Azhar. Dia baca dengan teliti isinya.

"Tu jemputan ke majlis birthday my dad. Dia nak you datang. You boleh bawak Rizal or anyone else"

"Malam ni?"

Yasmeen mengangguk. "You will come, right?"

"Sure. I will. Nanti saya bawak Rizal"

Yasmeen mengangguk senang. Gambar yang menjadi tanda tanya dilirik. Dia berkira-kira hendak bertanya namun tak terluahkan. Namun dia pasti, gadis itu seseorang yang istimewa dalam hidup Azhar.

LEBAR senyuman Rizal saat dibawa ke majlis hari jadi Tan Sri Sagil. Mana tidaknya, bukan pernah dia ke majlis seperti itu kecuali atas urusan kerja. Kali ini, mereka pergi atas jemputan peribadi.

"Tahulah syok! Tak payahlah senyum macam tu. Naik seriau aku tengok" tempelak Azhar.

"Alaa bukan selalu pun kau tengok aku macam ni. Happy tau? Aku rasa kan, cik Yasmeen tu syok kat kaulah! Aku tengok dia, semacam je"

"Merepeklah kau ni!" sangkal Azhar. Dia tidak mahu memberi harapan kepada sesiapa kerana hatinya sudah menjadi milik Nissa. Apatah lagi setelah mengetahui yang Nissa diceraikan dengan talak 3! Peluangnya terbuka dengan sangat luas.

"Tak percaya sudah! Nanti kau tengoklah. Dia punya caring tu, mengalahkan..."

"Dah! Dah! Jangan merepek" cantas Azhar. Dia tak mahu Rizal melalut terlalu jauh.

Rizal tertawa dengan reaksi Azhar. Begitu cepat dia menolak gadis secantik dan sekaya Yasmeen.

"Ke kau masih tunggu Nissa?" Rizal sekadar bergurau. Dan tawanya mati tatkala wajah serius Azhar terpancul.

"Ya, aku masih tunggu dia. Dan akan selalu tunggu dia" akui Azhar dengan suara serius.

"Har, hati-hati!" jerit Rizal tatkala pemanduan Azhar sudah hilang fokus. Azhar memberhentikan kereta kerana dia telah melanggar sesuatu.

Azhar menapak keluar dari kereta. Dia kaget melihat seorang wanita bertudung biru jatuh di atas jalan. Rizal keluar dari kereta dan memberi isyarat kepada kereta lain untuk bergerak.

"Cik..cik.." Azhar sudah berdiri di hadapan wanita itu. Wanita itu mengangkat wajah.

Dalam kesamaran itu, empat pasang mata bertembung. Lidah kelu. Badan kaku.

Berkali-kali Azhar mengelipkan mata. Seakan tidak mampu dipercayai, insan yang dirindui sedang berada di hadapannya.

"Nis...Nissa..."

"Har.." seru Nissa sebelum matanya terpejam. Pandangannya gelap.

Seakan mimpi, dia baru berjumpa dengan Azhar. Atau sebenarnya dia bukan sedang bermimpi?

"Nissa, bukak mata!"

Dan matanya terus terpejam rapat.

ini kan yg korang dok tunggu2? :) happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience