MAJLIS harijadi Mimi hanya dibuat sederhana yang boleh. Tetamu yang dijemput hanyalah keluarga terdekat, sanak-saudara dan rakan sekerja Iqbal dan Mimi sahaja.
Itu semua permintaan daripada Salmah sendiri. Dia sebolehnya tak mahu rumahnya terlalu sesak dengan kehadiran ramai orang. Majlis pula dibuat pada waktu malam.
Pancaran kilat sudah sambung-menyambung nun di dada langit. Titisan hujan pula sudah mula menitik sedikit demi sedikit. Untung saja majlis dibuat di dalam rumah. Hanya beberapa kerusi dan meja sengaja diletakkan di luar rumah bagi para tetamu yang hendak menghirup udara luar.
Suara jeritan Mimi dari arah kolam renang mengkagetkan seisi rumah. Iqbal terlebih dahulu mendapatkan isterinya.
"Mimi!!"
Darah pekat dan bau hanyir deras mengalir dari arah kangkang isterinya. Iqbal cemas. Dia pandang Nissa yang berdiri tidak jauh dari Mimi.
"Sayang, what happened?" Iqbal sudah mengongoi sambil menggendong tubuh Mimi.
"Kita bawak Mimi ke hospital dulu" cadang Salmah.
"KAU kan??!" Satu tamparan kuat mengenai tepat ke wajah Nissa. Tak cukup dengan itu, tudung Nissa pula ditarik. Hampir saja auratnya terdedah.
"Tak Mak Uda! Bukan Nissa!!" Nissa membela diri sambil memegang hujung tudung. Risau sekiranya tudungnya terlucut sementelah banyak juga mata-mata yang memandang.
Ada yang mula berbisik. Ada juga yang menggeleng kepala. Tak kurang juga memandangnya dengan pandangan sinis.
Nissa rasa dirinya tersangat hina. Berdiri di hadapan mata-mata yang memandang seolah menolaknya jauh ke dalam gaung.
"Nissa..."
"Jangan dekat! Kalau kau dekat, aku pastikan kau kena benda yang sama jugak!" Mak Uda memberi amaran keras kepada Kak Uteh yang mahu mendapatkan Nissa.
Langkah Kak Uteh kaku. Wajah menyeringa Mak Uda dan amaran kerasnya mematikan niatnya.
"Kau memang sengaja nak cari nahas kan? Kau tahu Mimi tu tengah mengandung. Yang kau pergi tolak dia sampai jatuh kenapa?"
Mendengar bicara Mak Uda, semua yang ada di situ mula memandang Nissa dengan pandangan sinis.
"Tak!! Tak Mak Uda! Nissa tak tolak Mimi. Mimi jatuh sendiri!"
"Jangan nak tipulah! Aku dah agak dah! Engkau ni memang berhati busuk! Dari dulu lagi aku suruh Iqbal ceraikan kau tapi dia degil. Dia nak jugak simpan perempuan tak guna macam kau ni!"
"Kau ni jenis tak sedar diri! Tak sedar dek untung!!" Kepala Nissa ditolak berkali-kali.
Nissa sudah teresak-esak. Dia memandang sekeliling. Meminta simpati namun tiada siapa yang sudi membantu.
Kak Uteh ingin membantu namun jelingan Mak Uda lantas membatalkan niatnya.
Bunyi enjin kereta meraih perhatian ramai. Semua mata memandang ke arah kereta tersebut.
Lili keluar dengan wajah bengis. Seolah tak sabar hendak menekam mangsa, laju saja derap kakinya mendekati Nissa.
"Nissa!!!"
"APA yang kau dah buat kat adik aku haa? Perempuan jahat!!" Tubuh Nissa ditolak sehingga ke lantai.
Salmah mendapatkan Lili yang seakan kerasukan itu. Didakap tubuh itu dari arah belakang.
"Sabar Lili! Kita boleh bincang dulu" Salmah menenangkan Lili.
"Nak bincang apa? Mimi keguguran gara-gara kau!!"
Nissa tersentak. Tetamu yang lain juga sama.
"Mi..Mimi gugur?"
"Puaslah hati kau sekarang kan? Kau tak dapat mengandung, kau buat pulak adik aku gugur! Aku bunuh kau Nissa! Aku bunuh kau!!"
Untung saja tubuh Lili masih dipeluk oleh Salmah. Jika tidak ,pasti teruk Nissa dikerjakan.
"Sa..saya tak buat semua tu. Sumpah!!"
"Penipu! Aku nampaklah kau tolak dia!" Mak Uda pula masuk jarum. Tak semena-mena, kilat menyambung dengan dentuman yang kuat. Semua tetamu berlari ke dalam rumah untuk berteduh.
Ketika Nissa mencari tempat untuk berteduh, tubuhnya sekali lagi ditolak oleh Lili.
"Kau jangan nak masuk dalam! Perempuan malang!" selar Mak Uda pula. Puas sungguh hatinya melihat kesengsaraan Nissa. Siapa yang akan menyelamatkannya? Azhar tiada di sisinya. Iqbal pula tak mungkin berpihak kepadanya.
"Ma..mama.." Nissa memanggil Salmah. Dia memeluk tubuh menahan kesejukan ditimpa hujan.
"Nissa tak buat semua tu ma! Percayalah cakap Nissa. Nissa tengah kemas barang, bila Nissa toleh belakang, Nissa terkejut tengok Mimi jatuh atas lantai. Mama kena percayakan Nissa"
Bak seorang anak kecil mengongoi kepada ibunya, begitulah sikap Nissa ketika itu kepada Salmah.
Kata-kata Nissa hanya dipandang sepi. Bagaimana dia bisa mempercayai omongan Nissa? Sementelah ketika kejadian, hanya Nissa yang berada di situ bersama Mimi.
"Mama!! Mama tolonglah percayakan Nissa!" Nissa sudah membentak. Ya Allah, kenapa sakit rasa ini?!
DARI dalam kereta, Iqbal hanya mampu bertafakur dan mencari ketenangan diri. Setelah dimaklumi doktor akan keadaan Mimi dan bayi mereka yang tak mampu diselamatkan, dia jadi tak berdaya. Tubuhnya kaku dan dingin. Perasaannya bercampur-baur.
Kegembiraan lima bulan lepas kini seakan lenyap perlahan-lahan. Impiannya untuk bergelar seorang ayah juga musnah dalam sekelip mata.
Dari dalam kereta, Iqbal menyaksikan sendiri bagaimana Nissa dikerjakan oleh Lili dan Mak Uda. Melihat kejadian itu, hatinya tawar. Jiwanya hilang rasa. Dia tak tahu apakah harus kasihan atau tidak dengan nasib yang menimpa diri Nissa.
Berkali-kali dia mendengar nama Nissa meniti di bibir Mimi. Dan mengingat kembali akan peristiwa sebelum Mimi keguguran, hanya Nissa yang berada di situ. Ini bukanlah kebetulan. Tetapi petunjuk. Petunjuk ke arah kemusnahan rumah tangga dia dan Nissa.
Telefon bimbit di atas dashboard kereta digapai. Gambar mesra Nissa dan Azhar ditatap lagi berkali-kali. Tak mungkin Nissa mencuranginya, itupun dengan adik iparnya sendiri. Namun gambar dan surat-surat yang dikirimkan oleh Azhar kepada Nissa seakan membuktikan segalanya.
Dan beberapa bulan yang lepas juga Nissa pernah meminta cerai. Adakah Azhar adalah penyebabnya?
"Ya Allah!! Buntunya aku!"
NISSA melihat Iqbal yang berpayung sedang berjalan mendekatinya. Hatinya lega kerana Iqbal pasti kembali memihak kepadanya. Dia akan menceritakan segala-galanya kepada lelaki itu.
"Abang.." seru Nissa yang dari tadi kesejukan memeluk tubuhnya.
Omongan Nissa terhenti ketika jelingan tajam Iqbal menjamah seluruh wajahnya. Dia jadi seriau.
"Nissa dah buat kami hilang harapan! Anak yang Mimi kandungkan tu, tu anak abang dengan Mimi! Kenapa Nissa kejam sangat?"
Dada Nissa rasa sesak. Iqbal juga tak mempercayainya. Rasa sejuk di tubuh tak mampu menandingi betapa sakitnya yang dia rasa ketika disangsi oleh suami sendiri.
"Ya Allah! Sumpah bang! Nissa tak buat semua tu!"
"Tapi Nissa ada dengan Mimi macam tu. Cuma Nissa berdua dengan Mimi. Takde orang lain!" tekan Iqbal, sekaligus menghamburkan rasa geramnya.
"Abang, percayalah cakap Nissa!"
Nissa merayu lantas meraih tangan Iqbal. Namun bagaikan terkena renjatan elektrik, laju saja Iqbal menepis tangan isterinya. Dia seakan jijik disentuh isteri sendiri.
"Tolong jangan nak putar-belitkan faktalah Nissa! Memang kau yang bunuh anak Mimi! Kau pembunuh!!" sergah Lili pula. Tak cukup dengan itu, tubuh Nissa ditolak kembali ke atas lantai.
"Abang, kalau satu dunia tak percayakan Nissa, Nissa tak kisah. Tapi Nissa perlukan abang untuk percayakan Nissa. Cukup abang percayakan Nissa"
Nissa menyengsot mendekati suaminya. Dipeluk erat kaki Iqbal dalam tangisan.
Iqbal kaku. Bahkan wajah Nissa juga tak mahu dia pandang. Sedaya upaya dia menahan air matanya daripada menitis. Dia bukan lelaki lemah yang harus menangisi sikap kejam seorang isteri!
"Berambus!! Dasar tak mengenang dek untung!"
Giliran Mak Uda pula menolak tubuh Nissa. Serentak itu, pipi Nissa ditampar dua kali.
Merintih dalam tangisan Nissa merayu dan menagih simpati sang suami. Namun Iqbal tetap kaku. Tidak berbelas sekelumit pun perasaannya melihat Nissa diperlakukan seperti itu.
Bunyi kilat semakin kuat di dada langit. Bahkan hujan pun tiada tanda-tanda akan berhenti. Seakan turut meratapi nasib yang menimpa Nissa saat itu.
"Kamu masih nak simpan perempuan ni? Kamu dah tahu perangai dia ,masih lagi nak bela dia?" Mak Uda lancarkan misinya.
Wajah serius Mak Uda dipandang sekilas. Seraya itu, Iqbal gapai telefon bimbit yang duduk elok di dalam poket seluar.
Gambar-gambar Nissa dan Azhar ditunjukkan di hadapan Nissa.
"Ni apa?"
Teresak-esak Nissa sambil mengamati gambar tersebut. Dia pandang wajah Iqbal dengan tatapan yang agak terkejut.
"Nissa curang dengan abang??" Suara Iqbal sudah meninggi. Dia pantang jika ditipu oleh orang tersayang.
Nissa menggeleng kepala beberapa kali. Dia menidakkan tuduhan itu kerana memang tiada apa-apa yang terjadi di antara dia dan Azhar.
"Tak bang.."
"Tak apa?"
Suara Iqbal mengeras. Tahap kesabarannya sudah menipis dek olah Nissa.
Salmah kaget. Tak mungkin Nissa yang polos dan naif itu sanggup berbuat sedemikian. Namun melihatkan akan keakraban Nissa dan Azhar sebelum ini, dia tak mampu nak menyangkal sebarang kemungkinan.
"Nissa tak pernah curang dengan abang! Nissa dan Azhar memang rapat dari dulu. Abang pun tahu tu.."
"Ya, abanh tahu! Tapi yang abang tak tahu, apa yang Nissa dan Azhar buat di belakang abang.."
"Tak bang! Nissa tak pernah curang dengan abang"
Tubuh Iqbal didakap seeratnya. Selama ini, setianya hanya pada Iqbal. Meski dia tahu kedudukan diri dan layanan Iqbal terhadapnya, namun curang bukanlah cara dia melepaskan tekanan.
"Tak payah nak tipulah! Nak berdalih apa lagi?!" Tubuh Nissa yang melekap pada badannya ditolak kasar.
Tersentak Nissa dibuatnya. Wajah ketakutan jelas terpancar pada wajah pucat itu.
"Ni. Ni!!"
Satu-persatu surat kiriman Azhar dicampakkan tepat ke wajah Nissa. Semua yang ada di situ mulai mengutip beberapa keping surat tersebut lalu membacanya.
"Rindu! Cinta! Tak sabar nak jumpa! Tu apa?!" Iqbal sedikit terjerit di hadapan Nissa. Bahu Nissa direntap. Terhenggot-henggot bahu itu dibuatnya.
Nissa buntu. Surat apa? Setahu dia, dia dan Azhar tidak pernah mengutus surat. Mereka hanya berhubung melalui WhatsApp saja.
"Nissa ada mesej dengan Azhar. Tapi bukan melalui surat.."
"Tak kisahlah guna surat ke, guna handphone ke, Nissa memang dah lama curang dengan abang kan?" potong Iqbal sebelum sempat Nissa habiskan ayatnya.
"Kenapa abang tak percayakan Nissa?"
Dari luar rumah, kini Nissa sudah berteduh di sebalik atap yang menutupi ruang hadapan itu.
Iqbal diam. Dia tak punya sebarang daya dan keupayaan untuk mempercayai Nissa lagi. Semua bukti sudah jelas terpampang di hadapan mata.
Dengan nafas yang berat dan dihembus perlahan, wajah pucat Nissa ditatap. Hubungan mereja harus berakhir dengan cara begini. Namun dia tidak mahu digelar lelaki dayus.
"Nissa Ardini binti Abdullah.." jeda Iqbal seketika.
"Abang, jangan..please.." Nissa separuh merayu.
Mak Uda sembunyi senyum. Senyum yang membawa maksud kemenangan. Tak perlu rancangan yang rumit, segalanya dipermudahkan.
"Abang ceraikan awak dengan talak 3!!"
happy tak dgn bab ni?? ;) korang dok komen suruh nissa diceraikan..hehe..happy reading guys :)
Share this novel
biarlah nissa kna cerai 3 Takde peluang utk iqbal rujuk semula.. mimi bagi tau kebenaran pada semua keluarga iqbal bahawa mrk tersalah faham dengan nissa.. masa utk berubah nissa .. lupakan yang sedih mulalakan hidup baru.. bagi pengajaran kepada iqbal dan uda.... biarlah nisa berubah menjadi hati yang tidak berperasaan pada semua yang menyakitinya tapi tidak azhar.. peluang pada azhar utk memiliki nissa
mmg nk kena hempuk di iqbal ni. jgn lepas ni kau merangkak merayu dh ler.. geram kita