SESUNGGUHNYA, Allah itu Maha Besar. KuasaNya melebihi jumlah makhluk yang hidup di muka bumi ini. Kasih sayangNya tak terjangkau dek waktu. Melihat dua baris nama di atas kad undangan tersebut, perasaannya bercampur-baur. Gembira dan tidak percaya.
Salmah menyeka air matanya. Penyatuan dua hati itu cukup membahagiakannya. Dia tahu, Azhar bisa membahagiakan Nissa. Sudah lama Nissa terseksa tatkala hidup di samping Iqbal. Selama ini dia hanya diam dan seakan tak berfungsi saja. Kerana terlalu sayangkan Iqbal, dia turutkan permintaannya yang satu itu. Mengahwini Mimi, dan tanpa sedar menyakiti hati Nissa.
Amanat arwah Rosiah sudah dilanggari. Dia tak menjaga amanah itu dengan baik. Namun kini dia bisa bernafas lega kerana Nissa berada dalam lingkungan yang bahagia.
Tiga tahun lalu, dia yang memaksa Azhar untuk melupakan perasaannya pada Nissa. Perkara itu berlaku sehari sebelum Azhar menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Dia tak mahu Azhar menyimpan perasaan pada Nissa kerana Nissa adalah kakak iparnya. Maka dia secara halusnya 'mengusir' Azhar sebelum Subuh. Risau jika Nissa tak sampai nak melepaskan dia pergi.
"Ma..."
"Kalau kamu sayangkan mama, tolong tinggalkan Nissa sendirian. Mama tahu perasaan kamu pada dia. Dan kamu jugak kena tahu kalau mama tak izinkan perkara tu berlaku! Jangan nak buat malu keluarga!"
Azhar diam saja. Dengan Salmah, dia tak mahu menjawab. Bukan kerana takut, tetapi kerana hormat. Meski kini dia tahu statusnya, namun belum masa untuk dia menjelaskan.
"Kalau mama tahu, kenapa nak kena halang perasaan Azhar? Ni perasaan Azhar. Har sendiri yang berhak tentukan!"
"Sebab mama tahu kamu akan bertindak di luar kawalan! Kamu tu panas baran. Kalau perkara tak berlaku sesuai keinginan kamu, kamu akan mengamuk!"
"Ma..."
"Tolong fikirkan perasaan Iqbal. Kalau dia tahu kamu ada perasaan pada isteri dia sendiri, apa perasaan dia? Hormat sikit!"
Air matanya tak mampu ditahan lagi. Dia sedar kedudukan dan tempatnya kini. Dari kecil sebenarnya, dia memang tiada tempat di hati mama. Kerana dia bukan anak kandung Salmah!
"Kenapa mama lebih pentingkan Iqbal daripada Azhar? Har pun anak mama kan?"
Salmah diam. Dia tak mampu nak menjawab pertanyaan Azhar itu. Dia berusaha untuk berlaku adil namun separuh daripada hatinya tak mampu nak berbuat demikian.
"Esok, kamu berangkat sebelum Subuh! Mama tak nak ada sesiapa yang tahan kamu. Nanti kamu tak kuat nak pergi"
Sungguh dalam maksud kata-kata Salmah itu. Azhar mengerti.
"Baiklah mama! Kalau itu yang mama nakkan, Har akan turuti. Tapi Har mintak satu je.."
Kening Salmah bertaut. Dari tadi, dia berbicara tanpa memandang wajah itu.
"Kalau Har bukan anak mama, boleh kan Har memiliki Nissa?"
DAN ternyata, Azhar sudah lama mengetahui perkara sebenar. Pantas sajalah Azhar membuat permintaan seperti itu. Kini tiada apa yang mampu menghalanginya dari memiliki Nissa.
Dia juga tak mampu nak terus menjadi penghalang. Biarlah Azhar dan Nissa mencipta bahagia mereka bersama.
Sudah takdir dan kuasa Allah yang inginkan mereka bersatu. Jodoh bisa saja berlaku dalam segala macam cara.
"Mama restu Har dan Nissa. Mama harap, Har mampu bahagiakan Nissa"
Air matanya laju pula mengalir. Dia teringat akan harta yang pernah disebut oleh arwah Rosiah dulu. Ke mana perginya harta tersebut?
Setahu dia, Mak Uda kata dokumen harta tersebut masih dalam simpanan peguam. Tapi sehingga sekarang peguam tak pernah munculkan diri. Dan tiada juga sebarang surat atau khabar dari peguam tersebut.
Apabila ditanya kepada Mak Uda, katanya dia telah berurusan sendiri dengan peguam tersebut. Mereka hanya menunggu kedatangan peguam itu.
Tetapi sudah beberapa tahun berlalu. Dan sehingga kini tiada apa-apa berita pun yang diterimanya.
Adakah Mak Uda yang sedang menipu?
"IQBAL!!" Keras suara Azhar memanggil. Wajahnya menyeringai. Berani-beraninya Iqbal datang menemui Nissa di situ. Dilihatnya Nissa sedang terduduk di atas lantai dengan ditenangkan oleh Ana. Segera dia menapak ke arah wanita kesayangannya.
"Nissa..."
Azhar kaget tatkala Nissa menggenggam erat jari-jemarinya. Wajahnya merona. Pertama kali dia bersentuhan dengan wanita ajnabi. Laju benar detak jantungnya kala itu.
"Kak Nissa kena panic attack rasanya!" Ana memberitahu.
"Tarik nafas! Lepas! Tarik lagi. Pastu lepas!!"
Nissa menuruti apa yang dikatakan oleh Azhar. Seketika kemudian, dia kembali tenang. Wajah membahang Azhar ditatap. Tatkala sedar akan keterlanjuran diri, laju saja dia menarik tangannya.
Azhar berlagak biasa seraya berdiri di hadapan Iqbal, membelakangi Nissa yang seakan bersembunyi di belakangnya.
"Kenapa kau datang sini?"
Iqbal menyorot dengan senyuman. Dulu Azhar sangat kerdil dan kecil di hadapannya. Mana tidaknya, tubuh Azhar dulu sangat kurus. Umpama tak cukup vitamin!
Namun kini, lelaki itu tampak kekar dan gagah saja. Jika berdiri di sebelahnya, sudah pasti dia kalah!
"Aku nak jumpa Nissa! Aku nak bercakap dengan dia" Dengan berani Iqbal mengatakan hasratnya.
"Cakap jelah! Tak perlu nak berjumpa berdua bagai!"
"Kenapa kau suka sangat nak menyibuk hal aku?"
Azhar mengekek ketawa. Dia yang kacau urusan aku, dia tuduh kita pulak!
"Iqbal, aku tak nak buat kacau kat sini. Aku tak nak cari gaduh dengan kau. Kita pernah membesar bersama. Baliklah! Ke sisi isteri kau yang sebenarnya. Nissa bukan isteri kau lagi. Kau dah ceraikan dia dengan talak 3!"
Iqbal mendengus. Ya, kesilapan terbesarnya adalah dengan menceraikan Nissa. Itupun dengan talak 3! Peluang untuk rujuk sangat tipis.Namun akan dia usahakan.
"Nissa, abang masih sayangkan Nissa. Nissa baliklah pada sisi abang! Abang janji, takkan sia-siakan Nissa lagi" Iqbal menjerit. Dia memanjangkan leher memandang Nissa yang bersembunyi di belakang Azhar.
"Hishh!! Dasar tak faham bahasa! Kau dah ceraikan Nissa talak 3! Faham tak?! Kau tak boleh nak rujuk kembali dengan dia. Kau tak faham agama ke?!" bentak Azhar sekeras-kerasnya. Kadangkala bebal Iqbal memang tak boleh diubati! Itulah, dulu terhegeh-hegeh nak kawen dua. Sekarang pandai pulak nak menyesal, merayu bagai! Jangan haraplah dia nak lepaskan Nissa lagi.
"Kalau kau tak nak aku mengamuk dan jadi gila kat sini, baik kau balik sekarang!" tutur Azhar dalam nada yang kembali terkawal. Sesungguhnya dia malas nak bergaduh dengan Iqbal. Dia masih hormatkan lelaki itu yang pernah menjadi abangnya.
"Baik! Kali ni aku lepaskan Nissa. Tapi lepas ni, jangan haraplah aku bagi muka lagi!" dengus Iqbal lantas berlalu pergi dari situ.
Dia belum kalah. Dan tak akan pernah kalah!!
"MACAM mana kalau dia datang lagi?" Nissa memuntahkan kebimbangan. Dia benar-benar ketakutan. Bayangan dan suara itu sungguh menggerunkan. Melihat Iqbal, dia teringat akan kesakitannya tiga tahun lalu.
"Dia takkan berani datang lagi" Azhar memberi jaminan.
"Yakinnya!" gerutu Nissa. Wajahnya kembali tenang setelah berjaya dipujuk oleh Azhar tadi.
"Trust me darling" ucapnya seraya mengenyitkan mata.
Nissa kaku. Apa kenalah dengan Azhar ni? Merenyam je! Haihh!!
"Ohh Ana.. abang datang sini sebab nak tanya pasal ni"
Sebuah gambar diserahkan kepada Ana.
"Ana kenal dia?"
Ana mengangguk. "Rebecca!"
"Kawan Ana ke?" Azhar memulakan siasatan. Umar dan Rizal disuruhnya menyiasat ke kampus. Dia pulak ke rumah Ana. Dek kerana hatinya yang tidak tenteram sejak tadi memaksa dia ke situ. Untung saja dia datang awal ke rumah Ana. Jika tidak, entah nasib apa yang bakal menimpa Nissa.
"Kita orang tak rapat sangat. Tapi sebelum ni ada dengar dari budak kampus yang lain, yang dia nak ke Singapore cuti sem nanti"
Azhar terdiam. Sindiket pemerdagangan orang ke? Atau kena tipu bekerja dengan gaji yang lumayan? Atau pun Rebecca kenal dengan lelaki kat sana?
"Budak hilang ke?" tanya Nissa setelah hatinya kembali reda.
"Aah! Masuk ni dah tiga laporan yang sama kami terima. Tapi dua daripadanya bukan budak kampus. Tapi isteri orang. Yang satu lagi budak bawah umur. Kes ni kes ketiga"
"Yang dua orang tu dapat ke?" Tiba-tiba pulak Nissa berminat dengan kes tersebut.
"Dapat. Kena tipu dengan sindiket kerja yang menawarkan gaji yang lumayan. Kami dah tangkap balaci dia. Tapi kepala dia, masih lepas"
"So ni kira orang yang sama jugak ke? Yang culik Rebecca?" Giliran Ana pula bertanya.
"Yang tu kami tak pasti lagi. Masih dalam siasatan. Umar dan Rizal ke kampus untuk siasat. Tu sebenarnya tujuan aku datang sini. Sebab nak siasat pasal hal ni. Nak tanya Ana. Tapi lain pulak yang jadi"
Nissa mengeluh. Dia sangkakan Iqbal sudah bahagia dengan Mimi. Kalau tidak, kenapa Iqbal menemuinya dan merayunya lagi? Eihh!! Seriau..
"Jangan risau okey? Tak lama lagi majlis kita. Lepas tu, aku dapat lindungi kau sepenuhnya. Kau kena percaya pada aku dan berdoa banyak-banyak pada Dia"
IQBAL mendengus geram. Ahh!! Gagal lagi. Azhar selalu menggagalkan rancangannya. Kalau bukan kerana lelaki itu, pasti dia dan Nissa dapat berunding dengan baik.
"Malang betul! Arghh!!"
Penumbuk dikepal. Rahangnya bergerak-gerak. Azhar yang dianggapnya lembik dahulu kini jauh lebih gagah dan kuat daripadanya.
Dia boleh nampak betapa dalamnya cinta Azhar pada bekas isterinya itu. Namun itu bukan penghalang. Bahkan dia ingat lagi, sewaktu Nissa masih lagi isterinya, Azharlah yang sentiasa membela nasib wanita itu. Kenapa dia tidak perasan akan hal itu?
Macam manalah dia nak perasan? Dulu dia terlalu kemaruk akan cinta Mimi. Kini, Mimi dipandang tak ubah seperti pelacur! Satu kesalahan besar Mimi, umpama menjatuhkan dia ke lubang yang paling dalam.
Dia baik. Dia juga anak yang penurut. Sedangkan Azhar anak gampang, lahir dari rahim wanita yang tidak jelas. Jadi bagaimana mungkin Azhar bisa bahagia? Sedangkan dia yang merana? Arghh!!
"Kau dah ceraikan dia dengan talak 3!" Kata-kata tersebut masih terngiang-ngiang di telinganya.
"Ya, aku dah ceraikan dia dengan talak 3! Tapi ada cara untuk dapatkan dia kembali!" Iqbal sudah merangka rancangan baru. Kali ini, dia akan pastikan yang dia tidak akan pernah gagal. Dan kali ini juga, dia akan biarkan Azhar mengahwini Nissa.
Senyuman sinis mula menghiasi wajah. Dia yakin, kemenangan pasti berpihak padanya!
BUKA saja tingkap bilik, senyuman lebar singgah di wajah itu. Dia perhatikan kereta Jazz milik Azhar yang parkir di bawah pokok.
Sejak semalam, dia perasan kereta Azhar di situ bersama orangnya. Apabila Nissa bertanya, jawapannya mudah saja.
"Aku bimbangkan kau!"
"Aku nak jaga kau dari sini!"
Nissa menggeleng kepala. Azhar terlalu bimbangkan dirinya. Bukannya dia tak pandai jaga diri. Tapi memang pun dia tak mampu nak jaga diri! Buktinya semalam Iqbal datang, dia dah cemas tahap gaban!
Bunyi mesej bergema. Cepat-cepat Nissa gapai telefon bimbit di atas katil. Semakin lebar senyumannya tatkala mesej dari Azhar diterima.
'tercegat apa kat dpn tgkap? nak suruh aku masuk ke?'
Nissa gelak menerima mesej tersebut. Ada emoji ketawa di belakang ayat Azhar itu.
'jgn nak mengada2!!'
Nissa sempat menilik di sebalik tingkap biliknya. Azhar sudah keluar dari kereta dan menyandarkan badan ke situ.
'dgn kau je! haihh!! bilalah nak hari sabtu ni? jantung rasa nak meletup je tggu ari tu'
Nissa senyum. Tangan diletakkan di atas dada. Jantungnya juga berdebar. Entah bagaimana agaknya menjalani kehidupan di samping lelaki itu.
'cant wait!'
Nissa balas dengan emoji nakal. Sengaja nak menguji hati lelaki itu.
'same here! breakfast sama nak?'
'tak naklah!'
Nissa cepat-cepat membalas. Malunya! Rasa tak nak berdepan dengan Azhar pun ada.
'aikk? bkn nya aku nak mkn kau. aku ajak kau mkn je. jomlah! lapar ni'
Asyik betul mereka berdua membalas mesej. Sekejap ketawa, sekejap tersengih Nissa dibuatnya. Haihlah hati! Dia benar-benar sedang jatuh cinta pada lelaki itu.
'yelah! aku nak p siap jap'
Dihantar! Cepat-cepat Nissa bersiap. Risau pulak karang Azhar buat hal tunggu dia dalam rumah. Aishh!
Dia pulak dah diberi cuti oleh Nuh sehingga balik dari honeymoon. Honeymoon? Dia tak tahu pulak soal itu. Azhar tak pernah berbincang mengenai itu padanya. Haihh, mengenangkan itu, hatinya jadi berdebar pula. Dup dap dup dap...
Share this novel