"MAK UDA!!!" jerit Azhar dari arah belakang. Beberapa orang yang masih ada di situ tersentak mendengar suara keras Azhar.
Mak Uda kecut perut. Wajahnya tiba-tiba pucat. Dia lihat Azhar sudah berdiri di sebelah Nissa.
Salmah berdiri di sebelah Raudhah. Mereka asyik berborak sehingga suara Azhar menyentak mereka.
"Mak Uda cakap apa pada isteri saya? Ulang lagi! Saya nak dengar!!"
Nissa menggenggam erat tangan suaminya. Berkali-kali dia menggeleng kepala dengan esakan kecil.
"Cakaplah! Kenapa diam? Mentang-mentang isteri saya jenis tak tahu nak melawan mulut, sesuka itu Mak Uda nak provoke dia!"
"Abang...dah!" Nissa merayu di sisi. Dia tak suka melihat amukan suaminya itu.
Salmah mendapatkan Mak Uda. "Apa lagi yang kau tak puas hati ni Uda?"
Mak Uda menelan liur. Entah dari mana dia mendapat kekuatan, tiba-tiba dia jadi berani menatang tatapan Azhar dan Salmah.
"Betul apa aku cakap. Kau dan Nissa ni sama-sama anak gampang! Tahu tak anak gampang tu apa?"
"Uda..." Suara Salmah bergetar. Dadanya seakan hendak meletus saja.
Azhar mendengus menahan amarah yang bukan sedikit. Majlis yang sepatutnya dirai dengan bahagia bertukar derita gara-gara Mak Uda!
"Anak gampang tu maksudnya..."
"Mak Uda, Har cakap apa? Sudah! Berhenti! Jangan nak pancing emosi Har kat sini" Dia masih menahan radang kerana Nissa di sisi. Namun jika Mak Uda masih tak berputus asa menghina isterinya, dia juga takkan sesekali tunduk diam!
"Anak luar nikah!!"
Papp!! Belum sempat Azhar melepaskan emosinya, Sulaiman sudah terlebih dahulu menampar isterinya.
Salmah kaget. Semua yang berada di situ mula berbisik-bisik.
Mak Uda tersentak. Matanya berkaca memandang si suami yang menahan amarah. Kemudian, dia memandang sekeliling. Semua sedang berbisik-bisik, seolah dialah pesah sebenar!
"Awak ni dari dulu sikap tak pandai nak berubah. Ni majlis orang. Majlis anak saudara awak sendiri. Tak boleh ke nak hormat sikit? Kalau tak mengenangkan Azhar dan Nissa kat sini, dah lama aku lempang awak cukup-cukup! Awak jangan sampai aku yang kawen dua nanti! Merana awak Uda!!" Sulaiman sudah menghambur kemarahan.
Selama ini dia menahan sabar dengan sikap pandang enteng Mak Uda itu. Dia bagaikan penumpang di rumah sendiri. Mak Uda tak tahu reti nak balik ke rumah dan menguruskan rumah tangganya sendiri. Sebaliknya sibuk dengan urusan rumah tangga orang lain!
"Balik!! Aku cakap balik. Jangan sampai aku yang mengamuk kat sini" tegas suara Sulaiman mengugut isterinya. Mak Uda masih berdiri di situ. Niat nak malukan Nissa dan Azhar, balik-balik dia yang kena malu!
"Shima! Shafiq!! Bawak mak kamu ni balik!!" arah Sulaiman.
Kedua-dua anaknya laju membawa Mak Uda keluar dari situ. Sulaiman berjalan mendekati Nissa dan Azhar.
"Aku nak mintak maaf di atas sikap Mak Uda kamu tu. Aku tak pernah jangka dia jadi sampai macam tu sekali"
"Takpelah Pak Man. Har faham. Terima kasih" ucap Azhar dalam nada terkawal. Sekurang-kurangnya ada yang wakilkan dia untuk diamkan Mak Uda. He he
"Pak Man balik dulu. Tahniah sekali lagi untuk kamu berdua. Semoga ikatan ni berkekalan sampai ke anak cucu"
Nissa dan Azhar mengangguk laju. Sulaiman sudah berjalan ke arah kereta. Dia sebenarnya malu dengan sikap Mak Uda itu. Entah mana dia nak sorokkan wajahnya nanti.
PINTU bilik terbuka. Ana dan Nissa yang sedang berborak lantas menoleh. Azhar masuk dengan wajah yang semacam saja.
"Kak, Ana keluar dulu" Ana pamit.
"Ehh Ana! Kita tak habis borak lagi" Nissa masih tak mahu melepaskan Ana. Dia segan berdua-duaan seperti itu dengan Azhar. Aduh, apa nak buat ni?!
"Ala akak boraklah dengan suami akak! Lagipun Ana dah letih. Nak masuk bilik Ana. Mama dah tunggu. Kita orang check-in sini jugak. Abang Har yang bayar. Esoklah kita sambung borak lagi ye? Bye" Pipi Nissa dikucup mesra.
"And one more thing. Akak jangan lari masuk bilik Ana tau?!" usik Ana dengan senyuman nakalnya.
"Ana...." Sekejap saja Ana dah berlalu keluar. Pintu bilik Azhar tutup dan kunci rapat.
Nissa duduk di hadapan meja solek saat itu. Seinci pun dia tak nak bergerak. Namun ekor matanya mengintip setiap pergerakan Azhar.
"Sayang..." panggil Azhar dengan lembut. Dia sudah duduk di birai katil. Berduaan dengan Nissa bikin dadanya sesak.
"Hmmm?" Nissa menggumam. Aduh hati! Tolonglah jangan buat hal!
"Duduk sini..." Azhar menampar lembut permukaan katil itu. Memberi tanda untuk Nissa duduk di situ. Nissa akur.
"Hmm?" gumamnya lagi.
"Kenapa ni? Segan ke?" tanya Azhar terlebih dahulu.
Nissa mengangguk laju. Mana tak segannya? Aduhh!! Dahlah pandangan Azhar semacam saja..
Azhar gelak. Dia juga segan sebenarnya. Tapi buat-buat saja cool!
"Lepas ni tak boleh nak segan-segan dah. Kita dah jadi suami isteri" tukasnya lantas membawa tangan Nissa ke bibir.
Meskipun masih ragu-ragu, namun Nissa tetap juga mengangguk.
"Errr..."
"Apa dia sayang? Cakap je" Nissa dilihatnya seakan teragak-agak saja.
"Kenapa beli cincin ni?"
"Aikk tak suka ke?"
"Bukan tak suka. Tapi cincin ni kan mahal. Ratusan ribu..."
Azhar gelak. Tidakkah Nissa tahu, dia sanggup melakukan apa saja untuk isterinya itu? Setakat berbelanja wang sejumlah itu, bukan masalah baginya.
"Tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh. Tapi abang dah bagi banyak sangat. Rumah, tanah, harta abang, pastu..."
"Shhh..." Jarinya diletakkan di bibir Nissa. "Abang tak nak Nissa menolak. Semua tu pemberian abang pada Nissa. Abang takde sesiapa selain Nissa. Jadi tak salahkan abang beri semua pada Nissa?"
Mata Nissa berkaca-kaca. Lelaki itu memang sangat sempurna. Nissa tak tahu dah nak minta apa lagi pada Dia. Kerana semuanya sudah diberikan olehNya.
"Janganlah nangis! Nanti abang nangis jugak" Dahi Nissa dikucup. Kemudian, tubuh itu dibawa dalam dakapan.
"Thanks abang! Thanks untuk semua yang abang beri. Nissa bersyukur sangat-sangat. Nissa janji, Nissa akan jadi isteri yang baik pada abang dan akan turut semua kemahuan abang"
Azhar mengangguk. Pelukan dilepaskan. "Semua kemahuan abang?" Keningnya terjungkit.
Nissa menggigit bibir. Alamak!!
Azhar mengekek. Mesti Nissa fikir yang satu itu.Ha ha.. dia tidak akan memaksa Nissa. Jika Nissa belum bersedia, dia juga tak akan memaksa.
"Pergilah mandi. Bersih-bersih diri. Kejap lagi, kita turun bawah. Abang ada buat makan-makan sikit untuk kita sekeluarga"
"Kan dah makan tadi?"
Wajah polos Nissa bikin hati Azhar geram. Sabar Har! Sabar!!
"Ni untuk gathering je. Family only. Pergilah mandi dulu. Ke nak abang mandikan?"
"Abang!!" Nissa terjerit kecil. Azhar gelak.
USAI sudah makan malam bersama keluarga, Nissa terlebih dahulu menapak ke dalam bilik. Dia sangat keletihan dan tidak berdaya lagi rasanya. Azhar masih di bawah, berborak bersama Nuh dan yang lainnya.
Sejam kemudian, dia naik ke bilik apabila tidak melihat bayang-bayang Nissa di situ.
Pintu bilik terkuak. Dia lihat Nissa sedang lena di situ. Tersenyum dia melihat isterinya di situ. Didekati sang isteri. Terkejut dia melihat Nissa yang masih lagi bertudung.
Azhar mengeluh. Takkanlah Nissa masih malu-malu lagi dengannya? Dia ke bilik air untuk membersihkan diri kemudian kembali semula ke sisi Nissa.
Direnungnya wajah Nissa tanpa berkelip. Wajah polos dan tenang itu nampak menggoda saja. Bikin hatinya menjerit dan tak tentu arah.
Dari hidung yang mancung dan bibir yang mungil, semua yang ada pada wajah Nissa terlihat sempurna. Wajah itulah yang buat dia hampir gila hari-hari. Lama dia menunggu detik mereka disatukan. Sungguh dia bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah yang satu ini.
"Abang tak tidur lagi?"
Tanpa sedar, Nissa terjaga di sisi. Wajah mereka dekat sehingga deruan nafas kedengaran.
"Tak" sahut Azhar tanpa berkelip.
"Ohh" Nissa sempat berdehem. Degupan jantungnya laju saja berdetak tatkala pandangan Azhar tak berkedip ke arahnya. Dia jadi segan. Tubuhnya kaku.
"Kenapa masih pakai tudung ni? Nissa masih malu dengan abang ke?"
Alamakk! Itulah alasan kenapa dia masih lagi tak membuka tudungnya. Dia jadi segan berhadapan dengan suaminya.
"Kan abang dah cakap. Jangan malu lagi"
"Maaf bang. Nissa...Nissa bukak tudung"
Belum sempat Nissa menanggalkan tudungnya, Azhar terlebih dahulu berbuat demikian. Bukak saja tudung, hati Azhar bagaikan nak meletup. Wajah cantik Nissa tampak semakin menggoda dengan rambut panjangnya yang mengurai itu. Pantas sajalah Nissa menyembunyikan rambutnya daripada pandangan umum.
"Cantik. Sayang cantik!" Sebuah kucupan hinggap di dahi isterinya. Haruman dari rambut dan tubuh Nissa sungguh menggetarkan jiwa raganya.
Nissa tersipu-sipu. Dia jadi malu direnung Azhar sebegitu. Rasa begitu dihargai apabila Azhar kerap memujinya.
"Abang.." panggil Nissa syahdu.
"Ya sayang"
"Nissa sedih"
Wajah muram Nissa ditatap. "Sedih kenapa?"
"Nissa masih tak dapat lupa apa yang Mak Uda cakap. Hati Nissa rasa pedih. Betul ke Nissa ni anak luar nikah? Sebab tu ke mak kandung Nissa tak nak Nissa?"
Nissa sudah mengongoi. Tak mampu dia nak menahan sebak di hati tatkala teringat kata-kata Mak Uda itu.
"Apa cakap macam ni? Tak boleh tau? Abang tak nak dengar"
Tubuh Nissa didakap erat. Di situ, Nissa membenamkan kepalanya di dada kekar milik Azhar. Pelukan Azhar dibalas dengan lebih erat.
"Kalau kat dunia ni takde orang yang sayangkan Nissa, Nissa kena ingat sesuatu. Abang sentiasa ada untuk bagi kasih sayang yang mencurah-curah pada Nissa. Kasih sayang abang tak luak pada Nissa. Abang akan sentiasa jadi pelindung Nissa"
Belakang Nissa diusap perlahan. Sebaik mungkin dia cuba menenangkan Nissa. Kasihan Nissa! Mak Uda memang tak patut dimaafkan.
"Betul?" Nissa menagih janji. Tampang macho Azhar dipandang.
"Betul. Sumpah!" Azhar mengukir janji.
"Nissa ada abang sorang je. Abang tak boleh lupa pada janji abang"
"Abang janji!" Pipi Nissa dicium.
"Sayang penat kan? Rehatlah ye? Kesian sayang. Macam-macam hal berlaku hari ni" Azhar terpaksa mengalah. Dia lihat Nissa agak kepenatan.
"Abang tak tidur?"
"Kejap lagi ye? Abang tahu Nissa belum bersedia. Rehat dulu ye? Nanti kalau Nissa dah bersedia, abang seribu kali lebih bersedia!"
Nissa tergelak, menampakkan susunan gigi putihnya yang cantik. Dan lesung pipit di pipi kirinya.
"Tidurlah.." Belakang Nissa diusap.
Nissa tak jadi nak lelapkan mata. Entah kenapa sentuhan Azhar buat dia rasa terbuai. Dia terkebil-kebil memandang wajah sang suami.
"Kenapa sayang? Nak sesuatu ke? Nak abang ambilkan?"
Nissa masih diam. Lama dia merenung wajah si suami yang turut sama menatapnya.
"Kenapa ni? Nissa nak..."
Tak sempat habiskan ayatnya, Nissa laju-laju mengucup bibir suaminya. Kemudian, dia sembunyikan wajah di sebalik dada milik Azhar. Hatinya bergetar. Wajahnya merona.
Azhar kaku. Serentak itu, senyuman lebar menghiasi wajahnya. Keasyikan yang berlaku dalam beberapa saat tadi tak mampu dia lepaskan.
Lantas, wajah Nissa didongakkan. Dagu itu dipaut. Seketika, mata mereka saling berpandangan. Menitipkan rasa cinta yang bukan sedikit.
"Kenapa berhenti? Dah buat abang leka, pastu larikan diri?"
"Err Nissa..."
Cepat-cepat Azhar mengucup bibir itu. Penuh kenikmatan dirasakan apabila tangan Azhar mula merayap ke seluruh tubuh badan Nissa.
Tubuh Nissa ditindih. Leher Nissa dikucup. Ketawa kegelian Nissa dibuatnya.
"Abang, geliii..." Nissa tertawa kecil.
Kemudian, suara keduanya hilang di malam yang pekat itu. Yang kedengaran, hanya bunyi desahan, menandakan Nissa sudah ditakhluki!
done.. dah 4 bab ari ni.. kiki sambung esok ye *_*
Share this novel