HARI yang ditunggu-tunggu telah tiba. Para tetamu sudah banyak hadir dan memenuhi ruang. Segala macam jenis makanan sudah terhidang. Perhiasan mewah dan gah tergantung sana sini.
Pelamin juga tak kurang hebatnya. Berkonsepkan warna putih dan hijau, pelamin dihias bak taman bunga yang cantik. Bunga-bunga pula menghiasi setiap ruang, menghidupkan lagi suasana taman.
Hiasan bentuk hati mencantikkan lagi suasana dan keadaan. Gambar-gambar Azhar dan Nissa dari kecil sehingga besar turut digantung di setiap sudut. Kenangan yang paling tak mampu dilupakan!
Rakan-rakan sekerja Azhar sudah ramai yang memenuhi meja. Ada yang bersorak, ada juga yang berbual.
Di atas pentas bahagian paling hujung, sudah sedia menanti MC dan juga band musikal yang akan memeriahkan lagi suasana. Pihak wartawan dan media juga sudah bersiap-siaga. Maklum sajalah, Azhar itu merupakan antara tokoh yang dikenali dan disanjungi ramai. Banyak sudah musuh tumpas di tangannya. Jadi kesempatan itu diambil oleh pihak media bagi meningkatkan jumlah pembaca dan penonton.
Di satu sudut, Azhar dengan baju Melayu berwarna putih dipadankan dengan songkok hitamnya sudah sedia menunggu ketibaan bakal isteri yang akan dinikahi sekejap saja lagi. Di hadapannya, tok kadi dan beberapa orang saksi turut menyertai.
Azhar berdebar. Berkali-kali dia cuba menenangkan diri. Namun gelisah masih menerpa ruang hati. Walhal dialah pegawai yang paling cool!
Matanya asyik memandang ke arah pintu utama. Di situlah kehadiran Nissa mengubah segalanya. Di sepanjang jalan bermula dari arah pintu sehingga ke tempat pelamin, tersusun puluhan anggota polis yang lengkap beruniform akan menyambut Nissa. Mereka berbaris panjang dari bahagian kanan dan kiri.
Meja paling hadapan menempatkan keluarga Salmah. Salmah, Kak Uteh dan Mak Kiah ada di situ. Hanya Mimi dan Iqbal yang tidak hadir. Raudhah juga duduk di meja itu atas saranan Azhar.
Meja sebelah pula keluarga Mak Uda. Ada suami Mak Uda, Sulaiman. Ada Shima dan suaminya juga di situ. Shafiq juga turut menyertai.
Bunyi drum sudah bergema dengan kuat. Menandakan pengantin perempuan sudah tiba. Pasukan polis tadi sudah sedia menghulur pedang masing-masing lalu diangkat ke udara. Kemudian disatukan agar menjadi bentuk atap. Pasukan pancaragam terlebih dahulu memasuki dewan hotel sambil mengalunkan musik Selamat Pengantin Baru. Namun tanpa suara. Hanya musik saja yang bergema.
NISSA turun dari kereta Nissan Teana yang dihias seperti kereta pengantin. Di sebelahnya Ana menemani. Kedua mereka saling berpandangan sebelum sama-sama mengangguk kepala.
"Akak boleh buat ni!" bisik Ana ke telinga Nissa. Nissa mengangguk lagi.
"Jomm!" ujar Nissa seraya melangkah masuk ke dalam dewan. Ana mengiring dari arah belakang.
Ketika itu, hampir nak terjatuh jantungnya melihat begitu ramai mata sedang memandang ke arahnya. Flash kamera seakan tak berhenti menangkap gambarnya.
Melihat anggunnya sang pengantin perempuan, hati Azhar semakin berdebar. Dia tak berkedip memandang wajah cantik dan polos Nissa itu.
Sungguh ayu dan menawan! Dengan berbaju kurung putih, dipadankan pula dengan tudung putih bercorak bunga kuning. Solekannya tipis tetapi cukup anggun. Ya Allah! Hati Azhar cair.
Nissa duduk di atas pelamin. Dia sudah bersedia dengan akad yang akan menjadikan Azhar sebagai suaminya. Sempat juga mereka berbalas pandangan. Azhar angkat jari ibu sebagai tanda okey! Nissa tersenyum.
"Okey, sedia semua?" Tok kadi memulakan ucapan.
Semua saksi termasuk Azhar mengangguk kepala. Akad pun dimulai..
USAI sudah akad dan ijabkabul. Kini majlis menyarung cincin pula diadakan. Celoteh MC juga sangat menghiburkan. Bikin hati Nissa bergetar tak tentu.
Cincin yang diletakkan di dalam kotak eksklusif itu dikeluarkan. Ketika hendak menyarung cincin tersebut, mata Nissa seakan terpempan melihat rekaannya.
Cartier Trinity Ring! Dia pandang wajah Azhar dengan riak tak percaya. Azhar mengenyitkan matanya.
"Haa pengantin lelaki dah sarungkan cincin! Apa lagi pengantin perempuan. Tunduk salam tangan suami tu!" Celoteh MC perempuan, iaitu Kyra tak berhenti di situ.
Nissa hampir nak tergelak. Dia tunduk menggapai tangan Azhar laku dibawa ke bibir. Dapat dia rasakan telapak tangan suaminya menyentuh kepalanya.
Giliran Nissa pula menyarung cincin di jari suaminya. Setelah selesai, Azhar mengucup dahi dan pipi Nissa. Bersorak gembira para tetamu.
"Haii Tuan Inspektor! Takkan cium dahi dan pipi je?!" MC lelaki yang bernama Rusman mula mengusik.
Seluruh dewan mula bergema. Mereka tahu maksud Rusman itu.
"Yelah kan? Takkan nak cium dahi dan pipi je?" Kyra pula menyambung.
Wajah Nissa merona. Azhar kaku. Dua-dua macam dah hilang kata-kata. Jangan nak meminta pelik-pelik pulak dorang ni!
"Tapi rasa-rasanya raja sehari kita ni malu-malu kucinglah!" sambung Kyra lagi.
Rusman gelak. "Okey, takpe! Yang tu sambung dalam bilik je!"
Semakin riuh dewan dengan usikan dan gurauan dua MC tersebut. Usai dengan majlis menyarung cincin, kini para tetamu ditayangkan dengan beberapa keping gambar mereka berdua membesar bersama.
Jatuh air mata Nissa melihat gambar-gambar tersebut. Dia pandang Azhar yang turut sama menatapnya.
"Gambar tu semua..."
"Saja simpan!"
Tak disangka, Azhar rajin menyimpan gambar-gambar mereka dari kecil sehingga sekarang. Gambar yang banyak menyimpan seribu kenangan. Ya Allah! Romantik jugak suami aku ni! Jari-jemari Azhar digenggam erat.
Sudah 30 minit berlalu. Dan tayangan gambar tersebut pun tamat. Kini, para tetamu dihiburkan dengan musik yang bergema. Rizal mengambil tempat paling hadapan dan mengetuai tarian. Musik lagu Bole Chudiyan mula dimainkan.
Rizal dan beberapa penari tak berbayar mula menari di situ. Beberapa para tetamu juga turut menyertai mereka.
Nissa dan Azhar bergelak tawa di atas pelamin. Nuh dan Ana menjadi pengapit.
"Happy?" bisik Azhar ke telinga Nissa.
"Sangat happy! Thanks.. Aku.."
"Kan dah janji tak nak guna 'aku kau' lagi!" cantas Azhar.
Oopss!! Nissa tersasul. Dia harus menyesuaikan diri dengan panggilan baru. Tapi nak panggil apa?
"Habis tu nak panggil apa?" Nissa berbisik. Bunyi dan irama lagu sangat kuat. Mereka terpaksa berbisik sahaja.
"Abang!!" bisik Azhar.
Haa??! Nissa menggeleng kepala. Dia segan. Dia juga janggal. Azhar itu sahabat rapat dari kecil. Dah biasa panggil 'aku kau' tiba-tiba nak tukar gelaran. Aisehmen!
"Laa kenapa geleng? Cepatlah panggil! Abang nak dengar!!" gesa Azhar. Dia sudah membahasakan dirinya 'abang'.
"Alaa janggallah!" rengek Nissa.
"Aipp!! Kan dah janji hari tu"
Nissa telan liur melihat wajah ketat Azhar itu. Ish!
"Yelah....abang" Nissa mengalah. Azhar tersenyum senang.
"Sekali lagi?"
"Abang!!" seru Nissa. Azhar gelak. Bahagia rasa hati. Tangan Nissa dibawa ke bibir. Nissa sudah berjaya dimiliki.
MAJLIS sudah selesai. Penatnya bukan kepalang. Para tetamu beransur-ansur pulang. Pihak hotel mengemas apa yang patut.
Salmah masih di situ. Dia ingin bertemu dengan Nissa dan Azhar. Melihat keduanya menuruni pelamin sambil berpegangan tangan, laju saja dia menerpa ke arah mereka.
"Nissa. Har..."
"Mama..." Nissa menerpa ke arah Salmah. Dipeluk erat tubuh tua itu. Air matanya gugur. Dari tadi dia berkira-kira hendak mendapatkan Salmah namun ditahan saja dulu. Majlis masih berlangsung tadi.
"Mama, maafkan Nissa" ucap Nissa seraya melepaskan pelukan.
"Tak sayang! Nissa tak salah apa-apa pun! Mama yang salah" Pipi gebu Nissa disentuh.Dia ingin Nissa tahu, Nissa masih ada tempat di hatinya.
"Mama sepatutnya bertindak dari dulu lagi. Mama tak sepatutnya usir Nissa dari rumah. Mama sepatutnya bela Nissa.."
"Benda dah lama berlalu ma. Nissa dah lupakan semua! Nissa dah maafkan semua. Nissa tak berdendam pun!"
"Mama tahu menantu mama baik. Nissa akan sentiasa menjadi menantu mama kan? Sebab Har selamanya anak mama!" rintih Salmah dengan pilu. Kini baru dia sedar, dia selalu berlaku tidak adil terhadap Azhar dan Iqbal.
"Ya, Har akan selamanya jadi anak mama" sahut Azhar lantas tunduk menyalami mamanya.
Kak Uteh dan Mak Kiah bergilir-gilir berpelukan dengan Nissa. Mereka semua di situ sempat berborak. Hanya Mak Uda yang tidak kelihatan di situ.
"SERONOKLAH kau kan?"
Ketika itu, Nissa sedang mengambil makanan di dalam buffet. Dia tersentak melihat Mak Uda berdiri di belakangnya. Bayangan Azhar dicari. Azhar sedang rancak berbual dengan Nuh dan beberapa rakan polisnya di meja hujung sana.
"Apalagi Mak Uda?" Tak habis-habis Mak Uda ni! Dia tak nak mencari gaduh dengan sesiapa.
Sebaik mungkin dia menahan nada suara dan perasaannya. Namun jika Mak Uda bertindak di luar kawalan, dia juga tak mampu untuk terus bersabar.
"Entah dari ceruk mana si arwah Ros tu kutip kau, jadikan kau anak dia! Kau tahu tak, mak kau tu perempuan jalang! Lahirkan anak luar nikah macam kau, lepas tu tinggalkan kau kat rumah anak yatim. Dasar mak yang tak bertanggungjawab!" cemuh Mak Uda.
"Cukuplah Mak Uda! Mak Uda nak hina saya, saya tak kisah. Tapi Mak Uda jangan nak hina mak saya!" Nissa menahan getaran yang sesak terasa di dada. Sudahlah traumanya masih tak lenyap dek wanita tua itu, kini datang pula masalah lain.
"Kenapa pulak aku tak boleh nak hina mak kau? Kalau betul mak kau tu perempuan baik, takdelah dia tinggalkan kau kat rumah anak yatim. Kalau bukan kerana arwah Ros yang kutip kau, mungkin kau jugak dah merempat dan melacur macam dia!"
"Mak Uda!!!!!"
suka tak bab ni? blushing tak ha ha.. selamat membaca uolls ;)
Share this novel