DUA PULUH TIGA

Drama Series 7232

SERENE HEIGHTS! Rumah dua tingkat yang tampak simple tetapi cukup besar. Berhadapan pula dengan taman permainan. Terletak pula cun-cun di corner lot! Azhar tersenyum. Wajah dan ekspresi Nissa yang terkejut itu mengundang tawanya.

"Kenapa kita kat sini?"

"Nak tengok rumah!" jawab Azhar ringkas.

"Okey, rumah siapa?"

Azhar mengeluh. Nissa ni memang tak faham ke buat-buat tak faham? Adehh!

"Tak tahulah rumah siapa!" ujar Azhar. Dia lihat Fauzi, agen hartanah dan perumahan menapak keluar dari kereta. Azhar tak membuang waktu. Dia keluar dari kereta dan bergegas mendapatkan lelaki itu.

Nissa memerhati dari dalam kereta. Entah apa yang dibincangkan. Serius saja wajah keduanya. Kemudian, keduanya berjabat tangan.

Azhar menuju ke arahnya. Pintu kereta dibuka. "Jom, aku bawak kau pusing satu rumah!"

"Haaa?" Nissa benar-benar kaget.

"Jom sayang..." panggil Azhar dalam nada yang lembut dan sopan. Dia tak sabar nak menunjukkan kejutan itu kepada Nissa.

CAR PORCH sangat luas. Agak-agaknya boleh muat dalam tiga buah kereta. Bahagian laman pula sangat besar. Sangat sesuai nak bercucuk tanam atau menanam pelbagai jenis bunga. Lebih-lebih ianya di bahagian corner!

Memasuki ruang dalam, terdapat sebuah akuarium di situ. Ada beberapa ekor ikan sedang berenang dengan gembira. Ruang tamu juga tak kecil ,tak besar. Sederhana saja. Tetapi cukup memuaskan. Rumah tersebut sudah dipenuhi dengan perabot.

Ruang tamu kelihatan mewah dengan lampu chandelier tergantung cantik di atas. Almari televisyen pula diletakkan di tengah ruang. Sofa pula sebagai tempat untuk bersantai.

Mereka menapak pula ke bahagian dapur. Ruangnya agak besar. Sekaligus bersambung dengan bilik mandi dan tandas. Hanya pintu sebagai pemisah.

"Dapur ni sebenarnya kecik. Dan ada satu guest room kat sini. Tapi encik Azhar kata, nakkan ruang dapur tampak besar. Jadi kami robohkan guest room untuk jadikan dapur ni besar. Dan ada sliding door untuk pisahkan dapur dan ruang tamu" jelas Fauzi dengan senyuman.

"Yang ni pulak stor. Tak berapa nak besar. Tapi boleh muat atau simpan barang-barang yang jarang digunakan" Fauzi menunjuk ke arah bilik stor yang tidak jauh dari dapur.

"Rumah ni ada dua tingkat. Nak saya tunjukkan tingkat atas ke? Atau cik berdua nak survey sendiri?"

Azhar tersenyum. "Takpe. Nanti kami survey sendiri"

Fauzi mengangguk. "Kalau macam tu, saya sediakan dokumen dulu"

Azhar mengangguk. Dia mengarahkan Nissa untuk melihat-lihat di bahagian atas. Jika ada yang kurang atau tidak memuaskan hati, dia ingin mengubahnya lagi.

"SAMPAI bila you nak merokok ni? Asap rokok ni tak bagus tau untuk kesihatan"

Nasihat Mimi sambil membawa secawan kopi kepada Iqbal. Diletakkan di atas meja. Berkepul-kepul asap rokok Iqbal berterbangan di udara.

"I tak mintak duit you pun untuk beli rokok ni! I tahulah jaga diri I! Tak macam you, tak reti nak jaga maruah sendiri! Menyesal pulak kawen dengan you!" cemuh Iqbal. Sedikit pun dia tak pandang wajah Mimi yang berubah riak itu.

"I kan dah cakap, I kena perkosa! I tak sedar apa-apa pun masa tu..kalau I boleh undur masa, I takkan biarkan diri I kena jerat!"

Sudah acapkali dia menerangkan perkara sebenar. Namun sedikit pun Iqbal tak pernah nak mempercayainya. Dia letih kerana harus terus terkurung dalam penjara ciptaan Iqbal. Dia tak dibenarkan untuk berhubung dengan sesiapa, walaupun keluarganya sendiri. Kini, dia terputus hubungan dengan Sofi juga. Kasihan anaknya! Hanya menjadi mangsa keadaan!

Iqbal berdecit. Tak habis-habis bagi alasan yang sama! Dia jemu. Kalau dah nama penipu, memang tetap penipu!

"You memang jauh beza dengan Nissa. Nissa tu sempurna, pandai, rajin, faham I! You langsung takde ciri-ciri tu"

Perasaan sedih dan kecewa benar-benar telah memukulnya. Jika dia tahu begini nasibnya, takkan sesekali dia kembali kepada lelaki itu.

"Dah tu, kenapa you tak kawen je dengan I? You nak sangat dia, pergilah cari dia!"

Mata Iqbal mencerlung memandang tampang Mimi. Semakin didesak, semakin mendidih hatinya.

"Jangan nak cabar I! I paling pantang kena cabar!!"

"Yes, I cabar you! Pergilah cari Nissa. Kalau you nak main gila dengan Azhar!"

Iqbal menggenggam penumbuk. Mimi fikir dia takut barangkali. Tunggu sajalah, akan dia pastikan Nissa menjadi miliknya semula!

"SUKA tak rumah ni?"

Hampir nak tercopot jantung Nissa tatkala suara Azhar begitu dekat dengannya. Saat dia berpaling, bibirnya hampir saja bertemu dengan bibir Azhar. Dadanya terasa pecah. Laju saja berdetak. Sedangkan Azhar pamer wajah biasa.

"Kau nak cabul aku erk?" Azhar mengecilkan mata memandang Nissa.

"Jangan nak mengada ye?! Takde maknanya.." gerutu Nissa sambil menahan debar di dada. Hishh, berhentilah berdebar!

Azhar tergelak. Senang dengan segala kejutannya hari itu. Penat memang penat tapi dia puas. Dia tak main-main bila libatkan perasaan. Dia ingin Nissa tahu niatnya yang serius itu.

"Kad apa yang kau bagi pada Tan Sri tadi?"

Dari tadi dia menahan diri daripada bertanya akan soalan itu kerana Azhar dilihatnya sangat dingin. Jadi dia tak mahu dahulu mengganggu angin lelaki itu.

Kini wajah itu kembali ceria. Jadi dia sudah punya sedikit kekuatan untuk bertanya.

"Nah" Azhar beri sekeping kad kepada Nissa. Lebar saja senyumannya.

"Majlis perkahwinan merpati dua sejoli. Azhar Hazel dan cinta hatinya, Nissa Ardini yang akan berlangsung pada....."

Pandangannya kemudian jatuh pada wajah Azhar yang tersengih. Dia ternganga.

"Sabtu ni?" Jika dikira-kira, ada empat hari lagi tersisa. Azhar memang buay kerja gila! Macam mana dia nak bersedia dalam masa empat hari tersebut?

"Kan aku dah cakap! Jangan suruh aku buat kerja gila. Kau ambik ringan kan pasal perasaan aku?" Wajah Azhar kembali serius.

"Tak! Masalahnya sekarang, dalam empat hari ni boleh siap ke semua benda?"

Azhar melemparkan senyuman sinis. Dia mendail nombor Rizal. Lantas pembesar suara diaktifkan.

"Yes bos?" Suar Rizal di hujung kedengaran lantang.

"Persiapan hotel macam mana?"

"Don't worry bos! Everything is under control!"

Nissa terkebil-kebil. Haa? Persiapan hotel pun? Kawen dekat hotel ke?

"Good! Tok kadi? Saksi?" soal Azhar lagi.

"Semua beress.. Tarikh dan masa dah atur semua dengan tok kadi. Saksi, tak payah risau. Kita orang ada! Jadi saksi penyatuan cinta gila kau dengan pujaan hati"

Riak Nissa merona. Secepat itu Azhar menguruskan semuanya. Dan dia pulak tak tahu-menahu, tetapi menuduh Azhar yang bukan-bukan dan mempercayai kata seseorang yang tak pernah tahu susah senang mereka bersama. Ya Allah!

"Woww! Seronoknya dengar tu. Okey! Jurusolek? Tukang inai? Katering? Wedding planner? Tetamu? Kad jemputan? Door gift?"

"Semua dah diuruskan! Kau dan Nissa jadi raja sehari je. Tak payah risau pasal apa-apa!"

"Okay, thanks! Aku called untuk pastikan semuanya terurus. Nanti kalau ada apa-apa, update dengan aku lagi"

Panggilan dimatikan. Azhar menatap wajah tak percaya itu.

"Masih tak percaya aku lagi ke?"

Nissa diam. Dia tahu dan sedar akan kesalahannya. Tetapi dia betul-betul tidak menyangka dengan persiapan yang hampir selesai itu diuruskan oleh Azhar seorang. Yang pasti, dengan bantuan yang lain! Ya Allah, perkara baik apakah yang telah aku lakukan sehingga Kau mengurniakan lelaki sebaik ini?

"Aku tak suka kau ragu-ragu dengan aku. Aku pantang dicabar macam tu. Sebab tu aku siapkan semuanya. Kalau ikut perancangan asal, kita kawen bulan depan. Aku nak bincang elok-elok dengan kau. Tapi kau buat aku jadi gila!" luah Azhar. Namun dalam nada terkawal.

"Aku mintak maaf. Yasmeen cakap macam-macam. Tiga tahun berlalu, tapi kau tak pernah cerita apa-apa pasal perubahan kau dan sebarang benda yang berlaku dalam hidup kau. Sebab tu aku mudah percaya. Dia cakap macam-macam tau? Kau nak kawen dengan dia, nak bahagiakan dia, pastu nak ada anak dengan dia..."

Sebut saja pasal anak, pipi Nissa merona. Macam tak sopan je dia cakap macam tu depan seorang lelaki.

Azhar tergelak. Kalau pun dia nak anak, dia mahu anak dari hubungannya dengan Nissa.

"Mudahnya kau percaya kan? Aku ni dah macam orang gila, hari-hari terbayangkan kau. Aku ni obses tau dengan kau?!"

Alamak!! Azhar terlepas cakap. Dia malu sendiri. Dia lihat Nissa mengetap bibir. Seakan turut sama merasa malu dengan kalimah itu.

"Daripada nanti aku tak mampu nak kawal diri bila berdua dengan kau, baik aku halalkan hubungan kita. Seksalah tanggung rindu ni dari jauh-jauh. Kalau rindu dari dekat, mesti best..." Azhar sudah membayangkan betapa bahagianya hidup bersama Nissa. Arghh! Dia jadi tak sabar pulak!

"So lepas ni janganlah suruh aku buat kerja gila lagi.. Nanti tak pasal-pasal, kau yang susah" Azhar seakan merayu.

"Yelah! Sorry..."

"Nanti nak upah!" Azhar senyum nakal.

Nissa jadi tak keruan. "Upah apa?"

"Nanti lepas kawen, tahulah!"

Sekali lagi, wajah itu membahang. Azhar, lelaki itu punya cara buat dia tak tentu arah. Yang pasti, dia semakin nakal! Arghh!!

DOKUMEN rasmi tersebut diletakkan di atas meja. Selesai saja ditandatangani oleh Azhar dan Nissa, Fauzi tersenyum lebar. Peguam Emir turut berada di situ sebagai saksi. Dia dipanggil oleh Azhar semalam lagi. Tapi dia datang lewat pagi itu kerana harus menguruskan beberapa kes kecil. Beberapa keping salinan asal dan fotokopi dokumen tersebut diserahkan kepada Azhar.

"Terima kasih encik Azhar dan Puan Nissa di atas kepercayaan ini. Dan sekarang tanah dan rumah ni menjadi milik sah Puan Nissa. Peguam Emir adalah saksi di atas semuanya" jelas Fauzi.

Nissa tersentak. Haaa?? Dia langsung tak tahu-menahu akan perkara itu. Wajah Azhar yang sedang tersenyum dipandang.

Melihat Azhar mengangguk kepala, dokumen tadi diambil juga. Dibaca isi kandungannya. Betul dakwaan Fauzi. Tanah dan rumah tersebut adalah miliknya sekarang. Bahkan separuh daripada aset kekayaan Azhar juga menjadi miliknya.

Air mata Nissa hampir menitis. Rasa nak dipeluknya Azhar ketika itu. Namun dia sedar diri. Dia yang tak punya sesiapa dan apa-apa dahulu, kini menjadi yang utama di hati seorang lelaki yang tulus mencintainya. Ya Allah, adakah dia sedang bermimpi?

"Har..." Sebaknya tak mampu ditahan.

Terlalu banyak yang sudah Azhar lakukan untuknya. Dia tak tahu bagaimana harus berterima kasih kepada lelaki itu.

"Simpan air mata tu sampai kita kawen nanti!" tukas Azhar diiringi gelak tawanya.

Nissa menyeka hujung mata. Tak jadi nak gelak!

KAD undangan tersebut dicampakkan di atas lantai. Tak cukup dengan itu, segala yang ada di atas katil juga dicampakkan di atas lantai. Dia tak mahu mempercayai isi kandungannya.

Nama yang terpampang jelas di situ merobek seluruh hatinya. Dia mendongkol geram.

"Arghh!!! Tak mungkin!" Rambut yang tidak terurus diraup kasar.

"Kenapa dengan you ni?" Mimi yang baru masuk bilik terkejut dengan keadaan di situ. Bantal dan selimut berterabur di atas lantai.

"Kenapa dorang kawen? Kenapa nak rebut Nissa dari aku?! Haaa bodohlah kau Azhar! Aku ni abang kau tahu tak??!!"

Mimi mendekati Iqbal yang tak terurus itu. Dia ingin menenangkan Iqbal namun ditolak oleh lelaki itu.

"Kau pun sama! Menyusahkan hidup aku je! Kenapa kau muncul dalam hidup aku dengan bawak petaka? Kalau kau takde langsung, lagi senang hidup aku" bentak Iqbal. Wajahnya menyeringa. Matanya merah.

Kad undangan yang dicampak tadi diambil semula oleh Mimi. Dia membaca isi kandungannya satu-persatu. Dalam hati, dia mengucap syukur dan tumpang senang dengan perkahwinan Nissa dan Azhar.

"Tak payah nak senyum sangatlah!" Kad tersebut dirampas lantas dikoyakkan sehingga tersisa hanya kepingan halus dan kecil.

"Sepatutnya you bersyukur sebab Nissa dah temui bahagianya. Dulu pun...."

Papp! Satu tamparan melayang ke pipi kanan Mimi. Dia memegang pipi yang terasa sakit itu.

"Tak payah nak ajar aku pasal syukur! Nissa tak boleh bahagia dengan Azhar!! Kalau aku sengsara, dorang berdua kena sengsara jugak!"

Kaki Mimi dipijak dengan geram yang terbuku di hati. Mengaduh kesakitan isterinya diperlakukan seperti itu. Namun sedikit pun tak membekas di hati Iqbal.

"Stress gila duduk rumah ni!"

Iqbal berlalu membawa dendam yang bukan sedikit. Dia harus mencari tahu keberadaan Nissa. Dia tak boleh menunggu sehingga hari mereka diijabkabulkan. Dia harus melakukan sesuatu!

blh teka tak apa akan jd lepas ni? hehe happy reading uolls *,*

Share this novel

NA77
2025-06-29 18:03:43 

senangnya dalam hati .. semoga urusan azhar dan nissa berjalan dengan jayanya


NovelPlus Premium

The best ads free experience