ENAM TAHUN LALU...
"I janji, I akan bertanggungjawab! I tahu apa yang kita buat ni salah! Tapi I tak boleh kawal diri I. You seksi sangat Mimi! I tergoda.." bisik Amran ke telinga Mimi usai saja 'bersama' tadi.
Mimi teresak-esak di kepala katil. Tubuhnya yang tanpa seurat benang itu ditutup dengan selimut. Dia tidak sedar kapan dia berakhir di atas katil tersebut bersama Amran. Tapi yang pasti, semuanya berlaku di luar kawalannya.
Apabila dia sedar daripada lena, dia kaget melihat Amran di sebelahnya sedang nyenyak tidur. Lelaki itu tidak mengenakan sebarang pakaian, sama sepertinya. Dia menangis. Dan suara tangisannya yang keras itu telah mengejutkan Amran daripada tidurnya.
"You buat apa pada I?"
"Kita masing-masing tak sedar apa yang dah berlaku! Kita mabuk semalam.. You pun tahu kan, apa akan jadi kalau mabuk?"
"Tapi I tak minum pun air haram tu! You je yang minum.." Mimi masih dengan esakannya. Seakan tak mampu dibayang akan nasibnya selepas ini. Sudahlah dalam tiga bulan lagi dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan Iqbal. Apa akan jadi jikalau Iqbal mengetahui akan perkara ini?
Oh tidak! Dia tak mampu hidup tanpa lelaki itu. Namun membayangkan nasibnya yang kini, dia jadi takut. Takut kehilangan Iqbal dan takut dibenci.
Amran sudah selesai berbaju. Dia duduk di hadapan Mimi seraya mengusap lembut kepala itu.
"Kalau jadi apa-apa, I akan bertanggungjawab. I janji!" ucap Amran, mengukir janji. Dalam hati, dia sudah bersorak gembira. Mimi sudah ditakhluki sebelum sempat dimiliki seutuhnya oleh Iqbal!
Sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap Mimi. Dan apabila mendengar Mimi ingin berkahwin, dia tahu dia harus melakukan sesuatu. Jika Iqbal menbuangnya, dia pasti akan mengutipnya kembali.
Dia dan Mimi berkenalan tiga tahun yang lepas. Mereka bekerja bersama di dalam syarikat milik papanya. Mimi pula merupakan setiausaha syarikat dan dia adalah CEOnya. Pertama kali bertentang mata dengan gadis itu, dia tahu dia telah jatuh hati. Hubungan mereka akrab dan sering kali menghabiskan masa berdua. Mimi selalu berkongsi kisah hidupnya termasuklah hubungannya dengan Iqbal.
Dan ketika mendapat tahu akan perkahwinan yang bakal berlangsung antara mereka, dia tahu dia harus melakukan sesuatu. Cintanya pada Mimi sangat besar.
Dan semalam, dialah yang telah memasukkan pil tidur di dalam air minuman Mimi.
"I nak kawen! Lagi tiga bulan. Apa akan jadi kalau dia tahu keadaan I sekarang?!" Sungguh, Mimi tak sanggup nak membayangkan perkara itu.
"You cintakan Iqbal sebegitu sekali?" Dagu Mimi dipaut.
Mata mereka bertentang. Perlahan-lahan Mimi mengangguk. "I tak boleh hidup tanpa dia! Kami bercinta dari zaman sekolah lagi. Banyak kenangan dah dicipta bersama!"
Amran mengeluh. Dia duduk di birai katil lalu meraup wajah. Arghh! Sakitnya mendengar ucapan itu!!
"But I love you more!" tutur Amran penuh ikhlas.
"Tapi you aniaya I macam ni!" bentak Mimi.
"It was an accident! I dah cakap kan, kita sama-sama mabuk. Takkan you tak faham?!" Amran sudah meradang.
Mimi terdiam. Perasaannya terlalu kecewa. Entah bagaimana keluarganya harus menerima berita ini.
"I will take care of you.. Kenapa you nak risau? Dan kalau you takut apa-apa jadi, kita kawen. Now!"
"No!!" jerit Mimi. Kuat dan lantang. "You keluar sekarang! I tak nak tengok muka you!! Keluar! Berambus!!"
PERISTIWA hitam itu berlaku tiga bulan sebelum perkahwinannya. Dia fikirkan tidak mungkin perkara buruk akan berlaku. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Ketika selesai membuat pemeriksaan di klinik kerajaan, dia semakin takut dan sedih kerana doktor mengesahkan dia hamil dua bulan.
Bagaimana itu bisa terjadi? Setahunya, perkara itu berlaku sekali saja. Dia dan Amran tak pernah bertemu sejak peristiwa itu. Itu pun kerana permintaannya sendiri.
Dan sebulan sebelum perkahwinannya berlangsung, dia mengajak Iqbal untuk ketemu. Ada hal mustahak yang harus mereka bincangkan.
"Sorry sayang! I lambat. Jalan jammed.."
"It's okay! Duduklah. I dah order untuk you" Mimi membalas dengan senyuman manis. Namun hatinya cukup berdebar-debar.
"You nak jumpa pasal apa ni? Penting sangat ke? Atau you rindukan I?" Iqbal sempat bergurau.
Mimi masih tersenyum. Bagaimana dia nak berterus-terang? Bolehkah Iqbal menerima anak di dalam perutnya itu?
"Sabar ye sayang? Lagi sebulan kita kawen, lepas tu hari-hari you boleh rindu I..." ucap Iqbal penuh romantik.
"You, I nak tanya sesuatu"
"Apa dia?"
"Let say, hmm.." Mimi teragak-agak untuk meneruskan bicara. Dia menghela nafas lantas melepaskan.
"This friend of mine. Dia nak kawen lagi dua minggu. Then, dia dapat tahu dia pregnant" Mimi bercerita namun tidak terlalu nampak ketara kalau yang dimaksudkannya itu adalah dirinya sendiri. Dia mahu melihat sejauh mana Iqbal mahu menerimanya.
Kening Iqbal terjungkit. "Pregnant dengan siapa? Bakal husband dia ke?"
"Nope!!" Laju Mimi menjawab. Iqbal sedikit tersentak.
"Dengan lelaki lain. Kawan dia sendiri" sahut Mimi lagi. Dalam hati, sudah rasa mahu pecah gamaknya!
"Okey, then kenapa you tanya I?"
"Let say you are that future husband. What will you do in his situation?"
Iqbal memandang wajah Mimi dengan tatapan serius. Pesanan tadi sudah sampai. Setelah pelayan berlalu, Iqbal lantas bertanya kembali.
"Kenapa you tanya macam tu? Atau you sebenarnya yang berada dalam situasi tu?" duga Iqbal dengan senyuman sinisnya.
Jika betul dugaannya, dia pasti kecewa dengan Mimi. Mereka bakal dinikahkan tidak lama lagi, dan Mimi pula buat hal, sungguh dia tak mampu nak menerimanya!
Mimi tergelak. Dia berusaha keras mengawal getarannya. Takut pula bakal dihidu oleh lelaki itu.
"Taklah!" nafi Mimi. "I tanya je. I nak tahu pendapat you sebab kawan I ni takut. So you kan lelaki. Of course you ada pendapat dan jalan penyelesaian"
Tampang bersahaja Mimi ditatap lagi. Kemudian sebuah helaan nafas dimuntahkan.
"Of courselah I kecewa! Lagi dua minggu nak kawen, bakal isteri buat hal. Pregnant sebelum nikah tu bukan perkara kecik tau? Tu melibatkan maruah dan aib keluarga. Kalau I, sorry to say. I tak sanggup nak berhadapan dengan benda tu. I better call it off! Buat apa I nak kawen dengan perempuan yang serahkan tubuh dia pada lelaki lain sebelum I?"
Mimi tersentak mendengar jawapan itu. Sejujurnya dia benar-benar kecewa dengan Iqbal. Namun dia juga tak mampu nak salahkan lelaki itu. Iqbal tak bersalah di dalam hal ini. Dia yang bersalah kerana tak mampu menjaga diri.
Apa yang harus dilakukannya?
TANPA sedar, laju saja air matanya mengalir. Peristiwa itu terimbau secara tiba-tiba. Sehingga kini dia masih tak mampu nak maafkan dirinya di atas kesilapan itu. Namun dia bangga punya Sofi.
Anak itu sangat penurut. Walaupun Sofi bukan di dalam jagaannya, namun Sofi tetap menyayanginya. Dan Amran memang lelaki yang menepati janji. Segala keperluan dan kelengkapan Sofi disediakan sepenuhnya oleh lelaki itu.
Dulu setelah dia melahirkan Sofi, Amran sendiri berjanji untuk menjaga dan melindungi Sofi. Jadi Mimi tak banyak bicara. Bimbang kewujudan Sofi dihidu oleh keluarganya, dia menyerahkan anaknya itu di dalam jagaan dan kepercayaan Amran.
Kini, sudah lapan tahun usia Sofi. Amran menjaganya dengan cukup baik. Jika dari dulu dia percayakan Amran dan mengahwini lelaki itu, pasti hidupnya takkan terseksa seperti ini.
Sesungguhnya ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Amran kini masih tak berkahwin kerana masih mengharapkan dia. Namun dia tak mampu nak kembali kepada lelaki itu dalam keadaannya seperti itu.
"Ya Allah, bantulah aku!"
BERSERI-SERI wajah Azhar petang itu. Hatinya riang dan gembira. Tidak lama lagi, Nissa bakal menjadi miliknya yang sah.
"Amboii!! Bakal raja sehari ni. Senyum sampai ke telinga!" usik Rizal dengan gelak tawanya.
Angin Azhar sejak akhir-akhir ini sangat baik. Mereka bekerja pun hati riang. Jika tidak, hari-harilah mereka menghadap wajah ketat Azhar itu. Sesungguhnya, Nissalah penyelamat hari-hari mereka!
"Kau kalau nak kawen nanti, macam nilah perasaan dan sikap kau! Masa tu, giliran aku pulak yang menyakat!" sahut Azhar dengan gelak tawanya.
"Lamberrtt lagi!" sahut Rizal pula.
"Yelah tuan! Tunggu tuan dapat baby, barulah kami ni merasa nasi minyak si Rizal tu! Agaknyalah!" sampuk Iswandi pulak. Mana tidaknya, Rizal itu dari bergelar pelatih lagi, tak habis-habis berkepit dengan Azhar.
"Kuangjaqq!!" gerutu Rizal dalam loghat utaranya. Namun omongan Rizal disambut dengan gelak tawa dari mereka.
"Itu pun kalau dia nak kawen! Entah-entah, sampai ke tualah membujang kot!" sahut Umar pula. Tak mahu mengalah.
"Sibuk jelah korang ni!" rungut Rizal. "Berapa hari kau cuti?" Wajah Azhar dipandang beserta soalan tersebut.
"Dua minggu je!" sahut Azhar. Fail satu kes dibelek dan dibaca dengan teliti. Kes orang hilang lagi!
"Pendeknya cuti! Kenapa tak mintak sebulan?" Rizal pula yang merungut.
"Aikkk, aku yang kawen, kau pulak yang merungut?" Mata Azhar masih melekap pada butiran kes tersebut. Kes hilang pelajar! Ehh ni kampus tempat Ana belajar.
"Yelah, kau kan jarang cuti dalam tiga tahun ni. Ambiklah cuti lebih sikit. Bawak Nissa honeymoon ke, pergi jalan-jalan ke, mana tahu nanti kami dapat anak saudara baru. Ye dokk?"
Azhar masih diam. Ralit dia membaca butiran kes tersebut. Rebecca, gadis berusia 19 tahun didapati hilang dua jam selepas kelasnya berakhir.
"Kalau tak jalan-jalan, tak honeymoon, tak boleh buat anak ke?" Selamba badak pulak Azhar menyoal!
Rizal dan yang lainnya ketawa. Perangai gatal dan merenyam inspektor mereka dah keluar! Sebelum ni, bukan main baik! Pijak semut pun tak mati. Ishh!! Memang dah wajib kawen dah tu!
"Bila kes ni difailkan?"
"Rasanya dua hari lepas!" sahut Umar.
"Kenapa baru sekarang atas meja aku?!" Suara keras Azhar bergema di seluruh balai itu.
Ahh sudah! Mereka kecut perut melihat wajah ketat Azhar itu. Sekelip mata saja moodnya berubah. Mak aiii!!
"Rizal, Umar! Ikut aku!!"
SETELAH puas disiasat dan diekori gerak-geri Azhar, akhirnya Iqbal tahu keberadaan Nissa. Dia tersenyum puas melihat figura Nissa di hadapan rumah. Wanita kesayangannya seperti sibuk melakukan sesuatu.
"Masa untuk berkenalan!" Iqbal sudah siap untuk berjumpa empat pasang mata dengan wanita itu.
Dia takkan berhenti selagi Nissa tak menjadi miliknya. Dia yakin, Nissa masih menyayanginya.
Perlahan-lahan dia menapak keluar dari Alza miliknya. Laju saja derap kakinya mendekati Nissa di situ.
"Nissa...."
Nissa yang ketika itu sedang sibuk membuat bunga telur, dibantu oleh Ana, segera menoleh. Senyumannya mati tatkala matanya bertembung dengan mata berkaca milik Iqbal.
"Nissa... Nissa..." Separuh merintih suara Iqbal. Betapa dia rindukan wanita itu.
Wajah Nissa kelihatan bahagia dan tampak makin berseri. Dulu sepanjang Nissa hidup bersamanya, wajah itu sentiasa tampak memendam seribu rasa.
Kalau bukan disebabkan perasaan hormat, pasti sudah lama dipeluknya wanita itu.
Nissa mengundur dua tapak ke belakang. Dia takut dan trauma melihat Iqbal di situ. Serta-merta kenangan lalu datang menjengah.
"Akak..." Ana sentuh bahu Nissa. Wajah Nissa tampak pucat sahaja. Dia lihat Nissa seakan sukar hendak bernafas.
"Akak!!" Ana cemas. Dia ketakutan. Apatah lagi setelah lelaki tadi semakin menghampiri.
Iqbal semakin laju mendekati Nissa. Dia tak akan melepaskan peluang untuk meraih cinta wanita itu. Dia masih punya peluang. Dan sekiranya Nissa sudah dimiliki sekalipun, dia tidak akan sesekali mengaku kalah!
Kali ini, Nissa harus menjadi miliknya!
Share this novel