TIGA PULUH TUJUH

Drama Series 16075

BERLARI-LARI Lili mendapatkan mamanya setelah menerima mesej daripada Nissa. Menurut Nissa, Mimi tidak pernah melarikan diri dengan mana-mana lelaki. Sebaliknya dia dikurung oleh Iqbal di dalam rumah. Dan itu sudah diakui oleh Kak Uteh sendiri.

"Ma.. Lili dah jumpa Mimi!"

Mendengar saja nama Mimi, Puan Sri Linda lantas bangun dari baringnya. Air mata yang bertakung diseka segera.

"Jangan nak sedapkan hati mama ye?!"

"Tak ma. Nissa yang bagitahu. Dia dah confirm pasal tu"

Nissa? Puan Sri Linda seperti pernah mendengar nama itu. Tapi dia lupa di mana.

"Mama siap-siap! Nanti Lili cerita dalam kereta. Papa mana?"

Lili berlari menuju ke biliknya pula. Dia harus bersiap-siaga untuk berhadapan dengan si mental Iqbal itu! Dan dia takkan pulang selagi Mimi tidak kembali kepada mereka.

Wajah lena Sofi yang tidur di atas katil ditatap. Dia melemparkan senyuman lebar.

"Maklong akan bawak pulang mama Sofi!"

"TAKPELAH! Nissa pergi sendiri je. Abang ada kerja kan?"

Merajuk saja bunyi nada suara Nissa. Dia ingin membawa Azhar pulang ke kampung untuk menyelamatkan Mimi namun Azhar pula ada kerja yang harus diselesaikan.

"No! Abang tak izinkan!"

"Abang, Nissa pergi dengan kak Lili. Bukan pergi sorang! Nissa bukan pergi mana-mana pun. Balik kampung kejap je. Tu pun sebab nak selamatkan Mimi"

Nissa hampir terjerit di dalam talian. Kenapalah Azhar degil sangat kali ini? Dia bukannya budak kecil yang harus diawasi setiap saat.

Azhar menghela nafas. Dia tahu, Nissa sedang diamuk marah. Dia bukan melarang Nissa balik ke sana cuma dia risaukan keselamatan isterinya. Mereka sudah berjanji akan balik bersama-sama. Dia tak tega melepaskan Nissa pergi seorang diri.

"Sayang, dengar cakap abang kali ni ye? Nanti kita pergi sama-sama. Tunggu abang selesaikan kerja abang dulu"

"Tuan..." Panggil Khadir seraya menyerahkan satu dokumen kepadanya.

Azhar letak jari di bibir, memberi isyarat kepada Khadir untuk senyap.

"Abang, Nissa pergi kejap je. Okey? Nanti apa-apa, Nissa call abang balik.Take care! Love you!"

Belum sempat Azhar berbicara, panggilan sudah dimatikan. Azhar mendongkol geram. Sikap Nissa akhir-akhir ini seakan berubah saja. Degil dan suka membentaknya.

"Tuan, dia ada kat dalam!" ujar Khadir yang berdiri di sebelah. Azhar sempat menjeling ke arah Khadir sebelum bergerak ke tempat sel.

RIAK bersahaja Johan direnung tajam. Sedari tadi, dia menanti dengan sabar akan pengakuan lelaki itu. Duduknya di hadapan lelaki itu dengan melipat tangan ke dada.

Diperhatikan saja tingkah Johan yang seakan sengaja menguji kesabarannya. Anginnya tidak baik hari itu. Jadi sesiapa saja yang mencari pasal atau membuat onar pasti akan kena dengannya.

"Kau tak kenal ketiga-tiga mangsa ni?"

Tiga keping gambar diletakkan di atas meja, tepat di hadapan Johan.

Gambar itu ditilik sekejap. Kemudian dia mengangguk dengan sengihan di wajah. "Kenal! Siapa tak kenal?! Yang dua orang ni, hot chick kat tempat aku. Hari-hari dapat tempahan dari pelanggan. Yang sorang ni..." Johan lihat gambar Rebecca.

Lama dia diam sampaikan sabar Azhar sudah tinggal separuh. Dia memang sedang bermain gila dengan api!

"Kenapa dengan dia?" tanya Azhar sambil merujuk kepada gambar Rebecca.

"Kau dah kawen?" tanya Johan pula.

Azhar malas-malas hendak menjawab. Johan seakan mempermainkannya.

"Dah!!" jawabnya ringkas.

"Ohh jadi kau mestilah tahu hubungan suami isteri kan? Macam tu lah hubungan aku dengan Rebecca!" Johan mengekek di hujung tawanya.

Azhar mendengus. Dasar lelaki murahan! Meletakkan maruah dan harga diri seorang wanita di bawah telapak kaki!

Telefon bimbit yang diletakkan di bawah 'silent mode' bergetar. Tertera nama Kak Uteh di situ. Azhar tak perasan akan itu. Fokus saja dia pada lelaki di hadapannya saat ini.

"Apa kau buat pada Rebecca?"

Suara dan wajah Azhar masih tetap serius. Sedikit pun tak berubah meski Johan sengaja mengusik dengan lawak bodohnya!

Johan hanya membatu. Tetapi wajahnya penuh dengan sengihan. Macam orang tak siuman pun ada!

"Jangan nak buang masa aku!" bentak Azhar dengan suara kerasnya. Rizal dan Khadir yang dari tadi berdiri di situ terkejut dan mula ketakutan. Tahulah mereka mood Azhar tidak bagus hari itu.

"Kalau aku nak diamkan diri dan lantik seorang peguam, boleh tak?" Selamba saja Johan meminta. Tidak dia sedar akan bara api yang sudah dicucuhnya di dalam hati Azhar itu sedang menggeledak!

Azhar menghela nafas dengan keluhan beratnya termuntah sekali. Dia memberi isyarat kepada Rizal dan Khadir agar berdiam diri, seperti biasa yang dilakukan jika suspek tidak memberikan kerjasama atau menyusahkan.

Azhar bangkit dari duduknya lantas melayangkan beberapa tumbukan ke wajah dan perut Johan. Dilihatnya Johan tak membalas. Hanya jatuh tersungkur di atas lantai.

"Kalau kau nak peguam, kenapa dari tadi tak cakap? Kan dah menyusahkan kerja aku! Bodoh!" Dilayangkan lagi beberapa tumbukan ke wajah Johan. Lunyai teruk lelaki itu dibuatnya.

"Har!! Dah!" Rizal menghalang aksi Azhar. Dipeluk tubuh kekar itu dari arah belakang.

"Bawak dia keluar sebelum angin aku datang menggila!"

Cepat-cepat Khadir membawa Johan kembali ke selnya setelah mendapat isyarat daripada Rizal.

"Sabar! Tenang!" Rizal menenangkan Azhar.

"Arhh!! Lepaslah!" bentak Azhar seraya melepaskan diri dari cengkaman Rizal.

"Kau kenapa ni? Jangan disebabkan panas baran kau, satu nyawa melayang!" Keras suara Rizal mengingatkan. Azhar memang tidak mampu mengawal panas barannya.

Azhar menarik nafas dalam-dalam, mencari ketenangan dalam gelora perasaan. Dia memejam mata seketika sambil mengeluh panjang. Kesal dengan tindakannya sebentar tadi.

"Ikut aku kejap!"

SUASANA rumah sunyi dan seakan tiada orang sahaja. Kereta milik Iqbal juga tiada di situ. Nissa parkir di halaman rumah, menunggu ketibaan Lili dan keluarganya. Mereka sudah berjanji bertemu di kampung sahaja.

Telefon bimbit di dalam beg dikeluarkan. Tertera berpuluh kali panggilan tak dijawab dari suaminya. Nissa menepuk dahi. Dia tidak dengar bunyi telefon bimbitnya berbunyi sepanjang pemanduan tadi.

Telefon bimbitnya berbunyi. Terpancul nama 'Suamiku' di situ.

"Abang..."

"Nissa kat mana sekarang ni?" Suara Azhar kedengaran serius. Tiada lagi nada yang lembut dan romantis seperti selalunya.

Air liur ditelan. "Nissa...Nissa kat kampung"

"Degillah Nissa ni! Tunggu abang datang! Jangan nak memandai buat hal"

Panggilan dimatikan. Nissa mengetap bibir. Azhar sudah marah. Dia jadi takut.

Kereta BMW berhenti bersebelahan dengan keretanya. Nissa keluar dari kereta ketika melihat Lili dan kedua orang tuanya menapak keluar.

"Nissa!" seru Lili lantas merapati Nissa.

Tan Sri Aziz tersentak melihat wajah Nissa. Mirip seseorang!

"Puan Sri.." Nissa tunduk menyalami tangan Puan Sri Linda yang juga tampak kaget melihatnya. Ketika bersabung mata dengan Tan Sri Aziz, dia hanya melakar senyuman dan menundukkan kepala sebagai tanda hormat.

"Senyap je. Takde orang ke?" tegur Lili. Dia jadi penasaran dengan keadaan Mimi.

"Tak tahulah pulak! Saya call Kak Utek banyak kali tapi tak dapat. Kereta Iqbal pun takde"

"Tu maknanya Iqbal takde kat rumah! Jadi senanglah kita selamatkan Mimi" ujar Puan Sri Linda pula. Wajahnya sudah bersinar-sinar. Lega hatinya setelah Lili menceritakan duduk perkara sebenar tadi. Ternyata, Iqbal yang berbohong.

"Sini, ikut aku!!"

Pintu rumah terkuak luas. Muncul Iqbal dengan wajah keruh memimpin Mimi yang tampak tak teratur itu. Ketika melihat Nissa dan keluarga Mimi di situ, Iqbal tersentak. Pegangan Mimi dilepaskan. Penipuannya terbongkar!

"KAU buat apa kat adik aku?!" Wajah serius Lili menantang tampang keruh Iqbal. Dia tahu, penipuannya terbongkar! Tiada alasan lagi untuknya berdalih.

"Ma..ma..pa..pa" panggil Iqbal dengan suara tergetar-getar. Ketika menatap wajah Nissa, rindunya terubat. Dia menapak dua langkah ke hadapan namun Nissa terlebih dahulu bersembunyi di belakang Tan Sri Aziz. Langkah Iqbal terhenti, apatah lagi setelah bertembung dengan wajah papa mentuanya yang tampak serius.

"Bak sini adik aku!" bentak Lili. Wajahnya menyeringa, seperti nak diterkamnya saja Iqbal itu.

"Tak boleh!" Iqbal melawan. Mimi teresak-esak. Wajah sedih mama dan papa ditatap dalam rindu yang mendalam.

"Mama..papa"

"Kau jangan nak ke mana-mana!" getus Iqbal dengan suara kerasnya. Bergegas dia pulang ke rumah setelah menerima panggilan daripada Kak Uteh mengkhabarkan keadaan Salmah yang kini dirawat di hospital. Tetapi lain pula yang terjadi!

"Kau buat apa kat adik aku, bodoh?!" Lili meradang kerana soalannya tak terjawab.

"Bodoh?" Iqbal pandang wajah Lili. "Aku ke adik kau yang bodoh? Dia dah perbodohkan aku! Dia lahirkan anak luar nikah sebelum kawen dengan aku. Dia jual badan dia dekat lelaki lain! Dia tipu aku. Budak tu...budak tu dah besar! Maknanya dah lama jugak dia tipu aku!!"

Mimi sudah menangis. Aibnya terbuka kembali di hadapan keluarganya. Bukan saja-saja dia menipu, dia punya asbab. Dan Iqbal tak mahu mendengar dan menerima penjelasannya.

"Kau tahu tak, Mimi kena aniaya?"

"Arghh!! Kau tak payah nak menipulah Lili. Korang satu keluarga memang nak bodohkan aku!"

"Heii!! Kau tu ego! Tak mahu nak dengar penjelasan orang. Jangan nak salahkan orang lain pulak" Lili tak mahu mengalah. Jika Iqbal mahu melawan, dia tak akan sesekali berundur!

Iqbal mendengus kasar. Ego? Selama ini dia rendahkan egonya hanya kerana Mimi. Dia korbankan segala-galanya termasuk melepaskan Nissa hanya kerana Mimi!

"Kalau kau dah tak nak kat Mimi, kau kembalikan dia pada kami. Aku janji, Mimi takkan tuntut apa-apa dari kau!" Suara Lili sudah mengendur. Dia berharap dengan cara itu, hati Iqbal terpujukkan.

Mimi mengangguk. Wajahnya belas menatap si suami.

"Aku korbankan semuanya demi dia. Tapi dia tipu aku. Dia perbodohkan aku! Benda paling bodoh aku buat, aku ceraikan Nissa semata-mata nak ratukan dia! Tapi dia, dia tipu aku. Dia tipu aku selama bertahun-tahun! Aku dendam! Aku dendam dengan semua orang yang menipu aku!"

Mendengar bicara itu, Nissa perlahan-lahan melangkah satu tapak di hadapan. Dia memberanikan diri menantang tatapan Iqbal.

"Cukuplah Iqbal! Benda dah lama berlalu. Kenapa nak ungkit lagi? Saya dah bahagia. Awak pun boleh bahagia.."

"Siapa kata abang bahagia? Abang tak bahagia! Abang akan bahagia kalau Nissa di sisi abang" Suara Iqbal kembali normal. Dia seakan merayu untuk kembali kepada Nissa. Selangkah demi selangkah dia mendekati Nissa.

"Nissa kembalilah pada abang! Abang akan tamatkan semua ni. Abang akan lepaskan Mimi dan lupakan semua dendam ni"

Nissa menggeleng. Tidak mungkin dia akan kembali kepada lelaki itu. Hatinya terisi penuh dengan cintanya Azhar.

"Nissa tak nak?!" Suara Iqbal kembali keras.

"Iqbal, kembalikan Mimi pada kami. Papa takkan tuntut apa-apa dari kamu. Papa akan lupakan semua ni"

"Arghh!!" Iqbal menjerit. Tangan Mimi dicengkam kasar.

"Sakit! Tangan I sakit.." Mimi mengaduh. Dia merayu minta dilepaskan.

"Aku akan lepaskan Mimi kalau Nissa ikut aku!"

happy reading cuolls :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience