EMPAT PULUH LAPAN

Drama Series 16075

TIGA BULAN KEMUDIAN...

LILI menjengah kepalanya ke dalam bilik tidur Nissa. Pintu bilik mereka terbuka luas. Dilihatnya Azhar sedang memicit kaki Nissa yang duduk bersandar di kepala katil. Mereka berdua bermalam di rumah agam papa sejak seminggu yang lalu.

Serba salah pula dia nak mengganggu masa rehat mereka. Tetapi dia perlu jugak berbincang mengenai sesuatu.

"Alongg!!" Nissa terjerit kecil. Kaget melihat hanya kepala Lili yang menjenguk. Badannya hilang ke mana!

Lili tersengih sambil menggaru kepala. "Ganggu ke?"

"Taklah! Abang Har tengah urut kaki Nissa je. Kenapa along?"

Lili mengetap bibir. Bagaimana harus dia berterus-terang? Dia segan sebenarnya.

"Along nak bincang apa-apa dengan Nissa ke?" Awal-awal lagi Azhar sudah merisik. Agaknya, dia macam tahu butir perbincangan mereka berdua.

Lili tersengih. Dia sudah berdiri di hadapan pintu. "Boleh ke? Along pinjam Nissa kejap?"

Azhar tergelak. Hidung Nissa dicuit. "Boleh je! Abang keluar dulu" Perut Nissa yang sudah memasuki usia lima bulan itu diusap. Ciumannya berlabuh di situ.

"KENAPA long?" tanya Nissa setelah Azhar berlalu. Lili menutup rapat-rapat pintu bilik. Kemudian, derap kaki diatur mendekati Nissa.

Punggungnya dilabuhkan berhadapan dengan Nissa. Belasnya dia melihat wajah polos Nissa itu. Perut yang semakin membesar juga ditatap. Nissa nampak berisi dan comel. Azhar benar-benar meratukan adiknya yang satu itu. Seronoknya diratukan sang suami!

"Along ada hal nak bincang. Tapi, perlukan pertolongan adik jugak" Lili pamer muka kasihan dengan bibir yang sengaja dicebirkan.

Nissa mengekek. Sejak akhir-akhir ini, perangai Lili agak berlainan. Kerap menyendiri dan kurang fokus. Semacam ada sesuatu yang sedang difikirkannya.

"Apa dia long? Kalau adik boleh bantu, adik bantu" ujar Nissa sambil memicit kakinya sendiri.

Melihat itu, laju saja tangan Lili naik ke atas betis Nissa. Diurut betis sehingga ke kaki itu. Tangan Nissa ditolak tepi, menghalangnya daripada berbuat demikian.

"Biar along urut!" Lili menawarkan diri. Kasihan melihat Nissa yang agak kepenatan sejak berbadan dua. Jika tidak didesak papa dan mama untuk bermalam di rumah, mungkin sampai sekarang Nissa tak menunjukkan muka di situ. Mama dan papa risau dengan keadaannya yang berbadan dua itu. Nissa pula selalu menasihati papa dan mama agar tidak merisaukan dia. Dia juga selalu berkata untuk tidak mahu menyusahkan mama dan papa untuk menjaganya. Tapi papa berkeras untuk menjaga Nissa dengan menjemput Nissa dan Azhar ke rumah. Mahu atau tidak, Nissa dan Azhar terpaksa juga bersetuju. Kini baru dia tahu sikap degil Nissa rupa-rupanya diwarisi dari papa.

"Along nak bincang pasal apa?" tanya Nissa setelah agak lama mereka mendiamkan diri.

"Adik tahu kan? Along rapat dengan siapa sekarang?" Lili memulakan mukadimah. Bicara harus disusun sebaik mungkin agar Nissa senang memahaminya.

Laju Nissa mengangguk. Mestilah dia tahu! Dia sekarang dah jadi assistant kakaknya itu. Setiap apa yang berlaku, pasti dia orang pertama yang diberitahu.

"Along nak kawen!" Seringkas itu ayat Lili tetapi cukup bermakna di cuping telingan Nissa.

"Waahh!! That's good! Kawenlah. Apa masalah dia?"

Lili mengeluh berat. Wajah tak sabar Nissa dipandang. "Itulah masalahnya!"

Aik?! Nissa mengerut dahi. Calon dah ada, apa pulak yang tak kena? Calon tu pulak orang yang baik, penyayang dan penyabar. Berbeza dengan kakaknya yang agak kasar dan spontan itu! Hadehh!! Ponin kopala den!

"Okey, masalah dia apa long?"

Dari duduk, kini Lili sudah berdiri. Mundar-mandir di hadapan Nissa dengan wajah keruh. Bibir diketap. Dia nak kawen, tapi orang di sana diam tak berkutik! Dia sukakan si dia, tapi si dia buat tak tahu! Arghh!! Susahnya!

"Dia tak ajak along kawen lagi. Dia tak lamar along lagi. Along yang nak kawen dengan dia. Dan plan nak kawen tu pun dari along jugak! Hmm.." keluh Lili lalu menghempas tubuh di atas katil. Tangan didepakan dengan wajahnya yang cemberut. Bingung memikirkan si dia yang seakan blurr! Habis tu, apakah makna perhubungan yang terjalin di antara mereka selama ini? Dia mahukan lebih!

"Laa.." Nissa faham sekarang. Masalah yang dialami oleh Lili itu yang menyebabkan kakaknya berubah sikap selama ini.

"Adik faham kan?" tanya Lili seraya mendongak memandang Nissa.

"Faham" Nissa mengangguk. "Nak adik cakap dengan dia ke?"

"Hmm tak payahlah dik! Sebab tu along nak kawen. Along nak merisik dia. Tapi adik kena tolong pujuk papa!"

"HAA? Awak dah gila ke? Yang si Lili tu, macamlah takde cara lain!" gerutu Tan Sri Aziz dengan dengusannya. Anak yang satu itu kerap kali bikin dia pusing. Naik pening kepala dia dibuatnya!

Puan Sri Linda juga mengeluh. Puas Lili memujuknya dengan sagala macam cara. Mahu atau tidak, dia terpaksa juga memberanikan diri untuk berbincang dengan suaminya. Masalahnya, Lili yang buat hal!

"Nak buat macam mana bang? Anak awak yang satu tu, keras kepala! Semua nak ikut kepala dia je"

"Saya ni takde masalah pun kalau dia nak kawen. Lagilah saya suka! Ada jugak orang jaga dia, kawal sikap keras kepala dia tu. Umur dah 31 tahun. Yang masalahnya sekarang, kenapa kita yang pihak perempuan kena merisik pihak lelaki? Dah terbalik tu Lin!"

Tak habis fikir dia dengan telatah anak yang satu itu! Kalau dah saling suka, kenapa tak suruh pihak lelaki saja yang datang berbincang?

"Masalahnya, kisah cinta dorang tu rumit bang!"

"Apa yang rumitnya? Cuba cakap dengan saya"

Puan Sri Linda menjongket bahu. Dia sendiri pun tak faham masalah cinta si Lili itu. Zaman dulu dengan sekarang bukannya sama!

"Hmmm tak fahamlah saya dengan anak awak tu! Pendek kata, kalau dia nak kawen, pihak lelaki kena datang jumpa kita. Bukan sebaliknya! Kalau tak, tak payah kawen, senang cerita!! Kita cari je calon lain"

"SEBAB tu lah kau kena tolong along! Huwaaaa.." Lili sudah hampir hendak menangis. Tak rela jika dia disunting orang lain, atau si dia yang bersama dengan yang lain! Pendek kata, dia kena jugak kawen dengan lelaki tu!

Nissa ketawa. Macam tu sekali rumitnya kisah cinta Lili dan Nuh. Nuh pun satu, kenapa nak kena jual mahal? Kan dah susah macam ni!

"Janganlah gelak dek! Along mintak tolong ni..."

Nada suara Lili kedengaran merajuk.

"Yelah! Nanti adik cakap dengan papa. Atau nak adik cakap dengan Nuh?"

"Ehh tak payah! Cakap dengan papa je"

"Yelah! Along sayang betul ke dengan Nuh?"

Wajah Lili diamati dalam-dalam. Beruntungnya Nuh, dicintai oleh Lili sedalam itu. Jarang dia lihat Lili bertingkah seperti sekarang. Apatah lagi Lili memang terkenal dengan sikap keras kepalanya itu! Dengan Nuh, mahu pula dia berlembut hati.

"Sayanglah, gila tak sayang?! Along memang sukakan dia dari zaman sekolah dulu. Cuma masa tu along geram je. Dia macam sekaranglah! Buat tak tahu je dengan along. Menyampah betul!" dengus Lili apabila terkenang kisah lama. Dia sengaja mencari pasal dengan Nuh kerana inginkan perhatian dari lelaki itu. Tapi Nuh sangat dingin dengannya. Selalu main tarik tali! Itu yang buat dia makin geram.

Nissa tahu kisah itu. Lili pernah bercerita kepadanya suatu masa dahulu. Tidak disangka, Nuh dan Lili satu sekolah 14 tahun yang lalu. Gara-gara satu masalah, Nuh membawa diri jauh dari semua orang. Sejak dari hari itu, mereka tidak pernah bertemu lagi sehinggalah pertemuan semula berlaku tiga bulan lepas. Hmm, besar sungguh kasih sayang Allah pada hambaNya!

"Along rasa, along banyak menyusahkan dia dari dulu. Jadi dah alang-alang buat dia susah, baik along susahkan terus!"

Kata-kata itu membuatkan Nissa tergelak. Lili ni ada masanya macam orang tak betul! Panahan cinta Nuh gamaknya!!

"Jadi kau kena fahamlah gelora hati along ni..." Lili buat wajah kasihan demi menagih simpati si adik.

"Tapi itulah, kalau boleh along nak Nuh sedar perasaan dia pada along. Bukan sebab adik yang bagitau dia! Nanti dia rasa terpaksa pulak"

"Ye along! Adik tolong ye? Jangan risau okey?"

"Yeahh!!" Lili bersorak gembira. Tubuh Nissa dipeluk erat.

"Along, pelan-pelanlah! Sakit!" getus Nissa sambil memegang perutnya yang sedikit mengeras itu.

"Oopss!! Sorry. Sorry ye sayang? Maklong happy sangat" ucap Lili sambil mengusap perut Nissa.

Nissa menggeleng kepala. Along! Along!!

TERGELAK Azhar mendengar cerita yang dibawa oleh Nissa itu. Geli hati pula rasanya apabila Lili bertingkah seperti itu. Nampak cinta benar pada sang pujaan hati!

"Kita kena tolong dorang bang" cadang Nissa sambil meluruskan kaki. Rasa sakit mencucuk-cucuk pula di situ.

Azhar duduk di hujung kaki Nissa. Diurut kaki itu seperti biasa. Dia nampak kaki Nissa agak membengkak. Kasihannya isteri abang ni!

"Yelah, nanti abang cakap dengan Nuh!"

"Ehh jangan bang! Along tak kasilah..Along nak Nuh tu sedar sendiri perasaan dia. Takut nanti, Nuh rasa terpaksa kalau kita yang bagitahu"

"Ye sayang! Pandailah abang tanya nanti"

Wajah Nissa keruh. Perutnya mengeras. Tak rasa sakit, cuma rasa mencucuk-cucuk saja.

"Kenapa sayang?" Riak Azhar cemas menatap wajah comel itu.

"Perut mengeras bang!" sahut Nissa sambil menghela nafas perlahan-lahan. Tak lama, sekejap saja. Nissa kembali tenang.

"Dah okey?" tanya Azhar lagi.

"Dah okey bang. Biasalah orang mengandung akan rasa macam ni kadang-kadang. Perut mengeras, baby tendang, contraction, macam-macam lagilah!"

"Sebab tu abang nak kita duduk sini sampai sayang bersalin. Mama dan papa pun cakap benda sama. Tapi sayang tak nak"

"Alaa Nissa bukannya apa! Nanti susahkan mama dan papa.."

"Mana ada susahkan dorang! Mama dan papa cakap okey je. Lagipun, papa kan dah janji nak tebus semua kesalahan pada sayang. Sayang kenalah bagi peluang pada dia. Papa ikhlas tau?"

Azhar boleh nampak keikhlasan pada wajah papa mertuanya. Jelas kelihatan yang Tan Sri Aziz sedang mencuba untuk menyenangkan Nissa.

"Yelah bang! Nissa dengar cakap abang"

Akhirnya Nissa mengalah jua. Azhar melemparkan senyuman. Sebuah kucupan dilayangkan ke pipi gebu itu.

"Pipi sayang makin tembamlah! Berisi. Abang suka. Buat abang geram je!" Azhar membenamkan wajahnya ke pipi gebu Nissa.

Mengekek Nissa dibuatnya. Ditolak lembut wajah itu dengan tangannya.

"Abang ni..." Nissa mencebirkan bibir. Sejak dia berbadan dua, Azhar kerap kali mengajaknya bermanja. Dia adakalanya rimas dengan sikap manja suaminya itu. Tetapi dalam masa yang sama, dia sunyi jika tiada wajah dan suara itu menyapa. Haihlah hati!

"Nasib baik ada baby ni. Kalau tak..." Azhar tersenyum nakal. Dengan Nissa saja, sikap manja dan gatalnya itu menjadi-jadi! Jika dengan orang lain, wajahnya sentiasa serius!

Nissa tergelak dengan omongan suaminya. Nakal memanjang! Pipi itu dicubit geram.

"Jambang abang ni makin panjanglah! Nak kena trim ni" ujar Nissa sambil mengelus jambang suaminya yang sudah memenuhi wajah itu.

"Esok-esoklah! Abang ngantuk ni" adu Azhar. Wajahnya sudah dibenamkan ke dada Nissa sambil tangannya memeluk pinggang itu.

"Nissa rimaslah dengan jambang abang ni. Geli tau kalau abang cium. Jambang dulu yang singgah sebelum bibir tu" omel Nissa dengan wajah cemberutnya.

Azhar tergelak. Ada-ada je alasan dia! "Alasan! Nak sangat trim jambang kan?"

"Abang nampak garang tau tak? Hari tu Rizal datang rumah, mengadu. Cakap abang garang sangat kat balai"

Kening Azhar bertaut. Bila pulak Rizal datang ke rumah? Kenapa dia tidak tahu? Ee berani pulak dia mengadu dengan isterinya?!

"Bila Rizal datang rumah? Abang tak tahu pun! Datang mengadu pulak tu!" gerutu Azhar dalam nada cemburu.

"Jeleslah tu!" omel Nissa. Bukan dia tidak tahu dengan perangai kuat cemburu si Azhar itu. Pantang nampak dia berbual dengan lelaki lain, laju saja dia cemburu! Padahal dia bukan saja-saja nak berbual.

"Mestilah abang cemburu!Sayang kan milik abang sorang!" Leher jinjang Nissa dikucup.

Nissa tertawa. "Hari tu, Rizal datang hantar surat abang tu. Masa tu abang bertugas kat Shah Alam. Along yang ambik surat tu. Lepas tu, dia mengadulah cakap abang garang sangat kat balai. Semua tak berani buat hal kalau abang ada!"

Azhar mengerut dahi. Surat? Oh ya! Surat rahsia itu. "Yelah sayang! Abang kenalah tegas. Dorang kan bekerja di bawah arahan abang. Nanti dorang buat hal, abang jugak yang kena"

"Ye bang! Tapi abang jangan marah Rizal pulak sebab dia mengadu ni! Kesian dia..nak kena mengadap muka abang yang garang ni!"

"Amboii!!" tukas Azhar. "Abang jeles ni"

Nissa ketawa lagi. "Mengada!"

Hidung dan pipi Nissa dikucup. "Oh ye, mana surat tu sayang?"

"Nissa simpan dalam laci tu bang"

Azhar menuju ke arah laci tersebut. Dikeluarkan sebuah dokumen yang bercop 'Urusan Kerajaan' padahal itu adalah misi rahsianya Nissa tak tahu.

Dibaca satu persatu. Wajahnya berubah. Dia berpaling memandang Nissa yang sedang tersenyum kepadanya.

Azhar serba salah. Macam mana dia hendak memberitahu perkara tersebut kepada isterinya? Dan kuatkah Nissa menerima berita tersebut?

Telefon bimbit berbunyi. Mesej dari Kak Uteh diterima.

'balik kpg hjg mggu ni. ada hal penting, pak man nak jumpa kau dan nissa'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience