LIMA PULUH

Drama Series 16075

NISSA dan Azhar kembali ke rumah dalam keadaan hati penuh lara. Pelbagai perasaan mula bercampur-baur dalam diri. Entahkan marah dengan sikap kejam Mak Uda, atau kasihan dengan nasib yang menimpa dirinya, masing-masing tidak mampu mentafsirnya.

Namun yang jelas, ada sesuatu yang mereka pelajari. Menganiaya orang akan mendapat balasannya, cepat atau lambat. Tak di dunia, di akhirat yang pasti.

"Rehatlah dulu. Nanti malam sikit kita balik rumah papa"

Nissa hanya mengangguk. Tubuh sudah dibaringkan di atas katil. Serentak itu, bibirnya memuntahkan keluhan panjang.

"Kenapa ni?" tanya Azhar lagi. Dia bimbang dengan keadaan Nissa. Takut menjejaskan kandungannya.

"Nissa sedih"

"Pasal Mak Uda?"

Nissa mengangguk lagi. Tidak tahu hendak memberi reaksi apa.

"Sabarlah sayang. Kat dunia ni, ada orang baik. Ada jugak orang jahat. Baiknya kita, maka balasannya pun baik. Begitu jugak sebaliknya. Tapi selagi kita bersabar dan banyak buat baik, Allah akan sentiasa lindungi kita dan jaga kita. Kita kena yakin"

Azhar tersenyum sambil menyelak rambut panjang isterinya. Wajah itu nampak pucat dengan mata yang sembab. Hari itu, dia banyak melihat Nissa mengalirkan air mata. Barangkali masih bersedih dan terkejut dengan peristiwa hari ini. Bagaimana agaknya dia menerima berita yang satu itu? Azhar mengeluh.

Riak Nissa berubah. Wajah serba salah Azhar ditatap. "Kenapa bang?"

"Takde apa-apa sayang! Penat je kot. Hari ni, macam banyak je benda berlaku" sahut Azhar. Tangannya naik mengelus pipi gebu Nissa. Dia masih memikirkan cara untuk memberitahu akan perkara sebenar kepada Nissa.

"Tapi abang nampak risau je?"

"Abang risaukan sayang, risaukan baby kita" Perut Nissa diusap lantas dikucup. Tak sabar dia nak menunggu kelahiran anak pertama mereka. Betapa dia mengimpikan hidup di samping Nissa dan anak-anak mereka. Kini Allah telah mengabulkan impian dan doanya.

"Ayah ni, risau sangat kan baby? Kita pandai je jaga diri" ujar Nissa, turut mengusap perutnya.

"Tapi ibu degil! Tu yang buat ayah risau!" sahut Azhar lagi sambil mencuit hidung Nissa.

Tergelak Nissa dibuatnya. Dia memang degil! Nak buat macam mana, dah memang sikap dia!

"Tapi sedegil-degil ibu, ayah tetap sayang! Ayah tetap cinta!"

Nissa ketawa lagi. Tahu benar perasaan Azhar terhadapnya. Setiap hari, setiap dua jam pasti akan menelefonnya. Risau sungguh Azhar! Bagaikan dia itu budak kecil. Dia teringat lagi ketika dia keluar dengan Lili, Azhar tak berhenti menelefonnya. Asyik memesan perkara yang sama. Tak boleh bercakap atau senyum dengan lelaki lain. Haihh! Padahal sudah jelas dia sedang hamil. Masakan ada lelaki yang masih mahu mengurat!

"Tidurlah sayang! Nanti lepas Maghrib kita gerak lagi. Abang nak masak kejap"

Nissa hanya mengangguk. Kepalanya sudah berat. Matanya layu. Fikiran dan emosinya penat. Dia benar-benar perlukan rehat!

"ADIK pergi mana? Kenapa baru sekarang balik?" Lili menyergah setelah melihat kelibat Nissa dan Azhar di muka pintu.

"Along..." panggil Tan Sri Aziz yang sedang membaca bukunya. Perangai Lili macam budak-budak! Tak boleh langsung jauh dari Nissa!

"Adik kan ada suami. Pandailah suami dia jaga" Puan Sri Linda pula menyampuk dengan membawa secawan milo panas permintaan suaminya.

Lili mencebirkan bibir. Nissa dan Azhar ketawa.

"Adik dah ada sini. Peluklah kuat-kuat!" Nissa mendepakan tangan ke arah Lili.

Belum sempat Lili memeluk adiknya,laju saja Azhar mengalih tangan Nissa ke arahnya. Sudahnya, Nissa pula yang memeluknya.

"Haishh!!" gerutu Lili dengan wajah mencuka. Azhar gelak lagi.

"Har ni dah besar. Pandailah Har jaga Nissa" Azhar memaklumkan itu. Kucupannya singgah pada dahi isterinya.

"Yelah, along percayakan kau!" Lili mengalah. Ditatap wajah belas Nissa itu. Dahinya mengerut. Pandangannya jatuh pada wajah Azhar pula. Dia bertanya melalui ekor mata. Azhar menjongket bahu.

"Sayang masuklah bilik dulu. Pergi rehat, tukar baju. Kejap lagi abang naik"

Nissa mengangguk saja. Setelah Nissa berlalu, Azhar mengambil tempat di sebelah papa mertuanya. Lili mengekori dari belakang. Banyak persoalan yang inginkan jawapan segera.

"Apa jadi? Macam ada something je. Tadi balik kampung, ada apa-apa hal ke?" tanya Lili.

Azhar mengeluh. Bagaimana ya, dia hendak bercerita? Dadanya sesak, masih sukar menerima kenyataan pahit itu.

Keenam pasang mata memandang ke arahnya. Menunggu jawapan dan cerita dari bibir itu.

"Mak Uda sakit teruk!" Itu saja yang keluar dari mulut Azhar.

"Kenapa?" tanya Puan Sri Linda pula. Siaran di televisyen sedikit pun tidak menarik minatnya.

"Agaknya balasan atas apa yang dia buat Nissa"

Lili mengerut dahi. "Maksudnya?"

"Dia yang buat Nissa dulu!" keluh Azhar, lemah.

"Biar betul?!" Suara Lili lantang. Terkejut dengan berita itu.

"Betul long! Kami pun macam susah nak terima. Tapi..." Azhar masih terbayang gambar Nissa yang disantau bersama paku, darah dan beberapa helai rambut yang ditemui di dalam almari baju di rumah Sulaiman. Terasa sesak nafasnya ketika membayangkan detik-detik hampir kehilangan Nissa dulu.

"Jahat betullah! Dia jugak yang hasut along dulu. Masa kes Mimi keguguran tiga tahun lepas, dia yang fitnah Nissa macam-macam! Along marah, terus pukul Nissa masa tu.."

Lili terbayangkan peristiwa tersebut. Betapa khilafnya dia untuk terus mempercayai omongan Mak Uda tanpa menyiasatnya terlebih dulu. Rasa bersalah dan dosanya terhadap Nissa kian menyelubungi ruang hati. Tidak disangka, orang yang disalahertikan rupa-rupanya adiknya sendiri!

"Benda dah lepas long!"sahut Azhar lagi. "Mak Uda memang tak pernah suka dengan Nissa dari kita orang kecik lagi. Hanya gara-gara.." jeda Azhar. Tak jadi nak meneruskan kata-kata. Dia jadi teringat akan maklumat yang baru diterimanya.

"Gara-gara apa?" sahut Tan Sri Aziz.

"Err sebenarnya Har ada benda nak bagitahu. Dan semua patut tahu!"

KOPI panas yang baru dibancuh dicicipi perlahan-lahan. Nikmatnya! Sedap! Tapi itu yang bikin dia sering tidur lewat. Barangkali caffein dari kopi itu penyebabnya.

Sudah hampir sebulan dia seperti itu. Sebelum tidur, wajib minum kopi dahulu. Dia anxiety! Bermacam-macam sedang bermain dalam fikiran. Minum kopi mampu menenangkan hatinya yang bercelaru itu.

"Kalau awak jual mahal sangat, nanti saya sendiri yang datang meminang awak! Jangan cabar saya, Nuh Mukminin!"

Kata-kata itu masih jelas terngiang di cuping telinganya. Empat hari lepas, Lili ada menemuinya di restoran dan meluahkan perasaan terhadapnya. Terkebil-kebil dia pengakuan itu. Tidak menyangka, jika dia bakal disunting bak 'anak dara'!

Geli hati pula dengan telatah Lili itu. Nampak tak sabar nak mendampinginya!

Dia bukannya tak suka Lili. Dia suka sangat. Lili nampak kasar dan berterus-terang. Berbeza dengan dirinya. Namun itu yang buat dia selesa dan senang berteman dengan gadis itu. Lili tidak ada apa-apa kekurangan pun. Dia cantik, berpelajaran tinggi, pandai berdikari namun itu yang menbuatnya merasa rendah diri. Dia tak semewah Lili. Mampukah Lili hidup sederhana di sampingnya?

"Kenapa kau tak nak Lili? She's a good person!" Nuh teringat perbualannya dengan Azhar dua hari lepas.

"Aku cakap ni, bukan sebab dia kakak ipar aku. Tapi sebab aku boleh nampak keikhlasan dia, kasih sayang dia. Dia sanggup buat apa saja demi orang yang dia sayang. Kau tengoklah Nissa tu! Ditatangnya penuh kasih sayang. Sampai ada masa aku fikir yang aku perlu bersaing dengan dia untuk dapatkan perhatian dan kasih sayang isteri aku sendiri!" jelas Azhar, diiringi tawa kecilnya. Teringat pula yang dia sering berebut perhatian Nissa dari Lili. Adakalanya dia cemburu kerana Nissa lebih meluangkan masa bersama Lili dan Mimi berbanding dirinya. Namun dia tak pernah meradang. Dia tahu, mereka adalah adik-beradik. Dan semakin ramai yang menyayangi Nissa, semakin senang hatinya dengan keadaan itu! Nissa layak mendapat kasih sayang yang banyak setelah banyak menderita sebelum ini.

"Aku tahu. Aku cuma rasa yang kadangkala aku tak layak untuk Lili. Dia kan dah biasa hidup mewah. Kalau suatu hari dia hidup susah dengan aku, boleh ke dia bertahan?"

"Kau tak pernah pun berbincang dengan dia. Macam mana nak tahu perasaan dia? Kau tanya dia dulu, aku yakin dia mampu berikan jawapan yang kau mahu. Lili tu jujur orangnya. Tak semudah tu dia nak menipu!"

Nuh mengeluh. Dia faham sikap dan sifat Lili. Cuma dia yang belum bersedia menerima jawapan itu nanti.

"Ke kau masih tak boleh nak lupakan isteri aku?" selamba saja Azhar menyoal. Setahu dia, Nuh juga pernah menyimpan perasaan terhadap Nissa. Tetapi sehingga ke tahap ini, Nissa masih belum mengetahuinya.

Bicara Azhar membuatkan Nuh berpaling. Wajah serius Azhar terbias dalam pandangan. Kenapa Azhar berfikir sampai ke tahap itu? Dia memang pernah ada perasaan pada Nissa, tetapi itu perkara lama. Nissa sudah bahagia, dia ikut senang. Tak pernah terdetik pun di hatinya untuk merebut Nissa daripada Azhar.

"Ala, relakslah! Aku gurau jelah"

Azhar mengekek. Tahu benar maksud pandangan Nuh itu. Dan dia juga tahu kalau Nuh lelaki yang baik. Nuh tak mungkin akan mengkhianatinya.

"Muka tu jangan ketat sangat!" tegur Azhar yang perasan riak ketat Nuh itu.

"Kau masih fikir aku ada perasaan pada Nissa ke?" Kali ini, wajah Nuh pula yang serius. Nissa hamil benih Azhar, masakan dia masih bercuriga seperti itu?

"Taklah! Aku gurau je. Tak payahlah serius sangat. Aku tahu, kau bukan orang jahat yang senang-senang nak jadi penyondol dalam kisah rumah tangga aku"

Nuh mengangguk, meyakinkan kebenaran kata-kata itu. "Kau dan Nissa akan selamanya jadi kawan baik aku!"

"Tapi aku harap title kawan baik tu akan berubah jadi abang ipar! Woww!! Bestnya"

NUH tersenyum sendiri mengingatkan perbualannya dengan Azhar. Mungkin benar kata Azhar, sudah tiba masanya title tersebut berubah. Dia tak nafikan kebaikan Lili selama ini.

Dia tahu, Lili menyayanginya. Perasaan gadis itu tampak ikhlas terhadapnya. Dia akan cuba berbincang dengan Lili dahulu.

Jika Lili bersedia menerima segala kekurangannya, maka dia juga takkan melepaskan gadis itu. Namun jika sebaliknya, dia harus menyelesaikan semuanya sebaik mungkin.

Dada langit yang bersinar dengan kerdipan bintang dipandang lama. Ketika itu, wajah Lili yabg tersenyum padanya mulai menghiasi dada langit. Nuh menggosok mata berkali-kali. Semacam tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Gila ke apa aku ni?" Dia tampar pipi sendiri. Macam orang tak waras sudah!

"Lili Shaheeda..." Nama itu diseru dengan senyuman manis di wajah. Impiannya mulai terbang tinggi, setinggi perasaannya pada Lili!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience