TIGA PULUH TIGA

Drama Series 16075

INCHEON AIRPORT, SOUTH KOREA

SETELAH hampir 8 jam di dalam kapal terbang menggunakan Korean Air, mereka akhirnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan. Salah satu lapangan terbang terbesar di Korea Selatan.

"Penat?" tanya Azhar kepada Nissa yang tampak keletihan saja. Padahal dialah yang lena tidur tadi.

"Penat.. Nak naik hotel terus boleh tak?" rengek Nissa sambil memeluk erat lengan suaminya.

"Boleh sayang. Tapi sementara tu, abang nak cerita sikit pasal airport ni"

"Tak nak!" rengek Nissa dengan manja. Dia penat, Azhar pulak nak buka sejarah pasal lapangan terbang ni. Tak mahulah!

Mereka meneruskan langkah sehingga ke laluan utama.

Azhar tergelak. "Okay. Abang cerita sikit je. Biar segar mata tu! Tahu tak, Incheon Airport ni antara airport yang besar kat Korea dan Asia. Dan pada tahun 2016, airport ni dinilai sebagai airport terbaik di dunia. Dah terima penarafan lima bintang penuh tau?" cerita Azhar tanpa dipinta. Pun begitu, tekun juga Nissa mendengar.

"Haaa? Yeke? Mana abang tahu?" Mata Nissa yang layu tadi kembali segar.

"Tu kan fakta sejarah! Sayang tak tahu ke? Dulu dalam kelas buat apa je? Tidur erk?" Azhar tiru gaya Nissa yang suatu ketika dulu selalu memarahinya kerana tidur di dalam kelas. Tidur dalam kelas pun dia dapat tempat kedua. Tempat pertama semestinya Nissa Ardini, isterinya yang comel dan cantik ini!

"Mana ada! Siapa entah yang selalu tidur dalam kelas? Lagipun mana ada dalam buku Sejarah cerita pasal benda ni?"

"Adalah!" Azhar tak mahu mengaku kalah.

"Sejarah apa?" Nissa ketatkan wajah. Ada ke dalam buku Sejarah cerita pasal lapangan terbang Incheon?

"Sejarah Google!" seloroh Azhar dengan tawa kecilnya.

"Eee mengada!" Nissa cubit lengan suaminya. Geram! Kita serius, dia boleh pulak buat main-main!

"Nak pergi mana ni bang?" tanya Nissa apabila mereka tiba di Terminal 2.

"Ni Terminal 2. Kat airport ni ada dua terminal. Terminal 1 dan Terminal 2. Terminal 1 ni terminal lama sikit dari yang dua tu. Tapi walaupun dia lama, dia ada macam-macam kemudahan dan perkhidmatan tau. Nak shopping ke, nak makan ke atau nak berehat pun boleh. Semua disediakan untuk umum. Kita ada kat sini sebab Korean Air landing kat sini. Kalau kat Terminal 1 tu, jarang flight nak landing"

"Ohh macam tu. Faham"

"Yeke faham ni? Ulang balik cikgu cakap apa"

"Alaa penatlah nak ulang balik! Kita bukan kat tempat sekolah pun" omel Nissa dengan keluhan panjangnnya.

Azhar gelak. "Yelah sayang! Jom, kita cari hotel. Kat sini ada beberapa hotel. Kalau tak silap, ada empat buah hotel. Hotel pertama..."

"Alaa nanti-nantilah belajar pasal tu. Nissa nak balik hotel je. Penatlah bang.." cantas Nissa dengan rengekannya. Mulut suaminya itu tak berhenti pulak dari tadi! Dia selotep karang haaa!!

"Iye sayang"

GOLDEN TULIP INCHEON AIRPORT HOTEL&SUITES! Tempat penginapan mereka. Dekat terus dengan lapangan terbang. Kalau bukan kerana rengekan Nissa, mereka tentu menginap di hotel lain. Tetapi demi isteri, dia turutkan saja.

Masuk saja ke dalam bilik hotel, Nissa terus menghempas tubuh di atas katil. Dia benar-benar kepenatan sehingga tak larat nak buat apa-apa.

Tingkah Nissa buat Azhar tersenyum. Faham benar dia dengan kepenatan isterinya itu. Dibiarkan saja Nissa lelap. Bagasi yang dibawa tadi diletakkan di atas lantai.

Azhar menapak ke balkoni bilik setelah langsir diselak sedikit. Dada langit kelihatan mendung dan gelap saja. Maklum sajalah, hari sudah mahu malam.

Pelukan Nissa dari arah belakang menyentakkannya. Dapat dia rasa bibir mungil itu mencium belakang badannya.

"Aikk, ingatkan tidur tadi!"

"Tidur kejap je. Orang putih cakap, take a nap!" ujar Nissa. Tubuhnya ditarik oleh suaminya ke depan. Senang sikit Azhar mengunci dia dalam pelukan. He he he...

Wajah polos dan naif itu dicuit. Geram betul dia! Dengan bibir mungilnya itu lagi!

"Gelap kan langit tu bang?"

Nissa pandang dada langit. Kelam dan mendung saja. Dahlah cuaca di Korea memang sejuk. Musim dingin agaknya ye? Berganda-ganda sejuknya.

"Aah! Sejuklah malam ni. Tapi abang ada bantal peluk!" Laju saja dia peluk tubuh kecil molek itu.

Nissa berdecit. Dia faham sangat suaminya itu. Ada saja mahunya. Kadang sengaja tak lepas dia semalaman!

"Abang suka baby tak?"

Tersentak Azhar dengan pertanyaan itu. "Sukalah! Lagi-lagi kalau dari sayang..."

Laju saja bibirnya hinggap di pipi kiri itu.

"Nissa pun suka! Dah lama Nissa nak ada anak sendiri. Tapi dulu Allah tak bagi. Nissa selalu sedih. Rupa-rupanya ada hikmah di sebalik semua tu"

Nissa baru sedar betapa besarnya kasih sayang Allah kepada hambaNya. Jika saja dia punya keturunan dari benih Iqbal, mampukah dia bertahan dengan hubungan mereka?

"Sebab tu Iqbal tak pernah sentuh Nissa dari awal kawen sampai berpisah! Tapi Nissa redha. Tak sangka, Allah nak bagi lagi baik dari dia!"

Kepala Nissa dikucup penuh sayang. Andai saja Nissa tahu betapa besar rasa cintanya buat dia...

"Dulu, Nissa ni kawen tapi macam takde suami. Entahlah, mungkin ada yang kurang pada diri Nissa. Sampai semua orang cakap Nissa ni mandul!"

Sebak pula dada dengan perkataan itu. Dia yakin, dia sihat. Dia pasti, dia tak mandul. Hanya Iqbal saja yang menolaknya dahulu.

"Apa cakap macam ni? Ada anak ke, takde anak ke, semua kita diberi ujian yang berbeza dari Allah. Yang penting, kita kena redha dan ikhlas. Ujian tu tanda Allah sayang"

"Nissa tahu. Tapi kan, kalaulah suatu hari nanti, Nissa tak mampu nak kandungkan zuriat abang, abang marah tak?"

"Heii apa cakap macam ni?!" Tubuh Nissa dipusingkan menghadapnya. Mata itu sudah berkaca. Kenapalah isterinya begitu sensitif hari ini?

"Takkanlah abang nak marah. Kita selalu usaha kan? Abang kawen dengan Nissa bukan sebab nak dapat keturunan. Tapi sebab nak dapat pasangan yang sehati, sejiwa dan mampu memahami abang luar dan dalam. Abang nak habiskan hidup dengan Nissa seumur hidup. Takde anak pun takpe. Tu semua kerja Allah. Janganlah cakap macam tu lagi ye?"

Dua pasang mata cantik itu dikucup. Sesungguhnya dia tak suka melihat air mata itu. Dia ingin Nissa bahagia selalu di sampingnya.

"Tapi abang mesti nak ada anak kan? Kalau betul Nissa ni mandul macam Mak Uda cakap..."

Belum sempat menghabiskan ayatnya, bibir itu sudah bersatu dengan bibir suaminya. Lama. Penuh nikmat. Sehingga Nissa tak mampu nak tolak keasyikan tersebut.

Setelah kucupan dilepaskan, Nissa segera membenamkan kepalanya ke dada bidang Azhar. Dia malu. Lagi-lagi mereka berkucupan di balkoni itu. Malunya kalau orang nampak biarpun tiada siapa yang mengenali mereka di situ.

"Laa kenapa ni? Main sorok-sorok pulak?" Azhar geli hati dengan gelagat Nissa yang melucukan itu.

"Abang ni, orang nampaklah!" getus Nissa.

"Eleh, dia pun suka!" usik Azhar dengan tawa kecilnya. "I'm a good kisser!" Dahi Nissa dia kucup manja.

"Abangggg..."

"Okey, okey! Tak buat dah. Sayang tahu tak sekarang ni musim salji?"

"Yeke? Macam mana abang tahu?"

"Ni kan tengah bulan Januari. Musim salji atau dingin kat Korea ni antara bulan Disember hingga Februari"

"Patutlah sejuk semacam! Boleh main salji ke nanti?"

"Mestilah boleh! Esok kita keluar jalan-jalan. Pakai baju tebal sikit. Nanti sejuk sangat, sayang cari abang minta peluk pulak!" Azhar lemparkan senyuman nakal.

"Elehh, nanti dia jugak suka!" sahut Nissa pula.

Azhar gelak. Lama mereka berdiri di balkoni, merenung dada langit yang kian gelap beserta sekeliling yang tampak cantik dan indah!

Tak sabar nak menanti esok!

AZHAR mengajak Nissa berjalan-jalan di sekitar taman tema Woldimo atau dikenali sebagai Woldimo Amusement Park. Taman hiburan yang menyenangkan untuk seisi keluarga! Namun tidak banyak pengunjung di sana. Entah kerana cuacanya atau kerana hari masih lagi pagi.

Kemudian, dari taman tema tersebut, mereka mengunjungi Kuil Bupyeong, kuil Buddha yang indah dan sangat terjaga rapi. Mereka sempat mengambil gambar di beberapa tempat buat kenangan.

Setelah itu, mereka memandu pula ke destinasi seterusnya menggunakan kereta yang disewa oleh Azhar. Museum of Word Writing System! Pelbagai ilmu boleh didapati melalui pengetahuan mengenai budaya dan sejarah dunia yang berasaskan tamadun purba dari percakapan sehingga penulisan. Malah, keindahan museum interaktif ini juga dapat dinikmati pada masa yang sama! Berilmu dan menikmati. Wahh!

Destinasi seterusnya, mereka ke Inspire Entertainment Resort, iaitu hotel lima bintang yang mempunyai arena persembahan, Taman Air Indoor, Ballroom terbesar di Korea Selatan, Digital Entertainment Street, pusat beli-belah dan banyak lagi yang lain! Bahkan yang menariknya adalah mereka dapat melihat tayangan 3D Istimewa setiap 30 minit. Sangat memukau!

Sebelum menjamu selera, mereka menyempatkan diri ke Incheon Open Port Tour dengan menaiki buggy ride. Di sini, mereka dapat melihat sendiri akan keindahan seni bina bangunan di Chinatown dan Fairy Tale Village. Sangat menarik! Sempat juga mereka melawat Incheon Citizen's House yang merupakan rumah tradisional bersejarah yang mendedahkan pelbagai warisan masyarakat di Korea. Seni bina unik rumah yang cantik itu sangat sesuai untuk dijadikan tempat mengambil gambar.

"Laparlah bang" adu Nissa setelah banyak tempat dilawati.

"Okey, jom kita makan di Oakwood Hotel Buffet!"

Tempat makan itu sudah dicari oleh Azhar terlebih dahulu. Antara tempat makan yang menyediakan makanan halal seperti makanan laut. Salmon, sashimi, unagi dan pelbagai lagi dessert menarik! Azhar tak sabar nak mencuba Blue Fin Tuna mereka, yang pastinya halal toyibbah!

"YOU, I nak balik jumpa parents I!"

Mendengar permintaan Mimi itu, laju saja anak matanya menantang mata si isteri. Dia tak boleh benarkan Mimi pulang ke sana. Risau penipuannya bakal terbongkar.

"I tak izinkan!" Suara Iqbal keras.

"Tapi I dah lama tak jumpa dorang. I rindu dorang" Mimi masih merayu. Berharap sangat Iqbal akan mengasihinya.

"You tak faham bahasa ke? Atau nak I fahamkan you?!" Lengan Mimi dicubit dengan perasaan geram yang berbuku dalam dada.

"Kenapa you jahat sangat? I bukannya nak buat apa pun. I nak jumpa family I je! I rindu dorang"

"Lepas tu apa? You nak cerita dekat dorang pasal apa yang I buat pada you? Pasal I pukul you?" dengus Iqbal sambil menekan bahagian tangan Mimi yang lebam itu.

Mengaduh kesakitan Mimi tatkala Iqbal memperlakukannya seperti itu.

"I janji, I takkan cakap apa-apa. Just..please..bagi I peluang jumpa family I" Mimi sudah ketakutan. Jika dia berjaya memujuk Iqbal, dia punya peluang yang cerah untuk melarikan diri dari situ.

"Jangan harap!!"

"Iqbal, please!!"

Papp! Sebuah tamparan mengena tepat ke wajah Mimi. Dia paling tidak suka didesak seperti itu.

"Kau membantah cakap aku, lagi teruk dari ni aku kerjakan! Jangan buat mood aku hilang!"

Tubuh Mimi yang terlentang di atas lantai disepak menggunakan kaki. Dulu wajah itu dipuja-puja sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Kini dia membenci segala-galanya tentang Mimi.

"Kenapa you buat I macam ni?" tanya Mimi dengan suara yang terketar-ketar.

"Sebab kau dah tipu aku!"

DARI luar bilik, Kak Uteh sempat menguping percakapan di antara Iqbal dan Mimi. Firasatnya benar selama ini. Mimi didera dan dipukul oleh Iqbal. Pantas saja Mimi sentiasa terkurung di dalam bilik. Dia hanya dibenarkan keluar jika semua orang sudah tidur.

Dia harus melakukan sesuatu. Tetapi bagaimana dan pada siapa dia nak minta tolong? Pada Nissa? Nissa pula dah tukar nombor. Lagipula, Mimi itu bekas madunya. Mahukah dia membantu Mimi?

Kak Uteh menggaru kepala. Takkan nak minta tolong pada Azhar? Tapi dia cuma punya nombor Azhar. Dan nak berhubung dengan Nissa, dia harus melalui Azhar.

"Uteh..."

Namanya diseru seseorang dari arah belakang.

Kak Uteh telan liur. Aduh, kantoi!

done.. bawak korg jelajah incheon dgn nissa n azhar :) happy reading uolls *,*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience