EMPAT PULUH DUA

Drama Series 16075

SETELAH keadaan Nissa kembali membaik dan sakitnya reda, mereka pulang ke rumah. Laporan kesihatan dan keputusan darah Nissa juga tak menunjukkan apa-apa kemusykilan.

Namun yang peliknya, Nissa sering merasa sakit di bahagian perut dan ari-arinya. Dia tak mengerti apa yang sedang berlaku ke atas dirinya.

"Nak apa-apa tak? Abang buatkan"

Melihat wajah pucat dan tak bermaya itu, hati Azhar dipagut kerisauan yang bukan sedikit. Belas dia menatap wajah polos itu.

Nissa menggeleng. Dia tak rasa lapar atau dahaga. Dia cuma inginkan rehat.

"Nissa cuma nak rehat je"

"Okey, sayang rehatlah! Nanti nak apa-apa, panggil abang tau?" Dahi dan pipi Nissa dikucup.

"Abang..." Mata Nissa sudah berair.

"Kenapa sayang?" Rambut Nissa diselak.

"Apa jadi pada diri Nissa? Doktor cakap takde apa-apa tapi Nissa selalu rasa sakit. Rasa sakit ni bila menyerang, Nissa rasa macam nak mati!"

"Sayang!!" Azhar terjerit sedikit. Takut dengan sebarang kemungkinan.

"Abang..."

"Sayang janganlah cakap macam tu! Abang sedih tau tak?! Kita usaha lagi ye? Kita jumpa doktor lain pulak. Kalau boleh, kita jumpa semua doktor yang ada kat Malaysia ni. Kalau tak puas hati jugak, kita berubat luar negara"

Azhar sanggup melakukan apa sahaja demi isterinya tercinta. Asalkan Nissa sihat dan kembali ceria, dia rela berkorban apa saja.

"Takpelah bang! Nissa tak suka hospital.."

"Habis tu, kita nak kena buat apa? Berubat cara kampung nak?"

Laju Nissa menggeleng. Lagilah dia tak mahu!

Azhar bimbang. Nissa tak mahu berubat.

"Kita percaya pada Allah. Doa banyak-banyak. Lagipun sakit kan penghapus dosa"

"Sayang..."

Tubuh Nissa dibawa ke dalam pelukan. Risaunya datang berganda-ganda. Entah kenapa, hatinya mulai tak tenang.

NUH dan Ana datang ke rumah setelah ditelefon oleh Azhar. Mereka membawa buah tangan seperti buah-buahan dan makanan.

Azhar mempelawa mereka dengan senyuman. Buah tangan tadi diletakkan di atas meja makan.

"Akak mana?" tanya Ana riang. Rindunya dia pada sang kakak angkat itu. Setelah ditelefon oleh Azhar kerana dia memerlukan pertolongan mereka berdua, tergesa-gesa Ana mengajak paksunya itu. Sempat juga mereka membeli buah tangan untuknya.

"Ada kat atas. Tengah tidur"

"Ohh Ana boleh jenguk ke?"

"Ana..." Nuh memanggil, memberi amaran agar Nissa tidak diganggu.

"Sorry, Ana rindu akak!" luah Ana.

"It's okay Ana! Pergilah jenguk dia. Tapi jangan buat bising. Akak sedang tidur" arah Azhar, memberi ruang kepada Ana.

Sebenarnya ada benda dia nak berbincang dengan Nuh. Jadi sekiranya Ana tiada di situ, privasi mereka lebih tertutup.

Setelah Ana berlalu, Azhar mengeluh berat. Terlalu banyak yang difikirkannya. Namun kesihatan Nissa menjadi keutamaannya kini.

"Kenapa ni? Macam ada masalah je aku tengok" tegur Nuh sambil memandang wajah keruh itu.

"Aku risaukan Nissa"

Nuh mengerut dahi. "Risau kenapa?"

"Sejak akhir-akhir ni, dia selalu mengadu sakit perut, pening, hari tu dia muntah..."

"She's pregnant?" Cepat-cepat Nuh mencantas. Tumpang gembira jika itu beritanya. Tetapi apa yang menjadi permasalahannya?

"Nope, she isn't!" keluh Azhar hampa. Bukan hampa kerana tidak diberikan rezeki tersebut, tetapi kerana kesihatan Nissa itu.

"Ohh sorry!" ucap Nuh yang bersikap melulu.

"It's okay! Aku hairan sebab dia selalu mengadu pening, sakit bahagian perut, tapi bila diperiksa doktor, takde apa-apa yang serius! Keputusan darah dia semua okey. Itu yang buat aku risau"

Nuh kehairanan. Kalau memang sihat, justeru kenapa Nissa mengadu sakit-sakit?

"Dia ada bersikap aneh ke selama ni?"

Azhar diam. Dia tak perasan sikap aneh yang lain. Tapi yang pasti, Nissa semakin kerap ingin bermanja dan tak bisa berjauhan darinya. Azhar malu untuk mengungkapkan perkara itu di hadapan Nuh.

"Takde pulak!"

"Kenapa tak berubat cara kampung? Maksud aku, cara tradisional"

"Nissa tak nak" adu Azhar. Dia tak habis fikir mengenai kesihatan Nissa. Masalah pula datang bertubi-tubi. Urusannya dengan Johan sebenarnya masih belum selesai. Ada sesuatu yang harus diketahuinya. Disebabkan itulah dia meminta tolong Ana dan Nuh untuk menjaga Nissa buat sementara waktu.

"So apa plan kau?"

"Aku akan cuba pujuk dia lagi. Buat masa ni, aku ikut dulu apa dia nak. Tapi kalau makin melarat, aku tak boleh tangguh lagi!"

Nuh angguk. "Itu yang sebaiknya! Doa banyak-banyak supaya kau dan Nissa sentiasa dilindungi"

Nuh teringat akan sesuatu. Tetapi tidak mungkin itu yang berlaku. Nissa dan Azhar adalah insan yang baik. Tidak mungkin ada yang tega mahu menganiaya mereka.

"Boleh tak kau dan Ana tolong tengokkan Nissa kejap? Aku kena pergi balai. Ada hal"

"Sure! Jangan risau pasal tu"

"Thanks!" ucap Azhar. Dadanya rasa lapang dengan pertolongan daripada Nuh itu.

"Takde masalah! Kau dan Nissa kawan aku"

MERENUNG wajah selamba Johan itu, hatinya mendidih dengan kemarahan. Namun seperti Johan yang berlagak tenang, dia juga menunjukkan sikap yang sama.

Dia tak mahu melatah terlebih dahulu. Risau jika dia tak mampu menahan amarah, ada pula yang terkorban nanti!

"Kenapa inspektor? Tadi berlari-lari macam tak cukup tanah! Seronok tau tengok inspektor cemas? Sayang sangat ea pada isteri?"

Tajam anak mata Azhar merenung wajah selamba Johan itu. Kalau ikutkan hati, mahu saja ditumbuknya wajah itu. Namun dia tak mahu dipanggil lagi buat kali kedua.

"Kau tak pernah kawen ke? Atau tak pernah rasa sayang dan menyayangi seseorang?"

Giliran Azhar pula bermain dengan emosinya.

"Huh?! Sayang? Apa yang kau tahu pasal sayang?" soal Johan lagi. Dia melemparkan senyuman sinis.

"Banyak yang aku tahu pasal sayang. Macam kau cakap tadi, aku sayang sangat pada isteri aku! Dan aku tak rasa kau ada rasa tu. Sebab tu kau sewenang-wenangnya memanfaatkan manusia lain demi kepentingan kau!"

Riak Johan yang tenang tadi berubah keruh. Duduknya mula tak tenang. Terimbau kembali sewaktu kecil didera dan dipukuli ibu sendiri gara-gara dadah, hatinya membengkak sakit. Dia dibesarkan dalam kelompok yang buruk. Ibunya penagih dadah. Ayahnya pula bapa ayam! Setiap hari, kekerasan dan kebejatan berlaku di hadapan matanya sendiri. Gara-gara itu, dia dipulau di sekolah. Tidak ada seorang pun yang sudi menjadi temannya.

Azhar tenang melihat wajah keruh itu. Johan tak berhenti menggoyang kakinya. Dia meraup wajah dengan kasar.

"Tak payah nak ajar aku pasal sayanglah! Aku muak tahu tak?!"

Azhar senyum sinis. Pancingnya mengena. Dia memberi arahan kepada Umar dan Khadir untuk memasang kamera sebagai bukti pengakuan daripada Johan.

"Dorang semua tu, memang patut pun dijadikan hamba! Dorang tak tahu jaga diri! Budak-budak sekecil aku dulu, dijadikan mangsa. Kau tak tahu macam mana jadi mangsa kekejaman dan kebejatan orang tua sendiri! Kau tak tahu macam mana dijauhi oleh orang sekeliling hanya gara-gara dosa orang tua kau! Hanya gara-gara dosa orang tua kau!" Johan mengulangi kata-katanya. Dia sudah berdiri di hadapan Azhar. Meja dihentak menggunakan tangan. Emosinya terjentik tatkala mengingati peristiwa hitam itu.

Dalam hati, Azhar bersorak riang. Selama ini, dia duduk di hadapan komputer, berjaga hampir tiap malam, gara-gara nak mencari maklumat mengenai Johan dan aktivitinya. Nampak gayanya usahanya berhasil!

"Kau tak tahu macam mana sakit dilayan macam sampah, dilayan macam pelacur oleh orang tua sendiri!" jerit Johan dengan nafasnya yang turun naik.

"Dan sebab itulah aku bunuh dorang, aku bunuh orang tua aku! Aku jugak yang bunuh Rebecca dan mangsa-mangsa lain! Ya, aku yang buat semua tu!! Aku! Aku!!"

Nafasnya tercungap-cungap. Dia memandang sekeliling. Baru sedar keberadaannya yang dikelilingi oleh beberapa orang pegawai polis dan sebuah kamera yang terpacak di hadapannya. Arghh sial!!

"Kau..kau sengaja buat semua ni?" Johan menuding jari ke arah muka Azhar. Dia hendak menerpa ke arah Azhar namun ditangkap oleh Umar dan Rizal. Khadir pula berdiri di sebelah Azhar, bersiap-siaga untuk sebarang kemungkinan. Azhar pula masih duduk tenang di atas kerusi.

"Kau jugak cakap yang kau suka bermain! Kau yang mulakan permainan ni. Sekarang aku yang mengakhirinya"

Johan sudah didudukkan semula di kerusinya. Wajahnya menyeringa.

"Sekarang, aku nak tahu satu benda! Kau nak buat apa pada isteri aku sebenarnya? Baik kau cakap sebelum aku hilang sabar!" bentak Azhar dengan kasar.

"Takkan tak faham lagi?!" Johan merenungnya dengan pandangan sinis.

Azhar diam. Lama dia berfikir. Apa sebenarnya yang sengaja dirancang oleh Johan? Dia harus mengetahuinya dengan segera.

"Tuan inspektor tak cukup bijaklah! Aku cuma nak tahu apa kelemahan kau! Kau tak takut pun dengan mana-mana musuh, tapi kau takut kalau terjadi sesuatu pada isteri kau! Jadi sekarang aku dah tahu yang kelemahan kau adalah isteri kau! Orang-orang aku dah jalankan tugas dengan baik!" jelas Johan seraya ketawa.

Azhar menarik nafas dalam-dalam. Dia tidak pernah menyangka jika semua itu adalah hanya perangkap Johan.

"Bawak dia balik ke sel dia! Dia akan dibawa ke mahkamah atas tuduhan pembunuhan dan pemerdagangan manusia. Dan satu lagi, jangan benarkan sesiapa pun melawat dia"

Rizal mengangguk faham. Umar dan Khadir membawa Johan kembali ke selnya. Dia harus segera menangkap konco Johan dan mematahkan sayap 'perniagaan' mereka. Jika tidak, banyak nyawa bakal terkorban!

"ABANG pergi mana tadi?" soal Nissa seraya menatap wajah itu. Tadi, dia sempat berborak dengan Nuh dan Ana. Dia dijaga dengan baik oleh mereka.

"Ada hal yang abang kena uruskan kat balai"

"Kenapa panggil Nuh dan Ana kat sini? Nissa boleh je jaga diri sendiri"

Bahu Azhar dikucup manja.

Azhar menoleh, menatap kembali wajah pucat itu. "Kan dah janji nak dengar cakap abang? Degil lagi ea?"

"Okey, tak buat dah! Nissa dengar cakap abang"

Azhar senyum. Kenapa hatinya merasa tak tenteram saja? Dia hairan melihat Nissa malam itu bergaun putih. Tidak pernah dia melihat Nissa memakai gaun tersebut.

"Kenapa tiba-tiba pakai gaun putih ni?" tanya Azhar, romantik. Leher Nissa menjadi sasaran bibirnya.

"Saja.. cantik tak bang?" tanya Nissa dengan wajah riang.

"Cantik! Isteri abang memang cantik" Kini, dahi itu pula dicium penuh kasih.

"Macam bidadari kan bang? Bidadari syurga abang?" ujar Nissa lagi. Wajahnya manis melemparkan senyuman.

Senyuman di wajah Azhar mula pudar. Dia kurang senang dengan bicara Nissa itu. Seakan tersirat sesuatu.

"Ya sayang. Sayang bidadari syurga abang"

"Nanti kita jumpa kat syurga kan bang?"

Perasaan Azhar terusik. Apa maksud kata-kata Nissa itu?

"Abang, jom tidur" Nissa membaringkan tubuhnya lantas menarik Azhar rapat ke sisi.

"Abang sayang Nissa tak?"

Wajah mendung Azhar dielus. Bibir yang pucat itu senantiasa memaniskan wajah tatkala mata mereka bertembung.

"Sayang! Sayang sangat. Abang cintakan Nissa sangat-sangat!" Entah kenapa, hatinya terusik dengan ungkapan itu.

"Nissa pun sayang abang. Nissa pun cintakan abang sangat-sangat! Abang redha tak dengan Nissa?"

Azhar kerut dahi. "Redha?"

Nissa mengangguk.

"Redha. Abang redha dengan setiap yang sayang lakukan. Abang redha dan ikhlas sepenuh hati"

"Nissa mintak maaf ye? Kalau Nissa bukan isteri yang sempurna untuk abang.."

"You're way too perfect for me!" Dahi Nissa dikucup. Entah kenapa, mereka mengadakan sesi luahan perasaan sesedih itu.

"Thanks abang! Tidur jom"

"Jomm!!"

Nissa peluk erat tubuhnya, seakan tak mahu dilepaskan.

"SAYANG!! Bangun, jom solat Subuh"

Azhar menggerakkan tubuh Nissa. Tiada respon. Azhar berlalu ke bilik mandi. Dia harus membersihkan diri dulu, barulah membangunkan Nissa semula.

Usai mandi, Azhar memakai kurta dan kain pelikat. Dia menapak ke sisi katil. Wajah Nissa nampak tenang. Tak terusik langsung!

"Sayang..bangunlah! Nak solat Subuh ni! Sayang..."

Azhar pelik. Biasanya, Nissa yang bangun awal dan akan mengejutkannya. Tapi kali ini berbeza betul.

"Sayang..tak bangun erk, abang bangunkan nanti! Sayang..."

Azhar memanggil lagi. Namun tetap tiada respon. Setahu dia, Nissa adalah orang yang paling senang dibangunkan. Kenapa kali ini seakan berbeza?

"Sayang...heii sayang.."

Azhar menampar lembut pipi Nissa. Tiada respon. Dia menarik nafas dalam-dalam. Hatinya berdebar. Dengan tangan berketar-ketar, dia meletakkan hujung jarinya di bawah hidung Nissa.

Tiada nafas! Azhar cemas.

"Sayangg...sayangggg!!!!"

done update 3 bab.. happy reading ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience