LIMA PULUH DUA

Drama Series 16075

SETELAH mengetahui segala-galanya, seluruh ahli keluarga Tan Sri Aziz ke tanah perkuburan dan melawat kubur Hanita. Surah Yasin dibaca. Kemudian, kuburan itu disiram dengan air mawar.

Selesai saja melakukan itu, masing-masing masih termangu dan merenung batu nisan tersebut. Air mata Tan Sri Aziz bergenang. Isteri yang terpisah berbelas tahun lamanya kini hanya diratapi dan dikenang dalam doa. Mimi, Lili dan Puan Sri Linda berdiri di belakang Tan Sri Aziz. Mereka turut sama sedih kerana tidak menyangka dipertemukan dalam keadaan seperti itu.

"Maafkan abang Ani! Abang tak jalankan tanggungjawab abang pada Ani selama ni. Tapi abang janji, abang akan jaga Nissa dan cucu kita baik-baik"

Nissa tersenyum hambar. Hatinya redha namun kepingan kekecewaan itu masih bertakuk di ruang hati. Bahunya disentuh oleh Puan Sri Linda. Pandangan mereka bertemu.

"Mama ada. Mama akan jadi ibu yang terbaik untuk Nissa"

Nissa mengangguk dengan senyuman. Dia memang kehilangan seorang ibu, namun Allah menggantikan dia dengan mama yang akan sentiasa menyayanginya. Dia benar-benar bersyukur!

"Ibu, Nissa tak pernah jumpa dan kenal ibu selama ni. Terima kasih sebab melahirkan Nissa dan menjadi ibu yang baik. Nissa janji, Nissa jugak akan jadi ibu yang baik untuk anak-anak Nissa"

Air mata yang bergenang diseka perlahan. Bertemu di dunia, dia pasti meraka bakal menyatu di akhirat kelak.

Azhar mengelus bahu isterinya. Dia juga berjanji untuk menjaga dan melindungi keluarga kecil mereka. Dia akan berusaha menjadi suami dan ayah yang baik kepada keluarganya.

LILI memandang telefon bimbitnya dengan pandangan tak berkedip. Diperiksa berkali-kali, manalah tahu ada pesanan dari buah hati. Setelah pulang dari tanah perkuburan tadi, dia bergegas ke ofis kerana harus menghadiri perbincangan dengan pihak klien.

Telefon bimbit berwarna hitam itu ditatap kembali. Kecewanya bertandang kerana tiada langsung pesanan daripada Nuh diterimanya. Sudah seminggu lebih Nuh menghindar. Adakah Nuh tidak menyukainya? Memikirkan itu, hatinya kecewa bukan kepalang. Dia sudah teresak-esak mengenangkan nasib diri yang ditolak sebelum sempat berjuang.

'can we meet? we must talk'

Pesanan tersebut dihantar kepada Nuh. Lama dia menunggu balasan daripada Nuh. Bibirnya memuntahkan keluhan berat.

Pintu bilik diketuk oleh Ros, setiausahanya. Dia memandang wajah Ros kemudian kembali merenung telefon bimbitnya.

"Boss!" Ros sudah berdiri di hadapan Lili. Sudah beberapa bulan ini dia perasan tingkah Lili yang berlainan itu. Biasanya Lili tegas dan suka membentak sesiapa yang membuat hal. Tetapi kini semuanya seakan berubah.

"Err boss!!" panggil Ros lagi, namun dengan nada yang lebih kuat.

"What?" Lili bermalasan. Dia tidak punya mood untuk bekerja pagi itu.

"Kejap lagi, ada meeting dengan client dari Maharani Trading pasal tender tu. Kita.."

"Call it off!" potong Lili laju. Dia sudah kehilangan mood untuk memulakan segala hari.

Riak Ros berubah drastik. Aduhh, kenapa nak batal pulak?!

"Tapi meeting ni penting bos. Kalau kita terlepas tender ni, kita takkan dapat supply dari mereka lagi"

Lili mengeluh panjang. Sesukar apapun hari itu, dia tetap harus memaniskan wajah dan bersemangat. Dia tak boleh kalah dengan perasaannya!

"Okey, I'll go!"

"Meeting tu kat Restoran Tekak Melayu bos!"

Kening Lili bertaut. Restoran Tekak Melayu? Dia senyum sinis. Hmmm..tepat pada waktunya!

MELIHAT kehadiran Lili di situ, hatinya kurang enak. Dia belum bersedia menerima kedatangan Lili dan bertembung empat mata dengannya. Lili tak bagi ruang untuknya berfikir dengan waras.

Lili memaniskan wajah. Jika Nuh ingin terus-menerus menghindar, dia tak punya pilihan selain berhadapan dengan lelaki itu sendiri. Nama je lelaki, tapi pengecut!

"I dah booked table. I think, its this way!" ujar Izhan seraya berdiri di sebelah Lili. Lengan Lili dipaut. Wajahnya manis mengukir senyuman.

Nuh mengerut dahi. Siapa lelaki ini? Kenapa tampak mesra dengan Lili? Dia mula dihantui dengan pelbagai persoalan.

"Okey, you go first. Kejap lagi I datang"

Izhan mengangguk. Dia menuju ke arah meja paling hujung. Saja memilih tempat itu agar senang mereka berbincang akan hal kerjasama mereka.

"Lama tak jumpa encik Nuh!" Lili memulakan perbualan terlebih dahulu.

"Siapa lelaki tu?" tanya Nuh. Wajahnya serius. Entah kenapa dia mula merasa cemburu.

"Kenapa nak tahu?" tanya Lili, sengaja membakar hati Nuh. Jika selama ini Nuh mengujinya, dia juga bisa!

"Saja! Tak sangka, ada jugak lelaki nak dengan orang yang kasar dan brutal macam awak ni!" cemuh Nuh. Hati dan minda mula berlawan mengenai sesuatu. Minda kata tidak. Tetapi hati kuat mengiyakan! Arghh benci!

Lili mengukir senyuman sinis. Dia tak kisah pun Nuh nak cakap apa. Yang penting, dia tahu niatnya. Tak mempedulikan bicara Nuh, laju saja derap kakinya diatur ke arah Izhan.

"Awak tak jawab lagi soalan saya!" Nuh tarik tangan Lili. Dia tak suka diladeni Lili seperti itu.

"Nak tahu apa ye, encik Nuh Mukminin?" tanya Lili lembut. Tangan Nuh ditolak perlahan.

Wajah Nuh membahang. Hatinya berdebar. Riak sinis itu seakan mengejeknya saja. Inikah maksud pesanan Lili tadi? Berjumpa hanya kerana ingin memperkenalkan teman lelakinya? Bukankah dia satu-satunya lelaki di hati Lili? Selama ini, Lili yang beria-ria mengejarnya.

"Saya cuma nak tahu, siapa lelaki tu?"

"Ohh.." Lili melipat tangan ke dada. Riaknya masih seperti tadi, sinis dan selamba.

"What does that have to do with you? Kita kan takde hubungan apa-apa. So kenapa saya kena bagitahu awak pasal tu?"

Riak Nuh pula berubah. Tidak menyangka gadis itu begitu sinis sedangkan sebelum ini dia tidak begitu.

Kening Lili bertaut. Nak sangat main tarik tali, biar dia tahu rasa!

"Okeylah! Saya ada hal ni. Saya tak nak buang masa lagi. Nanti hantar pelayan untuk ambik pesanan kami ye?"

Nuh ditinggalkan dengan wajah yang keruh dan hati yang mulai tak tenang. Dia tahu, Lili bukan wanita sembarangan. Tetapi siapa sebenarnya lelaki itu?

"BUSY ke?" tanya suara itu. Dia sudah berdiri di hadapan Mimi yang masih sibuk di hadapan kertas kerja.

"Yup, a bit more! Ke.." Mimi mendongakkan kelapa dan kaget menerima kehadiran Amran di situ. Serta-merta kerjanya terhenti.

"Amran! You buat apa kat sini?"

"Saja.." Amran sudah duduk di hadapan Mimi. Butang pada kot baju ditanggalkan. "Nak tengok you! Busy betul"

Mimi tersengih. Sejak diberi mandat oleh Tan Sri Aziz, dia sentiasa sibuk menguruskan syarikat kerana tidak mahu mengecewakan papa dan mama lagi.

"I nak ajak you keluar" Tanpa segan silu Amran mengatakan hasrat hatinya.

"Keluar? You mean... date?" tanya Mimi tidak pasti.

Amran senyum lebar. "Yup, date! I tak tahu kalau you tahu atau buat-buat tak tahu. Tapi perasaan I pada you tak pernah langsung berubah. I tahu kisah lampau you dengan ex husband you. I tak pandang semua tu. I harap you boleh beri kesempatan dan peluang kedua pada I. I'll patch the things up!"

Terharu benar hati Mimi mendengar pengakuan ikhlas daripada Amran. Namun dia belum sepenuhnya bersedia untuk ke arah itu. Biarlah dia memberi ruang kepada hatinya terlebih dahulu.

"I...I masih cintakan you Mimi!" ungkap Amran penuh perasaan. Jika Mimi membalas perasaannya, dia tidak akan menunggu lama lagi. Akan disunting wanita itu menjadi miliknya yang sah.

Mimi kelu. Dia tidak bisa berkata-kata. Entah apa yang harus dibalas. Hatinya masih keliru.

"I tak akan desak you. I cuma nak you tahu perasaan I. I harap, you takkan terima orang lain. I dah lama tunggu you"

Tiada sebutir bicara pun keluar dari bibir itu. Sejujurnya, dia senang dengan pengakuan lelaki itu. Cuma hatinya masih keliru dan belum bersedia.

"I...."

"Shh!" Amran letak jari di bibirnya sendiri. "Jangan cakap apa-apa. I tak nak dengar apa-apa dulu. Kalau you tolak I sekarang, I risau hati I terluka lagi. But please, think about this first. Will you?"

Mimi hanya mampu mengukir senyum. Mungkin sudah masanya untuk dia kembali meraih bahagia. Tapi biarlah diberi sedikit masa dahulu.

"Okay, I'll think about it!"

"Great! So wanna grab lunch?"

"Tapi masih awak untuk lunch! It's still breakfast time"

"Breakfast and lunch together! Boleh kita borak-borak. Sofi nak balik jugak kejap lagi kan?"

Jam masih menunjukkan ke angka 11. Tidak lama lagi Sofi pulang. Amran mahu sekaligus menjemput anaknya dan mengajak mereka keluar makan.

Mimi angguk. Melihat kesungguhan Amran, dia tidak sampai hendak menolak.

"Okey, jom!"

HARI ITU, Azhar tidak masuk balai kerana mahu menemani Nissa. Kejap lagi, mereka mahu keluar membeli barangan bayi. Setelah pulang dari tanah perkuburan tadi, Azhar dan Nissa terus pamit untuk kembali ke rumah mereka. Sudah hampir seminggu rumah itu ditinggalkan.

Pada mulanya, Tan Sri Aziz dan Puan Sri Linda menghalang niat mereka. Menurut Puan Sri Linda, dia lebih selesa jika Nissa di sisi. Mudah untuknya menjaga Nissa. Namun Azhar menolak. Katanya, dia akan lebih menjaga dan mempedulikan Nissa.

Dan dengan berat hati, Puan Sri Linda terpaksa juga melepaskan anak dan menantunya pergi asalkan keduanya berjanji untuk sering melawat.

"Nantilah abang kemas barang tu. Sayang rehat dulu"

Nissa dibawa ke sisi katil. Dibaringkan tubuh itu di situ.

"Abang, Nissa penatlah kalau asyik baring je!" keluh Nissa. Dia duduk kembali.

"Habis tu, nak apa?"

Nissa merapati si suami. Lehernya dipaut. "Nak abang!"

Azhar tergelak. Wajah itu dikucup sepuas hati. "Kan dah bagi sayang? Hati abang, tubuh badan abang, semua yang ada pada abang, semua milik sayang sorang! Abang takde apa-apa lagi!"

Nissa mengekek tatkala dadanya tempat Azhar membenamkan kepala. Rasa bahagia jelas terpancar dengan layanan Azhar. Segala aset dan kekayaan Azhar miliknya. Meskipun dia berkali-kali tidak menginginkan itu, namun Azhar tidak pernah mendengar. Betullah, Azhar tak punya apa-apa. Namun Azhar masih punya dia dan bayi mereka.

"Menyesal erk?" sakat Nissa. Wajah Azhar dipegang.

"Mana ada!" Laju Azhar menidakkan. Mana mungkin dia menyesal dengan segala yang sudah diberikan kepada isterinya. Bahkan dia rasa lebih bahagia dan puas sudah menyerahkan semuanya kepada Nissa.

"Abang happy buat semua tu. Abang ni dah miskin tau. Hu hu"

Nissa gelak lagi. "Tahu pun! Jadi jangan nak macam-macam tengok perempuan lain, senyum dengan perempuan lain. Tak boleh!" Wajah Nissa serius. Keningnya terangkat.

Azhar ketawa. Nissa sejak berbadan dua, sering saja curiga dan cemburu kepadanya. Asyik nak melekat dan manja dengannya. Tapi dia suka! He he..

"Mana ada! Sayang je kesayangan abang. Kejap lagi, nak ada baby dah! Abang takkan buat hal" Dahi Nissa dikucup.

"Okey, Nissa percaya dengan abang!" ujar Nissa manja. "Nak cium sini" Nissa memuncungkan bibirnya.

Melihat itu, laju saja Azhar buat kerjanya. Nissa menarik tubuh Azhar ke sisi. Asyik keduanya bercumbuan sehingga terbaring di atas ranjang.

Ketika itu, telefon bimbit Nissa berbunyi. Nissa melepaskan diri namun Azhar tak bagi peluang. Kedua tangan Nissa dkunci dalam genggaman.

"Abang, kejap!" Tubuh Azhar ditolak. Telefon bimbitnya berbunyi lagi.

"Sayang!" rungut Azhar. Dia hampir saja hendak selesai. Nissa pula tinggalkan dia di situ dengan sisa perasaan belum terlunas.

Nissa sudah bangkit lalu mencapai telefon bimbitnya. Nama Kak Uteh tertera di situ. Wajah Azhar dipandang.

"Kenapa sayang?" Azhar sudah berdiri di sisi Nissa. Baju Nissa yang terdedah di bahagian bahunya yang putih itu dibetulkan semula.

"Kak Uteh called! Dia ada call abang tak?"

Azhar gapai telefon bimbit di atas meja. Nama Kak Uteh tertera di situ. Wajarlah dia tak mendengar bunyi telefon. Telefonnya dalam nada senyap!

"Abang call Kak Uteh balik!"

Tidak lama menunggu, Kak Uteh sudah menjawab panggilannya. Berkerut wajah dan dahi Azhar menerima berita itu sambil kepalanya mengangguk beberapa kali.

Panggilan dimatikan. Pandangannya jatuh pada wajah keruh Nissa.

"Kenapa bang?"

"Sayang, Mak Uda dah tenat. Dia asyik panggil nama sayang"

Nissa terdiam sambil memikirkan sesuatu. Dia mengeluh panjang. "Kita balik kampung ye bang? Jumpa Mak Uda"

"Are you sure?"

Bimbang benar hatinya jika hati Nissa belum sepenuhnya pulih dari kejadian lepas.

Nissa menghela nafas lantas mengangguk kepala. "Nissa yakin"

"Okey, abang kemas apa yang patut..."

sorry ye kiki lambat update. Tak berapa sihat bbrpa ari ni. happy reading guys ;) tak lama lagi nak final chapter :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience