TAK senang duduk si dia melihat tingkah mesra Lili dengan lelaki itu. Hatinya rasa tercabar. Telefon bimbit direnung. Hari itu, tiada langsung mesej daripada Lili yang diterimanya.
Apakah Lili sudah berputus asa? Atau sengaja menguji hatinya? Gerangan dan kemunculan lelaki itu masih menjadi misteri. Sejak semalam lagi dia bertanyakan soalan yang sama namun Lili tidak mengatakan apa-apa.
Lelaki itu pula tampak berkarisma dan tentunya datang dari keluarga kaya-raya. Dia sangat yakin itu. Tetapi tidak mungkin Lili tega menggantinya dengan orang lain dalam sekelip mata saja.
Melihat Lili dan lelaki itu berpisah, dia mengatur langkah ke arah Lili yang terkial-kial membuka pintu keretanya. Nuh menghampiri dengan menyandarkan tubuh ke pintu kereta. Terkebil-kebil Lili melihat tingkah Nuh itu.
"Awak pergi mana dengan dia? Dari semalam habiskan masa dengan dia" Nuh menyilang tangan ke dada.
"Ada kerja sikit" sahut Lili ringkas. Dia membuka pintu kereta namun tubuh Nuh itu menghalanginya.
"Hish, kenapa ni?! Saya nak baliklah" rungut Lili. Wajahnya berkeruh. Tak suka dengan layanan Nuh itu.
"Cepat betul kan awak gantikan tempat saya dengan dia. Macam baru minggu lepas awak merayu dan meraih cinta saya. Hari ni, dah berubah hati!"
Lili mengulum senyuman sinis. Wajah serius Nuh ditatap. Tangan turut disilang ke dada.
"Hmm, kenapa awak secepatnya menuduh saya? Lagipun kalau saya keluar dengan lelaki lain sekalipun, itu bukan urusan awak! Kita takde apa-apa hubungan"
"Ish..." Nuh merungut. Bicara Lili bikin hatinya terguris. Nampak gayanya Lili memang sengaja mengujinya.
"Dahlah! Saya nak balik ni!"
"Jawab dulu soalan saya! Siapa lelaki tu? Dari semalam awak keluar dengan dia"
Tampang serius Nuh ditatap. Penyibuk dan pemberi harapan betullah!
"Dia client saya! Kita orang ada business deal. Sebab tu saya keluar dengan dia. Kita orang berbincang hal business. Faham?!"
Wajah Nuh berubah. Dari riak serius, tampang itu kelihatan merona. Malu sendiri dengan tuduhan yang dibuat secara melulu itu.
"And for your information, I am serious about how I feel. Tapi ada je orang tu yang tak serius dan suka main tarik tali tiba-tiba jadi penyibuk tak bergaji!" selar Lili lantas membuka pintu kereta dengan lebih kuat. Tubuh Nuh tertolak ke hadapan.
Sekelip mata saja, kereta yang dipandu Lili meninggalkan Nuh di situ. Hatinya walang. Dia malu. Macam mana nak sorok muka? Hmm! Tapi yang penting, dia kena cepat-cepat menyelesaikan masalah antara mereka!
"BETUL ni nak balik? Tak nak tunggu sampai tahlil hari ketujuh ke?" tanya Salmah sambil memandang wajah muram Nissa. Dia faham apa yang dialami oleh menantunya itu. Tak mudah sebenarnya berhadapan dengan semua perkara ini.
"Takpelah ma! Nissa kan pregnant. Dia tak boleh stress sangat. Lagipun..." Azhar tak jadi meneruskan ayatnya. Wajah sedih si isteri ditatap.
"Yelah! Mama faham" Salmah memegang tangan Nissa. "Nissa, mama nak mintak maaf atas apa yang berlaku. Semuanya! Dari Nissa kecik sampai Nissa dah besar, Nissa banyak makan hati dengan keluarga mama. Mama tak tahu macam mana nak betulkan keadaan. Tapi mama betul-betul mintak maaf. Mama faham, Nissa perlukan masa untuk maafkan dan lupakan semua ni.."
Nissa pandang wajah Salmah. Sedikit pun dia tak pernah menyalahkan Salmah. Dia tahu Salmah sudah buat yang terbaik untuk dia.
"Nissa tak pernah salahkan mama. Nissa cuma terkilan dengan apa yang berlaku. Maafkan Nissa sebab tak mampu terus nak berada kat sini. Berada di sisi mama"
"Menantu mama tak salah!" Sebak Salmah sudah mula kedengaran. Kalaulah Nissa tak masuk ke dalam keluarga mereka, mungkin kini Nissa sedang berbahagia dengan caranya sendiri. Namun melihat betapa prihatin dan kasihnya Azhar kepada Nissa, dia tahu Nissa sedang diulit bahagia dengan lelaki itu. Betul kan, setiap perkara ada hikmahnya?
"Nissa akan sentiasa jadi menantu mama kan?" Pipi gebu Nissa dielus. Meskipun dia tiada pertalian darah dengan Azhar, namun Azhar masih dianggap seperti anaknya sendiri.
"Ya ma. Nissa dan abang akan sentiasa jadi menantu dan anak mama"
TIBA saja di rumah, Nissa terus menapak ke arah sofa dan membaringkan tubuhnya di situ. Dia kepenatan, mental dan fizikal! Terlalu banyak perkara yang sudah berlaku. Pengakuan Shima terhadap kekejaman Mak Uda selama ini sungguh mengejutkan. Dia berusaha untuk menerima semuanya dengan hati yang terbuka.
Memaafkan memang mudah tetapi proses tersebut sangat sukar. Memerlukan masa dan kekuatan untuk membuka pintu kemaafan. Apatah lagi jika dosa tersebut adalah dosa lampau.
Semoga dia terus kuat untuk memberi kemaafan di atas apa yang telah berlaku. Meski hatinya sering rapuh, dia berharap ada keajaiban suatu hari nanti!
"Laa kenapa sayang baring sini? Pergilah rehat kat bilik" tegur Azhar yang baru selesai memunggah barang dari dalam bonet kereta.
"Kejaplah bang! Malaslah Nissa nak angkat"
"Kenapa malas-malas ni?" Azhar sudah duduk di sisi Nissa, mencuit hidung mancung itu.
"Tak laratlah bang! Nak jalan naik tangga tu dah termengah-mengah nafas ni!" adu Nissa dengan wajah kesian.
"Alala, kesiannya dia!" kata Azhar lantas mengelus pipi gebu itu. Perut Nissa yang semakin membesar itu direnung seketika. Usia kandungannya sudah masuk enam bulan. Tubuh badannya yang rendah dan kecil itu sudah menyukarkan dia untuk bergerak aktif. Kasihan Nissa! Kasihnya dia terhadap isterinya itu tak terbilang rasanya.
"Abanglah yang buat! Hu hu" rengek Nissa manja. Azhar mengekek. Memanglah dia punya kerja. Mana taknya, bukan dia tahan tengok kecomelan si isteri. Tambah lagi aksinya yang manja itu!
"Tahulah...siapa yang goda siapa entah?" sahut Azhar penuh kenakalan.
Nissa mencubit lengan Azhar yang sudah tertawa kecil itu. Melihat senyuman di wajah itu, hatinya kembali riang. Dia benar-benar berharap agar Nissa bisa kembali pulih seperti sediakala.
"Sayang.." Azhar jadi teringat akan surat tanah tersebut.
"Ya bang?" Nissa sudah membetulkan duduk di hadapan suaminya.
"Sayang ingat lagi tak pasal dokumen harta yang sepatutnya jadi milik sayang? Yang arwah maklong beri?"
Dahi Nissa berkerut. Dia sudah lupa mengenai perkara tersebut. Kini, dia tidak mahu lagi ambil peduli akan harta itu. Baginya, itu sudah tidak penting. Yang dimilikinya kini sudah lebih dari mencukupi.
"Ingat. Kenapa bang?"
"Shima bagi surat tu pada abang semalam. Dia suruh beri pada sayang" Dokumen tanah tersebut diserahkan kepada Nissa.
Nissa tak menyambut huluran Azhar. Ditatap lama dokumen tersebut dengan perasaan yang bercampur-baur. Gara-gara harta tersebut, dia hampir kehilangan nyawa. Juga, hubungan persaudaraan terputus dan dendam membara. Dia tidak rasa dia layak memiliki harta tersebut.
"Kenapa ni? Tak nak tengok surat tanah ni ke?" tegur Azhar tatkala Nissa diam tak berkutik.
"Tak nak!" balas Nissa dengan gelengan kepala.
"Tapi ni harta sayang. Hak milik sayang. Nanti ada lawyer akan datang untuk bacakan wasiat.."
"Nissa tak nak harta ni bang. Apa yang abang bagi dah lebih dari cukup. Rumah, kereta, aset kekayaan abang, wang bulanan lagi, tu pun Nissa tak pernah belanja satu sen. Semua abang tanggung" Nissa duduk di atas riba Azhar. Memeluk erat tubuh itu dengan penuh kasih sayang. Yang dia perlukan kini cumalah kasih sayang dari suaminya.
Ciuman Azhar melekap pada dahi isterinya. Setiap hari, rasa cintanya semakin bertumbuh buat sang isteri. Dia gilakan Nissa, dia obseskan Nissa!
"Itukan memang tanggungjawab dan kewajiban abang. Harta ni pulak, wasiat dan amanat dari arwah. Kita tak boleh abaikan tau? Wasiat dan amanat dari orang yang dah meninggal dunia adalah wajib" Hidung Nissa dicuit.
"Hmmm..." Nissa menggumam. Benar-benar tidak mampu difikirkan cara untuk mengurus harta sebanyak itu. Dia takut dia alpa. Dia risau dia angkuh dan lupa pada Pencipta. Sesungguhnya harta yang bertimbun bisa bikin orang lupa asal-usul!
"Hmmm?" Azhar pula yang menggumam. Dia melagakan hidung mereka bersama. Nissa tersengih.
"Tapi harta ni banyak bang. Macam mana nak uruskan?"
"Kita sedekah pada sesiapa yang memerlukan. Rumah anak yatim je, orang-orang tua ke, rumah OKU ke..sekurang-kurangnya pahala arwah maklong berjalan. Pahala sayang pun ada"
Nissa angguk. Betul juga itu. Bersedekah itu adalah jalan yang terbaik dan bisa menenangkan hati.
"Bijaklah abang ni!" Nissa picit kedua-dua pipi suaminya.
"Tahu pun!"
Nissa ketawa saat Azhar membenamkan kepala ke dadanya. Senang hati dengan reaksi itu.
"Abang, pasal apa yang berlaku pada arwah ibu dan Mak Uda, biarlah jadi rahsia kita. Nissa tak nak sesiapa tahu lebih-lebih lagi papa dan yang lain. Nissa takut dorang tak kuat nak terima.Nissa tak nak dorang berdendam dengan arwah Mak Uda. Biarlah perkara ni kita dan pihak sana je tahu"
Azhar mengukir senyuman. Dalam keterpaksaan, dia boleh nampak keikhlasan Nissa.
"Iye sayang. Abang janji. Kita je yang tahu. Abang pun tak nak ada sesiapa yang berdendam dengan Mak Uda. Dia kan dah takde. Biarlah dia tenang kat alam sana"
Nissa angguk. Dalam perkara ini, mereka sepakat untuk merahsiakan saja punca kematian Hanita. Mereka tidak mahu sekiranya yang hidup menyimpan dendam pada yang telah tiada.
"Abang, Nissa laparlah!" rengek Nissa manja.
"Lapar ea? Okey, abang masak dulu. Jap lagi kita makan" Azhar mencium dahi Nissa.
"Okey sayang" sahut Nissa lantas melepaskan Azhar dari sisi.
PAGI itu, Lili terkejut menerima kehadiran Nuh di rumah. Niatnya untuk turun kerja pagi itu tertunda. Nuh tampak macho dan santai dengan blouse biru dipadankan dengan jeans denimnya.
Ana tersengih di sisi. Dia sudah mengenali Ana ketika kejadian di rumah Nissa tempoh hari. Gadis itu tampak cantik dengan dress pink paras betisnya.
"Hai maksu!" sapa Ana dengan mesra.
Nuh dan Lili kaget. Maksu?
"Ana!" bentak Nuh dalam nada kecil. Lengan Ana disiku.
"Oops!" Ana tutup mulut. "Sorry akak! Terbawa-bawa pulak"
Lili tergelak. "Takpe! Masuklah. Kejap lagi akak suruh orang hidangkan breakfast. Kita breakfast sekali"
Nuh dan Ana memasuki rumah setelah dipelawa oleh Lili. Lili masih terkejut menerima kedatangan Nuh di situ. Tiada sebarang pesanan atau khabar yang diterimanya dari lelaki itu. Apa ya tujuan Nuh ke situ?
TAN SRI AZIZ merenung tajam wajah pucat Nuh. Tangannya melipat ke dada. Setelah Nuh menjelaskan maksud kedatangannya ke situ, wajah tua itu berubah serius. Kini dia dapat mengagak siapa sebenarnya Nuh. Barangkali itulah gerangan lelaki yang ingin dipinang oleh Lili.
Ana sudah ke dapur bersama Lili. Itupun atas arahan Nuh. Kata Nuh, dia ingin berbincang empat mata dengan Tan Sri Aziz.
Lili menjenguk dari jauh. Wajah kedua mereka tampak serius. Apa agaknya inti perbincangan mereka ya?
"Akak!"
Lili mengurut dada tatkala Ana mengejutnya dari arah belakang. Terkekek-kekek Ana ketawa melihat riak Lili itu.
"Terkejut akak tau?!" Lili tampar lembut tangan putih mulus itu.
Ana menyudahkan tawanya. "Akak tengok apa?"
"Tu haa.." Ana meniru perlakuan Lili.
"Kenapa?"
"Dorang bincang pasal apa?"
"Men's talk!" sahut Ana lantas kembali duduk di kerusi. Penatlah nak menonggeng bagai semata-mata nak mengintip mereka! Padahal dia sudah tahu apa yang mereka bincangkan.
"Maksudnya?" Lili angkat kening. Dia menghampiri Ana dan duduk di sebelah.
Sukanya dia menatap wajah cantik Ana. Ada iras-iras Nuh sedikit. Tapi yang ini Nuh versi perempuan!
"Ala akak ni! Kalau dah lelaki datang jumpa orang tua kita, apa maksudnya"
Lili menggeleng. Tidak mungkin Nuh membawa alasan tersebut. Nuh kan tak sukakan dia?! Hu hu...
"Akak, paksu tu sukakan akak. Dia jealous tengok akak dengan lelaki yang akak kata client tu. So dia datang dengan hajat yang besar. Hajat nak menyunting akak!" Ana bocor rahsia dengan selamba.
"What??!"
Lili tersentak. Tidak disangka Nuh bertindak sejauh itu. Tapi benarkah apa yang didengarinya?
"Paksu tu kalau akak nak tahu, dia lembik sikit kalau hal perempuan ni. Sebab tu sampai sekarang membujang. Umur dah 35, tapi takde satu pun yang melekat! Ana ni tak sabar tau nak dapat maksu!"
Lili diam. Patutlah Nuh tampak kaku dan dingin. Rupa-rupanya dia memang tak pandai nak mengorat! Tersenyum sendiri Lili mengenangkan itu.
"So akak janganlah jual mahal lagi. Kesian tau paksu! Pertama kali dia jadi seberani ni. Sebelum ni tak pernah pun seserius ni"
Lili memikirkan sesuatu. Dia harus mengorek sesuatu dari Ana.
"Kalau dia sukakan akak, kenapa tak cakap dari dulu?"
"Sebab dia takut akak tak nak terima dia. Akak kan kaya, hidup mewah, pakai barang mahal, tak macam dia! Paksu tu orang yang sangat sederhana. Dia tak suka mewah-mewah ni. Dia anggap yang akak dengan dia tak setaraf!"
Lili angguk. Baru kini dia mengerti. Nuh bukannya tak sukakan dia, Nuh cuma tak berani ambik risiko tersebut. Namun kini semuanya bakal berubah. Lili akan tunjukkan yang dia bukan seperti yang Nuh fikirkan!
Share this novel