EMPAT PULUH

Drama Series 16075

"SAYANG!!" Bergegas Azhar berlari mendapatkan Nissa. Jiwanya kacau, takut sesuatu terjadi kepada isterinya. Setelah Johan berbicara seolah-olah mengugut, dia terus menyerahkan tugasnya kepada Rizal. Dia harus segera menemui Nissa di rumah kerana hatinya mengkhuatiri keselamatan isterinya.

Dicari di setiap ruang rumah tersebut dari bilik tidur sehinggalah ke dapur. Hatinya berdegup kencang saat bayang-bayang Nissa tidak kelihatan di mana-mana. Dia gementar, takut dan semua perasaan bercampur-baur. Ya Allah, janganlah sesuatu yang tidak baik berlaku kepada isteriku!

Saat melihat kelibat Nissa di laman belakang, dia menghela nafas lega. Dirapati sang isteri lantas didakap erat. Air matanya jatuh berguguran. Syukur, tiada apa yang terjadi!

Nissa terkebil-kebil dengan tingkah si suami. Katanya pulang petang. Tapi kenapa sudah terpacak di hadapannya jam segini? Baru pukul 11!

"Abang, kenapa ni?"

"Shhh...jangan cakap apa-apa! Bagi abang peluk dulu"

Demi mendengarkan kata-kata Azhar, laju saja Nissa membalas pelukannya. Meskipun dahinya berkerut seribu dengan pelbagai persoalan, namun jiwanya lapang melihat Azhar waktu itu. Rindunya terlerai!

Dua orang lelaki yang memerhatikan gelagat mereka di dalam kereta saling berpandangan. Keduanya mengukir senyuman sinis. Kini, baru mereka tahu titik kelemahan yang ada pada tuan inspektor itu.

"Bos, beres!!" kata seorang lelaki yang berkepala botak itu kepada bosnya di dalam panggilan.

"Jalan! Kita dah habis urusan kat sini!" arahnya pada teman seperjuangan di sebelah. Tak disangka, inspektor yang terkenal dengan sikap berani dan wajah bengis itu rupa-rupanya punya kelemahan itu. Isterinya!

DENGAN penuh hati-hati, Iqbal berjalan mendekati bilik yang bernombor 02 itu. Wajahnya ditutupi dengan topeng muka dan dia mengenakan topi di kepala. Hanya dua pasang mata sahaja yang kelihatan.

Setelah yakin keadaan aman, dia memanjangkan leher memerhati di dalam bilik tersebut. Wajah Salmah yang pucat sedang tidur lena di atas katil. Jiwanya merintih melihat Salmah seperti itu.

"Mama!" serunya perlahan. Dia berkira-kira hendak pergi saja dari situ kerana merasakan dirinya dalam bahaya. Namun melihatkan ada tiga orang anggota polis lengkap berpakaian uniform, dia meluru masuk ke dalam bilik itu. Risau sekiranya polis tersebut mencarinya.

"Mama" rintihnya lagi setelah berhadapan dengan Salmah yang terbaring itu.

"Mama, maafkan Iqbal! Iqbal bukan anak yang baik. Iqbal dah buat mama susah. Iqbal mintak ampun ma!" Iqbal menangis di sisi Salmah. Erat jari-jemarinya menggenggam tangan Salmah yang sejuk itu.

"Semoga mama cepat sembuh. Iqbal janji akan cari orang yang buat mama macam ni. Iqbal kena pergi dulu. Nanti ada masa dan kesempatan, Iqbal lawat mama lagi!" ujarnya seraya mengucup dahi dan tangan itu.

Dengan langkah perlahan, dia menapak keluar dari bilik. Namun belum sempat berbuat apa-apa, tiga orang pegawai polis tadi menerpa masuk dan terus menangkapnya.

Kedua-dua tangannya digari. Iqbal meronta-ronta minta dilepaskan namun semakin kuat cengkaman pegawai polis tersebut.

"Iqbal Hakimi, kamu ditahan atas tuduhan melakukan penderaan terhadap isteri kamu, Mimi Shaheera sehingga menyebabkan kecederaan dan trauma" terang pegawai polis tersebut.

"Lepas! Lepaskan aku!! Lepas! Aku tak bersalah!!" jerit Iqbal namun rayuannya tidak dipedulikan. Dalam hati, dia menyumpah Mimi kerana telah menuntutnya. Aku takkan lepaskan kau Mimi!!

"OKEY, terima kasih!"

Azhar mendekati Nissa yang duduk di sofa. Tampang itu ditatap lama. Bersyukur kerana Nissa masih dilindungi.

"Kenapa bang?" tanya Nissa. Dia melentokkan kepala ke dada Azhar.

"Iqbal"

"Haaa? Dia..dia kat sini ke?" Mendengar nama itu, Nissa jadi trauma. Wajahnya panik. Dia mengangkat wajah. Pandangannya jatuh pada wajah suaminya.

"Tak sayang!" ujar Azhar sambil mengelus pipi gebu itu. "Polis dah berjaya tangkap dia"

Senyuman Nissa melebar. Rasa bersyukur menyinggah di lubuk hati. Dia tak perlu takut lagi.

"Bila?"

"Tadi. Kawan abang telefon" Kepala Nissa dibawa semula ke dadanya.

"Rupa-rupanya keluarga Mimi dah buat report pasal Iqbal. Dia dah dera Mimi! Mimi ada trauma tapi tak serius. Masa Iqbal lawat mama kat hospital.."

"Haa mama kat hospital? Kenapa?" Nissa mencantas kata-kata suaminya.

"Mama sakit. Ada orang pukul dia guna benda keras. Mama operate, lepas tu sekarang sedang berehat. Tapi doktor cakap dia stabil. Mama kena tu, masa kita gaduh kecik hari tu. Abang tak sempat nak bagitahu sayang" Kepala Nissa dikucup.

Nissa tersentak. Laa rupa-rupanya! Hmm, dia rasa bersalah pulak meletakkan Azhar di posisi seperti itu. Mesti Azhar sedih. Bertimpa-timpa perkara berlaku. Sumpah, dia tak berani dah nak ingkar kata suaminya lagi! Pelukannya dieratkan lagi.

"Jadi masa Iqbal lawat mama kat hospital, polis tangkap dia kat situ"

"Macam mana dorang tahu Iqbal kat situ?"

"Polis dah lama perhatikan gerak-geri dia. Hari ni dia umpama serah diri!"

"Hmm, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak kan bang?"

"Bijak isteri abang ni!" Hidung Nissa dicuit.

Nissa tersengih. "Abang.."

"Hmm?"

"Nissa mintak maaf tau?"

"Sayang ada buat salah ke hari ni?"

"Tak! Nissa ingkar kata-kata abang hari tu. Mesti abang sedih kan? Nissa buat hal, mama pula masuk hospital"

"Sedih! Kecewa, marah semua ada. Sebab abang sayang, abang cintalah abang marah. Tapi semarah-marah abang, abang tak sanggup nak biarkan sayang sorang-sorang. Marah tapi tak boleh nak berjauhan! Macam tu.. sebab tu abang kecewa. Abang hampa sebab sayang tak dengar cakap abang!"

Penjelasan panjang lebar Azhar menambahkan rasa serba-salah di dalam hati Nissa. Jikalah masa dapat diputar kembali, pasti dia takkan bersikap degil!

"Maafkan Nissa!"

"Ya, abang dah maafkan! Abang tak nak dah ingat tu lagi. Cuma janji dengan abang satu benda. Lepas ni, jangan ingkar kata-kata abang lagi" Hidung Nissa dicuit.

"Ya, Nissa janji! Nissa dengar cakap abang"

"Macam tu lah isteri abang!"

Nissa gelak. "Abang, kenapa balik awal hari ni? Kata balik petang"

Azhar tersentak. Alasan apa yang harus diberi kepada isterinya? Hmm..

"Kerja abang dah siap. Dan sebab abang rindu isteri abang yang nakal ni!" Bibir Nissa ditindih.

"Abangg!!" Nissa menolak tubuh Azhar. Mengekek Azhar ketawa.

"Amboii!! Tolak kita. Semalam nakal bukan main" sakat Azhar lagi.

"Hishh abang ni!" Nissa merungut. Lengan Azhar dicubit manja.

"Okey, okey! Sorry.." Azhar mengalah. "Abang tak buat lagi dah!

Nissa memberhentikan tingkahnya. Dia ketawa melihat Azhar yang mengaduh kesakitan itu.

MAK UDA ketakutan. Dokumen harta dipeluk erat. Dia tak boleh membiarkan rahsianya diketahui oleh sesiapa pun. Dan mengenai Salmah, dia juga harus bijak memainkan perannya.

Dia bukan sengaja memukuli Salmah. Dia cuma tak punya rancangan atau cara lain untuk menghalang Salmah daripada membocorkan rahsianya.

"Aku mintak maaf Mah! Aku takde niat nak pukul kau atau buat kau sakit. Aku cuma takut, takut kalau ada sesiapa tahu rahsia aku! Aku dah sedaya-upaya pujuk kau tapi kau yang degil. Kau tak nak dengar cakap aku! Jadi kau jangan salahkan aku!"

Rungutan Mak Uda menambahkan kebencian dalam hati. Semua yang berlaku adalah berpunca daripada Nissa, anak gampang yang lahir tidak berbapa itu! Dia sudah membalaskan dendamnya. Hanya menunggu waktu yang sesuai saja. Selepas itu, baru hatinya berasa puas.

Dan Sulaiman, sosok suami alim dan warak tetapi rupa-rupanya manusia yang bertopengkan iblis! Dia juga tidak akan melepaskan Sulaiman. Jika Sulaiman dan Nissa tidak menderita, dendamnya tidak akan berakhir!

Arghh! Mak Uda mendengus kasar. Gara-gara tidak sengaja memukuli Salmah, dia terpaksa bersembunyi di tempat lain. Dia risau dan takut sekiranya perkara itu diketahui oleh sesiapa. Makanya dia bersiap-siap terlebih dahulu. Jika tiada apa-apa berita, barulah dia akan kembali ke rumah.

Awal-awal lagi dia sudah meninggalkan pesanan kepada Sulaiman, Shima dan Shafiq tentang ketiadaannya. Alasannya, dia harus ke Sekinchan buat menemani teman lama yang baru kematian suami. Padahal dia ke Sekinchan atas urusan lain. Untung saja ketiga-tiga mereka mempercayainya. Jadi mudahlah kerjanya melarikan diri buat sementara.

"Tapi kalau Salmah sedar macam mana? Apa yang aku kena buat kalau dia bagitahu semua orang pasal aku? Dan, harta ni?? Aduhhh!! Tak! Takde sesiapa pun boleh tahu pasal benda ni" Mak Uda menggeleng kepala.

"Aku doakan semoga kau tak sedar-sedar ye Mah? Kalau mampus terus lagi bagus! Senang kerja aku!" getus Mak Uda seraya ketawa. Dia harus siap-siap buat ketemu dengan orang itu. Rancangannya hampir sempurna!

Yang jelas, dia akan pastikan dirinya selamat dan rahsianya tak terbongkar!

SETELAH dimaklumi akan perkara itu, Tan Sri Aziz dan isterinya mengucap syukur dan menghela nafas lega. Kini, tiada apa yang harus dibimbangkan kerana Iqbal sudah pun ditangkap! Mimi bebas dan hidupnya akan kembali seperti biasa.

"Kenapa pa?" tanya Mimi ketika melihat senyuman di wajah itu.

"Papa baru dapat berita. Iqbal dah kena tangkap!"

Mendengarkan berita itu, perasaan Mimi rasa lega dan tenang. Seolah-olah batu besar yang digendong selama ini perlahan-lahan memecah! Dia mengucap syukur kepada Yang Maha Esa di atas kesempatan dan peluang ini. Dia benar-benar telah belajar dari kesilapannya. Menyakiti orang lain pasti akan ada balasannya. Dia serik. Dia menyesal. Dia mahu bertemu Nissa dan meminta maaf.

"Alhamdulillah syukur! Thanks pa. Mimi happy sangat. Ya Allah! Syukurnya"

"Lepas ni, Mimi boleh kemukakan surat cerai. Takde guna hidup dengan lelaki macam tu. Dia jadikan Mimi tempat untuk dia lepas geram dan nafsu semata! Mama tak nak Mimi terluka lagi"

Nasihat Puan Sri Linda kali ini akan didengari dan diterimanya. Dia tak mahu mengingkari dan melawan kata-kata orang tuanya. Baru kini dia sedar, kalau cinta sesama manusia melebihi cinta pada Yang Maha Esa akan buruk padahnya.

"Ya ma. Mimi akan dengar nasihat mama lepas ni"

Mimi mendekati kedua orang tuanya.

"Ma, pa.. Mimi nak mintak maaf di atas sikap Mimi selama ni. Mimi tak dengar cakap. Kalau Mimi dengar cakap mama, cakap papa, pasti semua ni takkan berlaku! Mimi menyesal. Mimi betul-betul menyesal!"

"Ya Mimi. Mama papa dah lama maafkan. Kami cuma nak terbaik untuk anak-anak kami. Mimi kan dah jadi ibu, mesti Mimi faham perasaan kami kan?"

Mimi mengangguk. Kini dia mengerti pengorbanan kedua orang tuanya. Dia takkan sesekali melupakan itu.

"Mimi nak jumpa Nissa. Nak mintak maaf pada dia"

Tan Sri Aziz dan Puan Sri Linda saling berpandangan. Wajah mereka penuh dengan tanda tanya.

"Nissa?"

Mimi mengangguk. "Nissa, yang kita jumpa hari tu. Yang selamatkan Mimi. Dia sebenarnya bekas isteri pertama Iqbal"

Kali ini, Tan Sri Aziz mengerut dahi. Kecilnya dunia..

"Tapi kenapa masa kamu kawen dulu, kami tak nampak dia?"

Baru Tan Sri Aziz ingat akan hal itu. Dia tak nampak kelibat atau wajah Nissa ketika majlis Mimi berlangsung tiga tahun lepas.

"Tak surelah pa! Maybe masa tu dia dah balik. Sebab mama papa tahu kan, masa tu Mimi dan Iqbal rahsiakan siapa Iqbal sebenarnya. Jadi..."

Ayat Mimi tergantung di situ. Membuka kisah lama ibarat menoreh luka di dada. Sakit, peritnya tak terkata!

"Yelah! Takpe, kami faham" Puan Sri Linda mengangguk.

"Ada sesuatu yang kamu perlu tahu" tukas Tan Sri Aziz. Jari-jemari isterinya digenggam erat. Sudah tiba masanya untuk Mimi dan Lili mengetahui kebenarannya.

Mimi mengerut dahi. "Apa dia pa?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience