"KAMU tahu mati suri?"
Terkebil-kebil mata Azhar mendengar ayat itu. Mati suri? Apa tu? Dia baru pertama kali mendengar kalimat itu.
Azhar menggeleng kepala.
"Dalam Alquran Surah Az-Zumar ayat 42 ada menjelaskan bahawasanya mati itu terbagi kepada dua, iaitu mati kecil dan mati besar. Dan mati suri ni tergolong dalam mati kecil, sama seperti tidur"
"Penjelasan lainnya pula, mati suri ni merujuk kepada suatu fenomena di mana seseorang hidup kembali setelah dinyatakan meninggal dunia dalam kondisi waktu tertentu. Kondisi tersebut kerap dimaknai bahwa arwah yang terlepas masih memiliki kontrol di badannya"
"Jadi maksud yang lebih senang difahami, isteri kamu masih hidup cuma otak tak brfungsi, jantung berhenti berdegup dan aliran darah terhenti"
Wajah Azhar kembali menyinar. Dia mengalihkan pandangan ke arah jenazah isterinya. Tenang betul wajah itu. Mungkinkah mereka bisa bersatu kembali?
"Kalau anak saya masih hidup, kenapa dia tak bernafas ustaz?" Giliran Tan Sri Aziz pula menyoal.
"Seperti yang saya katakan tadi, dia seperti sedang tidur. Dan kalau mengikut perkiraan saya, ada benda yang menghalang dia untuk berhubung dengan dunia luar"
"Habis tu, apa yang perlu kita buat ustaz?" tanya Nuh pula.
"Macam ni. Kita ikhtiar aje. Selebihnya kita serahkan saja pada Allah SWT. Kerana Dia lebih mengetahui. Pesan ustaz pada kamu.." Ustaz Hamzah mengalihkan pandangan ke arah Azhar yang teresak-esak itu. "Kalau satu hari nanti kamu dapat tahu siapa pelakunya, ustaz harap kamu tak berdendam. Jangan membalas. Maafkan dia. Allah itu Maha Adil. Dia tahu mengatur semuanya"
Azhar mengangguk kepala. "Iya ustaz, saya faham. In Shaa Allah"
"Okey, sementara semua dah ada sini, saya nak semua berwuduk. Lepas kita, kita duduk mengelilingi jenazah. Dan sama-samalah kita baca Surah Yasin sebanyak tiga kali. Niatkan dalam hati untuk kesembuhan dan kesedaran jenazah. In Shaa Allah, Allah mendengar setiap niat baik kita"
Semua mengangguk faham. Masing-masing mula mengerjakan arahan Ustaz Hamzah.
"Azhar" panggil Ustaz Hamzah semula. Langkah Azhar terhenti.
"Ya ustaz?"
"Tolong sediakan satu botol besar air mineral, cawan dan satu baldi sederhana besar. Nanti letak kat tepi"
Banyak yang ingin Azhar ajukan kepada ustaz, namun hatinya lebih ke arah penyembuhan Nissa. Jadi dia hanya mengangguk kepala dan menuruti arahan ustaz. Nanti dah selesai semua, dia akan menanya kepada ustaz.
TERKUMAT-KAMIT mulut lelaki tua itu membaca sesuatu. Gambar Nissa diletakkan di atas satu baldi besar. Kemudian, darah dari seekor ayam dituangkan di atas gambarnya. Beberapa helai rambut dan paku juga diletakkan di atas gambar tersebut.
"Kamu yakin?" Dia bertanya kepada orang di hadapannya. Melihat orang itu mengangguk kepala, dia kembali mengeluh.
"Budak ni terlalu payah nak ditewaskan. Lagipun, ada benda menumpang dalam perut dia"
Tok Mil mengerut dahi. Wajahnya mengerut. Agak sukar untuk dia menewaskan dan mengerjakan Nissa kerana ada sesuatu yang seakan menguatkan lagi dirinya.
"Budak ni mengandung! Aku tak boleh sangat nak kerjakan dia. Anak dia bersatu dalam badan dia"
Berpeluh-peluh Tok Mil mencuba. Segala macam cara dilakukan untuk memastikan jantung Nissa tidak berdegup kembali. Namun dia tidak mampu untuk terus bertahan.
"Kalau kau nak suruh aku bunuh anak dia, aku tak sanggup! Aku mungkin kejam sebab bunuh orang dalam diam, tapi untuk bunuh budak yang belum sepenuhnya jadi manusia, aku tak sampai hati!"
Orang itu menyeringa. Dia mencerlung tajam ke arah Tok Mil. Matanya memerah menahan amarah dalam diri.
"Okey! Aku faham apa yang kau mahu. Untuk kali ni, aku turutkan kemahuan kau"
Tersenyum kemenangan wajah orang tersebut. Dendamnya bakal terlunas. Dia mahu semua keturunan Nissa mati di tangannya! Kerana dia kini yang berkuasa!
SEMUA sedang tekun membaca Surah Yasin seperti saranan daripada Ustaz Hamzah. Azhar membaca dengan esakannya yang kedengaran. Dia tidak habis fikir setega apa manusia yang memperlakukan isteri dan bayi mereka seperti itu.
Niatnya hanya ingin kesembuhan Nissa dan agar Nissa kembali semula ke pangkal jalan. Dia mahu membina keluarga dengan Nissa.
Ustaz Hamzah duduk di hujung kaki Nissa. Matanya terpejam. Mulutnya juga membaca Surah Yasin. Tiba-tiba, dia merasakan seluruh tempat seakan gelap. Manusia di sekelilingnya seakan menghilang.
Dia mencelikkan wajah. Ketika itu, muncul bayangan Tok Mil sedang bergelut mengerjakan Nissa. Ustaz Hamzah menyambung membaca Surah Yasin dengan kuat, berharap agar kuasa Tok Mil berkurangan dan dapat ditewaskan.
Ternyata, sangkaannya benar belaka. Tok Mil kelihatan semakin lemah. Darah keluar melalui rongga mulutnya. Dia mencerlung ke arah Ustaz Hamzah.
"Lepaskan aku! Lepaskan aku!! Panas"
"Kenapa kau buat dia macam tu? Apa dendam kau?" tanya Ustaz Hamzah. Wajahnya berubah serius.
"Dendam! Sakit hati! Aku nak bunuh dia!!"
"Kau takde hak untuk bunuh atau cabut nyawa seseorang. Itu berdosa! Kau bukan Tuhan yang menentukan hidup mati seseorang!"
"Diam! Siapa cakap aku tak berkuasa? Kalau aku tak berkuasa, dia takkan mati!"
"Dia belum mati! Kau sendiri tahu itu. Kau yang buat dia, kau kena hentikan semua ni sebelum aku sendiri hapuskan kau!"
Tok Mil gelak besar. Wajahnya angkuh. Dia tatap riak ustaz Hamzah dengan pandangan penuh bongkak.
"Aku tak nak! Dah alang-alang buat kerja ni, baik aku teruskan! Kalau kau halang aku, kau akan terkena sekali!"
Ustaz Hamzah menghela nafas. Nampak gayanya, makhluk yang satu ini enggan menurutinya. Baiklah, dia juga akan menggunakan cara yang sama!
"Baik, kau tak beri aku pilihan! Aku terpaksa hapuskan kau dengan cara aku"
Ustaz Hamzah membaca beberapa ayat Alquran, ditiup ke dua telapak tangannya. Kemudian, ditiup kembali ke arah Tok Mil. Serentak itu, mulutnya tetap membaca Ayatul Kursi.
Tok Mil menjerit kepanasan. Tingkahnya mulai hilang rentak. Ayat-ayat yang dibacanya mulai berantakan. Seketika, dia hilang upaya untuk meneruskan kerjanya.
Ketika itulah, Ustaz Hamzah mula mengawalnya. Dibaca beberapa kali Ayatul Kursi, sekali dengan ayat tiga Kul. Kemudian dihembus ke arah Tok Mil.
Rasa sakit dan kepanasan yang dirasakan oleh Tok Mil mula memberi respon. Dia menjerit minta dilepaskan. Ustaz Hamzah meneruskan pembacaannya. Dan ketika itulah, badan Tok Mil mulai terbakar. Darah mencurah-curah keluar dari mulutnya. Serentak itu, dia rebah di atas lantai. Wajahnya gelap dan kehitaman. Nyawanya melayang dalam sekelip mata!
USTAZ HAMZAH mencelikkan mata. Ketika itu, keadaan kembali seperti biasa. Pembacaan Surah Yasin masih berterusan.
Dia memandang sekeliling. Lembaga-lembaga hitam yang berkeliaran di dalam dan luar rumah mulai menghilang. Dan lembaga yang mengawasi Nissa juga perlahan-lahan lesap dari situ.
Serentak itu, Surah Yasin sudah selesai dibaca. Nissa tersedar dari tidur. Matanya terbuka. Nafasnya tercungap-cungap, dadanya turun naik. Azhar menghampiri isterinya.
Melihat Nissa kembali waras, air matanya berlinangan. Rasa syukurnya tak henti-henti dia ucapkan dalam hati. Nissa teresak-esak lalu membetulkan duduk.
"Sayang..." Tubuh itu dipeluk erat.
Semua yang ada di situ terkejut melihat keadaan Nissa yang berbalut sedang duduk di atas lantai. Mereka seakan tak percaya dengan apa yang sedang mereka saksikan.
"Ya Allah!! Isteri aku..." Azhar tak henti-henti mengucapkan syukur. Didakap erat tubuh itu.
"Har..." Ustaz Hamzah mengelus bahunya.
Azhar melepaskan pelukan. Pandangannya jatuh pada wajah Ustaz Hamzah.
"Bagi air ni pada isteri kamu. Baca selawat tiga kali dan habiskan" Ustaz Hamzah menyerahkan secawan air mineral kepada Azhar. Air itu sudah dibaca dengan Surah Yasin. Baldi pula diletakkan di hadapan Nissa.
"Minum sayang..." Azhar membantu Nissa untuk minum.
Selesai minum, Nissa terasa perutnya sakit. Tekaknya rasa mual. Tak menunggu lama, dia memuntahkan segala isi di dalam perutnya ke dalam baldi di hadapannya.
Ketika itu, Azhar dan yang lainnya terkejut melihat isi yang dimuntahkan oleh Nissa. Ada beberapa helai rambut dan paku beserta darah!
Nissa teresak-esak menahan sakit yang bukan sedikit. Dadanya terasa dihimpit. Azhar kembali memeluk isterinya. Sekejam itu manusia pada isterinya, teganya menganiaya dan menyakiti Nissa.
"Ni barang yang dihantarnya pada isteri kamu. Barang tu duduk dalam perut dan ari-ari isteri kamu. Sebab tu isteri kamu selalu rasa sakit kat bahagian tu" jelas Ustaz Hamzah. Memang busuk hati manusia yang melakukan perbuatan terkutuk ini. Menyekutukan Allah dan menganiaya manusia!
"Ya Allah!!" Air mata Azhar semakin deras mengalir. Wajah pucat Nissa ditatap. Belas hatinya melihat keadaan si isteri.
Semua yang melihat menarik nafas lega. Nissa masih hidup! Syukur alhamdulillah, Allah masih melindunginya!
Air mata Tan Sri Aziz belum kering. Sebak benar dia melihat keadaan si anak yang pucat dan tak bermaya itu.
"Sekarang ni semuanya dah selesai. Dengan izin Allah, saya dah berjaya hapuskan tukang bomoh dan lembaganya. Cuma.."
"Cuma apa ustaz?" tanya Azhar.
"Rumah kamu ni kena dibersihkan. Nanti saya akan azan di setiap ruang. Lepas ni, kalau boleh, rajin-rajinlah mengaji dan buat solat sunat. Berjemaah dengan isteri. Benda tu akan susah nak ganggu"
"Iya ustaz. In Shaa Allah, kami berdua akan usahakan" sahut Azhar dengan suara yang sebak.
"Ustaz, ustaz tahu ke siapa yang buat semua ni?" soal Nuh yang duduk tidak jauh dari Azhar.
Ustaz Hamzah tersenyum. Dia mengangguk kepala.
Melihat reaksi Ustaz Hamzah, semua orang mulai berbisik. Masing-masing mula berfikir gerangan manusia itu.
"Siapa ustaz?" tanya Mimi pula. Dia duduk di sebelah Nissa.
"Yang tu, biarlah waktu yang menjawab. Lambat-laun, Allah akan bagi petunjuk. Cuma yang ustaz nak, kamu jangan membalas apa-apa pun perbuatan dia. Ingat, Allah tak tidur. Dia tahu apa yang berlaku" pesan Ustaz Hamzah sekaligus menitipkan nasihat.
Semua mengangguk kepala. Bersetuju dengan kata-kata Ustaz Hamzah itu.
SELESAI semuanya, masing-masing mulai meninggalkan kawasan rumah Azhar. Hanya ahli keluarga dan kawan terdekat masih di situ.
Azhar di bilik bersama Nissa. Mereka masih terlalu penat untuk melakukan apa-apa aktiviti mahupun melayan tetamu. Semuanya diserahkan kepada Nuh dan Raudhah.
"Nissa masih kat atas?" tanya Lili yang kebetulan waktu itu berpampasan dengan Nuh.
Nuh sedikit tersentak. Macam familiar! Lama dia merenung wajah serius Lili itu.
"Hello!" Lili melayangkan tangan ke udara. Aku cakap sorang-sorang ke?
"Ohh sorry. Pardon me?"
"I tanya. Nissa masih kat atas ke?"
"Aah. She's having her rest. Awak nak jumpa dia ke?" Lembut suara Nuh menjawab. Lili sedikit terkedu. Lelaki ini lagi sopan berbanding dirinya. Tiba-tiba dia diserang malu.
"Ohh it's okay! I tak nak ganggu dia" Suara Lili mengendur. Langkah kakinya menuruni anak tangga. Niatnya hendak ketemu Nissa. Menatap wajah si adik yang lama terpisah, namun dibatalkan saja niat tersebut. Nissa masih butuh rehat! Dia masih punya masa buat ketemu Nissa.
"Excuse me"
Lili mematikan langkah lantas menoleh memandang Nuh. Keningnya terangkat. "Yes?"
"Kita pernah jumpa ke?"
Lili mengerut dahi. Tampang Nuh yang turut sama menatapnya dipandangnya. Jumpa? Dia tak rasa mereka pernah berjumpa. Ke dia salah orang?
"I don't think so! You salah orang"
"Oh okay. My bad. Sorry anyways"
Lili mengangguk. Langkah diteruskan. Namun sesaat kemudian, dia mematikan langkah. Dia baru ingat wajah itu! Ya Allah!!
doneee.. happy reading, happy happy ^_^
Share this novel