PAGI itu, sudah puas menjelajahi Bandar Incheon, destinasi mereka seterusnya pula adalah Seoul. Mereka hanya menaiki teksi untuk ke sana. Perjalanannya cuma mengambil masa selama satu jam.
Mereka ke Istana Gyeongbokgung, iaitu antara lima istana terbesar di Seoul. Keindahan istana tersebut menarik minat ramai pengunjung dari pelbagai negara.
"Besarlah istana ni" gumam Nissa dengan mata membulat. Seakan tak percaya dia sekarang sedang berdiri di hadapan istana besar yang sering kali digunapakai untuk pengambaraan drama-drama Korea.
"Hmm..betul tu. Istana ni ambik masa dalam empat ke lima tahun pembinaan dia. Tapi masa penjajahan Jepun dulu yang akibatkan begitu banyak kerosakan, kerajaan Korea terpaksa baiki balik keadaan istana ni. So tu yang jadi tempat pelancongan pengunjung. Banyak sejarah tempat ni"
Nissa terkebil-kebil mendengar penjelasan suaminya yang panjang lebar. Macam tak percaya saja budak nakal di sekolah dulu minat dengan sejarah-sejarah negara.
"Kenapa?" Azhar cuit hidung Nissa.
"Tak! Takde apa"
Sebenarnya Nissa terpegun melihat penampilan suaminya pagi itu. Tampak sangat cool dengan T-shirt warna cream dan dipadankan dengan seluar jeans hitam. Disesuaikan pula dengan kasut Puma berwarna putih. Macam orang Korea pulak! Cuma dia Korea versi tan skin! Nissa tergelak. Azhar menoleh.
"Kenapa?"
"Tak..Nissa ingat benda lawak"
Azhar mengangguk. "Kita pergi kedai sana kejap"
"Nak buat apa?"
"Kat hujung sana tu ada beberapa deretan kedai yang menyewakan hanbok dan aksesori berkenaan. Kalau kita pakai hanbok, mungkin boleh masuk istana dengan percuma"
"Seriuslah?" Mata Nissa bersinar-sinar. Dia tahu apa itu hanbok dan bagaimana rupanya. Dia selalu melihat hanbok dipakai ketika dalam drama Korea. Pernah juga dia bermimpi untuk menyarung hanbok suatu hari nanti. Tak disangka, impiannya bakal jadi kenyataan.
"Jom sayang" Azhar pimpin tangan Nissa menuju ke kedai yang menyewa hanbok tersebut.
HANBOK yang berwarna biru dan kuning tersarung indah di badan Nissa. Dia mengenakan chima iaitu skirt panjang berwarna biru serta jeogori iaitu jaket pendek yang berwarna kuning. Sementara Azhar pula mengenakan jeogori yang berwarna merah dan dipadankan dengan baji iaitu seluar longgar yang berwarna biru.
"Tahu tak apa makna warna-warna hanbok yang kita pakai ni?" tanya Azhar sambil menbetulkan tudung Nissa.
"Ada maksud jugak ke?"
"Ada. Warna merah, biru dan kuning pada hanbok ni melambangkan keberuntungan dan kebahagiaan. Kita taklah percaya pada perkara ni kan?"
Nissa mengangguk. Hanbok yang disarung ke badan tampak sedikit besar kerana tubuhnya agak kecil.
"Takde size kecik lagi ke?" tegur Azhar. Ralit matanya melihat Nissa yang seakan tak selesa dengan hanbok yang sedikit besar itu.
"Tak. Dah tanya tadi, tapi takpelah bang. Baggy pun cantik. Tutup aurat" sahut Nissa dengan sengihan di wajah.
"Macam tu lah isteri abang!" Sebuah kucupan melayang tepat ke dahi Nissa. "Jom, kita masuk istana"
ISTANA GYEONGBUKGUNG tersergam indah dengan terlalu banyak harta warisan peninggalan sejarah dahulu kala. Mereka dapat melihat sendiri pelbagai jenis artifak yang terukir dari seni bina yang unik dan indah.
Tampak jelas buktinya peninggalan zaman nenek moyang dahulu kala.
"Penat?" tegur Azhar tatkala melihat Nissa duduk di salah satu anak tangga.
"Penat! Istana ni memang besar!! Tak larat betul Nissa" keluh Nissa dengan tangan sibuk memukul-mukul kakinya yang kepenatan itu.
Azhar duduk di sisi Nissa. Perbuatan Nissa dihentikan. Dia pula yang menyambung memicit kaki isterinya itu.
"Sebab tu lah tempat ni dijadikan salah satu tempat wajib untuk berkunjung kalau ke Seoul! Sejarah di sebaliknya yang sangat unik dan juga tempatnya yang cantik!"
"Bayangkanlah kalau rumah kita sebesar ni! Penat seharian je nak kemas" adu Nissa.
"Kalau nak rumah sebesar ni, anak kena banyak jugak! Anak banyak, boleh tolong kemas rumah!" sahut Azhar dengan senyuman nakalnya. Nissa mencubit lengan suaminya. Itu saja yang difikirkan! Haihh!
"Aduh, sakit sayang!" Azhar pura-pura mengaduh lantas tertawa kecil.
"Haa gatal lagi! Tu aje yang difikirkan!"
"Ala fikir tu dengan sayang je! Mana ada dengan orang lain" akui Azhar jujur. Dari dulu lagi dia sering membayangkan kehidupannya di samping Nissa dan anak-anak mereka. Hish, betullah Nissa kata dia gatal!
"Nak ke anak banyak? Kita ni bukannya muda lagi bang. Masing-masing dah 26. Larat ke nak jaga anak banyak-banyak?"
"Takdelah! Abang gurau je. Abang tak kisah pun anak banyak ke, anak sikit ke. Tu kan badan sayang. Berapa anak sayang nak, abang turutkan aje. Tapi kalau Allah bagi anak yang banyak pada kita, apa salahnya rezeki kan? Nanti abang upahlah maid untuk tolong di rumah! Abang lebih dari mampu"
Mata mereka saling berpandangan. Masing-masing melemparkam senyuman yang cukup manis. Ada sinar cinta yang terlalu kuat dan sangat dalam. Tak mampu ditafsirkan dengan kata-kata, hanya Allah dan mereka saja yang memahaminya.
Beruntungnya Nissa mempunyai suami yang cukup mengerti akan dirinya. Dia tak mintak apa-apa lagi dah! Cukup lelaki itu pendampingnya sehingga hujung nyawa!
"KITA kat mana ni bang?" Mata Nissa tertumpu oada sekelompok kumpulan remaja yang berkumpul di satu tempat.
Di hadapan kumpulan pelajar tersebut, ada beberapa orang penyanyi, mungkin penyanyi jalanan yang sangat merdu mendendangkan lagu bahasa Korea. Alunan musik yang romantik dan indah menggamit perhatiannya.
"Hongdae Street sayang. Kita kat Exit 3. Tempat ni memang tumpuan para pelajar sebab ada busking kat sini. Tak jauh dari tempat ni, ada Universiti Hongik. So kalau nak lepas stress lepas belajar tu, mereka akan ke sini. Jom!" Azhar tarik tangan Nissa untuk mendekati kumpulan busking tersebut.
Semua yang menonton persembahan tersebut bertepuk tangan. Azhar tersenyum kepada isterinya. Nissa mengerut dahi. Dia rasa macam ada sesuatu yang ingin dilakukan oleh Azhar.
"Kejap tau?" Azhar mendekati dua orang penyanyi tadi. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Dia bercakap dengan kedua mereka. Setelah mencapai kata sepakat, kedua penyanyi tersebut mengangguk tanda faham.
Penyanyi lelaki tadi berundur diri seketika. Dan membiarkan temannya berduet bersama Azhar. Azhar duduk di atas kerusi tinggi itu sambil bersedia memetik gitar.
"Hai guys. I am from Malaysia. That's my sweet wife!" Azhar menunjukkan Nissa kepada semua orang. Nissa segan tetapi tetap melambai tangan tatkala semua mata memandang dan tersenyum padanya.
"And we are actually on our honeymoon vacation"
Semua bertepuk tangan, malah ada yang mula bersorak riang. Tumpang gembira dengan percutian mereka.
Azhar tertawa kecil. "Thank you. I want to dedicate this song to my lovely wife, which has been my only bestfriend since we were young. I'm so lucky to have her in my life. Sayang, this song is specially for you. Lucky"
Para penonton mula senyap. Seolah tak sabar menantikan persembahan dari Azhar. Bunyi gitar mulai kedengaran. Alunan musik mula menggamit perhatian dari orang yang lalu-lalang di situ.
Azhar mendekatkan bibir ke mikrofon. Seiring dengan bunyi gitar, dia juga mula bernyanyi sambil matanya tak lepas memandang si isteri yang menjadi penyokong utamanya.
Do you hear me
I'm talking to you
Across the water
Across the deep blue ocean
Under the open sky
Oh my baby I'm trying
Wajah Nissa ceria. Dia tahu lagu tersebut. Lagu Lucky nyanyian Jason Mraz dan Colbie Calliat. Salah satu penyanyi kegemarannya selain kumpulan Westlife!
Lagu tersebut disambung pula oleh penyanyi wanita tadi.
Nissa tersentak. Dia tidak pernah tahu jika Azhar mempunyai suara semerdu itu. Giliran Azhar pula menyambung nyanyiannya. Dan nyanyian serta lirik kali ini bikin hati Nissa tersentuh.
Lucky I'm in love with my bestfriend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Ooh ooh ooh ooh ooh
Deretan penonton menyalakan lampu menggunakan lampu telefon bimbit dan melayangkannya ke atas. Kebetulan pula ketika itu dada langit sudah mula gelap. Lagu tersebut juga dinyanyikan bersama penonton di situ. Nissa juga sama, menyanyikan lagu tersebut dan menikmati keindahan malam yang memukau.
SETELAH penat seharian menghabiskan masa dengan berjalan-jalan, Nissa dan Azhar kembali ke hotel. Mereka berdua baru saja selesai mengerjakan solat Isyak.
Azhar menghempap tubuh ke atas katil. Dia penat namun dia puas. Asalkan Nissa bahagia, dia tidak pernah akan berkira. Dia lihat Nissa masih mengemas tempat sejadah dan melipat telekung. Dipandang wajah itu tanpa disedari isterinya. Betapa indahnya percaturan Allah. Siapa bisa menyangka jika jodoh mereka berpanjangan.
"Sayang.. " panggil Azhar penuh romantik. Nissa menoleh. Dadanya berdebar tatkala melihat senyuman nakal suaminya itu.
"Sini. Dekat dengan abang" Azhar menggamitnya. Nissa menurut. Dia baring di sebelah suaminya.
"Penat?"
Nissa mengangguk. Dua hari yang cukup terisi dengan hanya berjalan-jalan!
"Happy tak?" tanya Azhar lagi.
"Mestilah happy! Terima kasih abang" ucap Nissa dengan senyuman.
"Terima kasih je ke? Lain takde?"
Nissa berdecit. Tak habis lagi debarannya tadi. Azhar memang suka menguji hatinya.
"Abang nak apa?" Walaupun mampu diagak kemahuan suaminya, dia tetap masih bertanya.
"Nak....nak sayanglah!" luah Azhar lantas mendakap erat tubuh itu.
"Nissa kan dah jadi milik abang. Seutuhnya!" ujar Nissa lantas menantang tatapan suaminya. Dia melagakan hidung mereka.
"I know..tapi abang masih tak puas"
"Tak puas?" Nissa menjungkit kening. Ada yang kurang ke pada layanannya selama ini?
"Abang rasa, abang selalu risau kalau Nissa takde depan mata. Macam ada benda tak kena je. Kalau nak berkepit 24jam, nanti satu kerja pun tak siap!" getus Azhar membuatkan Nissa ketawa. Pipi Azhar dipicit-picit.
"Abang ni macam budak-budaklah! Nissa pandailah jaga diri sendiri. Takkan abang nak jaga Nissa 24 jam? Abang ni obses sangatlah!"
"Memanglah abang obses!" Pipi Nissa menjadi sasaran bibirnya. Sehari tak mencium wajah itu, hatinya tak puas. "Abang simpan perasaan ni dari kita kecik lagi tau? Bila abang tahu Nissa kawen dengan Iqbal masa tu, abang adalah orang yang paling sedih. Tapi abang tahan diri sebab abang tahu Nissa sukakan Iqbal masa tu!"
Yelah, dia tak nafikan Iqbal memang antara lelaki macho di kampung mereka. Dia sentiasa berpakaian kemas dan berkarisma. Berbeza dengan dirinya yang agak selekeh ketika itu. Kalau di sekolah pun, semua orang sering membandingkan mereka. Hanya Nissa yang tak pernah pandang semua itu.
"Correction! Suka je ye? Tapi tak cinta pun. Suka dan cinta tu berbeza tau?" Nissa memperbetulkan ayat Azhar.
"Nissa terkejut masa arwah mama Ros nak kawenkan Nissa dengan Iqbal. Katanya sebab nak selamatkan maruah Iqbal. Masa tu kan Mimi larikan diri. Nissa pulak tak berani nak membantah" Nissa mengingat kembali peristiwa lama. Menjadi isteri Iqbal banyak betul mengajarnya erti kehidupan.
"Yelah sayang! Abang faham tu. Abang frust gila masa tu! Tapi takkan sayang takde perasaan pada Iqbal sepanjang perkahwinan?"
"Adalah bang! Dia kan suami Nissa masa tu. Jadi Nissa redha dengan dia. Sikit-sikit perasaan sayang tu tumbuh tapi lama-lama perasaan tu jadi kasihan. Kasihan sebab Iqbal siakan Nissa yang sangat setia pada dia masa tu"
Azhar mengangguk. Dia juga kasihan pada Iqbal kerana membuang permata yang tak terharga nilainya. Tetapi kerana itu juga, dia bisa memiliki Nissa. Sesungguhnya semua itu percaturan Allah Yang Maha Esa.
"Sekarang apa perasaan Nissa?"
"Penuh dengan cinta" Mata Azhar ditatap penuh kasih. Ya, dia cintakan suaminya itu. Terlalu dalam!
Azhar mengukir senyum. "Cinta pada siapa?"
Nissa terdiam dan lama berfikir. Wajah Azhar yang menatapnya dipandang serius.
"Cinta pada Allah, pada Rasul, cinta pada kebaikan, cinta pada orang yang baik pada kita. Cinta pada siapa lagi erk?"
Wajah Azhar muram. Takkan takde cinta pada dia?
Meletus tawa Nissa dengan riak pada wajah Azhar itu. Tahulah dia akan rajuk suaminya itu.
"Cinta pada suami Nissa yang macho, masculine, yang romantik dan muka ketat ni!" Pipi Azhar dipicit-picit. Kemudian, ciumannya berlabuh di situ. Azhar senyum juga akhirnya. Pujukan Nissa berjaya!
"I love you. So much!" ucap Nissa dalam nada yang manja dan penuh menggoda.
Suara Nissa yang menggoda membuatkan hatinya menggila. Lantas tubuh itu dibawa rapat ke tubuhnya. Hatinya kepinginkan kehendak yang satu itu. Baju pendek Nissa ditarik perlahan. Terdedah bahagian dada dan lurahnya lantas bikin Azhar tak sabar untuk menjamahnya.
Bibirnya mengucup seluruh wajah dengan gelora yang membuak-buak dalam diri. Seiring itu, tangannya naik ke setiap inci tubuh Nissa.
"I love you more" Azhar balas ucapan Nissa. Dan serentak itu, tangan serta tubuh laju saja bekerja. Ini bukan cinta biasa. Ini cinta gila! Cinta yang hanya Nissa mampu membuatnya gila dan terobsesi! Sungguh, Nissalah yang satu dalam hati dan hidupnya!
Share this novel