EMPAT PULUH SATU

Drama Series 16075

"RUMAH ni sunyi je kan Mak Kiah? Tak macam dulu. Riuh, padat, ceria..."

Kak Uteh mengeluh panjang. Segala-galanya berubah sejak Nissa pergi dari rumah itu. Macam-macam hal berlaku. Iqbal dan Mimi berpura-pura jadi pasangan bahagia, Mak Uda seperti orang kerasukan, tak habis-habis dengan dendam, Salmah pula ditimpa kemalangan.

Kini, rumah yang besar dan riuh kembali sunyi, seperti tidak berpenghuni.

"Nak buat macam mana Uteh oi? Semua dah berubah"

"Yelah Mak Kiah! Uteh ni bukannya apa, Uteh rindu masa kita kumpul sama-sama dulu. Masing-masing bertukar cerita. Bergelak tawa. Sekarang sunyi, sepi, senyap, kosong..hmm"

Mak Kiah yang selesai mencuci pinggan, merapati Kak Uteh yang sedang duduk minum kopi di meja makan. Malam itu sama seperti malam sebelumnya. Hanya ada mereka berdua, saling mengisi kekosongan di hati.

"Apa plan kau lepas ni?" tanya Mak Kiah.

"Entahlah Mak Kiah! Tengok lerr. Aku ni tak sampai hati nak tinggalkan kak Salmah tu. Selama ni dia yang jaga kita. Bila dia sakit macam ni, takkanlah aku nak tinggalkan dia pulak?"

Teringat pula dia ketika baru mula-mula bekerja dengan Salmah dulu. Banyak perkara dia tak tahu. Tapi Salmah banyak mengajar dengan sabar. Salmah sudah menganggapnya seperti keluarga sendiri. Tidak mungkin dia tega meninggalkan Salmah yang ditimpa kesusahan itu.

"Betullah kan? Aku pun sama. Pertama kali jejak kaki ke sini, macam-macam dia ajar aku. Dia baik dengan aku. Tak kedekut. Layan macam keluarga sendiri. Terhutang budi betul aku pada dia"

Mengimbau kenangan lama buat Mak Kiah rasa sangat bersyukur. Salmah banyak membantunya. Dia kan ibu tunggal. Anak pun tiada. Suami dan anaknya sudah lama meninggal dunia. Tempat berteduh pun dia tidak punya. Ketika itulah Salmah banyak menghulur bantuan.

Seperti Kak Uteh, masakan dia tega meninggalkan Salmah dalam keadaan begitu?

"Sekarang ni kita berdoa jelah Uteh. Semoga Salmah diberi kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan. Sama-samalah kita jaga dia" ujar Mak Kiah.

"Kita jaga kita" balas Kak Uteh dalam gurauan.

SETELAH mengumpul kekuatan di samping sokongan keluarga, Mimi memberanikan diri berjumpa dengan Iqbal. Dia ingin membincangkan hal berkaitan hubungan mereka. Dokumen penceraian dibawa bersama. Kali ini, dia tidak akan berpaling lagi.

Apa pun yang terjadi, dia akan tetap melepaskan diri daripada Iqbal. Sudah cukup segala penderitaan yang dialaminya selama ini. Iqbal juga tidak pernah mampu menghargainya.

Melihat wajah Iqbal yang keruh dibawa keluar oleh pihak polis, Mimi menelan liur. Sepenuh kekuatan cuba dikumpulkan.

"Ingat jugak kau kat aku!" Sinis Iqbal menyelar. Wajah tenang Mimi ditatap. Penampilan itu tampak berbeza. Dia kelihatan anggun dengan rambut disanggul rapi. Tampak lebih berkarisma dan memukau.

Mimi menarik nafas dalam-dalam. Iqbal kalau tidak menyindir, memang tidak sah!

"I datang ni tak nak bergaduh dengan you. I nak berbincang"

"Kau nak bincang pasal apa? Pasal kau masih sayangkan aku dan merayu aku? Huhh!"

Tatapan wajah itu tampak sangat angkuh. Jika Mimi masih merayunya, akan dibuatnya hidup wanita itu lebih mengerikan dari mimpi ngeri. Dia tak sudi untuk bersama dengan Mimi lagi.

Nafas dihela dalam-dalam. Sungguhpun perit, namun dia harus tetap kuat dan bertahan. Dia memang sayang dan cintakan Iqbal, namun untuk terus menghamba diri, tidak mungkin itu akan berlaku!

"I sayang sangat kat you. I cintakan you. Dan I mengimpikan hidup sebagai seorang permaisuri di hati you. I berangan-angan untuk diratukan oleh you"

Luahan Mimi kedengaran ikhlas. Ya, dia memang memaksudkannya. Selama ini, dia benar-benar mengharapkan semua itu menjadi kenyataan namun Iqbal tak pernah mampu menunaikannya.

Kata-kata Mimi buat hati Iqbal tersentuh. Bahkan wajah tenang itu memaparkan segala yang terbuku dalam hati. Wajah keruh Iqbal berubah.

"Tapi you sia-siakan I. You tak hargai I. You buat I macam sampah. Yang paling menyakitkan, you lepaskan amarah dan sakit hati you pada tubuh badan I. I tak boleh terima tu"

Mimi memicit hidung. Sebaknya mula kedengaran. Teringat kembali kisah lama, membuatkan hatinya dipukul ombak derita.

"I kecewa dan I sedih. You jauh berubah. You tak boleh terima kekurangan I. You hina masa lampau I. You hina anak I"

Kali ini, sedihnya tak mampu dibendung lagi. Jelas kedengaran esakannya. Iqbal hanya memerhati. Tak tahu hendak bereaksi seperti apa.

"I dah cukup rasa semua. I dah tak sanggup. I datang sini, dengan rendah hati I nak mohon maaf pada you kalau I ada buat salah selama jadi isteri you. I sedar I banyak kekurangan. I tak sempurna. Dan kalau you tak mintak maaf pun, I dah lama maafkan you. I tak nak berdendam"

Usai menuturkan itu, wajah mendung Iqbal dipandang. Dia melemparkan senyuman. Seketika, kenangan lama mereka bergentayangan. Segala pahit manis yang dilalui sepanjang bercinta sehingga mendirikan rumah tangga terimbau kembali. Akan disimpan kenangan tersebut di dalam hati buat selama-lamanya.

"I harap, you boleh beri kerjasama dengan I. I nak berpisah!"

NISSA dan Azhar melawat Salmah di hospital. Hari itu, Salmah sudah sedarkan diri. Sudah mampu tersenyum dan mengenali insan-insan yang berdiri di sisi.

Jari-jemari Salmah digenggam erat oleh Nissa. Betapa bersyukurnya dia kerana menerima berita gembira mengenai kewarasan Salmah.

Gara-gara itu, dia dan Azhar bergegas ke hospital setelah dimaklumi oleh Kak Uteh.

"Mama nak balik"

Itu ayat pertamanya setelah sedarkan diri. Dia rindukan rumah. Sepahit apa pun kenangan yang pernah tercipta di dalam rumah itu, hatinya masih merindui. Baik buruknya, itulah tempat dia berteduh.

"Mama masih tak berapa sihat. Kena tunggu doktor dulu baru mama boleh discaj" balas Nissa lagi.

Genggaman Nissa dibalas erat.

"Mama dah sihat. Mama tak nak duduk hospital lama-lama. Nanti mama bertambah sakit"

"Mama.. jangan degil please? Kali ni aje. Dengar cakap kami" sahut Azhar pula.

Kak Uteh membersihkan cawan bekas berisi air kopi tadi. Pagi-pagi lagi dia sudah ke hospital untuk menguruskan Salmah.

"Kamu tengok si Uteh ni. Hari-hari dia jaga mama. Dia pastikan keperluan mama tercukupi. Macam mana mama tak sihat? Dia jaga mama betul-betul. Nanti kat rumah dia sambung jaga mama lagi" Salmah seakan tak bersetuju untuk terus tinggal di hospital.

Nissa tergelak. Mama degil. Yelah, duduk di hospital lama-lama pun bisa sakit. Baring saja, tak berjalan sangat. Kasihan mama.

"Kalau macam tu ,mama duduk dengan kami. Biar kami jaga mama" cadang Azhar pula. Besar harapannya jika mama mahu menyetujui rancangannya.

"Takpelah" Salmah senyum. "Mama nak balik rumah mama. Lama dah rumah tu sepi. Mama tak nak menyusahkan kamu berdua"

Azhar dan Nissa saling berpandangan. Kemudian masing-masing melemparkan senyuman.

"Tak menyusahkan pun ma! Mama ada, lagi kami senang" balas Nissa.

"Takpelah! Lain kali je ye? Mama nak balik rumah. Mama dah rindu rumah"

Sebenarnya Salmah segan dengan mereka berdua setelah terbongkarnya siapa Azhar. Dia tak mahu juga menyusahkan mereka. Lagi pula, satu-satunya orang yang patut menjaganya adalah Iqbal kerana Iqbal anak kandungnya. Tapi di mana dia?

"Iqbal mana?"

Sekali lagi, Nissa dan Azhar berpandangan. Serba salah untuk mengatakan hal sebenar. Risau sekiranya sakit Salmah datang kembali.

"Iqbal kena tangkap polis atas kes dera Mimi!" cerita Kak Uteh tanpa menunggu respon daripada mereka berdua.

Wajah Nissa dan Azhar berubah. Kak Uteh dah bocorkan rahsia!

"Haa? Ya Allah!" Salmah mengucap panjang. Dia mengurut dada. Sesak rasanya menerima berita itu.

"Mama..." panggil Nissa.

"Dia bersalah. Keluarga Mimi yang laporkan dia pada pihak polis. Dia dera Mimi sehingga Mimi mengalami trauma. Sebab tu, kita memang tak boleh lepaskan dia. Dia akan diadili selayaknya" terang Azhar sebelum Salmah salah faham.

Salmah sudah menangis. Semua yang berlaku berpunca daripada dia. Jika dia bisa berkeras sedikit, pasti tidak ada jiwa yang terluka. Seharusnya dari dulu lagi dia menentang perkahwinan antara Nissa dan Iqbal. Kini, semuanya sudah terlambat. Banyak hati sudah terluka. Belum tentu luka tersebut dapat disembuhkan.

"Mama salah! Kalau dari dulu mama bertegas, mesti semua ni tak berlaku. Kalau mama halang Iqbal berkahwin dengan Nissa dari dulu lagi, mesti semua ni takkan berlaku. Pasti semua sedang bahagia sekarang"

Salmah benar-benar menyesali semuanya. Tak terungkap rasa itu. Kini Allah telah menghukumnya satu-persatu.

"Ma, benda dah berlaku. Nissa redha. Nissa tak salahkan sesiapa pun. Ni semua kan takdir Nissa"

Nissa melemparkan senyuman. Untuk menyesali segalanya sudah terlambat. Dia hanya mampu redha dan mengharap yang terbaik daripada Allah SWT. Lagipula, dia benar-benar bahagia di samping Azhar.

"Mama tahu. Mama mintak maaf ye? Sebenarnya ada satu perkara kamu berdua perlu tahu" Salmah harus memberitahu soal harta tersebut. Jika tidak, Mak Uda semakin bermaharajalela.

"Pasal pa ma?" tanya Azhar lagi.

"Pasal harta arwah mama Rosiah" Genggaman Nissa diperkemaskan. Wajah polos itu ditenung lama. Dia tahu, semuanya harus diselesaikan juga. Dia tak bisa terus-menerus merahsiakan segala-galanya. Itu hak dan kepunyaan Nissa.

NISSA menyandarkan tubuh ke dada kerusi. Azhar di sisi menghidupkan enjin kereta. Membiarkannya hidup dan membuka aircond kereta.

Wajah mendung Nissa ditatap. Nissa tak memberikan apa-apa respon sejak dari Salmah selesai bercerita tadi. Dia hanya mengangguk faham dan memaafkan segala yang telah berlaku. Namun dia tahu, jauh di sudut hati Nissa, isterinya sebenarnya sedang memendam rasa.

Bukan kerana harta tetapi kerana kejujuran Salmah dan Mak Uda. Sudah berbelas tahun, namun baru kini dia mengetahuinya.

"Sayang..." Bahu Nissa diusap lembut. Pipi gebunya dielus.

"Kita balik ye bang? Nissa nak berehat" Wajah itu senyum namun tampak hambar sahaja.

"Sayang okey?"

Nissa mengangguk.

"Are you sure?"

"Abang, janganlah tanya lagi" Nissa menahan sebak di dada. Jika Azhar berterusan menanya, dia tak rasa dia terus kuat untuk bertahan.

"Nissa cuma nak balik dan berehat. Nissa tak nak fikir pasal apa-apa. Kalau Mak Uda nakkan harta tu, Nissa halalkan dunia akhirat. Nissa tak nak kerana harta, hubungan terjejas. Walaupun hubungan kami memang tak baik selama ni" Nissa sudah meluah. Segala yang terbuku di hati tak mampu untuk dipendam lagi.

"Cuma Nissa tak faham. Kenapa Mak Uda benci Nissa? Nissa buat salah apa pada dia? Nissa ganggu dia ke?"

Kali ini, sebaknya Nissa sudah tak tertanggung lagi. Empangannya pecah juga. Dari kecil lagi, semenjak dia diangkat menjadi anak Rosiah, Mak Uda sudah menunjukkan kebenciannya. Walau kebaikan apapun yang dilakukan oleh Nissa, tidak pernah satu pun mendapat perhatian wanita itu. Dia letih sudah terlalu mencuba!

"Sayang..." Jari-jemari Nissa digenggam erat. Kasihan melihat nasib isterinya seperti itu.

"Nissa sedih! Nissa cuba tak nak menangis tapi Nissa tak mampu"

"Takpe sayang! Menangislah puas-puas. Kalau tu dapat legakan hati sayang" Azhar setia menemani di sisi. Menjadi bahu untuk bersandar dan meminjam telinga buat sang isteri!

"Terima kasih abang" Tangan Azhar dikucup. Dari kecil lagi, Azhar sentiasa mendengar keluh-kesah dan setiap luahannya. Lelaki itu tak pernah meninggalkannya walau sedetik pun.

"Anything for you!" Tangan Nissa diraih kembali lalu dibawa ke bibir.

"Kita balik?"

Nissa mengangguk. Belum sempat Azhar nak meneruskan pemanduannya, tangan Azhar digenggam kuat.

"Kenapa sayang?"

Wajah pucat Nissa dipandang. Dia mulai cemas. Peluh menitik di wajah isterinya.

"Perut Nissa...sakit" Nissa memegang bahagian perut dan ari-arinya. Air mata menitis, mengiringi rasa sakit itu.

"Abang...sakit!!" rintih Nissa.

"Kita balik ke hospital!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience