SETELAH salam diberi, terpancul wajah Iqbal di hadapan pintu. Melihat Lili dan Puan Sri Linda di situ, dia terpaksa juga memaniskan wajah. Hatinya tertanya-tanya tujuan mereka ke situ.
"Mama! Lili" Iqbal tunduk menyalami Puan Sri Linda.
"Kenapa datang tak bagitahu? Kalau tak, bolehlah Iqbal siapkan makan-makan. Masuklah!" pelawa Iqbal dengan ramah.
"Ehh takpe. Kita bercakap kat sini je" ujar Lili. Dia memanjangkan lehernya melihat ke dalam. Mana tahu, terserempak dengan Mimi di situ.
"Kami datang ni nak tanya pasal Mimi" Puan Sri Linda memulakan bicara. Dia tak nak membuang masa lama-lama di situ.
Riak Iqbal sedikit berubah. Namun dikawal dengan segera agar Lili tak menghidunya. Dari tadi dia perasan anak mata Lili itu seakan tak lepas memerhatikannya.
"Ohh Mimi! Kenapa ya ma?"
"Kenapa mama dan yang lain tak dapat hubungi dia? Rasa-rasanya dah lama dia tak rumah jugak" Puan Sri Linda memuntahkan kebimbangannya. Perasaannya jadi kurang senang sejak akhir-akhir ini.
"Sebenarnya ma.." Iqbal mempamerkan riak sedih. Dia harus berusaha untuk meraih simpati dan belas dari kedua-dua wanita itu. Untung saja Mimi sedang lena tadi. Jika tidak, pecahlah rahsianya!
"Sebenarnya apa? Kau sembunyikan Mimi kan?" Lili kurang sabar. Puan Sri Linda menegah.
"Lili..."
Lili diam tatkala dihalang oleh mamanya.
"Eh tak! Iqbal tak sembunyikan Mimi pun! Iqbal sebenarnya dah lama nak bagitahu tapi serba salah. Mimi...dia..." jeda Iqbal. Wajahnya keruh.
"Dia apa? Apa yang Mimi dah buat kali ni?" Laju Puan Sri Linda memotong. Risau benar hatinya dengan fiil anak yang satu itu.
Kali ini? Iqbal sembunyi senyum. Tampak gayanya senanglah kerjanya untuk menghasut mereka berdua. "Mimi dah lari dengan lelaki lain!"
"What?!" Lili terjerit kecil.
KERETA Nissan Teana putih itu berhenti tepat di hadapan balai polis. Hari itu, Nissa dan Azhar singgah sebentar ke balai kerana ada beberapa hal yang harus diuruskan oleh Azhar.
Pagi tadi, Nissa dikejutkan dengan kejutan dari suaminya itu. Kaget betul dia melihat kereta Nissa Teana itu tersadai elok di car porch. Seingat dia, kereta itulah yang digunakan di majlis perkahwinan mereka tempoh hari. Tidak disangka, Azhar membeli kereta tersebut untuknya.
"Menung apa tu?" tegur Azhar sambil mencuit pipi gebu Nissa. Dari tadi, dia perhatikan saja tingkah Nissa yang termenung itu.
"Nissa masih terkejut lagi! Macam banyak sangat surprise abang bagi pada Nissa!"
Azhar tertawa kecil. Tidakkah Nissa tahu dia rela menyerahkan segala-gala yang dia miliki buat wanita itu? Dia terlalu cintakan Nissa. Obses? Iya, dia obses dengan isterinya sendiri!
"Dah! Semua yang abang miliki ni milik sayang jugak. Bagi banyak pada isteri, Allah bagi rezeki lebih"
Tangan Nissa dibawa ke bibir. Sebuah senyuman dia hadiahkan buat si isteri.
Terharunya Nissa mendengar kata-kata suaminya itu. Dia sudah rasa lebih dari mencukupi semua yang diberikan oleh Azhar kepadanya.
"Dah! Jom masuk. Abang nak settle beberapa dokumen dulu. Pastu kita jalan-jalan"
SEMUA tercengang melihat wajah terbaru Azhar itu. Kalau dulu, tampang itu kelihatan bengis dengan jambangnya yang memenuhi wajah. Kini, riaknya tampak lebih santai dengan jambang yang sudah di'trim' itu. Azhar nampak semakin macho.
Nissa dan Azhar memasuki balai sambil berpegangan tangan. Tiba saja di bilik Azhar, dia lihat ada Rizal dan beberapa pekerja yang lain di situ. Semua mata memandang ke arah mereka.
"Duduk dulu sayang" ujar Azhar sambil mengarahkan Nissa untuk duduk di kerusinya.
Nissa akur.
"Woww woww woww!!" Rizal sudah menerpa di hadapan Azhar. Ralit pula dia pandang wajah itu.
"Kau ni apasal?" tukas Azhar sambil membelek beberapa dokumen di atas mejanya. Kemudian, dia bergerak ke almari di sebelahnya. Sebuah dokumen lain ditarik keluar. Serius saja riaknya membaca kedua-dua dokumen tersebut.
"Muka kau..." jeda Rizal seketika. "Lain bebenorr!!" sambungnya lagi.
"Apa yang lainnya?"
"Nampak lebih smart macam ni! Lebih hensem! Mana kau trim?"
Lebar senyuman Azhar dipuji begitu. Kembang-kempis hidungnya. "Isteri aku yang potongkan!"
"Wahh!!" Rizal pandang wajah Nissa yang memerhatikan gelagat mereka. "Lepas ni, bolehlah puan potongkan rambut saya pulak. Biar nampak hensem sikit. Dapatlah jugak tarik perhatian minah-minah kat luar sana!"
Azhar menjeling. "Jangan nak mengada-ngada! Nak potong, pergi kedai! Isteri aku bukan barber!" Wajah Rizal ditolak dengan telapak tangannya.
Umar dan Kadhir ketawa melihat Rizal dimarahi oleh tuan inspektor mereka. Padan muka!
"Ehh kedekutnya!!" kutuk Rizal lagi. Namun dia hanya bergurau. Bukan dia tidak tahu sifat cemburu tuan inspektor mereka itu.
"Isteri aku, mestilah aku kena kedekut! Takkan aku nak kongsi isteri aku dengan orang lain walaupun sekadar gunting rambut!" sahut Azhar dengan tawa kecilnya. Tahu sangat sifat Rizal yang suka mengusik itu.
"Sayang, abang nak keluar kejap je. Nak jumpa pegawai abang kejap. Sayang tunggu sini okey?" Dahi Nissa dikucup mesra.
Nissa hanya mengangguk. Malu pulak dia dilayan mesra di hadapan yang lain. Tapi Azhar, arghh!! Suaminya itu tak pernah nak peduli. Walaupun banyak mata-mata yang sedang memandang. Erkkk! Nasiblah Nissa, dapat suami yang obses! He he he..
"Rizal! Umar!" panggil Azhar dengan suara yang keras.
"Tuan!" Rizal dan Umar memberi tabik hormat.
"Jaga puan dengan baik!"
"Baik tuan!!" sahut Rizal dan Umar serentak. Nissa nak tergelak pun ada. Dia bukannya budak kecik yang perlu penjagaan bagai! Hailahh encik suami!!
NISSA memerhati segenap ruang bilik itu. Agak besar dengan beberapa meja kerja dan pantry. Hanya meja Azhar yang kelihatan agak besar dari yang lainnya. Yelah, bos besar katakan!
Mata Nissa tertancap pada sebingkai foto di atas meja Azhar. Dia menggapai bingkai foto tersebut lantas melemparkan senyuman. Foto itu diambil ketika mereka baru saja selesai menduduki ujian SPM.
Nissa usap bingkai foto tersebut. Dia terimbau kenangan lalu...
BUNYI enjin motorsikal sangat bising sekaligus dengan bunyi riuh-rendah pelajarnya. Mereka baru saja selesai menduduki kertas terakhir peperiksaan SPM.
Nissa masih di situ, bersama dengan pelajar-pelajar yang lain menunggu bas sekolah untuk pulang. Semua kelihatan segar dan semangat untuk kembali ke rumah. Almaklum sajalah, kertas terakhir sudah diduduki. Tiga bulan dari sekarang, mereka akan menerima keputusannya pula.
"Nissa Ardini!!" panggil seseorang dari jauh. Nissa yang sedang tekun membaca buku lantas mendongak wajah. Dia lihat Azhar sudah berada di hadapannya dengan motorsikal Yamaha birunya itu. Bunyi bising enjinnya pula menyakitkan telinga saja.
Nissa malas nak layan. Dia sambung baca buku tadi. Azhar merapat ke sisi.
"Weii ulat buku! Exam dah habislah!" ujar Azhar lantas merebut buku tersebut dari Nissa. Entah apa yang dia rajin sangat, bukannya ada peperiksaan lagi!!
"Bak sinilah! Kau ni, kerja nak kacau aku je" omel Nissa seraya merebut kembali buku tersebut dari tangan Azhar. Dia terpaksa melompat lebih tinggi kerana tubuhnya yang rendah itu tak mampu nak menyaingi ketinggian Azhar.
"Ulat buku! Si pendek!!" kutuk Azhar sambil tergelak. Suka pula dia kacau Nissa.
"Hishh!!" dengus Nissa lalu duduk kembali.Dia berputus asa sudah!
Azhar duduk di sisi Nissa. Buku tadi dia kembalikan kepada Nissa. Mereka berpandangan kemudian sama-sama ketawa.
"Buat apa nak rajin sangat? Dah tahu kau memang lulus dengan cemerlang. Kau kan pelajar harapan sekolah!" Azhar meyakinkan Nissa. Siapa tak kenal Nissa? Satu sekolah mengenalinya. Bukan saja kerana kepandaiannya, tetapi juga kerana sikapnya yang baik hati itu.
"Tak payah nak sedapkan hati aku!"
"Coollah! Kau ni nervous semacam apahal? Lagi tiga bulan result nak keluar. So masa ni kita enjoyyy!!"
"Enjoylah kau sorang-sorang! Ni, bila masa kau tukar colour motor kau tu? Bukan hari tu colour putih ke?"
"Saja" Azhar berdecit. "Kau kan suka colour biru" Selamba saja Azhar mengungkap itu.
"So apa kena-mengena dengan aku?" naif Nissa bertanya.
Azhar mengeluh. Hishh, dungu betullah Nissa ni! "Takde apa! Saja je!"
"Bas dah sampai" Nissa bersedia untuk naik. Azhar berdiri di sebelah.
"Tak nak tumpang aku ke?"
"Tak naklah!"
"Kenapa?"
"Saja!"
Bas sudah sampai. Nissa naik dan melambai ke arah Azhar. Banyak pelajar yang lain juga terpusu-pusu naik ke dalam bas.
"Halim!" jerit Azhar kepada salah seorang kawannya. Halim menoleh. "Bawak motor aku balik!" Kunci motorsikal ditikam ke arah Halim.
"Kau naik apa?" sahut Halim setelah kunci motorsikal berjaya disambut.
"Bas!!"
"MANA motor kau?" tanya Nissa yang terkejut melihat Azhar duduk di sebelahnya. Itupun setelah diusirnya si Asni dari situ. Eishh!! Dia ni!
"Aku suruh Halim hantar balik. Dah kebetulan rumah dia tak jauh dari rumah aku. Nanti dia singgahlah hantar motor aku tu"
"Apasal pulak nak naik bas? Kau kan suka naik motor?"
"Kau ni kan, banyak tanyalah! Tak faham-faham lagi!" gerutu Azhar sambil mendengus.
Nissa diam. Pandangannya berkalih ke luar. Seronok tengok pemandangan yang menghijau dek pokok-pokok. Sungguhpun teritnya panas di celahan kepala, namun manusia tak pernah putus asa mencari rezeki.
"Nanti result dah keluar, kau nak sambung belajar ke?" Tiba-tiba soalan itu keluar dari bibir Nissa.
Azhar menjongket bahu. "Entahlah! Aku tak minatlah belajar. Rasa nak kerja je! Tapi rasa malas pulak. Rasa nak habiskan duit mama je" Azhar ketawa.
"Tak baiklah kau ni! Belajarlah cari duit sendiri. Nanti nak beli apa-apa je, senang. Puas hati sebab duit tu hasil dari usaha sendiri. Kau pun pelajar bijak apa? Cuma kau tu malas je" kata Nissa sambil memuji.
Kalau Azhar rajin, pasti dia kalah oleh keputusan lelaki itu. Dia tahu Azhar seorang yang bijak. Walaupun dia nakal, tetapi kebijaksanaannya tak mampu dinafikan.
"Yelah cik pengawas! Nissa, nanti kan kau nak jadi apa?" Azhar pula bertanya.
"Maksud kau? Cita-cita?"
Azhar mengangguk.
"Aku nak jadi polis"
"Kenapa?" tanya Azhar dengan lolipop di mulutnya.
"Aku nak lindungi negara. Nak lindungi orang yang memerlukan perlindungan dan kena aniaya. Kau pulak?"
"Aku?" Azhar berfikir sejenak.Lolipop dikeluarkan dari mulutnya sekejap "Nak jadi polis jugaklah! Dapat jaga dan lindungi kau" Lolipop tadi dimasukkan semula ke dalam mulut.
Nissa tergelak. "Ye erk? Bukan ke selama ni aku yang selalu lindungi kau? Cover perangai nakal kau? Aku ni pengawas tau, tapi dalam masa yang sama jadi penyangak jugak macam kau! Sebab nak kena cover kau" getus Nissa. Dia ingat lagi, tempoh hari dia yang harus 'cover' kenakalan Azhar mengenakan pelajar baru di sekolah mereka. Habislah dengan dia sekali kena hukum! Hu hu!
Laju Azhar mengekek. Dia masih ingat semua perkara nakal yang dia lakukan. Alih-alih Nissa terkena tempiasnya sekali.
"Alah takpelah kau cover aku sekarang! Nanti bila kita dah sama-sama dewasa, aku janji akan jaga dan selalu lindungi kau"
"APA senyum-senyum ni?"
Suara lembut Azhar menyentakkan Nissa yang tadi diulit kenangan lama. Dia mendongak ke atas. Matanya bertemu dengan mata milik Azhar.
"Teringat kenangan lama ke?" Bingkai foto di tangan Nissa diambil. Dia tersenyum melihat gambar tersebut. Rasa tak percaya pula pelajar nakal dengan uniform tak terurus seperti dia boleh menjadi polis dan berjaya menyandang gelaran inspektor seperti sekarang!
Nissa benar-benar telah berjaya mengubahnya. Kalau bukan kerana isterinya, mungkin dia masih lagi hidup dengan tohmahan dan cacian orang sekeliling.
"Macam tak percayakan?" tanya Nissa dengan riak senang.
Azhar mengangguk. "Pelajar nakal ni dah jadi seorang pegawai polis sekarang!"
"Dan dah jadi suami si pengawas yang selalu cover dia dulu!" sampuk Nissa dalam sindirannya.
Azhar tergelak. Lucu pulak apabila mengenang kisah lama. Dulu Nissa yang beria-ia menjadi anggota polis. Namun kini janji tersebut ditepati olehnya.
"Sebab si pengawas tu banyak coverlah, abang jadi orang berguna!" Dalam hati, dia tak berhenti-henti mensyukuri semua yang terjadi. Nissa memang penamping terbaiknya. Semangat hidupnya!
"Dan gambar ni, kita letak sini. Gambar kawen, letak kat sebelah ni" Bingkai foto kahwin mereka diletakkan bersebelahan dengan gambar lama tersebut.
Nissa senyum bahagia. Perubahan setelah hampir 10 tahun berlalu. Nampak makin dewasa. Dia saja yang masih kemetot di situ. Hu hu..
"Tapi muka sayang nampak masih belasan tahun. Abang je yang nampak makin tua" keluh Azhar.
Nissa gelak. "Siapa suruh muka ketat sangat?"
"Amboii kenakan kita pulak!" Geram Azhar dengan bibir mungil yang ralit gelakkan dia itu. Rasa nak gigit-gigit je. Nasib kat balai, kalau kat rumah...ishhh!
"Ala bukan kenakan abanglah! Saja bagitahu! Kerja abang dah siap ke?"
"Dah sayang. Jom, balik!" Azhar memimpin tangan Nissa menapak keluar dari balai. Sebelum itu, dia sempat memesan sesuatu kepada Rizal.
"Nanti kalau ada apa-apa, kau roger je aku!"
"Yelah bos! Enjoy je honeymoon kau. Nanti kita orang settle semua kerja"
Azhar mengangguk. Esok, dia dan Nissa akan terbang ke Korea. Bak kata Nissa, dia nak ketemu dengan Lee Min Ho nya! Sabar jelah hu hu..
Share this novel