NISSA termangu di atas katil. Jam di dinding dikerling. Sudah pukul 11 malam namun bayang-bayang Azhar masih tidak kelihatan. Kali terakhir mereka saling berbalas mesej adalah petang tadi. Ketika pukul 2. Azhar ada urusan yang harus diselesaikan. Tapi tidak pula dia menjelaskan dengan lebih lanjut akan perkara itu.
Tekak yang terasa mual tidak mampu ditahan lagi. Bergegas dia berlari menuju ke bilik air dan memuntahkan segala isinya. Sekali lagi, sakit di bahagian perut dan ari-arinya kian mencucuk-cucuk. Nissa berusaha untuk bangun namun tidak larat. Dia mencuba lagi. Kali ini, dia berpaut pada table top dan menggagahkan diri keluar dari bilik air.
Setelah agak tenang dan sakit tersebut beransur-ansur hilang, Nissa perlahan-lahan menapak ke dapur. Dia rasa dahaga. Air kosong di atas meja makan digapai lantas diteguk.
Ketika itu, dia mendengar bunyi dari arah luar rumah. Nissa menelan liur. Ketakutannya mula bermaharajalela. Peluhnya laju menitik. Saat dia menoleh, dia terlihat ada bayang-bayang hitam di ruang tamu yang gelap itu. Nissa menutup mata. Dia terduduk di atas lantai.
"Pergi!! Pergi!" Nissa meracau-racau. Debarannya semakin terasa. Dia dapat merasakan ada seseorang sedang berjalan ke arahnya.
"Sayang.."
Nissa kaget lantas membuka mata. Melihat wajah serius Azhar di hadapannya, laju saja dia peluk tubuh itu. Dia benar-benar ketakutan.
"Shh.. hei, kenapa ni?" Azhar risau melihat keadaan Nissa. Isterinya sudah menangis di dalam pelukannya.
"Nissa takut!"
"Abang kan ada! Tak perlu takut lagi" Tubuh Nissa digendong naik ke bilik.
"Kenapa ni sayang? Nampak takut sangat ni" Tubuh Nissa diletakkan di atas katil. Namun Nissa masih tak mahu melepaskan dia dari sisi.
"Nissa..Nissa.." Nissa teragak-agak. Tak mungkin dia salah lihat! Dia yakin akan itu.
"Kenapa sayang?"
"Nissa nampak benda menakutkan! Nissa nampak lembaga"
Azhar mengerut dahi. Lembaga apa pulak yang dikatakan oleh isterinya itu?
"Sayang terbawa perasaan je tu. Mana ada lembaga sayang. Ada abang je ni"
Nissa berdecit. Dada Azhar dipukul sehingga mengejutkan suaminya. "Abanglah! Kenapa balik lambat? Dah tu, takde mesej apa-apa. Nissa risau tau tak? Risau, takut..." Nissa sudah mengongoi. Tubuh Azhar didakap erat. Di situ, tangisannya bergema.
"Abang mintak maaf. Abang sibuk sangat uruskan kes Rebecca sampai lupa nak inform sayang. Orang yang menculik tu dah berjaya ditangkap. Cuma sekarang kami masih perlu cari ketua dia. Rebecca pun dah ditemui"
"Abang pentingkan kerja dari Nissa! Nissa benci abang!!"
Tubuh Azhar dilepaskan. Nissa mengongoi tak berhenti-henti. Dia bukan saja risaukan Azhar, tetapi rasa takut juga bergabung dalam hati. Sudahlah sakitnya masih tak mampu nak hilang. Apa sudha jadi pada dirinya?
Azhar jadi kaget. Dia tak percaya dengan apa yang barusan dia dengar. Kecewanya berganda-ganda. Bukan dia sengaja meninggalkan Nissa sendirian. Tetapi tuntutan kerja yang mendesaknya!
Azhar menarik nafas dalam-dalam. Dia tidak boleh egois. Dia tidak boleh pentingkan diri. Jika Nissa api, dia harus menjadi air.
"Sayang..." Tubuh Nissa didekati. Sayangnya pada wanita itu, Allah saja yang tahu. Tak berbelah bagi rasanya.
"Abang minta maaf ye? Abang janji, abang akan lebih perhatikan sayang lepas ni. Janganlah macam ni. Abang sedih" Pipi gebu itu berkali-kali dikucup. Jika Nissa sedih, dia juga ikutan sedih.
Nissa masih kaku. Sesungguhnya, dia tak mengerti apa yang sedang berlaku dalam dirinya. Walaupun dia cuba untuk memahami kata-kata Azhar, di satu sudut yang lain hatinya kuat memberontak.
"Betul ke sayang benci abang? Dah tak sayang abang lagi ke?" Suara Azhar lirih dan kedengaran merajuk saja. Dia tahu, Nissa tak bermaksud apa-apa. Tetapi kenapa hatinya tetap berasa pedih?
"Sayang..." Tubuhnya dibaringkan bersebelahan dengan isterinya. Kemudian, ditarik rapat menghadapnya.
"Janganlah marah lagi. Abang mintak maaf sangat-sangat. Abang tahu abang salah. Abang sayang Nissa sorang" Seluruh wajah itu menjadi sasaran bibirnya.
"Yelah..." sahut Nissa perlahan. Tapi wajahnya masih menunduk. Masih ego untuk bertentang mata dengan sang suami. Padahal hatinya sudah tersentuh dengan kata maaf dari lelaki itu.
"Cium abang" Azhar memuncungkan bibirnya. Nissa menurut juga. Lama. Sehinggalah Nissa sendiri yang melepaskan kucupan tersebut. Di saat Azhar sudah mencapai kemuncaknya, namun dia tak mahu mengeluh. Risau rajuk Nissa datang kembali.
"Nissa nak tidur" rengek Nissa perlahan.
"Ye sayang. Tidurlah"
"SEMALAM, Nissa terserempak dengan Kak Lili" kata Nissa ketika mereka sedang bersarapan pagi itu.
"Kak Lili?" Kening Azhar bertaut. Siapa pulak Kak Lili?
"Kakak kepada Mimi"
"Ohh dia buat apa-apa pada sayang ke?" Azhar masih tak mampu melupakan video yang ditunjukkan oleh Kak Uteh tempoh hari. Risau pulak jika pisang berbuah dua kali.
Nissa pantas menggeleng. "Tak! Dia mintak tolong Nissa"
"Mintak tolong? Pasal apa?"
"Katanya pasal hal Mimi"
Ketika itu juga, Nissa menerima mesej daripada Kak Uteh.Panjang lebar mesej diterimanya itu. Dahinya mengerut kerana cerita yang disampaikan oleh Lili lebih kurang sama dengan cerita Kak Uteh. Cuma ada satu saja yang tak betul. Kenapa Kak Uteh cakap Mimi kena dera? Sedangkan cerita Lili semalam, Iqbal bagitahu yang Mimi melarikan diri. Siapa yang bercakap benar? Ehh dia jadi keliru!
"Kenapa sayang?"
"Kak Uteh mesej. Peliklah!"
"Hmm? Pelik kenapa?" gumam Azhar.
"Apa yang kak Lili cerita semalam dengan apa yang kak Uteh mesej ni macam sama je. Dorang kata Mimi kena dera. Tapi apa yang kak Lili cakap semalam, Iqbal cerita yang Mimi lari dengan lelaki lain"
"Hahh?" Ada dua sisi cerita yang berbeza. Namun dia baru teringat pertemuannya dengan Mimi dulu. "Beberapa bulan yang lalu, masa abang balik rumah, abang ada terserempak dengan Mimi. Muka dia cengkung. Dah tak macam Mimi yang biasa kita kenal"
Nissa memandang wajah suaminya. Seakan tak percaya dengan cerita itu.
"Betul ke bang?"
"Aah sayang! Tapi peliklah kan? Takkanlah Iqbal sanggup nak buat Mimi macam tu? Dia kan sayang sangat dengan Mimi"
Nissa membatu. Dia mula curiga. Kalau benar itu, kenapa Iqbal merayunya kembali? Dan betul ke cerita Mimi melarikan diri dengan lelaki lain? Arghh, kenapa dia pulak yang semakin pusing?!
"Tapi abang ingat tak yang Iqbal ada datang cari Nissa kat rumah kak Raudhah dulu? Masa tu dia macam...."
"Macam orang gila talak kan?!" potong Azhar dengan riak geram. Kalau sampai ke saat ini Iqbal masih mengganggu isterinya, pasti teruk dikerjakannya si Iqbal itu!
"Aah! "
Azhar mengeluh. "Tapi peliklah dia tu tiba-tiba berubah macam tu! Macam ada sesuatu je"
Matanya menjamah seluruh riak keruh Nissa itu. Ada sesuatu yang sedang difikirkan oleh isterinya.
"Kenapa sayang?"
"Abang tahu tak, Mimi sebenarnya ada anak dengan lelaki lain"
"Haa?" Sungguh-sungguh dia cuba nak dapatkan kepastian dari wajah itu. Tapi takkanlah Nissa nak menipu mengenai perkara tersebut?
"Kak Lili yang cerita. Katanya, Mimi kena aniaya oleh teman sama kerja dia. Dan sekarang budak tu dah lapan tahun. Dan baru sekarang kak Lili dan family dia tahu pasal ni. Kak Lili cakap, mama papa dia kecewa sangat. Macam tak percaya Mimi boleh menipu dorang sejauh ni"
Tekun Azhar mendengar cerita Nissa. "Habis tu, siapa yang jaga anak dia?"
"Lelaki tu. Kak Lili cakap, lelaki tu memang sayangkan Mimi. Disebabkan Mimi kawen dengan Iqbal, jadi anak tu dia yang jaga. Dia tak nak Mimi buang anak dorang"
Ada jugak ye lelaki budiman seperti itu? Tapi kerana sayang, semua boleh jadi. Tapi adakah kerana perkara ini, hati Iqbal berpaling? Dia sudah mula merasakan ketakutan yang bukan sedikit jika harus kehilangan Nissa.
"Abang.." Tangannya digenggam Nissa. "Kenapa termenung ni? Abang masih fikir pasal kes Rebecca tu ke?"
Azhar hanya tersenyum. "Taklah sayang! Abang rindu isteri abang je"
"Ee mengadalah abang ni! Nak rindu apanya? Kita ni hari-hari manja-manja, peluk-peluk, ketawa sama. Ish, ni kalau Nissa betul-betul pergi dari hidup abang, macam manalah ye?"
Nissa tertawa kecil. Dia hanya bergurau. Namun tatkala tampang Azhar ditatap, ketawanya mati. Wajah Azhar berubah serius!
"Jangan cakap macam tu! Abang tak suka.." Tegas dan serius suaranya.
"Iya, Nissa gurau jelah! Macamlah Nissa ni larat nak jauh-jauh dari abang" Nissa senyum namun tak mampu nak sejukkan hati Azhar yang tak tenteram itu.
"Nanti kalau abang ada masa, temankan Nissa pergi jumpa Mimi ye? Kesian pula Nissa dengar cerita kak Lili tu. Entah apa khabar dia sekarang"
"Hmm yelah" jawab Azhar acuh tak acuh. Moodnya masih kelaut. Tak suka dengar Nissa cakap macam tu.
"Abang masih marah Nissa ke? Nissa mintak maaf. Nissa janji tak cakap macam tu lagi"
"Yelah! Janji tau? Tak payah cakap macam tu lagi"
"Ye sayang..."
Meleret senyuman Azhar dengan panggilan itu. Sukalah tu!
MAK UDA tersenyum puas. Kali ini, dia akan pastikan dendam dan rasa puas hatinya terbalas. Dia bukan saja berdendam dengan Nissa, tetapi juga suaminya.
Gara-gara dosa orang tuanya, Nissalah yang harus menerima akibatnya. Dan Sulaiman, tak pernah disangkanya di sebalik perwatakannya yang alim itu, rupa-rupanya ada rahsia besar yang dia simpan!
"Tunggulah kau Nissa! Aku akan buat kau menyesal! Menyesal sebab lahir sebagai anak perempuan tu!"
Senyuman sinis terukir di wajah. Dia dah tak peduli dosa pahala lagi. Yang penting, dia puas!
"Dan kau Sulaiman, dasar suami bejat! Tak berguna. Kau tunggulah apa aku nak buat!"
Dokumen harta arwah Rosiah didakap erat. Bersama dengan harta tersebut, tidak ada siapa yang bakal tahu rahsia terbesarnya. Sampai mati pun, harta tersebut tetap menjadi miliknya.
Dan yang paling dia benci, Nissa kini sedang mengandung zuriat Azhar. Itupun sebab dia sempat menguping perbualan di antara Kak Uteh dan Azhar semalam.
"Anak kau pun takkan selamat! Aku bunuh pelan-pelan!"
"Uda!!"
Mak Uda menoleh tatkala namanya dipanggil dengan kuat. Dia tersentak melihat Salmah berdiri di situ.
"Apa maksud kau? Anak siapa yang kau nak bunuh? Cakap!! Cakap!" Salmah sudah menggoyang tubuh Mak Uda. Niatnya untuk menziarahi Mak Uda kerana sudah tiga hari kakaknya itu tidak ke rumah, dia pula terkejut dengan kata-kata itu. Dokumen yang ada dalam pelukan Mak Uda dirampas. Terjegil matanya membaca isi kandungan dokumen tersebut.
"Ni...ni harta wasiat arwah Ros!! Kau yang sembunyikan selama ni?! Kau yang makan harta Nissa??!"
"Diamlah!" Dokumen tersebut dirampas kembali. "Budak tu tak layak dapat semua ni. Dia tu anak haram Ani...."
Papp!! Salmah menampar muka Mak Uda. Sudah betul-betul hilang sabarnya selama ini. Dia fikirkan dokumen harta tersebut masih dalam simpanan peguam. Rupa-rupanya dimakan oleh kakaknya sendiri!
"Nissa bukan anak haram! Berapa kali aku nak cakap?!"
Mak Uda mendengus. Dia tidak mahu percaya. Semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri.
"Bak sini dokumen tu! Kita tak boleh nak ambik. Ni bukan hak kita! Ni hak Nissa"
"Tak payahlah! Kau jangan nak jadi hero sangat! Aku tahulah apa aku buat"
"Ohh okey.. Kalau macam tu, aku akan bagitahu Azhar dan Nissa pasal perkara ni. Biar kau takkan terlepas!"
Salmah meninggalkan Mak Uda di situ. Dia harus cepat-cepat memberitahu perkara ini kepada Azhar dan Nissa, sebelum Mak Uda melakukan sesuatu di luar dugaan!
"Salmah!!"
Saat Salmah menoleh, sebuah kayu besar dihayun ke arah kepalanya. Dia rebah dengan cairan darah mengalir tak henti-henti.
done update 3 bab.. ramai ke yg tggu? nahh happy reading ;)
Share this novel