IQBAL mendengus kasar. Wajah diraup berkali-kali. Rancangannya gagal lagi kali ini. Semuanya gara-gara Azhar. Hampir saja dia berjaya meracuni fikiran Nissa dan memujuknya kembali.
Rupa-rupanya sukar juga meleburkan hati keras Nissa itu. Dulu, dia seorang wanita yang lembut dan mudah memaafkan. Kini semuanya seakan berubah. Iqbal benci! Sudahlah Mimi pun melepaskan diri daripadanya. Kini, Nissa juga tak berhasil dimiliki.
Jauh benar dia melarikan diri kali ini. Dia tahu, pasti Azhar dan konco-konconya mencari dirinya. Namun tidak semudah itu dia akan mengalah. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan. Alang-alang dah buat jahat, tiada guna berundur lagi!
Dia tak dapat memiliki Nissa. Dia akan membalas dengan cara lain! Yang pasti, hatinya akan puas! Telefon bimbit digapai. Mesej daripada Kak Uteh dibaca.
'mama baru abis lepas bedah. kau xnak dtg melawat ke?'
Iqbal mengeluh. Teringatkan mama, hatinya jadi sedih. Tak sempat dia ke hospital, rancangannya banyak tertunda hari itu. Siapa punya kerja yang berani menganiaya mamanya? Jika dia tahu gerangan manusia itu, tidak akan sesekali dia lepaskan!
Entah apa agaknya khabar mama. Dia tak berani nak membalas mesej Kak Uteh. Bimbang jika lokasinya mampu dikesan oleh Azhar.
Nanti sajalah, dia pasti akan melawat mama. Tunggu masa yang sesuai. Sekarang, dia harus membersihkan diri dan menenangkan fikiran. Banyak yang harus dia rancangkan!
NISSA tersedar daripada tidurnya. Dia menoleh ke sisi, mencari kelibat si suami. Namun tidak ketemu. Keningnya bertaut. Mana dia?
Nissa memanjangkan leher, melihat ke dalam bilik kerja Azhar. Suaminya tiada juga di situ. Telefon bimbit di atas meja digapai. Dia menelefon suaminya.
Bunyi deringan telefon bimbit kedengaran dari arah sofa kecil di hujung bilik. Nissa menapak ke sana. Terkejut melihat tampang suami yang lena tidur dengan berselimut. Dia mendekati Azhar dan duduk menghadap wajah suaminya.
Air matanya menitik. "Benci sangat ke abang dengan Nissa sampai tak nak tidur dengan Nissa?"
Dia mengongoi di situ. Azhar tersedar dari lena. Kaget melihat Nissa di situ.
"Sayang..."
Nissa mengangkat wajah. Dia lihat Azhar sedang memandangnya. "Kenapa ni?"
Air mata Nissa diseka. Dia terlena di situ gara-gara menyiapkan laporannya.
"Kenapa abang tidur sini? Tak tidur dengan Nissa?" Nissa sudah mengadu.
"Abang siapkan kerja abang kat sini. Sampai tertidur!"
"Tipu! Biasa abang buat kerja dalam bilik sana"
"Abang saja nak tukar angin. Dahlah, jangan nangis macam ni! Jom, abang teman tidur!"
Tangan Nissa ditarik mengikutinya. Tiba di birai katil, tubuh itu dibaringkan di situ.
"Nak abang!" Nissa mengongoi bak anak kecil. Dia mendepakan tangan meminta dipeluk.
Azhar serba-salah. Sebetulnya, dia tidak punya mood untuk bermanja. Meskipun perasaan marahnya sudah hilang, namun perasaan terkilan dan kecewa masih tetap berbekas.
"Abang..." Mata Nissa berkaca. Pandangannya jatuh pada wajah serba salah itu.
Mahu tidak mahu, Azhar terpaksa menuruti kehendak Nissa. Dipeluk tubuh itu sebelum tubuhnya terhempas di atas katil.
"Kita tidur ye?" Dahi Nissa dikucup.
"Tak nak!" Laju Nissa membalas.
Dahi Azhar mengerut. "Habis tu, sayang nak apa?"
Nissa memanjat atas badan Azhar. Malam itu, dia kepingin disentuh dan dibelai suaminya. Dia belum puas.
"Sayang, abang..."
Belum sempat Azhar menghabiskan ayat-ayatnya, bibir mereka sudah bertemu. Azhar hendak menolak tetapi Nissa ghairah melakukan aksinya.
Sudahnya, dia pula yang diserang ghairah. Tubuh Nissa ditindih dengan kucupan yang mengasyikkan. Tak cukup dengan itu, buah dada Nissa menjadi sasaran bibirnya. Laju saja tangannya menanggalkan pakaian Nissa.
Nissa membalas juga. Kali ini, posisi mereka bertukar lagi. Dia sudah duduk di atas Azhar. Tangannya membuka seluar dan menarik baju Azhar. Desahannya kedengaran dan dia begitu menikmatinya. Dia puas setelah menemukan miliknya dengan milik Azhar!
Entah kenapa, semenjak akhir-akhir ini gelojak yang satu itu sering menghasutnya. Dia seakan tak mampu nak mengawal diri. Pantang saja disentuh, pasti keinginan itu menjelma.
"Sayang puas?" tanya Azhar. Dia melihat Nissa tercungap-cungap, masih duduk di atas badannya. Dia tahu, dia telah menghukum Nissa dengan gelora yang tergantung tadi.
Nissa mendekatkan wajah mereka. Dia ketawa kecil dengan olahan yang nakal itu! "Puas! Terima kasih abang" ucapnya penuh menggoda. Bibir sang suami dipaut lagi.
"Sekarang, kita tidur ye?" pinta Azhar.
"Okey" balas Nissa. Turun dari badan Azhar, dia sempat memakai pakaian dalam. Azhar juga sama, memakai kembali seluar pendeknya tetapi tidak pula dia berbaju. Baring di atas katil semula sambil memerhati gelagat si isteri yang tak sempat memakai baju tidur, sudah ditarik ke sisi.
"Nissa mintak maaf ye bang? Nissa janji Nissa takkan buat abang risau lagi. Nissa janji, Nissa akan dengar cakap abang lepas ni"
Azhar mengangguk laju. "Okey, abang maafkan. Sebenarnya dah lama abang maafkan. Tapi abang sengaja ego. Abang nak sayang tahu yang abang tak main-main"
"Ya, Nissa tahu. Nissa sedar salah Nissa. Nissa baru faham kerisauan abang. Nissa janji tak buat lagi dah"
Dahi dan mata Nissa dikucup lagi. Sayang dan cintanya pada sang isteri tak terbelah bagi.
"Ganasnya isteri abang malam ni! Abang tewas!" usik Azhar dengan senyuman nakalnya.
Nissa sembunyi wajah. Dia malu. Pertama kali dia menggoda si suami. Dia juga tak tahu kenapa dia bisa seghairah itu.
"Nissa nak anak dengan abang!" pintanya, separuh merayu. Teringat kembali kata-kata Iqbal semalam, hatinya gerun sendiri.
Azhar senyum. Dia juga inginkan perkara yang sama dari Nissa.
"Lepas ni, kita usaha lebih lagi!" bisiknya ke telinga Nissa dengan senyuman nakal.
Nissa mengangguk. Seribu kali dia sudi jika itu yang Azhar inginkan! Dia hanya mahu Azhar bahagia dan rasa dicintai.
"Abang penatlah sayang! Kita tidur jom"
PAGI itu, Nissa bangun seawal jam 7. Setelah menunaikan solat Subuh diimamkan Azhar, dia kembali ke atas ranjang dan menyambung tidur. Kepalanya rasa berat sejak beberapa hari ini.
Sedar saja daripada tidur, Azhar tiada di sisi. Setahu dia, Azhar menemaninya tidur sekejap tadi. Ke mana dia?
Telefon bimbit di atas meja digapai. Mesej daripada Azhar dibaca.
'sayang dah bangun? maaf, abang tak pamit. abang tak nak ganggu lena sayang. abang ada hal kecemasan kat balai. sayang take care ye? abang dah siapkan sarapan. abang balik ptg. love you sayang'
Nissa mengeluh panjang. Berjauhan lagi dari Azhar. Dia sunyi jika tiada senyuman dan gurauan dari bibir itu. Mesej sang suami dibalas.
'nissa rindu'
Dihantar! Sekejap saja, mesejnya berbalas.
'i miss you too! tggu abang balik'
Nissa mengulum senyuman. Ya, dia akan sabar menunggu kepulangan sang suami yang sentiasa dirindui. Tapi nak tunggu petang itu tersangalah payah! Arghh!!
MESEJ daripada Nissa membuatkan hatinya jadi rindu. Segugus senyuman singgah pada wajahnya. Kenapa ya dia merasakan sejak akhir-akhir ini Nissa sangat manja dan seakan tak mahu berjauhan darinya?
Teringat peristiwa semalam, dia tersengih sendirian. Malu pula digoda isteri sendiri!
"Ehemm..."
Azhar menjeling ke arah Rizal di sebelah. Mulalah tu nak mengusik!
"Hari tu bukan main lagi ye? Muka masam, mood takde! Sekarang, amboii!! Angau!!"
"Tak payah nak usik aku! Kau belum tahu lagi nikmatnya kawen. Nanti dah kawen, baru kau tahu!" Azhar tak mahu mengalah.
"Yelah! Tak payah nak ajar aku sangat. Aku ni, girlfriend pun takde! Inikan pulak isteri. Hu hu"
Tergelak Umar dengan rintihan Rizal itu. Dia menikam sebatang pen ke arah Rizal.
"Carilah calon! Takdelah kau meroyan macam ni" sakat Khadir pula.
"Nanti kalau aku dah jumpa calon, baru korang tau! Senyum aku ni, mengalahkan Azhar tau! Hari-hari korang tengok aku datang awal. Sebelum Subuh dah terpacak depan balai ni!" sahut Rizal, tak mahu mengalah.
"Yelah tu! Entah-entah, dah lupa jalan nak ke balai. Maklum sajalah, dah kena ikat dengan bini!" Umar semakin galak mengusik. Tak mahu mengalah juga. Bukan selalu mereka menatap wajah manis Azhar itu. Harap sajalah mood itu dibawak sampai ke petang! Kalau tak, merana mereka!!
"Kau kan.. kalau satu hari tak menyakat aku memang tak lengkap kan hidup kau?!" getus Rizal.
"Kau kan senang kena buli!" sampuk Khadir pula.
"Dah! Dah! Korang ni bising sangat. Ni, Johan dah ready ke? Aku nak soal siasat dia lagi"
"Dah tuan!" sahut Umar.
"Okey" Azhar mengangguk.
"Aku nak pesan sikit. Kali ni, tolonglah jangan main kasar lagi. Nanti bukan kau je kena, kita orang sekali yang kena jugak tau?" bisik Rizal, merapat ke sisi.
Azhar menjeling. "Yelah, aku tahulah!"
"MAMA! Mama!" panggil Sofi dengan suara riang. Lama betul dia berjauhan dengan mamanya itu. Riang wajahnya melihat Mimi sudah kembali kepadanya.
"Anak mama!" Tubuh Sofi diraih. Betapa erat dia memeluk tubuh itu. Tangisannya bergema. Benar-benar dia merindukan anak yang satu itu.
"Mama pergi mana? Kenapa tak jumpa Sofi? Sofi rindu mama"
Pelukan dilepaskan. Wajah comel Sofi ditatap. "Maaf sayang! Mama ada kerja sikit. Tapi sekarang, mama dah kembali. Mama akan selalu ada dengan Sofi selepas ni. Sebab takde siapa yang akan pisahkan kita lagi!"
Tan Sri Aziz dan Puan Sri Linda saling berpandangan. Gembira rasanya setelah Mimi kembali ke sisi. Selepas ini, tidak ada apa yang harus dikhuatirkan lagi kerana Mimi sudah berjaya lepas daripada Iqbal.
"Tan Sri.. yang Tan Sri nakkan" Mendengar bicara Najmi, penyiasat upahannya, dia menjarakkan diri daripada isterinya yang sedang asyik menyaksikan kemesraan Sofi dan Mimi.
Sebuah dokumen diserahkan kepada Tan Sri Aziz oleh Najmi.
Melihat dokumen itu, wajah Najmi turut menjadi tatapan. Mengharap ada berita baik setelah lama menunggu.
Najmi menggeleng. Tan Sri Aziz mengeluh. Dia memahami itu.
"Tapi dia memang orang yang Tan Sri cari selama ni!"
Serentak itu, pandangannya jatuh pada wajah Najmi. Seakan tak percaya, tergesa-gesa dia membaca isi dokumen tersebut. Kemudian, wajah Najmi dipandang lagi. Air matanya mengalir.
"Ya Allah!!"
"AKU tak nak buang masa. Sekarang, kau bagitahu aku. Kau mengaku tak atas semua kesalahan ni? Kau tak boleh nak mengelak sebab semua bukti tertuju ke arah kau!" Tegas suara Azhar, memandang wajah itu dengan mata merah.
Johan tersenyum sinis. Tidak semudah itu untuk dia mengakui kesalahannya. Walaupun ada sejuta bukti sekalipun, namun untuk mengalah bukan caranya! Dia kan bijak? Sebelum ini, dia bisa bebas dari segala pertuduhan membabitkan perlecehan wanita. Jadi untuk kes ini, tidak sukar untuknya mengalah.
"Tuan inspektor, tuan yang sebenarnya buang masa saya! Saya dah cakap, saya tak bersalah! Semua ni cuma fitnah yang ditaburkan ke atas diri saya!" Wajah Johan nampak tenang.
Azhar melipat tangan ke dada. Dia tahu permainan Johan. Sengaja mempermainkan emosinya!
"Fitnah?! Kalau ada seribu kes yang dilaporkan ke atas nama kau, tu bukannya fitnah bangang! Tu bukti! Kau nak mengelak apa lagi?"
Johan masih tetap bermain-main. Dia tidak mahu menyerah diri semudah itu. Tetapi dia juga tahu yang lelaki di hadapannya itu bukan calang-calang orang! Makanya dia sudah menyiapkan segala perancangan. Sekadar untuk menggoyahkan perasaan inspektor itu saja!
"Sebelum saya mengaku salah, saya nak bermain sedikit dengan tuan inspektor boleh?"
Tampang Johan yang penuh dengan senyuman itu dicerlung tajam. Orang nak menyiasat, dia pulak ajak main!
"Tuan ada isteri kan? Dia kat mana erk sekarang? Kat rumah atau..."
Johan melemparkan senyuman sinis. Matanya bulat menatap wajah bengis itu.
"Kau buat apa pada isteri aku?" Azhar sudah hilang sabar. Duduknya mulai tak tenang. Nafasnya turun naik, dadanya berombak kencang. Keselamatan Nissa mulai menjadi taruhan.
Anak mata Johan tajam merenung wajah cemas itu. Kini dia pula yang duduk tenang sambil melipat tangan ke dada. Senyumannya tetap sinis. Permainannya sudah bermula!
"Selamat bermain, tuan inspektor!"
Share this novel