TIGA PULUH LAPAN

Drama Series 16075

TUBUH Nissa ditolak di atas sofa. Dendamnya bakal berakhir jika Nissa mahu kembali padanya. Rasa tak puas hatinya juga terbayar! Dia tersenyum puas tatkala Nissa bersetuju untuk mengikutinya semata-mata untuk melepaskan Mimi.

"Lepas ni, kita pergi dari sini! Tinggalkan Malaysia dan hidup berdua di tempat orang. Lahirkan anak banyak-banyak dan hidup bahagia. Nissa suka anak kan? Nissa nak lahirkan anak abang kan? Abang akan bagi anak banyak-banyak pada Nissa"

Sengihan Iqbal membuatkan Nissa diserang ketakutan. Tingkah Iqbal seperti orang tak siuman saja. Dia sudah mula menangis dan mencari-cari kelibat Azhar.

Iqbal maju setapak. Nissa berundur dua tapak. Setiap kali Iqbal mencuba mendekatinya, dia berusaha mengelak.

"Arghh!!" Iqbal menarik rambutnya sendiri. Geram dengan tingkah Nissa yang menjauhinya. "Sinilah! Bukannya abang nak sakitkan Nissa. Abang nak manja-manja je!"

"Takkk!!" Nissa menjerit. Menyesal tak sudah dengan keputusan sendiri.

Iqbal berdecit. "Jangan buat abang marah, Nissa! Sini!! Sebelum abang jadi makin tak waras"

Nissa menggeleng kepala dengan tangisannya yang kuat. "Tak nak!! Saya nak balik. Saya nak jumpa suami saya!!"

"Abanglah suami Nissa! Nissa cari siapa lagi? Inilah suami Nissa yang sebenarnya! Nissa sayang abang kan? Nissa kawen dengan Azhar sebab nak buat abang cemburu kan? Nissa memang bijak. Sebab...abang memang cemburu!" ujar Iqbal dengan gelak tawanya. Dia tak menyangka secepat itu dia bakal memiliki Nissa.

"Takkk!!" Nissa menangis, merayu agar dilepaskan.

"MANA isteri aku?"

Wajah Lili yang cemas ditatap. Dia betul-betul tak menyangka Nissa setekad itu. Mengorbankan diri sendiri demi menyelamatkan Mimi!

Mimi di dalam pelukan Puan Sri Linda. Dia berasa sangat selamat kerana sudah bebas daripada Iqbal. Namun keselamatan Nissa yang menjadi kebimbangannya kini.

"Iqbal dah bawak lari!" tukas Lili. Wajah terkejut Azhar dijamah.

"Lari ke mana?" tanya Azhar lagi. Ketakutannya bakal menjadi kenyataan. Dia takut kehilangan Nissa. Dia tak bersedia untuk itu. Iqbal itu gila! Dia bisa melakukan sesuatu di luar kawalan.

"Belakang rumah! Tak tahu dia bawak pergi mana" sahut Lili lagi. Tadi, dia lihat Iqbal menarik Nissa mengikutinya ke belakang rumah. Tidak tahu pula ke mana Nissa dibawanya.

"Iqbal memang buat kerja gila!!" bentak Azhar lantas berlari ke belakang rumah. Satu-satunya tempat di belakang rumah adalah stor tempat dia dan Nissa selalu menghabiskan masa dahulu.

Rizal mengikuti Azhar dari belakang. Risau jika gila Azhar buat dia jadi tak terkawal!

PINTU stor diketuk dengan kuat. Wajah Azhar merah menahan amarah. Dia tahu, Nissa dan Iqbal di dalam sana. Dia dapat mendengar tangisan Nissa di sana.

"Bukak pintu ni! Iqbal, jangan cabar aku!! Bukak cepat sebelum aku robohkan pintu ni!"

Masih tiada tindakbalas. Amarah Azhar semakin menggila. Dia tak sanggup membayangkan apa yang bakal dilakukan oleh Iqbal terhadap isterinya.

"Kau masuk dalam rumah. Ada satu kabinet tepi mini surau. Kat situ ada banyak kunci. Ambik je semua. Aku perlukan runci stor ni!" arah Azhar kepada Rizal di sebelah. Laju saja Rizal mematuhi arahan Azhar itu.

"Aku ingatkan kau sekali lagi Iqbal! Kalau kau tak nak aku datang gila, baik kau bukak pintu ni!" Tombol pintu dipusing berkali-kali.

Nissa di dalam tersedu-sedan. Dia mahu mendekati pintu tetapi Iqbal menghalang dari depan.

"Nissa tahu tak, Azhar tak pernah serius nak kawen dengan Nissa?! Dia nak jadi cina buta je! Tahu tak cina buta tu apa?"

Nissa menggeleng kepala. Bukan kerana tidak mengetahui maksud tersebut tetapi kerana tidak mempercayai kata-kata Iqbal.

"Cina buta tu orang tengah yang digunakan untuk menyelamatkan perkahwinan gara-gara cerai talak tiga! Azharlah cina buta tu! Lepas ni, dia akan ceraikan Nissa supaya Nissa boleh kembali pada abang!"

"Tipu!! Awak tipu!" bentak Nissa. Dia tak percaya dengan kata-kata Iqbal. Dia yakin, cinta dan sentuhan Azhar ikhlas. Bukan sekadar nafsu atau atas apa-apa perjanjian. Dia dapat merasakan keikhlasan cinta itu.

"Eihhh!!!" Iqbal menjerit. Hampir saja nak ditamparnya wajah Nissa itu. "Kenapa kau tak nak percaya haaa? Aku tak tipulah!"

"Iqball!!! Lepaskan isteri aku! Kau sentuh dia walau seinci, nahas kau aku kerjakan!" laung Azhar dari luar.

Panas hatinya mendengar tangisan Nissa yang berselang-seli dengan jeritan Iqbal. Dadanya berombak menahan amarah yang kian berapi.

Arhh!! Persetankan semua itu! Azhar sering menggagalkan rancangannya. "Tipu? Siapa yang menipu? Aku tak menipulah!" Rahang Nissa dicengkam kuat.

"Sa...kit!! Lepaslah!!" Nissa meronta-ronta. Dada Iqbal ditumbuk berkali-kali.

"Yang menipu tu bukan aku! Tapi Mak Uda. Dia kata, kau tidur dengan banyak lelaki tapi sebenarnya dia tipu aku. Sebab dia tak nak tengok aku bahagia dengan kau. Yang menipu tu Mimi! Dia kata dia sayang aku, dia cintakan aku, tapi pada masa yang sama, dia kongsi tubuh badan dia dengan lelaki lain! Dan yang paling aku tak boleh terima penipuan dari Azhar! Dia beria-ria cakap korang takde hubungan tapi senyap-senyap hantar kad jemputan ke rumah!! Aku bencilah! Aku benci dengan semua penipu!!"

Tak mampu menahan rasa benci dan amarah yang terkurung dalam hati, tubuh Nissa ditolak kasar. Tanpa sedar, kepala itu terhantuk pada bucu meja yang tajam. Nissa rebah dengan darah mengalir dari situ.

"Iqbal!!" Pintu terbuka. Melihat keadaan Nissa yang berdarah, mata Azhar memerah dengan amarah yang membuak-buak dalam diri. Dia mendekati Iqbal lalu melayangkan beberapa tumbukan di wajah dan perut lelaki itu.

Melihat Iqbal yang lemah, dia mendapatkan Nissa di hujung sana.

"Nissa!!"

PERKHABARAN daripada Kak Uteh menjadikan hatinya porak-peranda. Bergegas dia ke hospital dan meninggalkan Nissa di dalam jagaan Ana dan Nuh yang sudah ditelefonnya sebentar tadi. Untung saja Nissa tidak apa-apa setelah dihantar ke klinik berdekatan tadi.

Rizal juga mengikutinya. Tiba di hospital, Azhar segera mendapatkan Kak Uteh dan Mak Kiah di hujung sana.

"Mama macam mana?" Wajahnya cemas dan hatinya berdebar.

"Ada kat dalam. Baru lepas operation. Dia sedang lena. Doktor cakap, ada ketulan darah pada otak dia. Kena pukul dengan benda keras!" cerita Kak Uteh dengan wajah mendung. Dia terkejut ketika menemui Salmah yang terbaring tidak sedarkan diri di luar rumah. Ketika itu, dia hendak menjemur pakaian di luar.

"Ya Allah!" Hati Azhar meruntun. Siapa yang tega melakukan seperti itu kepada mama?

"Siapa yang buat mama macam tu?" keluh Azhar lemah. Hari ini, banyak betul perkara berlaku. Dia benar-benar keletihan!

"Kami pun tak tahu! Takde siapa-siapa kat situ masa akak jumpa mama kau"

Azhar menapak ke hadapan pintu. Melihat betapa lemahnya tubuh itu dengan wayar yang melingkari tangannya, hatinya jadi kasihan. Mama bukan orang jahat. Siapa yang tega menganiayanya seperti itu?

"Tapi keadaan mama dah stabil. Dia cuma perlukan rehat saja. Nasiblah dia sempat dihantar ke hospital. Kalau tak..." Kak Uteh tak jadi menyambung ayatnya. Dia sendiri yang menghantar Salmah ke hospital menggunakan kereta Iqbal. Untung saja lelaki itu menumpang kawannya ke tempat kerja. Jadi segala urusannya dipermudahkan.

"Syukurlah! Terima kasih kak" ucap Azhar dalam nada lemah.

Kak Uteh mengangguk. "Nissa mana?"

Mendengar nama itu, Azhar hanya mampu mengeluh panjang. Buat masa sekarang, dia perlukan ruang. Amarahnya masih membekas buat sang isteri tercinta!

"Ada kat rumah. Dia tak berapa sihat..."

"Har!" Rizal datang menghampiri.

"Hmm?" gumam Azhar. Janganlah ada berita tak baik lagi. Dia belum siap menerima sebarang kejutan lagi.

"Iqbal tak dapat dikesan di mana-mana! Aku dah kerahkan beberapa orang untuk cari dia"

Azhar mengeluh. Iqbal berjaya melarikan diri ketika dia mereka bergelut tadi. Nampak gayanya, Iqbal pasti akan kembali mencari Nissa. Itulah yang paling ditakutinya saat ini.

"Haaa Iqbal larikan diri? Kenapa? Apa dah jadi?" sampuk Kak Uteh yang turut kaget menerima berita itu.

"Nantilah Har cerita" sahut Azhar dalam nada lemah.

"Satu lagi.." Rizal teragak-agak nak memaklumkan perkara itu. Apatah lagi setelah jelingan Azhar menambah ketakutan dalam diri.Dia telan liur.

"Tadi Tuan Hasrul called"

Berita apa lagi kali ini?

"Dia marah sebab kau kerjakan si Johan ketika sesi soal jawab. Dia nak jumpa kau lepas ni!"

Azhar mendengus. Bertimpa-timpa betul bala datang kali ini. Sekaligus!

"ABANG marahkan Nissa ke?"

Wajah keruh Azhar ditatap. Sejak dari selesai berjemaah tadi, suaminya itu hanya diam. Biasanya suara itu riuh dan bibir itu suka mengucupnya.

Dapat dia rasakan aura aneh menjelma di antara mereka. Tak mampu nak dipastikan, namun aura itu bikin dia tak tenteram.

"Abang!! Cakaplah! Jangan diam macam ni" desak Nissa sambil memaut lengan suaminya.

"Abang letih!" keluh Azhar dengan riak kosong. Dia tak larat nak bertekak dengan Nissa. Petang tadi pun dia dimarahi oleh Tuan Hasrul gara-gara menumbuk Johan.

Azhar baring di atas katil. Hatinya pedih. Teringat kembali apa yang berlaku ke atas diri Nissa, dia diserang ketakutan yang bukan sedikit. Lebih-lebih lagi setelah keberadaan Iqbal tidak diketahui!

Perasaan Nissa rasa terguris dicuek oleh suami sendiri. Dia tahu dia salah. Tapi niatnya baik. Tidak boleh ke mereka berbaik sahaja?

Nissa berbaring di sebelah suaminya. Menatap belakang si suami yang kekar itu. Rindunya!

"Nissa tahu Nissa salah.Nissa langgar perintah abang. Nissa degil. Nissa dah menyesal. Nissa mintak maaf"

Tubuh Azhar yang membelakanginya didakap erat. Ciumannya berlabuh di situ. Mengharap sang suami lembut hati mahu memaafkannya.

"Abang..." rintih Nissa dalam tangisan. Pelukannya semakin erat. Hatinya semakin sedih tatkala Azhar mengabaikannya.

"Janganlah buat Nissa macam ni! Nissa tahu dan sedar kesalahan Nissa. Nissa takkan buat lagi. Nissa akan dengar cakap abang lepas ni! Pleasee...jangan abaikan Nissa.." Nissa sudah teresak-esak di sisi suaminya.

Wajah Azhar sudah lencun dek air mata. Dia bukan bencikan Nissa. Dia cuma marahkan isterinya. Nissa tak pernah mengerti gelojak perasaannya yang sentiasa merisaukan kesalamatan dirinya. Nissa degil dan melawan kata-katanya. Kecewanya bukan sedikit. Bertimpa-timpa menjengah!

"Abang..." Esakan Nissa semakin jelas kedengaran. "Nissa nak abang.."

Azhar memusing badan. Wajah Nissa dipandang. Sesungguhnya, dia terlalu menyayangi dan mencintai wanita itu. Dia takut kehilangannya. Namun sekarang, perasaannya penuh dengan kekecewaan.

"Abang bencikan Nissa ke?"

Anak mata Nissa bertembung dengan mata coklat milik suaminya. Dia lihat bibir itu mengeluh.

"Abang tak pernah benci Nissa. Abang cuma marah dan kecewa. Nissa tak dengar cakap abang. Nissa degil. Kalau sesuatu jadi pada Nissa, macam mana? Nissa tak tahu, betapa dalamnya kerisauan abang pada Nissa! Jantung abang rasa nak tercabut bila dapat tahu Iqbal larikan Nissa!" Azhar meluahkan segala yang terbuku dalam hati. Jika dada itu dapat dibelah, pasti mudah untuknya menunjukkan tahap kerisauannya pada Nissa.

"Abang..." Wajah Nissa sudah banjir dengan air mata.

"Nissa tak pernah faham perasaan abang! Ya, abang macam budak-budak bila asyik nak berkepit dengan Nissa. Tapi Nissa tahu tak, semua tu sebab abang risau. Abang tak tenang bila Nissa berjauhan"

Dada Azhar sedikit tenang. Luahan perasaan kali ini penuh emosi.

"Tapi Nissa dah besar kan? Sebab tu kot Nissa tak perlukan abang!"

"Abangggg!!!" Nissa sudah mengongoi. Dia membenamkan kepalanya ke dada bidang Azhar. Pelukannya semakin erat. Dia perlukan Azhar. Dia sayangkan Azhar. Dia cintakan Azhar. Dia tak mahu berpisah dari Azhar!

"Nissa nak abang! Nissa masih perlukan abang"

Tubuh Azhar mengeras. Meski pelukan Nissa menenangkan gelora hati, namun egonya masih meninggi. Dia ingin Nissa tahu kalau dia tidak bermain-main!

"Ampunkan Nissa bang! Ampunkan Nissa. Maafkan Nissa!" ucap Nissa lagi. Penyesalannya kuat menghampiri. Dia tak sanggup kehilangan Azhar. Pertama kali dia jatuh cinta dan merasa dicintai. Takkan dia mampu untuk kehilangan perasaan ini.

Nissa mengangkat wajah tatkala pelukannya terbalas. Dapat dia rasakan tangan Azhar mula meraba bahagian sensitifnya. Dia mendesah, menikmati setiap sentuhan dan belaian itu. Namun tak lama, hanya sekejap. Azhar berhenti. Nissa mahukan lagi. Dia belum puas.

"Abang, jangan berhenti!" rayunya dengan ciuman melekap pada seluruh wajah Azhar. Berusaha menggoda sang suami kembali. Perasaannya sakit jika Azhar tak memenuhi keinginannya.

"Tahukan rasanya sakit hati macam mana?" Azhar menatap wajah Nissa dengan pandangan tajam.

"Abang...." Air matanya mengalir lagi. Baru sedar, jika sentuhan itu hanya sekadar membalas sakit hatinya. Bukan kerana dia menginginkannya.

"Abang boleh jadi gila kalau Nissa tak dengar cakap abang! Dan abang jugak boleh jadi kejam semata-mata untuk melindungi Nissa! Jadi jangan cabar rasa gila abang!"

Kucupannya jatuh pada dahi Nissa sebelum dia berlalu meninggalkan Nissa yang tersedu-sedan di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience