ALARM jam berbunyi. Dengan mata yang masih terbuka sedikit, dia kerling jam di atas meja. Sudah pukul 7! Allah, dia terlupa solat Subuh. Diraba-raba ruang di sebelah. Nissa tiada!
Mata Azhar terbuka luas. Cemas dan panik dengan ketiadaan isteri di sisi. Dia mengatur langkah menuju ke bilik air.
"Sayang..." Dipusing tombol pintu. Namun Nissa tiada di situ. Dia melangkah keluar dari bilik tidur, berkira-kira hendak ke ruang tamu. Namun langkahnya terhenti melihat figura si isteri di dapur.
Azhar menarik nafas lega. Risaunya tak berkesudahan. Diatur langkah mendekati si isteri yang sibuk menyiapkan sarapan.
Rumah pula seakan sepi. Takkan yang lain belum bangun? Setahu dia, Nuh dan yang lain bermalam di rumahnya.
"Sayang..." Azhar peluk pinggang si isteri dengan erat. Bibirnya jatuh pada pipi dan bahu itu.
"Awalnya abang bangun!" tegur Nissa dengan senyuman kecil di wajah. Dia terjerit kecil tatkala bibir Azhar menggigit manja bahunya.
"Abang!!"
Nissa menegah Azhar yang tiba-tiba ghairah semacam itu. Risau pula jika ada mata yang memandang.
"Apa?" soalnya setelah Nissa memusing badan menghadapnya.
"Nanti orang nampaklah!" getus Nissa dengan mata menjengah ke luar.
"Mana ada orang! Kita dua je kat sini" Bibir Nissa ditindih lama.
"Abang..nantilah! Tak nak!" Nissa menolak bibir Azhar yang sudah mula merayap itu.
Azhar gelak seraya melepaskan tubuh isterinya. Dia mencium dahi Nissa sebelum bergerak ke sinki.
"Siapa suruh bangun sebelum abang? Kalau bangun selepas abang bangun, tahulah apa abang buat!" Azhar melemparkan senyuman nakal.
Nissa berdecit. Ada-ada sajalah tingkah Azhar itu!
"Mana yang lain?"
Baru Azhar perasan, Nissa memakai tudung di dalam rumah. Barangkali kerana kehadiran Nuh di situ juga.
"Dorang keluar kejap, cari breakfast!"
"Dorang tu sapa?" Azhar berdiri di sisi Nissa. Memerhati tingkah Nissa yang menggoreng canai frozen ke dalam minyak yang sedikit.
"Nuh, Ana, Mimi dan Kak Uteh! Lili masih tidur. Mama dengan yang lain masih di masjid. Belum balik lagi dari sebelum Subuh tadi"
Sebenarnya Nissa kaget menerima kehadiran Mimi dan keluarganya di situ. Dia tidak tahu alasan mereka bermalam di situ, namun dia tetap menyambut dengan hati yang terbuka.
"Kat rumah ni takde breakfast ke?"
"Bukan takde! Saja je dorang tu nak tukar angin makan benda lain"
Canai yang digoreng sudah siap. Nissa meletakkan di atas piring. Kemudian dibawa oleh Azhar ke meja makan. Aroma kopi sungguh kuat sehingga menusuk rongga hidung. Azhar tahu kopi buatan Nissa itu. Kopinya pekat, gulanya kurang! Sedap kata Nissa.
"Ohh maknanya takde sesiapalah kat rumah kan?" Azhar pamer riak nakal.
"Adalah! Kak Lili masih tidur kat bilik" sahut Nissa tanpa tahu niat sebenar Azhar.
"Biarlah dia tidur kat sana. Kita buat kerja kita!" balas Azhar sambil menarik tangan Nissa untuk duduk di ribanya. Serentak itu, tangannya naik meraba belakang Nissa.
"Abang, tak nak!" Nissa menggumam. Takkanlah nak buat itu di tempat terbuka seperti ini?! Hishh, memang kerja gilalah suaminya itu!
Azhar tak mempedulikan bicara Nissa. Laju saja tangannya buat kerja serentak dengan bibirnya. Nissa rimas tatkala bibir Azhar singgah di seluruh wajahnya.
"Dah! Abanggg.." Nissa terjerit kecil. Cepat betul bibir itu hinggap pada buah dadanya.
Azhar tergelak. Bicara Nissa dituruti. " Hutang tau? Nanti malam abang tuntut!"
"Apalah abang ni! Kat sini pun nak bermanja. Nanti orang tengok, malulah!" omel Nissa seraya bangun dari duduknya. Namun Azhar tak bagi peluang. Ditarik kembali tubuh itu, biar melekap dengan tubuhnya.
"Nissa nak makan" adu Nissa bak anak kecil.
"Abang suapkan" Azhar menyuapkan hirisan kecil canai itu ke dalam mulut Nissa. Mahu tak mahu, terpaksa juga Nissa menurut.
"Makan banyak-banyak! Nanti baby kita sihat" Azhar mengerdipkan mata kepada isterinya.
Nissa terlopong. Baby?!
"Abang ni..."Dia tak mahu Azhar membina harapan dan dia menunggu harapan.
"Aah! Baby! Sayang tak tahu ke sayang pregnant?"
Wajah ceria Azhar ditatap. Mengandung? Benarkah itu?
"Sayang pregnant! Nanti kita check ke hospital ye?" Dahi Nissa dikucup. Bahagianya rasa hati. Kini, dia dan Nissa bakal mempunyai zuriat sendiri, seperti yang selalu mereka impikan.
"Tapi macam mana abang tahu? Nissa tak tahu pun!"
Azhar mengukir senyum. Bagaimana dia hendak menjelaskan tentang apa yang sudah berlaku?
"Naluri seorang suami!" sahut Azhar diiringi tawa kecilnya. "Lepas ni, kita check ye? Abang excited!"
Nissa tak mampu menahan sebak. Laju benar air matanya mengalir. Benih Azhar sedang tumbuh di dalam perutnya.
"Terima kasih abang!" ucap Nissa seraya menyasarkan bibir suaminya.
Azhar tak sempat nak berkata-kata. Bibir mereka kini bertemu. Pagi itu, asrama mereka menyatu!
SETELAH diceritakan oleh Tan Sri Aziz akan perkara sebenar, Nissa tak mampu menahan sebak. Air matanya bergenang. Tangisannya pecah. Sungguh tak diduga akan perkara itu. Rupa-rupanya dia anak sah taraf! Bukan anak gampang seperti yang selalu Mak Uda war-warkan!
"Papa mintak maaf sebab baru sekarang tahu kewujudan Nissa. Tapi papa tak pernah lupakan Nissa. Papa sentiasa berdoa agar Nissa dan ibu kembali pada papa"
Ibu? Nissa memandang wajah Tan Sri Aziz.
"Ibu?"
"Papa sedang usaha untuk cari dia. Papa harap kita dapat jumpa dia secepat mungkin" ujar Tan Sri Aziz. Wajah Nissa yang mirip dengan Hanita ditatap lama. Dia mengukir senyuman.
"Kalau Nissa nak tahu, wajah dan senyuman Nissa sangat mirip dengan ibu Nissa. Sebab tu papa tahu Nissa anak papa!"
Esakan Tan Sri Aziz jelas kedengaran. Berkumpul kembali dengan Nissa tanpa Hanita di sisi sudah cukup disyukuri. Sekurang-kurangnya, dia tahu anaknya dengan Hanita masih lagi hidup.
Nissa masih tercengang. Dia tak tahu nak bereaksi macam mana. Semua itu berlaku terlalu pantas. Namun dia tetap mengucap syukur di atas pertemuan ini.
"Sini nak" Tan Sri Aziz mendepakan tangan. Nissa mendekati papa lantas dipeluk erat tubuh itu.
"Anak papa!" Lirih suara Tan Sri Aziz.
Lili dan Mimi berpandangan. Hati mereka turut sebak melihat kejadian itu. Puan Sri Linda mengucap syukur kerana dipertemukan dengan Nissa. Dia akan menjaga Nissa dan menjadi mama yang terbaik untuk Nissa. Itu saja caranya buat menebus kesalahan dan dosanya pada Hanita.
"EHEMM!!" Nuh berdehem lantas menyandarkan tubuh ke kereta milik Lili.
Melihat Nuh yang nampak santai itu, hati Lili berdegup laju. Alamakk!! Dia takut jika Nuh mengenalinya. Cepat-cepat dia letak barang dalam bonet kereta.
Pagi itu, dia dan keluarganya akan kembali ke rumah mereka. Mereka mahu membiarkan Nissa dam Azhar berehat tanpa ada gangguan dari sesiapa.
Kereta Alza milik Iqbal sudah pun meluncur laju di jalanraya. Kak Uteh yang memandu. Mereka juga sudah berangkat pulang pagi itu.
"Nak cepat-cepat ni pergi mana?" tanya Nuh tatkala langkah Lili dirasakannya terlalu laju.
"Nak ambik barang!" sahut Lili tanpa menoleh ke arah Nuh.
"Ooh! Tapi rasanya barang awak dah ambik semua kan? Tadi saya nampak awak kemas barang dengan Mimi dan Nissa"
Lili mengetap bibir. Alamak! Nuh ni dah macam spy! Mana-mana je ada muka dia. Dia dan Mimi mengambil kesempatan untuk berborak dengan Nissa sambil mengemas barang tadi. Mereka bertiga berbicara dari hati ke hati dan saling meminta maaf antara satu sama lain.
"Ye tapi macam ada lupa barang lain!"
Lili sebolehnya hendak mengelak daripada bertembung dengan lelaki itu. Namun tanpa disangka, Nuh sudah berdiri di hadapannya. Wajah itu tetap manis menyimpul senyum dengan tangan bersilang ke dada.
"Atau awak sebenarnya nak larikan diri dari saya, Lili? Or should I call you, Lili Shaheeda?"
Mendengar nama panjangnya disebut oleh Nuh, dia bungkam. Kantoi! Nuh sudah tahu siapa dia sebenarnya!
"14 tahun tau? 14 tahun saya tanggung rasa malu sebab dituduh mencabul awak masa kat sekolah dulu. Walaupun saya dah lupakan perkara tu dan benda tu pun dah lama, tapi ada satu masa tu saya terserempak dengan beberapa orang kawan lama. Dorang masih ingat perkara memalukan tu! Dan sengaja mengungkit di hadapan saya"
Lili telan liur. Dia tatap wajah serius Nuh. Habislah! Nuh nak balas dendam ke? Macam mana dia nak lari? Tubuh Nuh itu gagah semacam! Sedangkan dia, kurus macam lidi!
Nuh tiba-tiba gelak. Geli hati melihat wajah masam dan takut Lili itu. Tahu pulak takut? Dulu buat kita, tak takut pulak!
"Haishh, saya dah lama lupakan benda tu lah! Saya tak marah pun. Biasa je. I'm cool!" getus Nuh dengan sisa tawanya.
Lili mengepal penumbuk. Bibir diketap. Hilang sudah perasaan takutnya tadi. Dia menarik kolar baju Nuh dan berusaha menyaingi ketinggian lelaki itu.
"Pen...dekkk!!" kutuk Nuh sambil menolak dahi Lili dengan dua jarinya.
"Heii pendek-pendek jangan sebut! Nampak ni?" Lili tunjuk penumbuknya di hadapan Nuh yang sudah tergelak.
Kolar baju Nuh dilepaskan. Namun belum sempat berbuat demikian, Nuh menarik kembali kolar bajunya. Natijahnya, wajah mereka hampir dekat sehingga hidunh keduanya berlaga antara satu sama lain.
Lili membeku. Darahnya seakan berhenti mengalir. Wajahnya membahang. Apa bengong sangat kau ni Lili?!!
"Jangan dekat sangat..nanti tak pasal-pasal kes cabul tu jadi kenyataan!" sakat Nuh dengan wajah nakalnya. Dia berundur dua tapak ke belakang. Wajah membahang Lili ditatap.
"And by the way, ehem..." Nuh sempat berdehem sebelum menyambung bicaranya. "Tolong pakai sopan sikit! Yang kat dalam tu hampir-hampir dapat tengok lagi-lagi bawah cahaya matahari ni!"
Usai itu, Nuh melangkah pergi meninggalkan Lili yang sudah diterjah dengan rasa malu itu.
MASING-MASING duduk di atas lantai bersandarkan sisi katil. Dari keluar hospital, dalam kereta sehinggalah tiba di rumah, tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut mereka.
Hampir tak percaya dengan kata-kata doktor tadi. Keduanya terkedu dan tak mampu berkata-kata.
Nissa dan Azhar saling berpandangan. Kemudian, mereka berpelukan. Tangisan keduanya bergabung.
"Abang, Nissa mengandung!" ucap Nissa dengan suara serak.
Azhar mengangguk. "Abang tahu sayang!"
"Abang happy tak?" tanya Nissa usai melepaskan pelukan.
"Sangat-sangat happy! Terima kasih sayang sebab mengandungkan anak abang" Tangan Nissa dikucup berkali-kali.
"Sama-sama kasih abang! Nissa tak sangka, Nissa mengandung. Nissa...Nissa tak mandul kan bang?" Teringat kembali penghinaan Mak Uda terhadapnya dulu, kini dia sudah boleh tersenyum lebar. Dia sihat. Dia normal. Dia tak sakit apa-aoa. Hanya Iqbal yang menolaknya dahulu.
"Heii sayang, jangan cakap macam tu! Abang tahu, isteri abang sihat. Isteri abang kuat. Dan nakal!" Dicuit hidung mancung itu.
Nissa tergelak. Suka sangat dengan rezeki yang Allah berikan kali ini. Tidak disangka, kandungannya sudah masuk usia dua bulan. Usia perkahwinan mereka pula sudah dua bulan lebih.
"Laju abang buat kerja kan?" usik Azhar dengan pandangan nakal.
Nissa tersipu-sipu malu. Teringat kembali saat dia menggoda Azhar dulu, wajahnya merona.
"Nanti abang cari maid. Untuk tolong kat rumah ni. Sayang kena banyak berehat"
"Tak nak!" Nissa menggeleng dengan suara manjanya.
"Aikk kenapa pulak? Nanti sayang penat nak urus rumah, nak layan abang lagi. Sian isteri abang ni!"
"Alaa takpelah! Nissa tak nak maid. Nanti takde privasi nak manja-manja dengan abang"
Azhar ketawa. Itu yang bermain di fikiran isterinya! Ditarik Nissa rapat ke tubuhnya.
"Okey, kalau macam tu, lepas sayang bersalin, kita cari maid nak? Abang tak nak sayang penat. Emosi lepas bersalin tu lain macam tau?"
"Okey, Nissa tak nak ingkar arahan abang!" ujar Nissa sambil bermain-main dengan dada kekar Azhar tanpa sedar.
"Kalau macam tu, abang nak tuntut hutang pagi tadi!"
Tak menyempat, laju saja Azhar buat kerjanya. Masing-masing rasa digoda dan tergoda.
Share this novel