“Eh,Khaira!Duduk dulu.Nak ke mana?Kalut sangat mommy tengok.”Gamit Camilla di sisi meja makan saat matanya menyapa susuk tubuh Khaira Eryna yang tergopoh-gapah lagaknya.
“Khaira dah lambat ni,mommy.Er…Ada hal dekat sekolah.Daddy,jom hantar Khaira.Daddy dah janjikan semalam.”
Tangan Noah ditarik mengekori langkahnya.Belum sempat kaki melangkah,panggilan Camilla membuatkan kedua-dua mereka berpaling.
“Tahulah nak cepat.Takkan sampai lupa nak salam mommy.”Perli Camilla.
Khaira Eryna tersengih menampakkan sebaris giginya yang tersusun cantik,lalu meleraikan pegangan tangannya pada Noah.Mendekati Camilla sebelum mencapai tangan ibu angkatnya.Kekura tangan wanita itu dikucup lembut.
“Sorry,mommy.Nak cepat sangat sampai lupa nak salam.Khaira pergi dulu.”
Khaira Eryna pantas meminta diri untuk beredar.Namun,sekali lagi langkahnya dihalang saat tangannya dilelar oleh Camilla.Menoleh ke arah Camilla dengan kerutan di dahi.
“Tak nak tunggu abang Danish ke?Bukan selalunya abang Danish ke yang hantar Khaira?”
Khaira Eryna gigit bibir.Cuba mencipta alasan yang munasabah.Sememangnya dia belum bersedia untuk berhadapan dengan lelaki itu selepas apa yang berlaku semalam.Tiba-tiba rasa malu menyelubungi diri saat teringatkan kejadian yang berlaku.Kepala yang tidak gatal digaru kecil.
“Tak apalah,mommy.Hari ni Khaira naik kereta daddy.Lagi pun Daddy dah janji dengan Khaira nak hantar Khaira pergi sekolah.Nanti mommy tolong beritahu abang Danish yang Khaira naik kereta daddy hari ni.Mm…Khaira dah lambat ni.Jom,Daddy kita gerak.”
Tanpa menunggu lama Khaira Eryna terus melangkah keluar dari rumah bersama Noah.Takut jika terserempak dengan abang angkatnya yang seorang itu.Tidak lama kemudian terdengar deruman enjin kereta Noah bergerak meninggalkan perkarangan villa.Camilla hanya mampu mengeluh kecil mengenangkan perlakuan anak angkatnya itu.Dia melabuhkan duduk di kerusi sebelum mula menikmati sarapan paginya.
“Morning,mommy.”Sapa Danish Xavier dan Darwish Xayden serentak yang baru sahaja menapak ke ruang makan.
Camilla memberhentikan suapan.Membalas sapaan anak-anaknya sebelum mempelawa anak-anaknya bersarapan bersama.Danish Xavier mengambil tempat di sisi Camilla.Manakala Darwish Xayden pula menarik kerusi di hadapan Camilla,lalu melabuhkan punggung di situ.Sempat matanya mengitari sekeliling.Mencari kelibat Khaira Eryna.Melihat perlakuan Darwish Xayden,Camilla berdehem kecil.Mencuri tumpuan anak lelaki bongsunya.
“Khaira tak ada.”Ujar Camilla pendek.
Kata-kata Camilla itu membuatkan Danish Xavier dan Darwish Xayden saling berpandangan sebelum menoleh ke arah ibu mereka.
“Maksud mommy?Dia ke mana?”Tanya Darwish Xayden ingin tahu.Danish Xavier sekadar memasang telinga.
Secangkir kopi diangkat,lalu ditiup sebelum disisip dengan berhati-hati.Kedua-dua lelaki itu menanti balasan ibu mereka dengan penuh sabar.
“Pergi ke sekolah.”
“Awalnya?Dia pergi naik apa?Dia tak beritahu Danish pun nak gerak awal.Kalau tidak,awal-awal Danish dah siap hantar dia.”Danish Xavier pula mencelah dengan kerutan di dahi.Camilla angkat bahu.
“Entahlah.Dia cakap dia ada hal dekat sekolah.Daddy yang hantar.Tergesa-gesa juga mommy tengok dia tadi."
Danish Xavier terdiam seketika.Darwish Xayden menoleh memandang ke arah abangnya.
"Abang,betul ke Khaira tak cakap apa-apa pada kau?"
Danish Xavier mengeluh kecil sebelum membalas pandangan adiknya.
"Betul.Dia tak ada beritahu aku apa-apa pun.Tak apalah.Nanti dia balik sekolah aku tanya pasal hal ni."
"Dahlah.Makan.Nanti kamu berdua lambat pula.Pasal Khaira tu biarlah.Sekali-sekala daddy yang hantar,apa salahnya.Mungkin dia tak nak susahkan Danish.Tapi nanti waktu balik sekolah Danish tanya daddy dulu.Sama ada daddy jemput Khaira atau daddy nak suruh Danish yang ambil."
Danish Xavier sekadar mengangguk kecil sebelum mencapai sekeping roti lalu disua ke dalam mulutnya.Sedang asyik mengunyah,tiba-tiba kejadian semalam bergentayang di fikiran.Tanpa sedar dia tersenyum sendiri.
"Mungkin dia sengaja minta daddy hantar dia.Dia tak nak jumpa aku.Malu pasal kejadian semalam?Sebab hal semalam ke dia cuba jauhkan diri daripada aku?Ah,perasaan aku je!"Gumam Danish Xavier di dalam hati.Pantas bayangan semalam ditepis jauh.Dia kembali menikmati juadah di hadapan mata.
********
Danish Xavier mempercepatkan langkah menuju ke bilik Noah.Menolak pintu bilik bapanya,kaki diatur ke arah meja kerja Noah.Saat itu Noah sedang berdiri membetulkan kot di tubuh.
"Daddy panggil Danish?"Soal Danish Xavier yang sudah berdiri di hadapan bapanya.
"Yup.Daddy nak minta tolong jemput Khaira.Daddy ada lunch meeting dengan client."
"Ooh...Boleh je.Memang tu tugas Danishkan hantar dan jemput Khaira.Pasal tu daddy jangan risau.Dia balik pukul berapa hari ni?Kadang-kadang dia ada extra class.Sebab tu Danish tanya."
"Memanglah kamu yang selalu hantar dan jemput Khaira.Tapi daddy dah terlanjur berjanji dengan dia nak hantar dan ambil dia balik sekolah hari ini.Daddy lupa daddy ada meeting tengahari ni.Bila tengok schedule baru daddy perasan.Nanti kamu baritahu Khaira yang daddy minta maaf sangat-sangat tak dapat nak jemput dia hari ni."Luah Noah panjang lebar.
"Dia mesti faham.Daddy sibuk.Takkan dia nak marah pula.So,hari ni Khaira ada extra class ke?"
"Rasanya dia tak ada kelas tambahan hari ni.Dia cakap ngan daddy suruh ambil dia pukul satu setengah."
Mendengar balasan bapanya, pantas jam di pergelangan tangan dilirik.
"Daddy,Danish rasa baik Danish gerak sekarang.Takut jalan sesak nanti.Lambat pula jemput anak kesayangan daddy dengan mommy tu."Sempat Danish Xavier memerli di hujung bicaranya.Tanpa sempat Noah membalas,Danish Xavier sudah menapak keluar dari bilik tersebut.Noah sekadar menggeleng kecil.
Sepuluh minit sebelum loceng sekolah berbunyi,Danish Xavier sudah terpacak menunggu di sekolah sambil menyandarkan tubuh di badan kereta.Bukan di luar pagar seperti ibu bapa lain,tetapi keretanya diparkir betul-betul di hadapan bangunan sekolah.Di hadapan laluan utama pelajar keluar masuk.Berpeluk tubuh sambil menanti dengan sabar.
Kaca mata hitam yang melindungi sepasang matanya dibuka saat melihat susuk tubuh figura yang dinanti sedang berjalan keluar dari laluan tersebut.Melihat tawa dan senyuman gadis itu benar-benar buat dia terpana seketika.Tanpa sedar satu perasaan halus mula hadir menyelinap masuk di hatinya.Jantungnya berdegup laju.Berubah irama.Tidak seperti kebiasaan.Tangan kanan naik menyentuh dada.
Khaira Eryna yang sedang elok bergelak-ketawa tiba-tiba sahaja berubah roman muka.Pandangannya terpasak pada tubuh tegap yang sedang menatap tajam ke arahnya sambil bersandar di sisi kereta.Kakinya yang sedang mengayun langkah turut terhenti.
"Khaira,kau kenapa?Tiba-tiba berhenti.Kau sakit ke?"Soal rakan sekelasnya.
Khaira Eryna yang tersentak dengan teguran rakannya itu sekadar menggeleng kecil.Namun matanya tidak berakalih dari melihat ke arah figura lelaki itu.Mengekori pandangan Khaira Eryna,rakan sekelas yang bernama Zaza itu turut sama memandang ke arah yang sama.Tercangah Zaza saat melihat wajah tampan Danish Xavier.
"Wei,hensem nak mati.Siapa tu,Khaira?Kau kenal ke?Tapikan muka lelaki itu quite familiar. Aku macam pernah nampaklah sebelum ni.Tapi dekat mana ea?"Zaza mengetuk-ngetuk hujung jari telunjuknya di dagu.Cuba mengingati sesuatu.
"Abang angkat aku.Abang kepada Darwish."Jawab Khaira Eryna senada.
"Patutlah macam pernah nampak.Ada iras-iras Darwish.Mm...Kau tunggu apa lagi?Abang angkat kau dah sampai tu.Kau tak nak balik ke?"Tanya Zaza yang kelihatan pelik melihat perlakuan Khaira Eryna yang langsung tidak berganjak dari tempat dia berdiri.
Khaira Eryna menoleh memandang Zaza.Tangan Zaza dicapai.
"Zaza,boleh tak kalau aku ikut kau balik?"
Zaza berkerut kening.
"Kau ni dah kenapa nak ikut aku balik pula?Abang angkat kau dah sampai tu.Kesian dia.Mesti dia dah tunggu kau lama."
"Ala...Aku tak nak balik dengan dia.Lagi pun kau kata nak bincang pasal kertas kerja miss Bella.So,apa kata aku ikut kau balik,kita boleh buat kertas kerja tu sama-sama."Ujar Khaira Eryna dengan nada merayu.
Zaza sudah rasa serba salah.Bukan dia tidak mahu Khaira Eryna mengikutinya pulang,tetapi melihat pandangan tajam abang angkat gadis itu dan wajah dingin lelaki itu membuatkan Zaza turut sama kecut perut.
"Macam nilah.Apa kata kau tanya abang angkat kau dulu.Kalau dia bagi izin aku tak ada halangan.Tapi,kalau dia tak bagi,aku tak bolehlah bagi kau ikut aku.Kau kena ingat,kau bawah tanggungjawab dia.So,kau pergi minta kebenaran dia dulu."
"Tapi...."
"Tak ada tapi-tapi.Jom aku teman kau.Ingat tau,kalau dia tak bagi,aku minta maaf.Aku balik terus."Potong Zaza sebelum menarik tangan Khaira Eryna mengekori langkahnya mendekati Danish Xavier.
"Cakaplah...Takkan kau nak berdiri je dekat sini?"Senggol Zaza sambil berbisik.
Melihat perlakuan kedua-dua gadis di hadapannya,Danish Xavier mengangkat sebelah kening.
"Ada apa?Kau orang berdua tak nak balik ke?"Soal Danish Xavier dingin.
Khaira Eryna bermain-main dengan hujung jari-jemarinya.Kepalanya menunduk.Getar dengan renungan Danish Xavier.Zaza di sebelah turut sama berkongsi rasa seperti Khaira Eryna.
"Er....Saya nak ikut Zaza balik.Nak bincang pasal kertas kerja yang cikgu bagi tadi."Ujar Khaira Eryna tanpa melihat wajah Danish Xavier.
Danish Xavier kembali memeluk tubuh.Padangannya tepat pada Khaira Eryna yang masih menunduk.
"Kalau aku cakap tak boleh.Kau nak buat apa?"Duga Danish Xavier.
Khaira Eryna pantas angkat kepala.Membalas tatapan tajam Danish Xavier.
"Tapi saya bukan minta izin awak pun.Saya cuma beritahu awak je."Balas Khaira Eryna tegas.
"Ooh...Aku ingat kau tengah minta izin aku.Okay."
Khaira Eryna dan Zaza sudah menarik nafas lega.Tanpa berlengah Khaira Eryna dan Zaza berpaling.Belum sempat kaki diayun,panggilan Danish Xavier mematikan langkah mereka.
"Aku belum habis cakap lagi."
Khaira Eryna berpaling semula ke arah Danish Xavier.
"Ada apa lagi?Tadi awak juga yang cakap okay."
Danish Xavier mengorek senyuman sendeng.
"Memanglah aku cakap okay.Maksud aku okay kita balik sekarang.Kalau kau nak bincang pasal kertas kerja ke projek sekolah ke kau boleh je call kawan kau ni.Video call pun boleh.Tak payah nak susahkan kawan kau nak kena bawa kau balik rumah dia."
"Tapi saya tak rasa susah pun."Celah Zaza tanpa dipinta.
Danish Xavier pantas beralih pandang ke arah Zaza.Cerlung matanya memandang gadis itu.Seakan mahu ditelan hidup-hidup lagaknya.Zaza menelan air liur.
"Er...Betul apa yang abang kau cakap tu.Sekarangkan zaman teknologi.Semuanya mudah.Kalau macam tu,aku gerak dululah.Lagi pun driver aku dah tunggu lama tu.Nanti kau call aku jelah.Nombor telefon aku kau dah ambilkan?Aku balik dulu.Bye!"
Tanpa menunggu lama,Zaza pantas mengatur langkah meninggalkan Khaira Eryna bersama Danish Xavier.Khaira Eryna memanggil Zaza.Cuba menghalang Zaza.Namun,sedikit pun Zaza tidak menoleh.Malah Zaza terus mempercepatkan langkah keluar dari perkarangan sekolah.
Khaira Eryna mengeluh berat.Dengan wajah mencuka kaki diayun masuk ke dalam perut kereta.Pintu kereta dihempas kuat tanda protes.Melihat perlakuan Khaira Eryna,Danish Xavier hanya menggelengkan kepala.Lalu dia turut sama masuk ke dalam perut kereta sebelum bergerak pulang.
Suasana hening tanpa suara.Khaira Eryna hanya diam membisu sepanjang perjalanan.Pandangannya dibuang ke arah luar cermin tingkap kereta.Sakit hatinya masih bersisa.Hilang rasa malunya sebelum ini.
"Kenapa kau tak tunggu aku pagi tadi?Kau tak cakap pun yang kau kena datang awal hari ni?"Tanya Danish Xavier memecahkan keheningan antara mereka.
"Saja nak minta daddy yang hantar.Sepatutnya balik ni pun daddy dah janji nak ambil saya.Kenapa awak pula yang terpacak dekat sekolah tadi?"Nada Khaira Eryna masih dingin.
"Ooh... Ada suara.Aku ingat dah bisu."Sindir Danish Xavier.Khaira Eryna hanya menjeling.
"Daddy minta maaf dekat kau.Dia ada meeting dengan client hari ni.Tapi dia terlupa.Sebab tu tanpa sengaja dia berjanji dengan kau."
Khaira Eryna sekadar mendengar.Langsung tidak membalas.
"Kau sebenarnya saja nak mengelak daripada aku,kan?"Tebak Danish Xavier.
"Mana ada saya nak mengelak."
"Ye ke?Mana tahu kau malu pasal apa yang berlaku semalam.Pasal kejadian dekat bilik ka...Ump..Ummp.."Belum sempat Danish Xavier menghabiskan kata-katanya,mulutnya sudah ditekup dengan tapak tangan Khaira Eryna.
"Boleh tak jangan ungkit perkara tu lagi.Ee...Saya tak fikir langsunglah pasal kejadian tu.Perkara dah lepas.Buat apa nak ingat.Pervert!"
Bulat mata Danish Xavier saat dituduh sebegitu.Pantas tangan Khaira Eryna yang menutup mulutnya ditepis.
"Aku bukan lelaki macam tu.Salah kau juga.Siapa suruh tak kunci pintu.Kau ingat aku berselera ke tengok badan kau yang macam papan ni.Not my taste!So,jangan nak perasan."Balas Danish Xavier sebelum kembali fokus pada pemanduannya.
"Ee...Awak ni....Dahlah,malas nak layan.Kalau bercakap dengan awak ni takkan menang.Ada je awak nak balas.Buat sakit hati!"
Khaira Eryna panas hati.Dia menyandarkan tubuh di dada kerusi kereta.Tangan dibawa memeluk tubuh.Lalu memejamkan mata menenangkan diri.Melirik ke arah Khaira Eryna di sebelah membuatkan Danish Xavier kulum senyum.Suka dia melihat wajah cemberut gadis itu.Khaira Eryna kelihatan comel saat marah.
"Kau marah aku?"
Khaira Eryna tidak membalas.Masih dalam mood merajuk.
"Aku sebenarnya ada hadiah untuk kau.Tapi...Memandangkan kau tak nak layan aku....Merajuk dengan aku,marah dengan aku,jadi rasanya hadiah tu aku simpan jelah.Bila kau dah okay baru aku bagi."
Saat mendengar kata-kata Danish Xavier kelopak mata yang tertutup terus sahaja dibuka.Menoleh ke arah Danish Xavier dengan pandangan yang tajam.
"Masa bila saya merajuk?Saya sakit hati je dengan awak tu."
"Sakit hati?Sakit hati sebab apa?Sebab aku tak bagi kau balik dengan kawan kau atau sebab aku cakap badan kau macam papan?"
Khaira Eryna memicing mata.Kecil besar sahaja dia melihat Danish Xavier yang berada di tempat pemandu.
"Dua-dua sekali.Untuk pengetahuan awak memang saya ada nombor telefon Zaza.Tapi saya tak ada telefon untuk call dia.Apatah lagi nak video call.Sebab tu saya nak ikut dia balik tadi.Yang kedua pula...Hello,badan saya tak adalah kurus kering macam papan.Jauh beza tahu tak!"Bentak Khaira Eryna.
"Dah habis marah?Ke ada lagi yang kau tak puas hati dengan aku?"Soal Danish Xavier dengan kening yang ternaik.
"Ada banyak lagi.Cuma buat masa ni itu je dulu.Tapi kalau awak memang nak dengar saya listingkan semuanya,saya boleh je senaraikan satu-persatu.Takut bernanah pula telinga awak nanti."
"Saya okay je.Dah biasa dengar mommy membebel.Teringin juga nak dengar versi Khaira Eryna pula."Semakin galak Danish Xavier menyakat Khaira Eryna.
"Danish!"
Lengan Danish Xavier dipukul.Khaira Eryna kembali menarik muncung.Berpaling dari memandang Danish Xavier.Danish Xavier simpan senyum.Keadaan sunyi.Masing-masing kembali melayani perasaan sendiri.
"Nah!"
Sebuah kotak sederhana besar disua kepada Khaira Eryna saat kereta Danish Xavier sudah terpakir di perkarangan Villa.Khaira Eryna yang baru sahaja ingin melangkah keluar dari perut kereta menoleh ke arah Danish Xavier.
"Apa ni?"
"Ambil jelah.Jangan banyak tanya.Cepatlah.Dah lenguh tangan aku ni."Gesa Danish Xavier.
"Kalau awak ada niat nak kenakan saya,jangan mimpi saya akan terkena.Dahlah,saya nak masuk.Nak rehat.Awak simpan je hadiah awak tu."
Khaira Eryna mahu cepat beredar.Kotak yang dihulur tidak disambut.Namun,belum sempat kakinya mencecah tanah,lengannya dilelar Danish Xavier.
"Aku ikhlas.Aku memang nak bagi pada kau.Aku tak ada masa nak kenakan kau.Ambillah.Sebagai tanda minta maaf dengan semua yang aku dah buat.Aku manusia biasa.Tak lari dari buat kesilapan."
Khaira Eryna memandang kotak itu dan Danish Xavier silih berganti.Dengan keluhan halus yang meniti di bibir,tangannya menyambut huluran Danish Xavier.
"Kira kau dah maafkan akulah ni?"
"Ya...Saya maafkan awak.Thanks.Saya masuk dulu."
Khaira Eryna mencapai beg galasnya sebelum melangkah keluar dari perut kereta Danish Xavier.
"Khaira Eryna!"
Sekali lagi ayunan kaki Khaira Eryna terhenti.Dia memusingkan tubuh seraya menoleh ke arah Danish Xavier yang sudah berdiri di sisi kereta.
"Kalau kau suka hadiah tu,jumpa aku dekat taman mini malam ni.Aku tunggu."
"Okay,itu pun kalau saya sukalah."
Tanpa berlengah Khaira Eryna terus menyambung langkah masuk ke dalam villa. Danish Xavier sekadar mengekori langkah gadis itu dengan ekor matanya.Tanpa sedar dia tersenyum nipis.
"Aku yakin kau akan suka dengan hadiah aku tu,Khaira Eryna."
Share this novel