Danish Xavier merenung dada langit hitam yang dipenuhi dengan jutaan bintang yang berkelipan.Tenang... Itu perasaannya saat ini.Tanpa sedar bayangan wajah seseorang yang sedang tersenyum manis muncul di ruang mata.Bibirnya mengoyak senyum.
"Aduh,kau dah angau ni Danish!"
Pantas Danish Xavier menggeleng kecil.Menghapuskan bayangan wajah itu.Matanya dipejam buat seketika.Cuba tidak memikirkan tentang gadis itu.Namun,saat dia menutup pelupuk matanya,bayangan gadis itu muncul kembali.Lantas,matanya kembali dibuka.Saat itu juga bayangan tadi sudah berada di hadapan mata.Duduk bertentangan dengannya.Danish Xavier menegakkan batang tubuh seraya merenung wajah gadis di hadapannya tanpa lepas.Ingin memastikan bahawa figura yang berada di hadapannya ini bukan bayangan seperti tadi.
"Saya tak boleh terima hadiah awak ni."Ujar gadis itu memecahkan keheningan antara mereka sejak beberapa minit yang lalu.
Kotak sederhana besar yang masih berbalut riben diletakkan di atas meja kopi yang berada di hadapan mereka.Pandangan Danish Xavier jatuh pada kotak tersebut.Keningnya bertaut.
"Kenapa?Kau tak suka?"Soal Danish Xavier dengan wajah mendata tanpa riak.
Khaira Eryna menggeleng laju.
"Bukan.Saya suka."Balas Khaira Eryna pendek.
"Kalau kau suka,kenapa kau bagi pada aku semula?"
Keluhan kecil meniti di bibir Khaira Eryna.
"Hadiah ni mesti mahal.Sebab tu saya tak boleh nak terima.Lagipun saya sedar diri.Saya tak layak pakai barang mahal macam ni."
Kotak tersebut ditolak ke arah Danish Xavier.Teringat saat dia membuka kotak hadiah itu petang tadi.Memang dia merasa teruja melihat hadiah yang diberikan oleh Danish Xavier.Tetapi perlahan-lahan rasa teruja itu hilang saat dia sedar yang dia hanya menumpang dan dia bukan sesiapa dalam keluarga ini.Dia tidak berhak untuk memiliki barang branded seperti itu.Lebih-lebih lagi hadiah tersebut merupakan gajet keluaran yang terbaru.Sudah tentu harganya mencecah ribuan ringgit.
"Tapi aku ikhlas.Kau perlukan barang nikan?Senang kau nak contact kawan kau tu nanti.Er...Siapa nama kawan kau tu?"
"Siapa maksud awak?Zaza ke Jasmin?"Soalan dibalas dengan soalan.
Danish Xavier berkerut dahi.
"Aku tanya kau,kau tanya aku balik.Kawan kau.Manalah aku tahu.Sebab tu aku tanya.Kawan kau masa dekat sekolah tu.Yang kau sibuk nak ikut dia balik."
"Ooh...Zaza."
"Kalau yang tadi tu Zaza,Jasmin siapa pula?"
"Jasmin kawan baik saya dekat sekolah lama dulu.Kawan yang sentiasa ada dengan saya bila saya perlukan teman untuk meluah.Family dia pun baik.Selalu tolong saya dan arwah baba.Yelah,kami ni hidup serba kekurangan.Lebih-lebih lagi bila baba dah mula jatuh sakit.Tapi,saya tak kisah pun hidup macam tu.Asalkan baba sentiasa ada dengan saya.Tapi...semuanya dah jadi kenangan.Baba dah pergi tinggalkan saya.Sekarang ni...Macam yang awak tengok.Saya hanya menumpang kasih keluarga awak."Ada getaran di hujung bicara Khaira Eryna.Rasa rindu pada arwah bapanya tidak pernah padam.Malah semakin hari semakin menebal.
Tubir matanya terasa hangat.Air mata yang bertakung cuba ditahan dari mengalir.Pantas Khaira Eryna mengalihkan pandangannya.Tidak mahu Danish Xavier melihat perubahan pada riak wajahnya dan menarik simpati lelaki itu.
"Kalau macam tu,kau patut ambil hadiah ni.Anggaplah hadiah ni sebagai hadiah untuk perkenalan kita.Tanda aku dah terima kau dalam keluarga ni.Bukan itu ke yang kau nak?Penerimaan aku dengan kehadiran kau dekat villa ni.Dengan hadiah tu,kau boleh contact kawan lama kau tu.Aku tahu mesti kau rindu dekat dia.Yelah,sejak kau pindah dekat sini belum sekali pun kau berhubung dengan diakan?Mesti dia tertanya-tanya tentang keadaan kau.So..."
Danish Xavier memasukkan tangan sebelah kanannya ke dalam kocek seluar yang dipakainya sebelum mengeluarkan sesuatu dari situ.Barang itu disua kepada Khaira Eryna.
"Ni nombor telefon kau.Aku dah daftarkan siang tadi.Kau cuma tinggal guna je.Ambillah."
Khaira Eryna menatap Danish Xavier dan barang pada tangan lelaki itu silih berganti.Lambat-lambat Khaira Eryna menyambut huluran Danish Xavier.
"Good!Sekarang ni barang ni semua dah jadi milik kau.Jaga baik-baik."
Lalu kotak hadiah itu kembali ditolak ke arah Khaira Eryna semula.
"Tapi...Saya tak tahu cara guna barang ni semua.Saya tak pernah ada pun barang ni sebelum ni..."Nada Khaira Eryna sedikit mengendur.Malu dengan pengakuannya.
Danish Xavier tersenyum nipis.Dia bangkit dari duduknya sebelum menapak mendekati gadis di hadapannya.Lalu melabuhkan duduk di sisi gadis itu.
"Sini,aku tolong kau."
Kotak yang berada di atas meja itu dibuka seraya mengeluarkan telefon pintar dari kotak tersebut.Lalu membantu Khaira Eryna memasukkan kad sim yang dibelinya pada telefon pintar itu.Setting apa yang perlu bagi memudahkan Khaira Eryna menggunakan peranti mudah alih tersebut.Khaira Eryna di sebelah sekadar memerhati setiap perlakuan Danish Xavier. Selesai melakukan tugasnya,telefon pintar itu dikembalikan semula kepada Khaira Eryna.Pada masa yang sama Danish Xavier turut mengajar Khaira Eryna menggunakan peranti tersebut bersama aplikasi yang sudah siap dimuat turun.Khaira Eryna mendengar dengan tekun tanpa ada niat untuk mencelah.
Tanpa sedar jarak wajah mereka terlalu rapat.Hampir sahaja bibir Danish Xavier menyentuh pipi mulus Khaira Eryna saat dia ingin berpaling memandang ke arah Khaira Eryna.Untung sahaja Danish Xavier sempat memberhentikan perlakuannya.Sedar akan kedudukan mereka yang begitu rapat,Danish Xavier pantas menjarakkan sedikit kedudukannya.Dia tidak mahu Khaira Eryna menganggap dia mahu mengambil kesempatan pada gadis itu.
Khaira Eryna yang perasan akan tingkah Danish Xavier terus menoleh ke arah lelaki itu.Keningnya sedikit berkerut.
"Kenapa?"Soal Khaira Eryna.
Danish Xavier hanya menggeleng.Belakang leher diusap lembut.Cuba menghilangkan rasa tidak selesanya.
"Er...Aku masuk dululah.Semuanya aku dah settingkan untuk kau.Kau beleklah sendiri telefon tu.Lama-lama nanti kau pandailah.Esok jangan lupa.Macam biasa aku yang akan hantar dan ambil kau.Kau jangan tidur lambat pula."
Tanpa menunggu lama,Danish Xavier bangkit dari duduknya.Tidak betah terus berlama-lamaan di situ.Detak jantungnya sudah berubah irama.Semakin lama dia berada dekat dengan Khaira Eryna,semakin laju degupan jantungnya.Dadanya seakan sesak menahan debaran.Baru sahaja tubuhnya berpaling menghadap pintu gelangsar,panggilan Khaira Eryna mematikan langkahnya.Danish Xavier menoleh semula ke arah Khaira Eryna dengan kening yang ternaik.
"Thanks."Ucap Khaira Eryna.
"For what?"
Khaira Eryna pantas mengangkat telefon pintar yang berada di tangannya.Danish Xavier sekadar tersenyum nipis membalas perlakuan Khaira Eryna itu sebelum kembali menyambung langkah masuk ke dalam villa.Melihat Danish Xavier yang sudah beredar,Khaira Eryna kembali menatap ke arah skrin telefon pintarnya.
Sedang asyik menatal skrin telefon,tiba-tiba kedengaran namanya dipanggil.Khaira Eryna menoleh ke arah gerangan yang bersuara.Serta-merta keningnya berkerut saat melihat Danish Xavier berdiri di tengah pintu gelangsar.
"Ya?"
"Aku lupa nak beritahu kau.Aku dah save nombor telefon aku dekat phone kau.So,kalau ada apa-apa kau boleh contact aku terus.Lagi satu aku tak nak kau simpan nombor telefon lelaki-lelaki buaya tu.Pastikan nombor telefon lelaki yang ada dalam contact list kau cuma nombor daddy,Darwish dan aku je.Faham?"
Tak ubah seperti burung belatuk,Khaira Eryna hanya angguk tanda faham.Melihat balasan Khaira Eryna itu,Danish Xavier tersenyum senang.
"Okay,see you tomorrow.Good night."Ujar Danish Xavier.Sempat dia mengenyitkan mata sebelum berpaling masuk ke dalam villa semula.
Khaira Eryna yang terpempan dengan perlakuan pelik Danish Xavier menenyeh lembut matanya.Seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tadi.
"Kejap,tadi tu betul ke Danish?Si dingin beku.Aku tak salah tengokkan?Ke aku salah pandang tadi?Danish kenyit mata dekat aku?Ish,aku yang salah tengok rasanya!Perasan lebihlah kau ni,Khaira."Monolog Khaira Eryna sendiri.Kepalanya digelengkan beberapa kali.Cuba menepis bayangan Danish Xavier dari fikirannya.
Tidak betah berlama-lamaan di luar,Khaira Eryna pantas bangkit dari duduknya.Dia menapak masuk ke dalam villa.Pintu gelangsar ditutup sebelum mengatur langkah mendaki anak tangga menuju ke bilik tidurnya.
Baru sahaja tangan ingin memulas tombol pintu,terdengar sapaan seseorang di sisinya.Khaira Eryna menoleh.Kelihatan Darwish Xayden dengan rambut yang basah bersama tuala di leher sedang menatap ke arahnya.Melihat pakaian yang dikenakan oleh lelaki itu sudah pasti dia baru sahaja selesai workout di gym yang berada tidak jauh dari perpusatakaan di aras yang sama dengan bilik mereka.
"Khaira dari mana?"
"Dari tingkat bawah.Tadi duduk melepak dekat taman mini.Saja ambik angin malam."
"Ooo...Sorang-sorang?"
Khaira Eryna ketap bibir.Berkira-kira untuk berterus-terang atau sebaliknya.Darwish Xayden yang masih berdiri di sisinya sekadar memerhati.
"Er....Khaira seorang je.Kenapa?"
Darwish Xayden hanya menggeleng.Dalam diam dia sembunyi senyum.
"Tak ada apa.Saja je abang Darwish tanya.Khaira ada nampak abang Danish tak?Sebab tadi abang nak ajak dia workout sekali,tapi bila abang cari dekat bilik dia tak ada."
"Mm...Tak pasti pula Khaira.Mungkin tadi dia ada lepak dekat mana-mana kot.Rasanya sekarang ni dia dah ada dekat bilik."
Kening Darwish Xayden bertaut.Jari-jemarinya dibawa mengusap bawah dagunya yang bersih tanpa sebarang bulu.
"Macam mana Khaira tahu abang Danish dah balik bilik?Khaira ada nampak dia ke tadi?"
Khaira Eryna menggaru belakang lehernya yang tidak gatal.Mencari idea untuk membalas.
"Khaira...Khaira agak je.Okaylah.Kalau tak ada apa-apa Khaira nak masuk bilik dulu.Dah lewat ni."Ujar Khaira Eryna ingin melarikan diri.
Belum sempat Khaira Eryna melangkah masuk ke dalam bilik,tangannya dilelar Darwish Xayden.Langkah Khaira Eryna terhenti.Dia menoleh semula ke arah Darwish Xayden.
"Cantik phone?Bila beli?"
Khaira Eryna termati kata.Akal mula bekerja mencari jawapan.
"A'ah phone baru.Orang hadiahkan.Bak kata orang-orang tua rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.Er...Khaira masuk tidur dulu."
Khaira Eryna mahu segera beredar dari situ.Tidak betah berhadapan dengan abang angkatnya yang seorang ini.Pasti banyak persoalannya nanti.Bukan dia tidak mahu berterus-terang,tetapi kerana dia sudah masak dengan sikap Darwish Xayden maka dia lebih memilih untuk tidak memberitahu perkara yang sebenar.Tidak mahu Darwish Xayden salah faham.Tidak mahu dijadikan bahan usikan lelaki itu.
"Eh,nantilah dulu!Awal lagi nak masuk tidur.Baru pukul berapa...Jomlah teman abang Darwish minum dekat bawah.Kita borak-borak."
Khaira Eryna berkira-kira untuk bersetuju.Pasti ada sahaja agenda lelaki itu untuk mengorek rahsia.
"Tapi Khaira dah mengantuk sangat ni..."Ujar Khaira Eryna seraya menguap seakan sedang menahan kantuk.Walhal,matanya masih segar untuk lelap.
Darwish Xayden beriak kecewa.Sengaja mahu memancing simpati gadis itu.
"Sorry,abang Darwish.Lain kali je kita borak panjang-panjang.Abang Darwish jangan lupa mandi pula.Nanti satu rumah bau badan abang.Khaira masuk dulu.Good night."Sempat Khaira Eryna memerli Darwish Xayden sebelum dia menapak laju masuk ke dalam bilik.Pintu bilik ditutup rapat lalu dikunci.
"Kurang asam punya adik.Eh,walaupun abang berpeluh,badan abang wangi tau!"
"Wangilah sangat!Kalau ada bunga dekat situ pun boleh layulah,abang Darwish!Khaira nak tidur ni,bye!"Jerit Khaira Eryna di dalam bilik membalas kata-kata Darwish Xayden.Kedengaran gelak-tawa Khaira Eryna di hujung bicaranya.
Darwish Xayden turut sama ketawa kecil seraya menggelengkan kepala.Dia mula mengatur langkah menuju ke bilik tidurnya.Saat tangannya membuka daun pintu,sempat dia melirik seketika ke arah bilik Khaira Eryna.Darwish Xayden tersungging senyum.
"Khaira...Khaira....Dengan abang pun nak berahsia.Takut kena bahanlah tu.Ingat abang tak tahu ke siapa yang hadiahkan phone tu?Tak apa,kita tengok sampai bila dua orang ni nak main tarik tali.Seorang tu suka tapi tak nak mengaku.Yang sorang tu pula...Entahlah,sedar ke tidak yang abang aku tu sebenarnya dah syok dekat dia."Omel Darwish Xayden sendiri sebelum mengatur langkah masuk ke dalam biliknya.
Share this novel