Bab 3

Drama Series 24421

"Morning."Sapa Khaira Eryna.

Semua mata yang berada di ruang makan beralih padanya.Khaira Eryna tersenyum nipis.Dia menapak mendekati ibu dan bapa angkatnya.

"Morning,sayang.Come join us."Balas Camilla sambil menepuk lembut kerusi kosong di sebelahnya.Mempelawa Khaira Eryna duduk makan bersama.

"Sorry,Khaira lambat."

Kerusi di sebelah Camilla ditarik sebelum melabuhkan punggung di sisi ibu angkatnya.

"Tak apa.Lepas breakfast,Khaira ikut Darwish pergi school.Mommy tak dapat nak hantar hari ni sebab mommy ada hal dekat luar."

"Baik,mommy."Khaira Eryna membalas sebelum menyisip perlahan teh o panas di dalam cawan.

"Don't worry mommy.Pandailah Darwish nanti.Darwish dah janjikan yang Darwish akan tengok-tengokkan adik Darwish ni.Kalau ada apa-apa nanti Darwish inform mommy dan daddy."Celah Darwish Xayden yang duduk berhadapan dengan Camilla.

Daniel Xavier yang berada di sisi adiknya langsung tidak bersuara.Dia lebih selesa mendiamkan diri.Langsung tiada niat untuk mencelah.Namun dalam diam,dia sempat mencuri pandang ke arah Khaira Eryna yang duduk berhadapan dengannya.Memerhati setiap perlakuan gadis itu.

Jam di pergelangan tangan dilirik seketika.Darwish Xayden pantas mengangkat punggung.Beg sekolah dicapai lalu digalas di bahunya.

"Khaira,jom.Takut lewat pula masuk sekolah nanti.Mommy,daddy,Darwish gerak dulu."

Darwish Xayden menyalami tangan kedua orang tuanya sebelum langkahnya diatur menuju ke garaj kereta.Melihat tingkah Darwish Xayden,Khaira Eryna turut sama mengekori langkah jejaka itu selepas menyalami tangan Camilla.Sempat Camilla menitipkan pesan supaya Khaira Eryna menjaga diri ketika berada di sekolah nanti.

Usai menyarung kasut,Khaira Eryna berlari anak mendapatkan Darwish Xayden yang sedang menantinya di dalam kereta.Pintu tempat duduk penumpang di bahagian hadapan dibuka sebelum memboloskan diri ke dalam perut kereta.Seraya itu,kereta Bugatti Chiron sport yang dipandu Darwish Xayden bergerak meninggalkan perkarangan villa.

Khaira Eryna membuang pandang ke arah luar cermin kereta.Tak pernah dia impikan hidup mewah seperti ini.Siapa sangka kehidupannya yang serba naif benar-benar berubah selepas diambil oleh Noah sebagai anak angkat dalam keluarga lelaki itu.

"Jauh termenung.Apa yang Khaira fikirkan?"

Teguran Darwish Xayden menyentak lamunan Khaira Eryna.Khaira Eryna menoleh memandang Darwish Xayden yang sedang memandu di sebelah.Bibirnya mengukir senyuman nipis.

"Tak ada apa-apa.Mm...Abang Darwish,nanti sampai sekolah tolong tunjukkan Khaira arah pejabat pengetua.Biar Khaira jelah yang uruskan sendiri hal pendaftaran Khaira tu.Khaira tak nak ganggu masa belajar abang."

"No,tak boleh.Mommy dah pesankan suruh abang jaga Khaira.So,no excuse.Abang akan teman Khaira sampai habis sesi pendaftaran dan sampai Khaira masuk dalam kelas.Nanti abang minta pengetua tempatkan Khaira satu kelas dengan abang.Senang sikit.Abang boleh tengok-tengokkan Khaira kalau kita satu kelas yang sama."Ujar Darwish Xayden sambil melirik seketika ke wajah mulus Khaira Eryna.

"Tak apa ke?Khaira tak nak susahkan abang."

"Abang okay je.Small matter jelah.Ha,tu sekolah kita!"Jari telunjuk Darwish Xayden lurus menunjukkan ke arah beberapa bangunan besar yang dikelilingi tembok batu sederhana tinggi.

Khaira Eryna menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Darwish Xayden.Dia mula merasa teruja.Lebih-lebih lagi saat kereta yang dipandu Darwish Xayden masuk ke dalam perkarangan sekolah elit itu.Sekolah yang menjadi sekolah idaman para pelajar di sekolah Khaira Eryna dahulu.

Usai kereta Darwish Xayden diparkir,Khaira Eryna pantas melangkah keluar dari perut kereta.Tercangah Khaira Eryna saat melihat bangunan sekolah itu di hadapan mata.Matanya dikedipkan beberapa kali.Bagaikan satu mimpi kerana dapat menjejakkan kakinya di kawasan sekolah elit ini.Pandangan para pelajar yang melihat tingkahnya itu sedikit pun tidak dihirau.

Darwish Xayden mengulum senyum sebelum dia menapak ke arah Khaira Eryna.Tangan Khaira Eryna dilelar,lalu gadis itu ditarik lembut mengikuti derap langkahnya.Membesar kelopak mata para pelajar perempuan yang berada di perkarangan sekolah itu saat melihat jejaka idaman mereka sedang berpimpin tangan dengan seorang gadis yang asing bagi mereka.Ada yang saling berbisik-bisik.Ada juga yang menjeling tajam ke arah Khaira Eryna tatkala Khaira Eryna melintasi mereka.

Darwish Xayden hanya beriak selamba.Langsung tidak terkesan dengan tingkah para pelajar di situ.Khaira Eryna pula hanya menunduk.Tidak sanggup membalas pandangan mata-mata yang melihat mereka.

Sampai sahaja di hadapan pintu pejabat pengetua sekolah,pintu diketuk beberapa kali.Darwish Xayden mula melangkah masuk saat menerima balasan daripada tuan empunya bilik.Khaira Eryna yang setia berada di belakang Darwish Xayden turut sama mengatur langkah mengekori jejaka itu.

"Good morning,sir."Sapa Darwish Xayden ramah.

Seorang lelaki yang hampir seusia dengan Noah mengangkat wajah saat mendengar sapaan Darwish Xayden.Wajah Darwish Xayden dan Khaira Eryna dipandang silih berganti.

"Good morning.So,ni ke pelajar baru yang daddy Darwish maksudkan tu?"

Darwish Xayden hanya mengangguk kecil.Dia meminta Khaira Eryna mengambil tempat di hadapan pengetua tersebut.Khaira Eryna hanya menurut.Punggungnya dilabuhkan di kerusi yang terletak di hadapannya.

"Khaira,right?"Soal pengetua itu inginkan kepastian.

"Yes,sir."Balas Khaira Eryna sambil tersenyum nipis.

"Khaira isi borang ni dulu.Lepas tu,Khaira boleh ikut Darwish masuk ke kelas.Darwish,as you daddy wishes,I put her in the same class as you."Ujar pengetua sekolah itu tanpa berselidung.

"Thank you,sir."

"You are welcome,young man.Take good care of her."

"I know sir.Thanks a lot.Er...Khaira,are you done?"

Pen di tangan diletakkan semula di atas meja.Borang yang sudah siap diisi diserahkan semula pada pengetua.

"Yup,I'm done."

"Okay,good.Sir,kami keluar dulu."

"Ya,sure.Take care.Kalau ada apa-apa masalah boleh terus berhubung dengan saya."

Darwish Xayden dan Khaira Eryna hanya menganggukkan kepala sebelum mereka mengatur langkah keluar dari bilik tersebut.

"Come,Khaira.Ni kelas kita.Nanti Khaira duduk sebelah abang je."

Baru sahaja Darwish Xayden ingin menarik lembut tangan Khaira Eryna,gadis itu memberhentikan langkah.Darwish Xayden menoleh memandang Khaira Eryna sambil berkerut kening.

"Kenapa?"

Khaira Eryna tersengih menampakkan sebaris giginya yang putih.Kepala yang tidak gatal digaru kecil.

"Er...Abang Darwish tak payahlah pimpin Khaira macam ni.Rasa macam Khaira ni budak-budak lagi je.Lagi pun segan kalau orang lain tengok."

"Buat apa nak segan.Khaira adik abang.Abang bukannya apa,abang takut budak-budak lelaki dalam kelas abang tu usha Khaira.Adik abang ni dahlah cantik.Ni abang nak pesan pada Khaira.Khaira jangan layan sangat pelajar-pelajar lelaki dekat sekolah ni especially classmate kita ni.Diorang ni semua buaya.Buaya darat.Dah,jom masuk."

Darwish Xayden langsung tidak menghiraukan kata-kata Khaira Eryna.Tangan Khaira Eryna kembali dilelar.Menarik lembut Khaira Eryna masuk ke dalam kelas.Saat kaki mereka mencecah lantai kelas,semua mata terarah pada mereka berdua.Ada yang menarik muncung.Ada juga yang teruja saat melihat Khaira Eryna.Khaira Eryna cuba menarik senyuman di bibir.Tidak mahu dilabel sombong pula nanti.

"Hi,miss Bella.Sorry I'm late.We just met the principal at his office.For my sister's school registration."

Miss Bella hanya mengangguk kecil.Lalu mengarahkan Khaira Eryna memperkenalkan dirinya pada para pelajar di kelas mereka.

"Hi,my name is Khaira Eryna.Just call me Khaira.Before this I'm staying at JB.I just got here yesterday.Mm...Nice to meet you all."Ujar Khaira Eryna ringkas.

"So,you all semua ada apa-apa nak tanya pada Khaira ke?"Soal Miss Bella sebelum dia meneruskan sesi pembelajarannya.

Beberapa orang pelajar lelaki mula mengangkat tangan untuk mengajukan soalan.Miss Bella memilih secara rawak.Pelajar lelaki yang bernama Daniel diarah bangun untuk bertanya.Pelajar lelaki tinggi lampai berkulit sawo matang itu sudah berdiri dari duduknya.

"Apa yang awak nak tanya,Daniel?"

"Ehem!Mm...Khaira,do you have a boyfriend?"Tanya Daniel.Pertanyaan Daniel itu mendapat sorakan daripada pelajar-pelajar lain.

Khaira Eryna cuba berlagak tenang.Walhal wajahnya sudah terasa bahang dengan pertanyaan itu.Jari-jemarinya terasa dingin.Melihat riak wajah Khaira Eryna itu,Darwish Xayden pantas mencelah tanpa sempat Khaira Eryna membalas.

"Soalan itu agak peribadi.Kalau sesiapa yang nak berkenalan dengan Khaira,boleh berurusan dengan aku dulu.So,ada soalan lain?"Nada Darwish Xayden sedikit tegas membuatkan kelas yang hingar-bingar berubah sepi.

Khaira Eryna yang melihat perubahan pada riak wajah Darwish Xayden yang serius itu turut terdiam sama.Siapa sangka Darwish Xayden yang peramah dan kelihatan senang ketawa itu rupa-rupanya mempunyai sisi yang berbeza ketika berada di luar rumah.

"Nampaknya semua dah tak ada soalan lagi.Darwish,Khaira,kamu berdua boleh duduk."

Tanpa sebarang biacara,Darwish Xayden terus menarik Khaira Eryna mengekori langkahnya ke arah meja mereka.Hanya dengan isyarat mata,seorang pelajar lelaki yang duduk di kerusi bersebelahan kerusi Darwish Xayden dengan pantas beralih tempat di tempat duduk belakang.Langsung tidak membantah dengan perlakuan Darwish Xayden itu.Melihat keadaan kelas yang kembali tenang,Miss Bella kembali menyambung pembelajarannya.

*********

"So,How is your school today?"Sapa Camilla saat melihat kelibat Khaira Eryna di muka pintu.

"Okay je mommy.So far so good."Balas Khaira Eryna sambil menapak mendekati Camilla.

"Baguslah kalau macam tu.Lega mommy dengar.Darwish macam mana?Dia ada tengok-tengokkan Khaira tak?"

"Abang Darwish?Kalau boleh dua puluh empat jam nak Khaira ikut dia.Pelajar lain nak dekat dengan Khaira pun jadi takut.Dengan muka garang dia.Dah sama macam abang Danish pula Khaira tengok."

Camilla berkerut kening.Wajah Darwish Xayden yang sedang melabuhkan punggung di sofa dikerling.

"Darwish muka beku?Macam tak percaya pula mommy dengar.Sejak bila penyakit Danish berjangkit dekat Darwish ni?"

Khaira Eryna menjongket kedua bahunya tanda tidak tahu.Sempat matanya menangkap senyuman nakal Darwish Xayden padanya.

"Sejak Darwish kena jaga adik perempuan Darwish nilah.Mommy juga yang suruh Darwish tengok-tengokkan Khaira,kan?Jadi,Darwish kenalah nampak garang sikit.Baru orang lain tak berani nak kacau Khaira."

Camilla menggeleng kepalanya beberapa kali tatkala mendengar kata-kata Darwish Xayden.

"Memanglah mommy suruh Darwish jaga Khaira.Tapi tak adalah sampai dua puluh empat jam nak kena berkepit dengan dia.Kesian dekat Khaira nanti.Tak ada orang berani nak berkawan dengan dia sebab takutkan Darwish."

"Ala...Darwishkan ada.Darwish seorang pun dah cukup jadi kawan Khaira.Betul tak,Khaira?"

Khaira Eryna diam membisu.Tidak tahu ingin membalas apa.Hanya senyuman kelat yang terukir di bibirnya saat itu.

"Tapi Khaira ni perlu juga berkawan.Nanti orang label Khaira ni sombong pula."

"Okay,mommy.Darwish tak halang pun Khaira nak berkawan.Cuma Darwish yang akan pilih sama ada diorang tu layak atau tidak berkawan dengan Khaira.Darwish bukannya apa.Darwish tak nak Khaira kena buli je.Darwish kenal sangat pelajar-pelajar dekat sekolah tu.Kebanyakkannya sombong dan tahu nak ambil kesempatan je.Mentang-mentang anak orang kaya.So,Darwish tak nak nanti diorang sakitkan hati Khaira."Luah Darwish Xayden.

Camilla mengeluh kecil.Wajah Khaira Eryna ditatap redup.Rambut panjang Khaira Eryna diulus lembut.Sayangnya pada gadis itu sama banyaknya seperti mana sayang dia pada Darwish Xayden dan Danish Xavier.Dia juga tidak mahu melihat Khaira Eryna mengalirkan air mata lagi.Mendengar cerita daripada Noah tentang kehidupan gadis itu pun sudah membuatkan dia menumpahkan air mata,inikan pula jika dia melihat sendiri Khaira Eryna bersedih di hadapan mata.

"Kalau Darwish dah cakap macam tu,mommy ikut je.Mommy pun tak nak Khaira terluka.Khaira,Khaira jaga diri tau.Jangan bagi orang lain sakiti Khaira.Mulai sekarang,Khaira bukan lagi gadis yang lemah dan miskin macam dulu.Khaira ada maruah.Walau apapun yang berlaku,Khaira kena pertahankan maruah Khaira.Kalau ada apa-apa,beritahu mommy atau pun daddy."

"Baik,mommy.Khaira akan ingat pesan mommy.Terima kasih mommy sebab terima Khaira dan sayang Khaira macam anak sendiri."

"Tak ada apalah...Mommy ikhlas.Khaira pergi naik atas,berehat.Nanti petang mommy nak bawa Khaira keluar beli barang."

Khaira Eryna berkerut kening.

"Beli barang?Barang apa?"

"Barang keperluan Khairalah.Mommy nak beli baju baru,kasut dan barang peribadi lain."

"Tapi...Khairakan dah ada semua tu.Tak payahlah mommy beli apa-apa untuk Khaira.Membazir je mommy."Tolak Khaira Eryna lembut.

"Khaira,apa salahnya kalau mommy nak belikan barang-barang untuk anak mommy ni.Lagi pun mommy boleh kira berapa helai je baju Khaira dalam almari tu.Sebelum tu,maafkan mommy sebab masuk bilik Khaira tanpa izin Khaira.Mommy bukannya apa.Mommy cuma nak pastikan anak mommy cukup makan pakai je."

Khaira Eryna tersenyum nipis.Lengan Camilla dipaut manja.

"Khaira tak kisah pun.Inikan rumah mommy.Khaira bersyukur sebab diberi peluang tinggal dalam keluarga ni.Lagi pun Khaira cuma menumpang.Khaira tak nak susahkan mommy mahupun sesiapa sahaja dalam rumah ni.Khaira tak nak orang lain fikir Khaira cuba nak ambil kesempatan terhadap keluarga ni.Bagi Khaira,apa yang ada tu semua dah cukup untuk Khaira."

"Khaira,kenapa cakap macam tu?Khaira anak mommy dan daddy.Adik abang Darwish dan Danish.Tak ada sesiapa yang boleh sangkal.Khaira ikut jelah mommy shopping.Mommy tu sebenarnya dah lama tak shopping.Ada Khaira,adalah kawan yang teman mommy bershopping.Selamat abang Darwish.Kalau tak abanglah yang jadi mangsa mommy."Celah Darwish Xayden yang sudah pun menapak mendekati Camilla dan Khaira Eryna.

Tanpa sempat mengelak,cuping telinga Darwish Xayden ditarik Camilla.Darwish Xayden mengongoi kesakitan.

"Aduh,mommy!Sakit..."

Camilla pantas melepaskan telinga anak lelakinya.Darwish Xayden memegang telinganya yang sudah memerah.Lalu digosok perlahan.

"Jadi mangsa,ya.Selama ni Darwish tak ikhlaslah teman mommy?Sampai hati."Camilla membuat memek muka sedih.

"Ala... Mommy.Darwish gurau jelah.Sorry,mommy."Darwish Xayden cuba memujuk.

"Tak apalah.Mommy dah tak kisah.Sekarang mommy dah ada Khaira.Khaira bolehkan teman mommy shopping?"

Khaira Eryna ketawa kecil melihat tingkah Darwish Xayden.Kepalanya diangguk kecil.

"Boleh je mommy."

"Bagus.Darwish pun kena ikut mommy.Jadi driver mommy hari ni."

"Er...Sorry mommy.Hari ni tak boleh.Sebab petang ni Darwish ada hal.Mommy keluar berdua jelah dengan Khaira.Baru seronok."Darwish Xayden memberi alasan.

"Alasan!Yalah...Mommy boleh je pergi dengan Khaira berdua.Khaira pergilah bersihkan diri dan berehat.Nanti mommy panggil Khaira bila mommy dah siap nanti."

Khaira Eryna hanya menurut.Beg yang digalas di bahunya dibawa bersama naik ke tingkat atas.Bilik tidurnya dituju.Melihat tingkah Khaira Eryna,Darwish Xayden turut sama meminta diri naik ke biliknya.Melihat Darwish Xayden dan Khaira Eryna yang sudah beredar ke tingkat atas,Camilla mengatur langkah ke arah dapur.Belum sempat kakinya mencecah lantai dapur,kedengaran bunyi deruan kereta masuk ke perkarangan villa.Camilla menjengah kepalanya di sebalik jendela.Kelihatan anak lelakinya,Danish Xavier sedang melangkah keluar dari perut kereta.Dengan pantas Camilla menapak semula ke muka pintu.

"Dah balik?"Soal Camilla.

Danish Xavier yang terkejut dengan kemunculan ibunya di muka pintu,mengurut dada.

"Terkejut Danish.Taklah mommy,baru nak pergi kerja."Seloroh Danish Xavier.

"Hahaha...Pandai anak mommy ni bergurau.Danish..."Panggil Camilla meleret.

"Ada apa,mommy?Panggil Danish manja semacam je.Mesti ada sesuatu yang Danish nak kena buat untuk mommy,kan?"Ujar Danish Xavier yang seakan dapat menangkap perlakuan ibunya itu.

Camilla tersengih kecil.Lengan kekar anaknya disauk manja.

"Danish ni macam tahu-tahu je mommy nak minta tolong.Mm...Mommy tahu Danish penat.Tapi boleh tak kalau Danish teman mommy petang ni?"

"Teman mommy?Pergi mana?"Soal Danish Xavier sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Hantar mommy pergi mall.Mommy ada barang sikit nak beli.Mommy dah minta Darwish hantar.Tapi dia ada hal pula.So,mommy terpaksalah minta tolong Danish.Kesian mommy nanti tak ada orang angkatkan barang.Bolehkan,Danish?"Pinta Camilla separuh merayu.

Terdengar keluhan kecil meniti di bibir Danish Xavier.Wajah Camilla ditatap seketika.Lalu kepalanya diangguk mengiyakan permintaan ibunya itu.Melihat balasan Danish Xavier,Camilla tersenyum lebar.

"Macam nilah anak mommy.Danish pergilah rehat dulu.Renggangkan otot-otot itu.Danishkan baru balik kerja.Mesti penat.Danish nak air ke makan ke?Mommy ambilkan."

"Tak apa,mommy.Danish boleh ambil sendiri.Mommy pergilah bersiap.Danish nak naik bersihkan diri dulu."

"Okay,sayang.Kejap lagi mommy bersiap.Mommy nak tengok Cik Moon dekat belakang kejap.Thanks Danish."

Danish Xavier senyum segaris sebelum dia membawa langkahnya naik ke tingkat atas menuju ke bilik tidurnya.Melihat bayangan Danish Xavier yang sudang menghilang,Camilla pantas menapak semula ke arah dapur.Kelibat Cik Moon,pembantu rumahnya dicari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience