"Apa? Mommy... Kenapa tak bincang dulu?" Soal Danish Xavier dengan riak terkejut.
"Kenapa ni, Danish? Salah ke mommy nak bawa kita sekeluarga bercuti? Lagi pun kita dah lama tak spend time together. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. So, mommy fikir ni jelah masa yang sesuai untuk kita semua habiskan masa bersama. Bukannya selalu pun mommy ajak kamu semua bercuti."
"Ya, Danish tahu. Tapi mommy boleh bincang dulukan sebelum buat keputusan. Danish tak kisah pun kalau mommy nak pergi bercuti. Yang Danish runsingkan sekarang kerja Danish dekat office tu. Banyak yang pending. Boleh tak kalau Danish tak ikut?"
Camilla yang sedang elok duduk bersandar terus sahaja berdiri.
"No, tak boleh. Tak ada sesiapa pun yang mommy kecualikan. Semua wajib ikut! No excuse!" Tegas Camilla.
"Tapi, mommy...."
"Ala... Relaxlah. Kerja tu tak akan habis. Sekali-sekala abang kena rehatkan minda tu juga. Asyik bekerja je. Kalau robot pun boleh rosak, inikan pula manusia. So, apa kata abang ikut je cadangan mommy ni. Bukan lama mana pun. Seminggu je. Lepas tu abang dah boleh sambung kerja dekat office tu semula. Betul tak, daddy?" Celah Darwish Xayden yang sudah memaut bahu Danish Xavier di sisi.
Noah yang sejak tadi mendiamkan diri turut menganggukkan kepala.
"Betul tu Danish. Dah alang-alang Darwish dan Khaira ni tengah bercuti, apa salahnya kita habiskan masa bersama. Daddy tak naklah kamu jadi workaholic sangat. Kerja dekat pejabat tu takkan pernah habis. Lagi pun semua projek tengah on going. So, tak salah kalau tinggalkan kerja tu buat sementara waktu. Nanti daddy minta PA daddy handle kerja Danish sementara Danish bercuti ni."
"Habis tu meeting dengan client kita tu nanti macam mana?" Soal Danish Xavier masih cuba mengelak.
"Sekarang semuanya mudah,Danish. Teknologi dah canggih. Danish boleh je buat online meeting."
"Tapi daddy...."
"Dah, tak payah nak tapi-tapi sangat. Keputusan mommy muktamad. Daddy pun dah setuju. Bukan kita bercuti sampai luar negara pun. Masih dalam Malaysia lagi. So mommy tak nak dengar apa-apa bantahan lagi. Hujung minggu ni kita semua akan bertolak pergi bercuti together. Lagi pun mommy kesian dengan Khaira tu. Asyik terperap dekat rumah je. Masa nilah kita nak rapatkan hubungan kita dengan dia. Biar dia rasa yang kita semua hargai dan terima dia dalam keluarga kita ni."
Melihat semua mata terarah padanya, akhirnya Danish Xavier mengalah. Lambat-lambat kepalanya diangguk bersetuju dengan cadangan ibunya. Mereka yang lain mula bersorak girang saat mendapat kata persetujuan daripada anak sulung dalam keluarga mereka itu.
"Sorry, Khaira ada kerja sikit tadi sebab tu lambat turun. Did I missed something?" Celah Khaira Eryna yang baru sahaja menapak ke arah ruang tamu. Mendengar suara Khaira Eryna, semua mata beralih padanya.
"It's okay, sayang. Kami cuma berbual kosong je. Come, join us." Pelawa Camilla sebelum menarik tubuh Khaira Eryna duduk di sisinya.
Mata Danish Xavier tidak lepas mengekori tingkah gadis itu. Tidak berkedip matanya saat melihat Khaira Eryna malam ni. Walaupun gadis itu sekadar mengenakan loose t-shirt bersama legging, tapi cukup membuatkan pandangannya tidak lepas dari menatap gadis itu. Tambahan pula rambutnya yang dibiarkan lepas bebas itu membuatkan Khaira Eryna nampak comel di matanya.
Melihat pandangan Danish Xavier yang terlihat leka menjamah wajah Khaira Eryna membuatkan Darwish Xayden di sebelah menahan senyum. Dia berdehem kecil.
"Mata abang dah tembus sampai ke hati dia ke?" Sindir Darwish Xayden di tepi telinga Danish Xavier. Danish Xavier tersentak. Pandangannya segera dilarikan ke arah Darwish Xayden di sebelah. Keningnya sedikit berkerut.
"Kau merepek apa ni? Mana aku ada tengok apa-apa. Aku fokus pada mommylah." Danish Xavier cuba menafikan tebakan adiknya itu.
"Yalah tu. Macamlah aku tak perasan kau pandang Khaira. Sampai nak tembus anak mata kau pandang dia tadi. Bang, kalau betul kau suka dekat dia pun apa salahnya. Aku rasa mommy dan daddy pun akan restu hubungan kau orang berdua. Tengok jelah macam mana sayangnya mommy dan daddy dekat Khaira. Lebih-lebih lagi mommy tu. Dah macam tak boleh nak berenggang dengan anak angkat dia tu." Ujar Darwish Xayden dalam nada sedikit berbisik.
Lengan Darwish Xayden disenggol kasar sebelum jelingan tajam diberikan kepada adiknya itu.
"Kau jangan nak mengarut. Khaira tu masih belajar. Takkan aku nak cari awek budak bawah umur macam tu. Jangan nak buat cerita depan mommy dan daddy. Kalau aku tahu, siap kau aku kerjakan." Balas Danish Xavier dengan kata-kata berbaur ugutan.
Darwish Xayden mencebik bibir. Langsung tidak gentar dengan ugutan abangnya itu.
"Khaira, mommy sebenarnya bercadang nak bawa Khaira pergi bercuti hujung minggu ni. Khaira okay ke?" Soal Camilla sambil menggenggam kemas jari-jemari Khaira Eryna.
"Bercuti? Er... Khaira dengan mommy berdua je ke?" Tanya Khaira Eryna polos.
"Eh, tak adalah kita berdua je. Kita semua akan pergi bercuti bersama-sama. Mommy, daddy, abang Danish dan Darwish. Semua akan teman Khaira pergi bercuti. Oh, lupa pula! Cik Moon pun ikut sekali tau."
Khaira Eryna berjeda. Riak wajahnya langsung tidak menunjukkan yang dia teruja dengan cadangan Camilla itu. Wajahnya berubah muram.
"Khaira, kenapa ni? Khaira tak suka ke pergi bercuti dengan kami semua?" Tanya Camilla saat melihat perubahan pada riak wajah gadis itu.
Khaira Eryna pantas menggeleng laju.
"Eh, tak adalah. Khaira happy. Happy sangat sebab ini kali pertama Khaira dapat pergi bercuti. Dapat tengok negeri orang. Terima kasih, mommy. Terima kasih, daddy. Khaira dah banyak susahkan mommy dan daddy." Khaira Eryna menunduk menekur ke lantai. Terasa dirinya terlalu kerdil di hadapan ahli keluarga itu.
"Jangan berterima kasih dengan kami. Kami langsung tak rasa Khaira ni satu beban untuk kami. Malah, kami merasakan kehadiran Khaira memberi keceriaan buat keluarga ini. Sepatutnya mommy dan daddy yang ucap terima kasih pada Khaira sebab sudi terima pelawaan daddy untuk tinggal dengan kami. Thanks to you, Khaira." Ucap Noah.
"Betul cakap daddy tu. Akhirnya, mommy dapat juga merasa ada anak perempuan. Lebih-lebih lagi anak perempuan yang baik dan cantik macam Khaira ni. Kalau satu hari nanti ditakdirkan Khaira berjodoh dengan salah seorang anak mommy, mommy rasa mommylah ibu yang paling bertuah sekali dalam dunia ni tau. So, tak adalah mommy akan berpisah dengan Khaira nanti. Betul tak Danish?"
Hampir tersembur air kopi yang diminum Danish Xavier apabila namanya dikaitkan dengan Khaira Eryna. Dadanya diurut perlahan sambil berdehem kecil.
"Sorry, mommy tanya apa tadi? Danish tak berapa nak dengar."
"Ish, Danish ni. Itu pun tak dengar. Lain kali minum tu perlahan-lahan sikit. Nasib baik tak tersedak tadi. Mommy cakap kalau satu hari nanti Khaira ni jadi menantu mommy, okay kan?"
"Mommy ni.... Khaira tu belajar lagi. Jauh lagi perjalanan dia. Lagi pun kita tak tahu apa akan berlaku akan datang. Mungkin satu hari nanti Khaira akan jumpa lelaki yang sesuai untuk dia. Takkan mommy nak paksa Khaira kahwin dengan anak mommy juga kan?"
Camilla mengeluh kecil.
"Mommy tahu. Mommy cuma cakap 'kalau'. Danish ni potong mood mommy jelah. Dahlah tak nak cerita pasal tu lagi. Khaira okay tak nak pergi bercuti ni?"
"Okay. Khaira ikut je. Khaira tak kisah."
"Baguslah. Lega hati mommy. Kalau macam tu, esok mommy nak Khaira ikut mommy."
Khaira Eryna berkerut kening.
"Ikut pergi mana, mommy?"
"Pergi shopping. Mommy nak beli baju baru untuk Khaira. Nak pergi bercuti ni kenalah pakai baju cantik-cantik."
"Tapi...hari tu mommy baru je beli baju Khaira. Takkan mommy nak beli lagi? Tak membazir ke, mommy?"
Belum sempat Camilla membalas, Noah terlebih dulu mencelah.
"Ikutkan sahajalah, Khaira. Kalau Khaira nak tahu, aktiviti shopping tu adalah salah satu terapi untuk mommy. So, better Khaira follow je mommy. Daddy bukannya apa, esok daddy busy sikit. Tak dapat nak teman mommy. Sebab tu dia ajak Khaira. Yang lain tu cuma alasan dia je. Bukannya daddy tak tahu."
"B, you jangan pandai-pandai cakap I macam tu. Betullah I memang nak ajak Khaira pergi shopping esok. Bukannya sebab you tak dapat nak temankan I. Dahlah, Khaira. Jangan dengar cakap daddy tu. Esok kita spend time together and have fun together. Just mommy and Khaira. Okay?"
Khaira Eryna hanya tersenyum nipis. Lalu kepalanya diangguk tanda setuju. Semakin lebar senyuman Camilla apabila mendapat persetujuan Khaira Eryna.
"Oh, sebelum mommy lupa! Danish, esok tolong hantar mommy and Khaira dulu sebelum masuk office. Sebab daddy kata esok Danish masuk pejabat lambat sikit, kan? Danish ada meeting dekat luar."
Tidak sempat mengelakkan diri, namanya sudah meniti di bibir Camilla. Mahu tidak mahu Danish Xavier terpaksa akur dengan permintaan ibunya itu.
"Okay, mommy. As you wish. Esok Danish hantar mommy dan Khaira. Er...kalau tak ada apa-apa lagi, Danish nak masuk tidur dululah. Good night mommy, daddy. Assalamualaikum."
"Good night, son. Waalaikumsalam." Balas Camilla dan Noah serentak.
Melihat Danish Xavier yang sudah beredar naik ke bilik, Darwish Xayden turut sama meminta diri.
"Sajalah tu nak mengelak daripada mommy." Ujar Camilla saat melihat kedua-dua anak lelakinya sudah beredar naik ke bilik mereka.
"Dahlah tu, honey. Dah lewat ni. Apa kata kita pun masuk tidur juga. Esok B nak keluar awal."
Terdengar keluhan kecil meniti di bibir Camilla. Akur dengan permintaan suaminya, Camilla turut bangun dari duduknya.
"Khaira, mommy dan daddy masuk tidur dulu. Khaira jangan tidur lambat pula."
"Okay, mommy. Selamat malam." Ucap Khaira Eryna sambil bibir tidak lekang dengan senyuman.
"Selamat malam."
Camilla dan Noah terus sahaja mengatur langkah naik ke tingkat atas. Sedar yang dia hanya bersendirian di ruang rehat itu, Khaira Eryna bangkit dari duduknya. Mengerling seketika jam yang tergantung di dinding.
"Dah pukul sebelas malam. Baik aku naik bilik juga. Lagi pun aku nak buat apa sorang-sorang dekat sini?" Bisik Khaira Eryna sendiri.
Tanpa berlengah, Khaira Eryna terus sahaja mematikan suis lampu dan kipas di ruang rehat itu sebelum mengatur langkah menaiki anak tangga menuju ke bilik tidurnya. Baru sahaja tangannya mahu memulas tombol pintu bilik, terdengar erangan kecil dari bilik tidur sebelah. Bilik yang dihuni oleh Danish Xavier. Khaira Eryna pantas mendekati pintu bilik Danish Xavier. Daun pintu diketuk perlahan. Tidak mahu mengganggu penghuni rumah yang lain.
"Awak... Danish...awak okay ke tu?" Soal Khaira Eryna.
"Khaira, tolong aku!" Rintih Danish Xavier.
Mendengar balasan Danish Xavier, Khaira Eryna jadi cemas. Lebih-lebih lagi nada suara Danish Xavier yang seakan sedang menahan kesakitan membuat dia tidak keruan. Namun, dia berkira-kira untuk menerjah masuk ke dalam bilik Danish Xavier. Mana tidaknya, Danish Xavier lelaki, dia pula perempuan. Tidak manis jika ada mata yang melihat nanti. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk memanggil Darwish Xayden.
"Awak, sekejap. Saya panggil abang Darwish."
Belum sempat kakinya melangkah ke bilik Darwish Xayden, Danish Xavier sudah menyeru namanya dari dalam. Menghalang dia daripada mengganggu Darwish Xayden.
"Tolong jangan panggil yang lain. Mmm....kau boleh tolong aku, kan?"
Khaira Eryna rasa bersalah. Lambat-lambat dia menyahut.
"Tapi...kenapa? Saya cuma nak panggil abang Darwish je."
"Aku tak nak dia orang tahu. Kalau kau tak boleh tolong tak apalah. Aku boleh handle sendiri." Nada Danish Xavier seakan merajuk.
Khaira Eryna mengeluh kecil.
"Okay, fine. Awak nak saya tolong apa?"
"Ambilkan aku first aid box dekat dapur. Lepas tu bawa masuk dalam bilik aku."
Mendengar sahaja permintaan Danish Xavier itu, Khaira Eryna terus sahaja melangkah laju menuruni anak tangga menuju ke arah dapur. Peti pertolongan cemas di dalam rak dapur dicapai sebelum dibawa menuju ke bilik tidur Danish Xavier. Berdiri di hadapan pintu bilik Danish Xavier, kakinya seakan berat mahu meneruskan langkah. Teragak-agak untuk memulas tombol pintu bilik lelaki itu.
"Khaira, kau dah ambil ke first aid tu?" Tanya Danish Xavier saat melihat bayangan kaki di celahan bawah pintu biliknya.
"Er...dah. Mm...saya nak kena masuk ke?"
"Masuk je. Pintu aku tak kunci."
Lambat-lambat tangannya memulas tombol pintu bilik Danish Xavier. Daun pintu bilik sudah terkuak luas. Terpempan Khaira Eryna saat melihat darah merah mengalir dari lengan Danish Xavier. Cepat-cepat Khaira Eryna mendapatkan Danish Xavier.
"Awak, macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Khaira Eryna dengan riak cemas.
"Aku jatuh masa nak ambil barang tadi. Terlanggar pula gelas atas meja. Tu yang tercucuk kaca dekat siku ni."
"Ya Allah! Macam teruk je luka ni. Kita pergi klinik? Takut luka dekat siku awak ni dalam."
"Tak payahlah. Sikit je ni. Nanti lepas sapu ubat okaylah ni. Bagi aku first aid box tu. Aku nak cuci luka ni."
Tanpa banyak bicara, peti pertolongan cemas di tangan Khaira Eryna sudah bertukar tangan.
"Kau dah boleh balik bilik kau. Thanks sebab tolong aku ambil kotak ni."
Khaira Eryna langsung tidak bergerak. Tiada niat di hatinya untuk meninggalkan Danish Xavier dalam keadaan begitu. Lebih-lebih lagi apabila melihat Danish Xavier yang terkial-kial mahu membersihkan luka di sikunya sendiri. Tanpa dipinta, kapas di tangan Danish Xavier dirampas sebelum Khaira Eryna duduk bersimpuh di hadapan Danish Xavier.
"Kau nak buat apa ni?" Tegah Danish Xavier. Kapas di tangan Khaira Eryna cuba dirampas semula. Namun, Khaira Eryna sempat mengelak.
"Biar saya tolong awak cuci luka tu. Tengok cara awak, saya tak confident awak boleh buat sendiri."
"Tak apalah. Aku boleh buat sendiri. Kau tu belum tentu pandai nak cuci luka aku ni." Halang Danish Xavier. Sikunya ditarik dari pegangan Khaira Eryna.
"Boleh tak awak jangan ego? Sebab saya tahulah saya nak tolong awak. Dah, jangan banyak cakap. Sini tangan awak tu. Saya tolong bersihkan lukanya."
Dengan teragak-agak Danish Xavier menghulur tangannya pada Khaira Eryna. Khaira Eryna mula melakukan tugas mencuci luka hinggalah membalut luka tersebut. Mata Danish Xavier tidak lepas dari memerhati setiap gerak-geri Khaira Eryna di hadapannya. Dalam diam hatinya semakin tersentuh dengan sentuhan lembut gadis itu.
"Okay, done! Esok balutan ni dah boleh buka. Tapi kalau darah masih tak berhenti, awak kena pergi klinik. Takut luka dalam nanti terkena jangkitan kuman." Ujar Khaira Eryna sambil tangannya ligat mengemas barang-barang yang digunakan sebentar tadi.
Usai mengemas, Khaira Eryna mengalih pandangannya pada Danish Xavier yang masih tidak berkelip menatapnya. Khaira Eryna mula rasa tidak selesa. Dia bingkas bangun dari duduknya.
"Saya masuk bilik dulu."
Baru sahaja Khaira Eryna mahu berpaling ke arah pintu, dengan pantas Danish Xavier melelar tangannya. Langkah Khaira Eryna terhenti. Perlahan-lahan Khaira Eryna menoleh ke arah Danish Xavier semula.
"Thanks for this. I owe you."
Khaira Eryna menggeleng kecil.
"Saya ikhlas. Selamat malam."
Pegangan tangan Danish Xavier dileraikan sebelum Khaira Eryna pantas mengatur langkah keluar dari bilik itu. Daun pintu ditutup rapat. Belakang tubuh disandar di pintu. Dadanya disentuh lembut menahan debaran yang tiba-tiba menggila. Kelopak matanya dipejam seketika. Cuba mengusir perasaan yang baru sahaja menyinggah di hatinya.
"Tak, Khaira. Dia abang angkat kau. Kau tolong dia ikhlas. Bukan sebab kau ada perasaan dengan dia. Wake up, Khaira! Jangan sesekali hanyut dengan mainan perasaan kau sendiri." Bisik suara hati khaira Eryna.
Khaira Eryna menggali dalam nafasnya sebelum dihembus perlahan-lahan. Saat jantungnya kembali tenang dengan pantas dia menuju ke bilik tidurnya. Dia mahu segera melelapkan mata. Menghapuskan bayangan yang masih bergentayang di ruang matanya. Bayangan Danish Xavier yang redup menatapnya. Senyuman ikhlas lelaki itu. Ah, Khaira Eryna boleh jadi gila bayang dibuatnya!
Share this novel
Xde yg baru ke ? Lamanya menyepi..
Tq... Insya-Allah nanti sye update lg ye:)
Tq update. Dah lama tgu. Next plss...