Bab 50

Drama Series 48206

"Bang, aku nak cakap sikit dengan kau." Ujar Darwish Xayden saat melihat kelibat Danish Xavier yang berada di ruang tamu.

Darwish Xayden yang tersentak dengan sapaan si adik pantas menoleh. Keningnya sedikit berkerut.

"Ada apa? Macam serius je kau hari ni." Danish Xavier tidak terus bangun dari sofa, sebaliknya kembali fokus menatap buku di tangan.

"Yalah, mommy pun perasan. Darwish ada masalah ke? Malam tadi pun Darwish tak turun makan. Darwish okay ke?" Tanya Camilla yang turut berada di situ.

Darwish Xayden menggosok tengkuknya yang tidak sakit.

"Tak ada apa-apalah, mommy. Darwish penat je semalam. Ni pun Darwish nak bincang pasal kerja dengan abang. Dekat pejabat tak dapat nak bincang sebab lately ni abangkan busy. Alang-alang hari minggu ni abang ada dekat rumah, tu yang Darwish nak ajak berbincang. Abang, jom kita borak dekat luar. Aku tunggu kau dekat pool." Balas Darwish Xayden sebelum langkah kakinya diatur ke kawasan kolam renang.

Mendengar kata-kata Darwish Xayden, bacaan Danish Xavier terhenti. Buku ditutup lalu diletakkan di atas meja.

"Mommy jangan risau. Darwish okay je tu. Danish keluar sekejap jumpa dia. Nanti Danish datang balik teman mommy." Ujar Danish Xavier kepada Camilla.

Camilla sekadar angguk kepala. Anak matanya menyoroti langkah Danish Xavier hingga ke pintu gelangsar yang terletak berdekatan dengan kawasan kolam renang.

"Ada apa yang kau nak bincangkan? Muka kau macam ada masalah besar je?" Soal Danish Xavier saat berdiri di sisi Darwish Xayden. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Manakala matanya tunak memandang ke arah kolam renang.

"Memang masalah besar. Tapi bukan masalah aku. Masalah orang lain."

Mendengar balasan si adik, Danish Xavier mengalih pandangan ke arah Darwish Xayden.

"Kalau masalah orang lain, buat apa kau pula yang nak sesakkan otak kau tu. Biarlah dia selesaikan masalah dia sendiri." Danish Xavier memberi pendapat.

"Hahaha..." Terlepas tawa Darwish Xayden.

"Yalah, buat apa aku nak fikirkan masalah orang? Tapi hati aku tak tenang bang bila terpaksa hadap muka dia orang yang mendung, tak ceria setiap kali aku terserempak dengan dia orang tu. Kalau kau jadi aku, kau akan tolong dia orang tak?" Darwish Xayden mula menduga.

"Bergantung. Kalau dia minta pertolongan aku dan aku rasa aku boleh selesaikan masalah dia. Why not?" Kening Danish Xavier naik sebelah.

"Kalau dia orang tak minta tolong, tapi kau rasa kau perlu tolong dia orang... Macam mana?"Duga Darwish Xayden lagi.

"Macam nilah, apa kata kau berterus-terang je. Masalah siapa yang dah kusutkan kepala kau ni? Penting sangat ke dia orang tu pada kau?" Soal Danish Xavier ingin tahu. Tidak mahu terus berteka-teki.

Darwish Xayden mengeluh kecil. Tubuhnya berpaling menghadap Danish Xavier.

"Kau betul ke nak teruskan perkahwinan kau dengan Tiara? Kau pasti kau dah buat keputusan yang betul? Jangan sebab kau nak gembirakan hati orang lain, kau sanggup korbankan kehidupan kau, bang. Perkahwinan tu satu hubungan yang suci. Kalau boleh, kau akan ikat sampai mati. Kau tahukan apa yang kau buat ni dah lukakan hati kau dan Khaira. Kau ingat dia bahagia ke?" Darwish Xayden melontarkan semua kata-kata yang bermain di benaknya sejak semalam. Setelah melihat tangisan Khaira Eryna dan mendengar luahan gadis itu, dia tekad untuk melakukan sesuatu.

"Darwish, kalau pasal hal ni aku rasa kau tak perlu masuk campur kot. Lagipun dah banyak kali kita bahaskan perkara yang sama. Aku rasa kau pun tahu jawapan akukan?"

"Aku tahu. Tapi berbaloi ke, bang? Kau tak rasa ke yang kau tengah permainkan perasaan Tiara tu? Aku tengok dia je yang sibuk uruskan semua benda. Kau, buat endah tak endah je. Kau tak boleh buat dia macam tu, bang. Apa perasaan dia kalau dia tahu yang tunang dia ni masih sayangkan perempuan lain? Kau boleh tipu semua orang. Tapi ingat bang, kau tak boleh tipu diri kau sendiri. Kalau kau nak ubah keputusan kau, kau masih ada masa. Lagipun Khaira belum bertunang. Kau boleh je putuskan pertunangan kau. Kenapa kau nak seksa diri? Apa kata kau berdepan dengan auntie Sofea. Berterus-terang dengan dia. Aku yakin dia akan faham." Pujuk Darwish Xayden. Bahu abangnya ditepuk.

"Huh! Kalau dia terima. Kalau dia tolak? Aku tak nak jadi punca keretakan hubungan Khaira dan ibu dia. Aku tak nak Khaira terpaksa buat pilihan antara aku dan auntie Sofea, ibu kandung dia sendiri. Anggaplah jodoh kami memang tak ada. Dahlah, Darwish. Lupakan pasal hal ni. Lagipun aku dah nak kahwin, Khaira dah nak bertunang. Aku rasa tak ada apa yang salah. Semua orang gembirakan?"

"Ya, aku nampak semua orang gembira. Tapi mata kau bang. Mata kau tak tunjuk yang kau gembira. Aku adik kau. Aku lebih kenal kau daripada orang lain. Even mommy dan daddy pun tak kenal kau macam aku kenal kau. Aku cuma nak orang yang aku sayang gembira, bahagia. Bang, fikirkan apa yang aku cakap ni. Jangan menyesal di kemudian hari." Darwish Xayden masih memujuk.

"Aku tahu apa aku buat. Kau jangan risau. Aku harap hal ni sampai sini sahaja. Aku tak nak kau ungkit lagi. Aku tak nak mommy dan daddy tahu. Dahlah, aku masuk dulu. Tak naklah nanti mommy fikir yang bukan-bukan kalau lama sangat kita bersembang dekat sini. Aku yakin semuanya akan jadi baik." Bahu Darwish Xayden ditepuk beberapa kali sebelum Danish Xavier mengatur langkah ingin memasuki rumah agam semula.

Darwish Xayden akur. Dia turut memusing tubuh ingin mengekori langkah abangnya. Namun, saat dia baru melangkah beberapa tapak, kelihatan tubuh Danish Xavier kaku berdiri di hadapan pintu gelangsar. Darwish Xayden berkerut kening. Dia segera mendapatkan abangnya. Baru sahaja dia ingin menyapa, Darwish Xayden turut menjadi kaku. Manakan tidak, jika melihat susuk tubuh yang berdiri di hadapan mereka sekarang ini sedang tajam merenung ke arah mereka berdua. Darwish Xayden meneguk air liur. Perlahan-lahan titik-titik peluh merenik di dahinya.

"Mommy.." Hanya perkataan itu yang mampu terkeluar di mulut.

"Mommy tak salah dengarkan? Danish cintakan Khaira? Is it true? Danish? Darwish? Jawab soalan mommy." Tanya Camilla ketika telinganya menangkap perbualan dua beradik itu tadi.

Darwish Xayden yang rasa bersalah menggaru tengkuknya yang tidak gatal.

"Eh, mommy salah dengar kot. Mana ada. Abang Danish memanglah sayangkan Khaira. Sama macam kita semua sayangkan Khaira. Dahlah, mommy. Jom kita masuk. Tiba-tiba Darwish rasa lapar pula." Darwish Xayden cuba mengelak. Pantas dia mendekati ibunya sebelum menarik tangan Camilla masuk ke dalam rumah. Namun, sedikit pun ibunya tidak berganjak. Riak wajah ibunya kelihatan serius. Tidak seperti selalu.

"Mommy tak pekak lagi, Darwish. Sampai hati kau orang berdua sorokkan hal ni daripada mommy. Mommy ni dah tak penting ke dalam hidup kamu berdua?" Ujar Camilla seakan berjauh hati.

"Mommy... Bukan macam tu. Kita orang..."

"Darwish, tak apa. Biar aku je yang jawab semua pertanyaan mommy. Kau masuk dulu." Sela Danish Xavier tanpa sempat Darwish Xayden menghabiskan kata-katanya.

"Tapi.." Darwish Xayden ingin membantu mempertahankan abangnya. Malangnya, sekali lagi Danish Xavier menolak. Dia mengarahkan Darwish Xayden agar meninggalkan dia bersama Camilla sendirian. Mahu tidak mahu Darwish Xayden terpaksa akur dan menurut kehendak Danish Xavier. Tanpa menunggu lama, Darwish Xayden pantas masuk ke dalam rumah.

"Sekarang explain dengan mommy. Kenapa sampai jadi macam ni? Kenapa tak jujur dengan mommy dan daddy? Kenapa Danish?!" Terpancar riak kecewa di wajah Camilla. Danish Xavier menunduk kerana rasa bersalah.

"Danish minta maaf. Bukan niat Danish nak rahsiakan semuanya daripada mommy dan daddy. Cuma Danish nak tunggu masa yang sesuai untuk terangkan pada mommy dan daddy. Danish ingatkan yang hubungan kami..."

"Bertahan sampai ke jinjang pelamin? Macam tu?" Potong Camilla.

Danish Xavier hanya mengangguk kecil. Mulutnya seakan terkunci. Lidahnya kelu ingin meneruskan bicara. Dia terdiam seketika.

"Danish, apa yang Danish fikir sebenarnya? Kalau Danish berterus-terang awal-awal dengan mommy dan daddy, mommy yakin perkara ini semua tak akan terjadi. Kamu pun tak akan buat keputusan gila macam ni! Mommy kecewa sangat dengan kamu, Danish." Camilla mengeluh berat. Kakinya diatur ke arah bangku di halaman itu sebelum melabuhkan duduknya di situ.

Melihat tingkah si ibu, Danish Xavier turut mengekori Camilla. Melabuhkan punggung di sisi ibunya.

"Danish minta maaf." Hanya itu yang dirasakan wajar untuk dilafazkan.

"Buat apa nak minta maaf, Danish. Nasi dah jadi bubur. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... Danish tahu tak, mommy dan daddy dah lama nak jadikan Khaira ahli keluarga kita yang sebenar. Jadi menantu kami. Tapi bila mommy dapat tahu Khaira nak ditunangkan dengan orang lain, mommy dan daddy pasrah. Mungkin memang anak-anak mommy sayangkan Khaira macam adik sendiri. Tapi siapa sangka, rupanya dalam diam kamu cintakan Khaira dan Khaira juga cintakan kamu. Patutlah Khaira macam terkejut dan nampak murung bila dapat berita yang dia akan ditunangkan dengan Fayyadh. Danish... Apa yang kamu dah buat ni? Jadi selama ni Danish tak ikhlaslah dengan Tiara?" Wajah Danish Xavier direnung tanpa lepas oleh Camilla. Menanti jawapan jujur daripada si anak.

Danish Xavier tidak terus membalas. Sebaliknya dia hanya menggelengkan kepala. Melihat tingkah Danish Xavier, Camilla mengurut lembut pelipisnya.

"Kalau kamu tak sayang dan cintakan Tiara, kenapa minta mommy dan daddy pinangkan dia untuk kamu? Sekarang ni kamu dah bertunang pun dengan dia. Majlis perkahwinan kamu pun dah tak lama. Ya Allah... Pening kepala mommy ni Danish."

"Tak apa, mommy. Danish dah buat keputusan. Danish memang nak teruskan perkahwinan Danish dengan Tiara. Lagipun Danish rasa ini yang terbaik untuk Danish dan Khaira, mommy."

"Tarbaik bagi kamu. Khaira? Mommy tak rasa ni terbaik bagi dia. Patutlah bila dia dapat tahu kamu dah bertunang hari tu, dia terus berlari balik rumah. Patut jugalah masa kamu nak bertunang kamu tak bagi kami semua hebohkan pada orang lain. Kononnya nak privacy. Rupanya kamu tak nak Khaira tahukan?" Duga Camilla.

Danish Xavier hanya membisu. Tidak tahu apa yang ingin dibalasnya.

"Kamu yakin ke dengan keputusan kamu ni? Hal kahwin bukan hal main-main. Mommy tak nak kamu mainkan perasaan Tiara. Mommy tengok Tiara tu sayang sangat dengan kamu, Danish. Mommy rasa lebih baik kamu jujur dengan dia sebelum kamu teruskan semua ini. Mommy tak nak anak mommy hidup dalam kepura-puraan. Nanti kamu juga yang menyesal. Kesian Tiara, Danish." Camilla hanya memberi cadangan yang terbaik buat anaknya. Terpulanglah sama ada Danish Xavier ingin menerima cadangan itu atau sebaliknya.

"Tapi mommy rasa dia boleh terima ke kalau dia tahu hati Danish masih ada Khaira?"

"Bergantung. Kalau hati dia memang cinta mati untuk kamu, mungkin dia akan terima. Tapi kalau mommy jadi dia, mommy rela undur diri. Danish, kamu fikirlah semasak-masaknya. Mommy tak kisah siapa yang kamu pilih. Tapi mommy harap sangat kamu jujur dengan diri kamu dan juga orang lain. Jangan kerana kamu rasa kamu nak gembirakan hati orang sekeliling, sebenarnya kamu dah lukakan hati mereka dan juga hati kamu sendiri. Buatlah keputusan yang betul. Minta petunjuk daripada Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya. Mommy masuk dulu."

Mendengar nasihat Camilla, Danish Xavier hanya angguk kepala. Pandangannya dibawa ke arah kolam. Merenung kosong air kolam yang tenang. Manakala Camilla terus bangkit dari duduknya.

"Danish!"

Tiba-tiba terdengar suara memanggil namanya. Panggilan Camilla menyentak Danish Xavier. Pantas dia menoleh ke arah ibunya.

"Ya, mommy."

"Mommy lupa nak beritahu kamu. Malam ni mommy dan daddy nak ke rumah auntie Sofea. Kamu nak ikut sama ke?"

Pantas Danish Xavier menggeleng laju. Dia tidak sanggup berhadapan dengan Khaira Eryna buat masa ini. Kalau boleh dia mahu mengelak dari bersua muka.

"Yalah. Ingat apa yang mommy pesan tadi. Mommy masuk dulu."

Danish Xavier angguk perlahan. Hanya senyuman hambar yang mengiringi langkah Camilla ke dalam rumah agam mereka sebelum dia kembali membuang pandang ke arah kolam. Memikirkan semula kata-kata ibu dan adiknya sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience